Showing posts with label happy and bahagia. Show all posts
Showing posts with label happy and bahagia. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

~***lepas gian***~

melepaskan gian di Red Box
muahahahaha..=)
baby says::good job mummy and daddy

::::let the pictures talk:::

Mendaftar

suasana

nak nyanyi lagu apa nih???

nafas cinta satu!!!!
semput la mummy nyanyi lagu ni..

Parent to be yg ROCK.. ;)

tadah muka kat jurumekap M.A.C

that's all.. puas la dapat lepas gian selama 3 jam... hahaha.. 
lepas ni tak kan nak usung anak pulak kan??
 baik g siap-siap.. hehe


p/s::: en suami cakap apa salahnya bawa anak pasni?? aku:::???? biar betik...

Tuesday, February 15, 2011

Kejutan di bulan Februari

Kejutan atau kata akarnya kejut menurut kamus en google adalah bersamaan dengan SURPRISE atau SURPRISINGLY.
Ohhh... apakah yang anda cuba sampaikan ni??
ntah.. sendiri pun tak tahu..
huhuhuhuhu..

bercerita tentang sambutan Valentine's Day (haram nih) ulang tahun perkahwinan kami yang pertama semalam adalah sangat tragis pada awalnya...

tragis macam mana tu??
::::::macam ni::::::
perancangan untuk main tukar-tukar hadiah telah dipersetujui  dua hari sebelum tarikh berlakunya ulang tahun tersebut..
maka dengan itu, aku mempersiapkan hadiah yang bakal aku bagi jugak 2 ari sebelum..
simpan elok-elok dalam almari baju..
sabar menanti saat-saatnya
hehe..
hadiah apa la sangat yang aku mampu bagi kan???
dengan tanam anggur berbuahkan cendawan
eceeeehhhh... sebut cendawan ja dia lani..

maka, 
tepat jam 12 malam, hadiah tersebut telah ready di atas tempat tidur en suami..
apakah????

~*Happy First Anniversary Darling Husband*~

~*Love u so much*~

isi kandungan yang tak seberapa tuh adalah:::

~*biasa-biasa saja*~

okeh... malam tu en suami boleh tido dengan amannya... ucapan terima kasih pun hanya mampu dizahirkan melalui mukabuku.. terkedu barangkali... hahahaha... poyos la kau...

bangun pagi, en suami ke tempat kerja seperti biasa..
kesabaranku hampir memuncak apabila jam 7 malam beliau masih belum berada dirumah..
dalam hati tu takyah cerita la..
perut berkeroncong menyanyikan ntah apa-apa lagu
anak di dalam sibuk mentendang mummy sebab tak bagi dia mamam lagi..
sabarlah wahai anak
mummy tunggu daddy untuk ke pasar malam bersama

muka manis ku kini bertukar menjadi separa cuka..
hahaha
jam 8 malam, en suami sampai rumah.
bila tengok je muka en suami, rasa nak nangis
solat Maghrib pun dah tak dapat nikmat kusyuk 100%
(sebelum ni kusyuk 100% ke?? tepuk dada tanya iman.. kihkihkih)

hati jadi sayu sebab en suami buat tak tau je..
macam budak-budak kan??
padahal nak jadi mak budak dah..
dahla dari semalam tak wish apa-apa pun..
dah tu, dah start hujan.. 
camna nak p pasar malam..
perut dah siap berkonsert dah
LAPARRR....grrrrrrrr

dalam keterpaksaan selepas dipujuk, 
maka en suami minta aku decide nak makan kat mana.
baby dalam perut pilih nak makan Pizza
dah pukul 9, mana nak sempat pilih tempat lain..
kalau balik awal tu, sempat la nak plan cunnn punya..

sebelum ke Pizza, berlaku satu adegan pelik di mana situasi tersebut tak pernah berlaku::
(dah nama pun pelik... haisshhhhh)

tak bawa ke handbag tu??

malas la.. bawa dompet ja.. bukannya ada apa pun dalam tu

iskkk... tinggal macam tu ja.. bawa la..

