Tuesday, April 13, 2010

Maggi Hot cup

eerrrkkkkkkkk... alhamdulillah... tercapai hajat nak makan Maggi Hot cup.. perisa tomyam... 


hehe.. teringat masa madubulan kat bali aritu.. tu je la makanan kami... maklumla susah benor nak cari makanan halal kat sana..

lepas mandi manda bersama en suami kat pool, kami akan menjamu selera dengan maggi ni la.. lagi satu menu wajib en suami adalah roti gardenia + sambal ikan bilis yang di bawa dari M'sia.. hmmm..... sedap menjilat lutut.. oppppsssssss... our private pool:::::

~*sila abaikan model di situ ye..*~

that's all.. masih belum ada mood nak crita pasal maduBulan tu.. hehe..

Photo-shoot...

ermm.. from now onwards,blog aku ni hanya akan bercerita pasal weekend aku je.. lebih straight foward lagi, hanya akan bercerita tentang aku dan en suami terchenta... hehe.. sila baca klau terasa nak baca.. klau tak nak baca pun hoccayyy (pnjam husna punya word..).. nevermind..ada aku kisah???? intro yang agak hangat kali ni..haha.. saja je..tengah bosan mengarang ayat2 cinta untuk thesis... camni la jadinya..

aku berlagak seperti orang2 kaya je weekend lepas.. mana tak nya.. balik kampung jumpa en suami dengan menaiki airasia... airasia je pun.. bukannya MAS ke, fireflyz ke.. tp, bagi aku airasia pun dah terasa cukup kaya dah untuk orang2 macam aku ni.. hehe.. balik dengan flight sebab ada orang sponsor tiket... opppsssss.... tadi cakap macam orang kaya, sekali tiket tu orang taja daaaaaaaaaaa...gila miskin.. haha. apa2 la.. yang penting dapat jumpa en suami n mummy yang sampai nangis2 m'gu lepas.. rindu kat puteri yang sorang ni..

selamat landing di Penang International Airport kol 10.35 pm.. en suami dah sedia menunggu isteri terchenta.. terus ke queensbay mall untuk tengok Semerah Cinta Stilletto.. ermm... jalan cerita yang tak heavy.. sesuai untuk santai2.. best gak cerita dia.. tapi, panggung wayang tu tak penuh pun.. maklum la.. sapa aja la nak layan cita2 camtu kan?? tapi, aku n en suami kureng skit cerita action ni.. en suami lebih berminat dengan cerita komedi.. action tu ada skit kot.. aku??? ntahla.. yang pasti taste aku memang taste Melayu la.. hahaha.. pengakuan ikhlas ni... abis cita tu terus balik tido.. tomolo moning ada photo-shoot dengan our photographer, Max @ nama sebenarnya Muzammer.

tiga lokasi menjadi pilihan en. photographer:
  • Miami beach (depan Hydro hotel... ingat lagi tmpt aku n kengkawan RA p conference?? kat hydro hotel ni la kami stay..)
  • Masjid terapung.. (area Batu feringhi jugak)





  • Taman Kota Lama plus fort Cornwallis



puas gak la berposing.. gambarnya of course la belum dapat lagi..... tunggu next photo-shoot dengan Kuang Yee.. tp, ada 1 je shoot yang en suami sempat amik.. ni tgk kat bawah.. aku yang agak seksi..



lepas photoshoot terus balik kampung.. bermanja2 dengan mummy n sis....

daaaaaa...

Monday, April 5, 2010

~~**Our clover**~~

sambungan entry lepas ye.. harap maklum:::::

selesai lunch and solat bagai.. kami bertiga (suami isteri n en bob) bertolak ke Batu Kawan.. Oppss..bagi yang belum tau, Batu Kawan adalah lokasi rumah yang dibeli.. lebih tepat lagi, Bandar Cassia.. ala kan penah masuk paper sebelum ni.. pasal rumah tak siap tu.. yang tu la.. tapi, bukan la rumah yang kami bakal beli ni.. tapi tu rumah low cost yang memang tersgtla murah.. can u imagine having a 2 storey terrace house for 40K++?? disebabkan terlalu murah and time tengah construct tu, ekonomi down, so, terbengkalai la sekejap.. sekarang dah proceed dah.. ok.. stop cerita pasai rumah tu.. 
setibanya di lokasi, kami terus meninjau keadaan rumah.. konon2nya check progress la.. takut gak tak da progress.. nanti susah plak..delay la apa la.. macam2.. so far, berpuas hati la.. maksud aku, ada progress la.. berangan2 sebentar bersama en bob.. oohh ya.. belum kenalkan lagi... en bob adalah bakal jiran kami.. hehe.. macam tak da orang lain je kan?? tapi, ok la tu.. at least dah kenal jiran kan?????
malas nak bercerita panjang.. enjoy gambar di bawah dulu::


