Showing posts with label gelagat. Show all posts
Showing posts with label gelagat. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Kerenah si kecik..

Amsyar dah menginjak usia 11 bulan..
ummi dah mula terasa kelasakan (betul ke imbuhan ni nih?) amsyar
dah nak kena jumpa tukang urut dah mintak betulkan urat-urat yang ntah masuk angin ke apa ni
recently, dia dah cekap merangkak
dah boleh la berjalan setapak dua..
dah sibuk paut mana-mana tempat untuk berdiri
memang mana-mana ibu pun akan terasa letih bila anak dah masuk fasa ni..
tidak terkecuali la ibu 'tecik' ni
adoii.. letih la nak melayan
walker dah tak layan sekarang ni..
kalau layan pun untuk sejekap cuma..
hehe...

sampai ke saat ini, amsyar dah pandai menulis.. menulis cara bayi 11 bulan la..
jangan la imagine dah pandai tulis karangan pulak..
nobody teach him to do so... (But, He is there to guide u.. don't forget)
alhamdulillah.. he managed to do it himself.

jom layan video dia menulis:::


satu benda lagi
bila tiba time nak makan..
Ya Allah..
jenuhla kawad satu rumah ikut dia..
tu pun tak habis pun nasi semangkuk tu..
separuh ja
selebihnya, makan bihun goreng, nasi ummi berlaukkan kari ayam
pendek kata, makanan orang dewasa..
hmmmfffffff...

dalam kereta pun klau tak diletak dalam car seat tu, 
ada-ada saja la kerja dia..
kacau abi drive, sibuk kuatkan radio..
gambar kat bawah ni tengah tunggu abi pegi mana ntah..

ni masa 9 bulan kalau tak salah..
kira gambar lama la nih.. =)




bila dikaji balik, memang patut la tugas menjaga anak ni diletakkan dibahu ibu
orang yang betul-betul sabar je boleh terima amanah ni
ni belum lagi amsyar boleh jalan
nak marah pun, memang itu fitrah bagi seorang bayi..
memang kena lalui semua fasa-fasa tu




....semoga membesar dengan SEMPURNA anak ummi...



p/s:::ummi n abi sayang kamu..

Monday, February 13, 2012

9 bulan sudaaaa

Tanggal 7/2/2012 aritu, genapla usia amsyar 9 bulan.. Masih belum pandai berjalan.. Mulut ja bising.. 
Dh pandai nak gaduh dengan orang bila ada yang cuba sorokkan 'botol busyuk' dia tu.. 
Botol busyuk tu adalah botol air masak dia, oke.. Alhamdulillah.. 
Allah beri dia kesihatan yang baik.. Sejak warded kali ke-2 bulan 9 thn lepas hingga ke hari ini, kesihatan dia berada pada tahap terbaik.. 
Terima kasih, Allah.. Juga masih menjadi bayi yang senang diuruskan.. 
selain obses dengan bilik air @ air, amsyar punya hobi baru..
Sekarang beliau sangat obses dengan benda bulat yang boleh dipusing-pusing a.k.a stereng.. 
Huhuhu...
Jom layanzz photo and video amsyar..

Abi potong rambut saya la.. abis la miang badan tu.. ummi ni tak alas.. huhu

jom bawa ketaaaa..


amsyar dan doraemon

lagi video::


kat jusco QBMall


p/s:::alhamdulillah.. 

Thursday, December 8, 2011

Aksi si Manja ku...

si manja ku chaakkkkkkkk!!!!!!

Amsyar di usia 7 bulan... 



terbalikla pulak video ni..hmmmnfffffff...
layan je la..
yang penting suara dia dengar..
ni sikit je ni
dah letih bergelak sakan sebelum tu

yang ini pulak..
jauh perjalanan luas pemandangan
adoii.. anak ummi..
kat mana la ummi nak tido ni???
letak hujung sebelah sana
alih-alih dah jadi cenggini

jauh merantau ye amsyar

nasib baik jenguk
kalau jatuh tu..
ermmm...jenuh nak menjawab dengan abi dia..
huhuhu


Sunday, August 7, 2011

Amsyar yang bising

cepatnya masa berlalu
rasa macam baru semalam lahirkan amsyar..
dah 3 bulan rupanya
dah genap 3 bulan, ni habit amsyar yang baru..
sembang kuat..
kadang-kadang dengar macam dia menjerit..
macam suka sangat.
geram je ummi.. macam nak geget-geget je dia..
dah ada gaya nak meniarap jugak..
gaya je la baru..
hikhikhik..




p/s:::tunggu 4 bulan pulak..