malas nak bertengkar, terus je capai handbag n masuk dalam keta
menuju ke destinasi yang dituju
*****************
sebelum makanan yang dipesan sampai, en suami bersuara lagi

kalau tak cukup duit macam mana ni??
ada bawa duit tak??

duit yang tadi tu ada la..
(tadi dah keluarkan duit.. takkan tak cukup.. dah order set paling murah dah tu)

bagi la kat abang

maka, aku terpaksa buka handbag lagi untuk amik duit
yang nak marah tu, dia tak amik pun duit yang diminta.. huhhhhhhh

tetiba.......
terperasan satu objek pinkkk dalam handbag masa nak masukkan balik dompet dalam handbag..


sama-sama tersenyum..
patutla beria-ia nak suruh bawa handbag
entah masa mana dia letak dalam handbag pun tak tau..

wanna share with u::

~*en suami cakap it is pencil box*~

~*isi kandungannya*~

my dear darling husband,
secara jujurnya, ayang tak mengharapkan hadiah yang mahal macam tu
plan bertukar-tukar hadiah tu hanya untuk suka-suka
sekurang-kurangnya we got something to do during our anniversary
honestly, dalam fikiran ayang, ayang hanya terfikirkan abang bawa sebiji kek dari secret recipe 
(demand gak tuh..huhu) tertera
"Happy 1st Anniversary"

tapi,
dapat kek ni ja:::
hehehe

~*Chocolate Volcano from Pizza Hut... sedapp*~


THANK YOU SO MUCH, SAYANG!!!!
May Allah grant us His blessings till al-Jannah 


p/s::: letih bermain dengan perasaan

Monday, February 14, 2011

Happy 1st Wedding Anniversary


♥♥♥♥♥ Bulan ini bulan cinta ♥♥♥♥♥♥
eceeehhhhhh..

alhamdulillah, hari ni genap setahun usia perkahwinan kami
Moga ikatan yang dibina ini akan terus utuh sampai syurga
Ameeenn..


My dear darling hubby:





When I first met you all those years ago,
I fell in love so fast, I knew right then,
You were the one and only one for me;
I'd never have to look for love again.






Each anniversary finds us happier;
You are my light--my moon, my star, my sun.
You show me what real love is all about,
You fill my life with pleasure, joy and fun.






As time goes by, our love grows stronger still.
You’re all I ever wanted, and much more
I look at you and I still get a thrill
Our marriage is the best thing in my life;
I love you deeply, madly, and I always will.



last but not least,

Happy Anniversary to my Wonderful Husband
with all my love



p/s::: hadiah tak boleh share kat sini.. kuikuikui...





Sunday, November 28, 2010

Indahnyaaa.......

Telah masyhur di kalangan ulama’ Islam yang dahulu dan  sekarang berfahaman bahawa kejadian janin yang pertama ialah; air mani (النطفة), segumpal darah (العلقة), kemudian seketul daging (و(المضغة. Semua proses kejadian ini ialah selama 120 hari, berdasarkan kepada apa yang difahami dari hadis menghimpun kejadian manusia (جمع الخلق) yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan lainnya dari ‘Abdullah bin Mas’ud  r.a katanya: 

Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah  dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].

ada pendapat mengatakan roh akan ditiupkan saat janin berusia 120 hari..

indahnya bila dapat merasa nikmat pergerakkan baby dalam perut..
walaupun tak pandai nak tendang menendang lagi,
sesekali tetap rasa geli bila rasa ada pergerakan dalam perut ni

mula-mula rasa tu agak terkejut..
terasa pelik
terlupa adanya Nur dalam rahim ni

sekarang dah agak biasa..
akan rasa pergerakkan dia time pillow speaker diletakkan kat perut 
dan
time nak tido..
adooii..
kadang-kadang terkejut je dengan pergerakan dia..
TAPI,
untungla kan..
sapa jadi ayah tak leh rasa.
hahahaha
(nak jugak jeleskan kaum adam)


alhamdulillah, terima kasih ya Allah diatas anugerahmu yang sangat bernilai
semoga aku dan suami mampu mendidiknya menjadi insan yang berguna pada agama.


p/s:::: tak sabar nak tunggu dia start menendang... best ke?? ada yang cakap rasa sengal.. betul ke?

