Showing posts with label orang sakit. Show all posts
Showing posts with label orang sakit. Show all posts

Friday, March 11, 2011

Bila papa pakai yenki..

bila tak sakit, tapi nak jugak MC..
padahnya tanggung sendiri
kaitan tajuk dengan isi kandungan tak dapat dipastikan hubungkait..
hhuhuhu

************************
bermula satu cerita jam 7.18 pagi apabila kami suami isteri baru terjaga..
aku dah terlewat untuk ke pasar (auta belaka)
en suami terlewat untuk ke tempat kerja
kelam kabut dia mandi segala
aku terpaksa hantar dia ke tempat kerja
maklumla semalam aku yang jemput dia balik.. 
so, keta dia kat opis la..

masuk je dalam keta, jam kat dashboard menunjukkan jam 7.28 am..
en suami kena punch in jam 7.30 am
ofkos la tak sempat..
maka, aku (dengan tak mandi pagi, muka pun sememeh je) suntik dia dengan kata-kata ini::
"abang, jom breakfast la"
dengan tak semena-mena, en suami jawab:
"nak breakfast kat mana??"
yahhooooooooo...
dapat spend masa ngan en suami ini hari..
yabedabeduuuu..
bagus punya isteri eh..
on the way ke destinasi untuk bersarapan tu, en suami sempat la inform colleague dia.
kononnya nak half day
tapi, terasa seperti rugi berbuat demikian, maka ter'plan' la untuk MC
check balik rekod MC, baru je MC 7/2 aritu..
iskkk...tak jadi nih..
en suami decide nak amik MC kat klinik kesihatan je
so, tak da la tercatat dalam rekod MC klinik panel tu..

bermula la satu lagi episod
*****************
aku stay dalam keta je..
en suami turun sorang-sorang ke klinik kesihatan tempat aku selalu check up kandungan ni
lama jugak

"abang, lama lagi ke??"

"ada lagi 2 orang"

"kena suntik la.. doktor suruh suntik"
~*google*~

"iskkk.. biar betul, abang ni.."

"dah siap suntik.. kena tunggu lagi sejam.. then baru jumpa doktor balik"

tak dapat MC lagi tuh
nampak je muka en suami terus rasa nak tergelak guling-guling
dalam masa sejam tu, sempat je kami balik rumah dulu
aku mandi-mandi, basuh baju suma
then, ke klinik kasihatan semula
derita en suami yang nak kan MC tak berakhir di situ

gara-gara sakit pinggang main futsal konon-kononya.. padahal dah berkurun dia tak main.. 
sejak akhir-akhir ni dia banyak main badminton

seperti biasa, aku menanti dengan penuh sabar didalam kereta sambil mendendangkan surah Luqman buat si anak.. mujur ada application Quran dalam iphone en suami..
(hahha..promote nampak)

"lama lagi??"
(soklan stendet bila dah rasa sedikit bosan)

"dah jumpa Doktor.. ada cerita lawak lagi la.. nanti abang cerita.. layann jaaa"

huhhhhh.. tak sabar rasanya nak tau cerita lawak yang kedua ni
lepas amik ubat semua,
en suami menuju ke kereta dengan muka manis seperti gula
dapat la MC tu..

cerita en suami::

"tadi dah lepas suntik, doktor tanya, rasa macam mana?? then abang cakap la tak rasa kurang pun.. rasa lenguh tangan sebab kena suntik ada la..
then doktor tu macam terkejut.. u ni biar betul.. kena refer hospital ni kalau macam ni..
dah gabra dah abang ni.. then dia kata jom kita x-ray tengok..
pastu sempat lagi tu abang tnya, lama dak?? kena bayaq dak??
iskkk. mana kena bayar..
dahp x-ray, doktor kata tak da apa-apa pun.. urat la ni..
u tak kerja ka hari ni?? nanti I bagi MC..
balik makan ubat la.."


ya Allah,
sampai macam tu sekali
kalau baby pun boleh mengerti cerita ni, rasanya macam ni kot dia gelak::

~*picture Google*~
atau pun kucing pun boleh ketawa sebegini rupa kot::

~*google jugak*~

huhu..
apa-apa la kan.. janji dapat MC
bak kata en suami, 
..LAYAN JE LA..
dah dapat MC, mula la program tanpa henti kami
nanti kan update di next entry..


p/s:::bahana ke klinik kesihatan.. hehehe.. 