~~**insyaAllah, ours**~~

~~**jiran tetangga**~~

lepas tinjau keadaan umah, terus proceed ke main office untuk sign agreement.... kak jan (sales person bertanggungjawab) inform rumah tu mungkin akan siap bulan 8 thn ni.. paling lewat boleh duduk awal tahun depan.. paling cepat boleh duduk hujung tahun ni.. wawawawaaaaaaaaa.. hatiku girang.. tapi, memikirkan mana nak cari wang down payment and persediaan untuk masuk umah baru, pening kepala sekejap..
"Ya Allah ya tuhanku, permudahkan la urusan kami.. Amennn..."

@@pen off@@
~~masa untuk tido~~
ZzzzZZZZZZzzZZZz


~~**Weekend Bersama**~~

Tetiba terpanggil untuk berkongsi cerita aktiviti aku weekend aritu.. 
masih tak ada mood lagi nak cerita pasal Bali.. hehe.. 
sangat bahagia rupanya menjadi seorang isteri ni..
*~hopefully bahagia ini berkekalan~*
**amenn**
 tambah2 lagi bersuamikan seorang lelaki bernama Mohd Affizan.. 
((bangga la tu laki saya ni...kalau dia baca la…))

Weekend lepas (3 & 4 April),
kami menghabiskan masa berdua di rumah sewa si suami.. kat Gedung Hills.. nama tempat tak bleh blah.. macam port2 orang kaya je kan?? Heh.. hakikatnya rumah bujang je pun.. keadaan agak kurang selesa di mana aku terpaksa bertudung kalau nak keluar dari bilik.. maklumla ada lelaki lain dalam rumah tu.. tapi, xda la sepanjang masa.. so, kami agak bebas la dalam rumah tu.. konon2 macam rumah sendiri..
special thanks to en bob yang memahami.. 
aku sampai di Penang lebih kurang pukul 11.40 malam (2/4). 
agak lewat dari biasa.. nasib baik tak plan nak tengok wayang macam sebelum2 ni..
klau tak, dah terlambat dah..
so, malam tu terus balik rumah and rehat..
esok pagi nak buat sarapan untuk si suami.
(eceeehhh.. macam pandai masak je puan ct rohani ni..)

so, oleh kerana aku 'off' m'gu ni, maka lepas kejut si suami untuk solat, aku sambung tido smpai kol 8.. 
bertuah kan sapa2 yang dapat isteri macam aku ni..
hehe..
tima kasih jugak pada si suami yang memahami...
maklumla isteri letih.. penat travel dari Shah Alam nun..
ok..
masuk dapur..
..jeng jeng jeng..
aku TAK BOLEH start masak melihatkan keadaan dapur yang sangat 'indah' tu..
so, aku mencuci serba sikit..
menu pagi tak la heavy pun..
jemput2 je.. atau bahasa kedahnya di panggil cekodok..
(eh, betul ke?? bukan ke cedokok tu untuk pisang je.. hmmm..apa2 la..)
(menu pertama sejak bergelar isteri ni.)

tengah bersihkan dapur sambil nyanyi-nyanyi,
 tetiba terdengar suara orang menyanyi di luar sambil buka pintu rumah..
hmmm.. aku kenal suara tu.. suara en bob.. 
bukan bob messrraaaaa AF tu ye.. ni bob lain..

en bob naik atas.
then aku terdengar 1 suara bergema dari atas.

AYANGGGGGGG!!!!!!!!

ekekekkeek..
macam ada butterfly dalam perut ni..
 penat aku ketawa mengenangkan en suami..
en suami macam tarzan cari isteri tak jumpa.
tu la.. lain kali bangun lambat lg..
lepas solat subuh tak elok tido balik..
terus turun bawah cari aku kat dapur..

ayat comel en suami di pagi hari sambil peluk si isteri dari belakang,

"ayg kat sini ka?? abg cari ayg tak jumpa tadi..ingatkan dah hilang isteri abg ni"

(bukan ke comel?? tp, bagi aku je kot comel.. hha)
muka leh tahan  ganazznya.. dalam hati ada taman rupanya.
jangan marah ye sayang..

dah.. start masak.. then breakfast sesama..

lepas tu, dengan tak mandi, pasangan merpati yang suka joli ni kuar g pasar..
si suami mendambakan nasi ayam dari air tangan si isteri.
so, selesai membeli-belah,
balik umah terus masak untuk lunch
(lepas lunch nak sign S n P umah kat Batu Kawan)

alhamdulillah, nasi ayam tu menepati citarasa si suami.
thanks atas pujian tu..
(bahagia seketika..)
tak ada apa yang lebih membahagiakan si isteri melainkan apa yang dilakukannya membahagiakan si suami
(ayat apa ni???? bedal je la..)