Saturday, August 6, 2011

Amsyar dah 3 bulan la...

Amsyar yang semakin ramah dan aktif di usia 3 bulan
alhamdulillah
dikurniakan seorang bayi yang tak banyak karenah..
sangat susah nak dengar dia melalak..
kalau nak susu membebel je lebih
moga berterusan ye, anak..
ummi dan abi bersyukur sangat-sangat

amsyar dah kena inject yang 3 bulan..
berat badan naik 500g je..
jadi 5.5kg
tu la anak ummi ni..
kuat sangat minum skyjuice
susu pun kuat jugak
tapi, sikit sangat naiknya
tapi, menurut pakcik google, ada cara nak calculate BBI:
i guess BBI = Berat Badan Ideal..
setuju dengan saya???

untuk bayi 0-12 bulan 
BBI = [ umur (bulan)/2 ] + 4
cth: Bayi 3 bulan, BBI nya 5.5 kg
Berat badan normalnya tinggal ditambah & dikurangi 10%

mengikut formula kat atas tu, berat anak ummi ni kira ideal la..
di usia 3 bulan, berat badan dia adalah 5.5kg
okla kenaikan tu yekk..
sepupu yg keja as nurse cakap baby sekarang kena jaga bab makan
so far amsyar memang tak boleh makan lagi la.
sebab banyak yang obes..
mintak dijauhkan la ye.
cian ummi nak dukung nanti kalau obes..


*suka sangat dengan kipas.. hehe*


semoga anak ummi dan abi ni dikurniakan kesihatan yang baik.
ameen..


p/s:::masuk je usia 3 bulan, macam-macam perangai baru dia dapat...hmmmmmmm..

Wednesday, June 22, 2011

cerita anak


bila dah ada anak ni, asyik cerita bab anak je la ye.. 
hehe.. perkara biasa la tu untuk ibu-ibu.. 
AM I RITE??

sekarang amsyar dah pandai sembang
geram je tengok dia..
tapi 
lagi geram bila dia asyik sembang ngan abi dia ja
nak ke mana-mana pun kalau ummi nak suruh abi dukung dia,
dia akan tengok muka abi, then senyum meleret..
alahai anak ummi
kecik hati ummi tau..

kat bawah ni video Amsyar sembang ngan abi dia time lepas mandi



kualiti suara pulak kurang oke
kalau nak dengar suara dia kena bukak guna media player classic..
tak pun, bukak sound kuat-kuat
tu pun kadang-kadang tak dengar
hehe..

next time kena improve la ni

k, nak cerita tu ja kali ni
jumpa lagi di lain entry
daaaaaaaaa

p/s:::: ummi and abi love u, Boy

Friday, June 17, 2011

Amsyar di usia 41 hari

keadaan Boy jam 12 tengah malam 
(suppose to be pagi dah la kan??)

maafla kualiti gambar kurang memuaskan
maklumla berbekalkan cahaya lampu tidur ja
plus kamera handphone berteknologi VGA.. tak main la megapixel nih
hahahaha

seperti yang ummi letak.. kaki maintain silang ye.. trademark..


5 jam kemudian............



OMG.. bantal ke mana, tuan bantal ke mana


close up.. approx. 90 degree pusingnya

hmmmmmm..
anak ummi ni
camna la nak bedung kalau macam ni gayanya
nasib baik ummi tak tindih dia

sedikit info latest tentang Boy:

7 Jun aritu Boy kena suntik Hepatitis B (usia sebulan)
alhamdulillah, tak demam
berat dah naik from 3.6 kg (20 days) ke 4 kg
so, from birth till now, berat Boy dah naik almost 1.2 kg
menjerit la sikit masa kena cucuk tu
cian dia.. tengah sedap-sedap tido



p/s::: ummi and abi tidur tak buas pun.. ikut sapa ni??