Monday, May 24, 2010

Sakit lagi????

sedar tak sedar, dah sampai penghujung bulan mei dah kan??? 
apa jadi ntah ngan target aku nak siapkan thesis end of this month.. 
macam tak tercapai je.. 
sedar tak sedar jugak, entry aku untuk bulan mei ni asyik cerita pasal sakit je.. 
sampi bos pun dah tanya soklan camni kat aku::

"awak ni kenapa ye?? kenapa kerap sangat sakit?? masalah awk tekanan darah rendah je kan??"
(bertubi-tubi soklan aku dapat)

dengan hati yang sedikit sedih plus rasa bengang dapat soklan camtu, aku jawab:
"sakit saya kali ni tak da kaitan dengan darah rendah"

sapa yang NAK sakit??? tanya skit.. 

INGAT,
SAKIT DAN MUSIBAH ITU ADALAH PENGHAPUS DOSA

DARIPADA Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda: “Semoga!” Kemudian sabda baginda pula: 
“Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Muslim)
Huraiannya, segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa seseorang mukmin adalah kaffarah (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

InsyaAllah, moga aku juga berada di kalangan ni.

bermulanya episod sakit kali ni bila ari rabu (12/5/2010) aku rasa cam tak sedap badan.
rasa nak demam.. tekak pun macam sakit sangat.. ada benjolan lagi.
macam bengkak gitu..
sebelum lebih parah, aku decide ke klinik time lunch.
Dr kata mmg demam agak kuat.. 39 degree.
dapat MC untuk that day.
kira aku half day la.
balik rumah terus makan ubat and tido
berpeluh-peluh badan bila bangun tido tu..
alhamdulillah, dah rasa lega skit.
tapi, situasi tu tak lama.. 
malam tu demam balik.
means panas balik badan aku ni..
esoknya cuti lagi.
dipendekkan cerita, keadaan sama berlaku pada hari khamis.
ari khamis malam, kol en suami suh turun s.alam
maklumla,, aku sensorang kat umah sewa.

en suami terpaksa cuti ari jumaat
dia terus amik tiket ke sini lepas aku kol.
ari sabtu, g check lg kat klinik yang sama
doc suspek H1N1.
penyakit paling digeruni sekarang
dia nak refer aku ke hospital lepas suhu badan aku sama ja dengan ari rabu tu
langkah selamat, 
en suami decide nak bawa kau balik kampung.
apa2 hal senang..
so, ari ahad terus sms boss minta cuti seminggu

balik check pulak kat klinik kat Sg. Petani.
alhamdulillah, dia kata bukan H1N1
ni sbb tonsil aku ni ditahap kronik.

selama seminggu aku cuti, selama tu jugak la en suami berulang alik kerja.
kol 6 pagi dah kuar dari umah.. 
kol 8 malam baru sampai umah balik
pengorbanan seorang suami.
thanks, sayang


alhamdulillah, suma tu beransur-ansur baik
until now..
tapi, still rasa lemah badan and lesu




p/s:::ramai jugak yang kata sindrom orang mengandung.. hehe.. belum rezeki lagi..


Tuesday, May 4, 2010

~*dysmenorrhea*~

.......**dysmenorrhea**..........

ermmm... apa plak ni?? berkaki kah dia??
ada hidung mancung macam aku kah??
pipi gebu bak en suami??
berperut buncit macam ....
bla bla bla
hahahah

merapu di awal entry memang bagus untuk penulis menaikkan rasa ghairah untuk menulis..
whahahaha.. statement apakah ini?
statement ibu mengandung
@
anak yang tak sedar dek untung?

cukup..cukup.. enaf puan ct..

ari khamis, bermula la episod duka ku..
sakit perut yang teramat sangat...
datang bulan rupanya..
tapi, lain macam ja sakit tu..
xpenah plak sakit camtu time sebelum kawin
tetiba teringat kata2 orang tua..
"ala, kalau senggugut teruk sebelum kawin, ubatnya kawin cepat2.. hilang la sakit tu"
tp, aku bukanla termasuk dalam kategori senggugut teruk ni..
alhamdulillah la..
biasa-biasa ja sakit tu..
tak menjejaskan aktiviti harian pun..
ceewahhhh..
(dalam hati..syukur padaMu ya Allah)


oppsssss..apa kaitan dengan ayat ungu tu??
takkk.... aku pelik je.. aku yang dah kawin ni plak yang rasa sakit yang melampau..
kan bertentangan ngan statement ungu tu..
haishhh.. susah betul nk explain dalam bentuk ayat ni..

dah puas tertonggeng-tonggeng
(bukanla tonggeng pun sbenarnya.. nak explain betapa sakitnya aku ni ha..)
kat makmal applied electricity
(tempat aku men facebook tiap2 ari)
dengan baik hati nya dila bawakan aku ke klinik
KLINIK AJWA

sebelum ke klinik, dah minta permission en suami..
sibuk je dia pesan suh bgtau doktor tu aku ni dah kawin..
so, ayat pertama aku bila masuk bilik doktor tu, ayat tu la aku guna..
ikut cakap suami la katakan..
"Dr, sbenarnya saya ni baru kawin... bulan 2 aritu.. buat majlisnya kat kedah...
kat umah abg saya.. tema warna hitam putih..
bla bla bla bla.."
(haha...tipu je yg italic tu..)
tak cukup gila lagi nak explain camtu..
(na'uzubillah)

dipendekkan cerita, baca la lakon semula dialog aku n puan doktor:

