Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

Bubur and puri

Resepi amsyar hari ni:::

Bubur nasi
Ikan bilis (rendam sekejap untuk buang rasa masin tu)
Bayam
Buah epal (boleh jugak ganti dengan kentang)
Kismis (suku je)

Masak nasi together with ikan bilis.. then masukkan epal, kurma.. dah dekat nak siap baru masukkan bayam..
lenyek @ kisar.. suap untuk amsyar.. =)

Jom share resepi lain..
kredit to Majalah Rasa

Puri Bayi Ceria
Bahan-bahan:
1 biji aprikot |diambil isinya
1 biji epal merah |dikupas kulit dan dipotong dadu
3 biji kurma
100ml susu segar

Cara memasak:
1. Rebus epal merah, aprikot dan kurma hingga masak. Angkat dan tos kan
2. Kemudian kisarkan bersama susu segar
3. Sedia untuk dihidangkan

Bubur oat avokado blueberi
Bahan-bahan:
20gm bijirin (oat)
100ml susu segar
1/2 biji avokado
1/2 sudu makan blueberi

Cara memasak:
1. Didihkan oat sehingga masak.
2. Masukkan avokado dan bluberi. Kacau seketika.
3. Kisar hingga hancur dan sedia untuk dihidangkan


Bubur aneka sayuran
Bahan-bahan:
Bubur nasi secukupnya
10gm brokoli
10gm kubis bunga
10gm lobak merah
1 biji tomato
Air rebusan daging

Cara memasak:
1. Rebus kubis bunga, lobak merah dan brokoli hingga masak
2. Masukkan ke dalam bubur nasi bersama air rebusan daging. Didih dengan api perlahan.
3. Masukkan tomato dan lenyek-lenyekkan. Kisar semuanya hingga hancur.
4. Sedia untuk disuapkan pada bayi anda.


ok untuk hari ini. dah boleh buat jadual makan untuk bayi anda.. macam jadual makan kat asrama tu.. hikhikhik.. takda la asyik makan benda yang sama ja.. kalau kita pun jemu.. betul tak??


p/s:: teringin nak buat pasta untuk amsyar.. geram tengok baby punya pasta.. comel bangattt..

Tuesday, January 10, 2012

Makanan awal si manja ku...


syukur pada-Mu ya Allah
masih memberi nikmat hayat kepada ku serta insan-insan yang ku sayang
hari ni genap la 8 bulan 3 hari usia buah hati pengarang jantung ummi dan abi ni
makin nakal anak ummi ni
malam-malam tido lambat
bangunnya awal
nasib baik ummi 'tanam anggur' lagi
kalau tak, tido kat tempat keja la jawabnya

at this age, solid food was introduced to amsyar
bukannya di usia ni ja, masa 6 bulan dah makan.. xoxoxoxo
ummi tak sabar-sabar nak tambahkan keja umah
-suap anak makan-

masa umur 6 bulan dulu, amsyar mamam biskut farley
tak terlalu heavy untuk perut baby macam dia

Biskut Farley.. ummi beli perisa oren

dah masuk 7 bulan, ummi mula perkenalkan amsyar dengan nestum..
abi decide nak bagi nestum ni kat anak dia:::

Beras plus apple and cranberry..

bukan setakat anak je mamam.. ummi pun mamam skali.. 
sedapppppppp!!!!!
hahahhaa...
ada sekali tu tukar dengan oat instead of beras..
 plus dengan buah prune
tapi, my boy macam tak suka

one fine day (eceeehh..macam nak karang cerita pulak),
i read out an article in internet which stated that baby cereal does not suitable for infant.
this is due to the fact that it contains additional flavour..
at this early age, garam and gula pun tak sesuai lagi untuk baby
unless dia dah almost 1 year ++
  
jadi, pikir punya pikir..
tercetus lah idea nak masak bubur untuk my boy
i introduced my boy with fruits first.
then only i mixed it with veggie

let's check it out my simple recipe::

:::first recipe:::

sedikit beras
epal hijau 
epal merah

kurma / kismis


air

cara-cara memasak::
masukkan beras di dalam air.. masak sampai agak-agak dah kurang separuh air tadi tu..
masukkan epal hijau dan merah
kurma / kismis tu letak last skali

epal hijau dan merah untuk bagi natural flavour
so, no need to put salt or sugar
bila tambah lagi dengan kurma/kismis,
lagi ssssoooodaaapppp

::second recipe::

sedikit beras
carrot
broccoli
epal hijau dan merah
kurma (selalu letak separuh ja sekali masak)

cara menyediakannya::
sama macam first resepi
cuma.. masak beras tu sekali dengan carrot n broccoli
becoz it takes a longer time to 'empuk'
then baru masukkan epal n kurma

bolehla rotate dengan pisang kalau suka
ayam n daging cuma disediakan sekali seminggu
pandai-pandai mixed sendiri je
alhamdulillah, my boy tak memilih setakat ni
manis kurma tu dah cover rasa yang lain

makanan tu terpaksa la semuanya di masak sebabnya saya pakai cara traditional untuk hancurkan makanan tu
cara apa???
lenyek atas penapis
huhuhu..
tak ada blend-blend

boleh jugak refer entry ni untuk resepi lain::
resepi bayi

next entry kita belajar buat puri pulak ye..

see you soon


p/s::: Ya Allah, berikanlah keberkatan kepada apa yang Engkau beri rezeki kepada kami, dan jauhkanlah kami dari seksa api neraka.”