::next entry soon::
sign and purchase
*~our clover~*

Thursday, March 25, 2010

Alhamdulillah...(part 2)

Usai sudah majlis merisik yang berlangsung secara sederhana... 
busy pulak dengan majlis tunang 14 februari... 
ermm.. disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, majlis kenduri sebelah perempuan terpaksa ditunda dari 13 mac ke 27 februari.. kan dah semakin dekat tu??? 
aduhhhhhhh...tp, dalam hatii...
(ada taman bunga.._kakakkaka_)
dah ubah tarikh kenduri sebelah pompuan, cadangnya nak adakan majlis akad nikah 26 februari la..
tapi, mungkin Allah tu nak mempercepatkan lagi jodoh kami,
pihak lelaki pulak tak setuju..
maka, setelah dibincang2kan, kedua-dua pihak setuju nak adakan majlis akad nikah selesai saja majlis tunang
hmmmm.. LAGI CEPAT????
bermakna, semakin cepat la aku jadi isteri orang.
camna dengan aktiviti ku bersama bebudak rumah 207??
aktiviti apekah itu???
biarlah RAHSIA..
huhuhuhuh

tanggal 14 Februari, aku selamat menjadi tunangan orang selama 60 minit.. 
tepat kol 1230, dengan SEKALI lafaz aku dah selamat menjadi isteri 
kepada Mohd Affizan Matt Saad.
insan yang aku sayang.
suka duka kami bersama mungkin tak tercerita di dalam blog ni..
.i just keep it as our memory.
saat dia dipukul dengan india mabuk di tepi highway 
(hmmm.. touching plak eh..tp, tadi mcm tak nak cerita.. tp, cerita jugak..hehe)
time tu aku ada ja.. tapi, aku lari menselamatkan diri..
(tak guna punya awek kan???)
tapi, tindakan berani aku cross highway 6 lane akhirnya menyelamatkan insan yang aku sayang tu.
camna?? india tu lari la bila dia tengok aku macam nak dapatkan pertolongan orang.
~*alhamdulillah*~
tu secebis la kenangan yang paling aku tak lupa.. 
yang lain tu banyak je lagi..

dah la cerita skit2..
jom layan gambar..



















Tuesday, March 9, 2010

Alhamdulillah...(part 1)

haluuuuuuuuuuuu... dah bersawang dah agaknya blog aku nih.. hehe... 
ermm..lately busy menghabiskan hari2 terakhir aku sebagai gadis BUJANG... hehe... 
lepas tu busy busy plak dengan hari bahagia aku sebagai seorang isteri.. 
ermmmm..start dengan majlis pertunangan cum akad nikah yang berlangsung pada 14 Februari lepas.. ermm...ada plak yg cakap sengaja nak dapatkan tarikh valentine tu... sumpah aku tak terfikir pun pasal valentine yang sememangnya diharamkan tu.. yang terfikir dalam kepala otak aku ni adalah cuti raya cina...senang sedara nak balik... kronologinya bermula pada hari raya haji kedua, 28/11/2009 dimana en driver bersama rombongannya datang merisik... bukan setakat merisik.. terus bincang tarikh kenduri... hehe.. terkejut bila tarikh yg ditetapkan adalah seperti berikut::::

tunang - 14/2/2010
kenduri (perempuan) - 13/3/2010
kenduri (lelaki) - 14/3/2010

bagi aku sangat mendadak... menggeletar tangan kat dapur tengah potong kek..... tapi, dalam hati berbunga riang sebenarnya.. hahahaha.. (bunga-bunga cinta...mekar dipersada..-ubah sket lirik lagu cik misha kita ni..)

~* cincin risik*~

bermula dari situ, maka pihak aku bergempur buat persediaan.. abg zan sebagai AJK persediaan tempat (majlis berlangsung di rumah abg kedua aku) sibuk dengan aktiviti mengecat rumah.. maklumla.. rumah tu dah lama siap.. tapi, tak bercat kat luar.. dalam ja yang bercat.. alasan dia, orang nak duduk kat dalam.. so, siapkan bahagian dalam dhla.. bijak betul la abg aku yang agak bakhil ni.. hahaha..
aku pulak sibuk cari pakej untuk baju bagai...
bila jumpa yang memuaskan hati, terus grab je.. 
baju nikah pun tak sempat prepare.. sumanya sewa ja..
macam nikah koboi lak.. 

ok, ni baru part merisik..
nantikan part II untuk majlis bertunang..
(kurang mood lagi untuk menulis)

Tuesday, February 2, 2010

...balik kampung tanam jagung...