DR::: bila last awak period ye??
aku::: .........(mana leh bgtau kat sini.. open sangat)

DR::: sebelum ni kerap tak awak buang air kecil??
aku:::: ermm.. sebelum ni kerap jugak.. tapi sekarang dah ok.. alhamdulillah.
(remember my entry frequent urination before this??)

DR:: puan ambil apa2 ubat masa kerap buang air tu??
aku::: ermm..xda pulak..

DR::: boleh baring sekejap.. saya nak check.. saya takut awak miscarriage je.
 tapi rasanya tak kot kalau tengokkan pada period awak sebelum ni??

aku:::: ternganga2 aku ni.. bila pulak aku pregnant ni?? nak miscarriage..
tapi, sumpah.. sakit sangat menstuasi kali ni.. and dah macam bleeding dah..

lepas DR check, dia kata xda apa2 masalah..
benda ni biasa terjadi pada pasangan baru kawin..
dipanggil 'honeymoon ....(tak ingat term blkg tu)'
mungkin effect kekerapan aku buang air sebelum ni..
so, menstruasi aku kali ni sakitnya lain macam

lepas dapat MC untuk ari jumaat tu, balik umah n rehat
tak dapat join celebrate besday zahari malam tu..
sorry zahari..


jumaat petang, fly ke penang.. jumpa hubby

info tentang dysmenorrhea:

gynaecological medical condition characterized by severe uterine pain during menstruation. While most women experience minor pain during menstruation, dysmenorrhea is diagnosed when the pain is so severe as to limit normal activities, or require medication
(info dari wikipedia)


that's all..

 

Monday, May 18, 2009

WaNiTa BeSi..

hhehe.. apa ntah kaitan tajuk dgn entry yang bakal aku post ni.. tp, ada la kot sikit2..
ni first time aku drive sorang2 dr KL- Kedah- KL.. penat gak la..
camna tak penat..

bertolak dr KL kol 5 pg ari jumaat tu.. sampai lebey kurang kol 11 la lps drop zura kat jawi n munir kat butterworth..
rehat sat kat umah.. kol 2 bertolak p kat en. driver.. smpai lebey kurang kol 3 la..
cian tengok en. driver.. kali ni dia masukkan besi then skru kat tulang.. adehhh...
dengar pun dah ngeri.. tp, xpa.. en. driver kuat semangat..
tambah2 bila tgk 'adeq' dia ada kat depan mata..
(perasan xhengat.. huhu..)
...oppppsss..dila lalu.. cover2..nnt dia bc..

kat bawah ni ada gambar besi yang patah tu:

~panjang besi asal~

~ni shape besi tu la.. berongga untuk laluan sum2 tulang~

esoknya tu, mak ajak p pulak.. siap masak sambal keli lagi kat bakal menantu dia tu.. ermm.. kali ni teman dia smpai malam.. sbb esoknya tu dah nak bertolak balik..

ermm... kat ward en. driver dok tu, majoriti adalah orang indon yang dtg dari acheh.. kaya2 kan orang indon nih.. sbb hospital tu antara hospital swasta yg murah la.. pastu ada la jiran en driver tu.. dari indon gak.. dia nak kenalkan en driver dengan cewek dari seberang.. lawa2 katanya.. iskkk.. ni yang xboleh jd ni. keluar cepat2 skitla.. huhu..

ermm.. tu la serba sikit ceritanya.. tapi, sebelum bertolak balik tu, aku ada singgah hantar makanan dulu kat dia.. bakal isteri mithali la katakan..
(w/pun mak yang masakkan makanan tu..hehe)
tp, yang aku NAIK HANGIN nya tu, sedap je dia dok ym ngan awek mana ntah.. grrrrr.....
tapi, xpala.. boring kot.. jangan ada yang tersangkut dah la..

ni gambar orang sakit:
~orang sakit yang ceria sbb.....~

gambar kat bawah ni adalah gambar anak buah aku..

cuba teka lelaki ke pompuan:

~cute tak?~

~ni lagi gambarnye..~

~dengan en. driver..macam anak ke? lain kulitnya.. haha~


k lah.. nak sambung buat keja.. nanti bos marah.. arini bos xsihat.. migrain..
see u in the next entry.... tata..


p/s: semoga cepat sembuh.. mak dah beli bantal utk bilik pengantin.. haha...