♫ perjalanan jauh tak kurasa.. ♪ kerna hatiku melonjak sama ♪♪

pastu balik shah alam, dah pancit mcm tayar keta kena paku.. hhmmmm...pening, loya... sampaikan nurse kat pusat kesihatan tu nak wat pregnancy test kat aku ni ha.. pregnant apanya kalau tengah jadi rakyat jepun ni.. huhu..

last weekend aku balik kampung hantar kad kawin yang baru siap.. sebut pasal kad ni, macam2 masalah dengan kad ni.. dari mula nak tempah sampai la dah amik.. nasib baik murah n salah kami yang tempah lewat.. hahah.. kalau takkkk........hmmmm.. tak tau pun nak wat apa.. huhu..

perjalanan balik kampung kali ni mengundang kemarahan abang2 dan bakal abangku.. sebabnya, aku hanya perlukan 3 jam 45 minit untuk sampai dengan selamat di Kedah....alhamdulillah... masing2 cakap aku bawak 140-150km/jam... hellooo... keta comel aku tu 1.3 je.. kalau bawak 130 tu dah rasa nak tercabut sterengnya.. mana la berani nak bawa laju2.. aku cuma amalkan doa pendekkan jarak bumi je..(hahaha..ada ke doa cenggitu??)
tak tau la kalau aku yang tak tau doa tu...huhu.. rahsianya, aku tak brenti langsung n maintain je bawa 110-120 km/jam.. that's why boleh wat 3 jam 45 minit tu.. abang ke-2 ku siap cakap, len kali wat la 2 jam 30 minit.. huhu.. apa2 je la.. 

aktiviti ku:::
sabtu - 30/1/2010
3.00 am - tiba di kedah... kol 4 cmtu terus tido..
8.00 am - bangun dari tido.. sempat tido 4 jam je.. 
9.50 am - bertolak ke changlun n kodiang.. hantar munet n zura.. pastu jumpa pijah... jemput kenduri sekali.. pijah masih tak percaya aku nak kawin.. dia budget aku nak tunang je.. nak wat camna pijah.. kita hanya merancang.. Dia yang tentukan.. alhamdulillah, jodoh aku dah sampai...
1.00-1.40pm - bertolak dan tiba di rumah bakal mertua.. makan tengah hari dan berborak pasal majlis kami la..
4.00 pm - bergerak ke pendang.. jemput kenduri ex-jiran aku dulu.. ada la 3 buah umah.. tapi, disebabkan lama takjumpa, jangan perasan la nak balik terus lepas bagi kad tu.. hmmm... 

dipendekkan cerita, kol 8.30 pm br sampai umah.. tu pun mata dah xlarat nak buka.. 
zzZZZzzzZZZZzzzzz.

ahad - 31/1/2010
9.00 am - bertolak ke umah kak long kat sungai petani.. penuhi hajat dia suh aku singgah semalam.. tapi, disebabkan dah penat sangat, xdapat la singgah.. so, datangla pagi ni..
11.15 am - bawa mak ke pejabat pos.. ramai pulak orang.. aduhhh.. kali ni aku sangat alert pasai time ni.. ye la.. aku memang mengejar masa.. banyak lagi programnya ni.
12.30 pm - da selamat sampai umah abang.. hantar mak n makan tengah hari.. en driver tersayang dah terus g kedai kak ita. nak tengok baju aku yang terpaksa ditempah khas oleh kerana tak ada saiz aku.. sedey kan??? ermm...tapi, ada bestnya... kira baju tu aku yang rasmi la.. hahaha
1.30 pm - ke kedai kak ita.. try baju.. en driver macam kurang berminat je.. kena longgarkan sikit.. ketat sangat..hmmmmmmm
3.00 pm - g tengok umah kat bandar cassia, penang.. konon2nya en driver nak beli la umah ni untuk kami... tak besar pun.. sesuai la untuk pasangan katik macam kami ni.. n sesuai jugak untuk bakal2 isteri yang pemalas kemas umah macam aku ni..huhu.. kat bawah ni ada di'attach'kan gambar umah tu:::::::::::::



~* model rumah *~

~* ni ruang tamu + dry kitchen yang comel gitu*~

~* site visit.. 75% siap*~

~* ni lah maknanya rumah'tangga'.. huhu *~

cukupla tu untuk arini.. Dr suh wat literature review.. lain yang aku buat.. 
::haha::


p/s::: lagi 2 minggu bakal bergelar Puan Siti.. doakan semuanya lancar dan diberkatiNya..