Wednesday, November 24, 2010

berteka-teki

yeayyyyyyyy
(sob...sob...sob)
mood penulis agak bercelaru kala bulan mengambang ini.
kini penulis keseorangan (ayat hyperbola) di Kuala Lumpur setelah bercuti bersama suami dengan kak sal n family serta abg lan se family kat our common port, Damai Laut Resort and Spa
en suami dah balik Penang ahad petang.

pengalaman journey en suami kali ni agak menyedihkan even benda tu
merupakan pengalaman baru untuknya
hehe
dah bertahun duduk Penang, tak penah merasa naik feri sebagai pejalan kaki
and tak penah merasa naik Rapid Penang..
sian sungguh la.

hari ahad, 21 Nov 2010
bertolak dari Lumut around jam 4.30 petang
sampai rumah jam 10 malam..
jauhnya perjalanan..

::::alhamdulillah, selamat sampai::::

cerita penulis balik KL pun agak menyedihkan..
ni gara-gara Papago! abang lan la ni
ntah macam mana settingnya, dia bawa kami ikut jalan lama.. 
5 jam baru sampai KL
nasib baik penulis drive bersama baby di dalam perut..
ada 2 tenaga bergabung..
hahahaha..
ayat penyedap hati..
balik rumah pengsan sampai pagi.. 
letih tak hengat..
kira fair la kan perjalanan kami suami isteri ni.

****************************************
mari bercerita tentang check up bulan ke-4

ke hospital macam biasa..
melakukan rutin biasa,
berat naik balik 1kg setelah bulan lepas drop 1kg
sikitnya naik..
padahal kol 2 pagi leh kejut en suami g makan nasi goreng and roti canai kat kedai mamak

alhamdulillah, mendapat suami yang wonderful ni memang best
kejutla jam berapa pun, tak mungkin anda akan dapat pelempang
layannnn je dia tanpa banyak soal
hopefully berkekalan la ye en suami
ameennn

ok, back to cerita check up:

dah berapa bulan ye?

ermm.. bulan ni dah masuk 4 bulan

ok.. lepas ni g kencing ye.. nak buat urine test

masuk berjumpa dengan doktor,

ok, berat dah naik balik. kalau boleh bagi makan banyak sikit ye..
bagi berat naik lagi
nanti baby kecik.. around 2kg-2.2kg je.
at least bagi la baby tu 2.5kg ke atas

ok, Dr.

seperti biasa, scan my tiny tummy

Dr, dah boleh tau ke jantina baby??

haaa.. ni saya nak inform la ni.. nak tau ke tak?

nak.. nakk... 
(laju je en suami jawab)

ok.. its a **********
(haha.. saja je nak main rahsia-rahsia plak eh)

yang pasti instinct saya sangat kuat
malam sebelum check up tu saya mimpi..
dapat baby ******* seperti yang instinct saya kata tu
alih-alih lepas check up je, benar bagai yang dimimpi tu
hehehe.. mungkin kebetulan
baru 4 months,
mungkin tak brapa jelas lagi
tapi, Dr macam dah confirm je

alhamdulillah, baby oke, ibu sihat, ayah senang hati

dah penah buat blood test ke??

belum.

ok, pergi bilik sebelah ye untuk ambil darah

ingatkan just nak amik darah macam nak buat ujian HIV dulu je
rupa-rupanya penuh 1 syringe
dahla susah nak cari urat..
2 2 belah tangan kena cucuk
pejam mata masa nak tengok jarum tu masuk dalam urat tu
hahaha
time dah masuk tu boleh je la bukak mata
(first time pregnant la katakan...sian)

cuba buat 3D scan, tak dapat sebab kedudukan baby tak mengizinkan..
nasib baik doktor tak charge 
haha

enjoy da pics::
(pic kali ni kurang berkualiti)

~*baby di usia 16 weeks*~ 
dah nampak mata, hidung and ketara sekali tulang belakang dia


~* apa yang cuba ditunjukkan oleh anak panah tersebut??*~










p/s::: hint untuk hari ini---->>> "ayah/abi/abah/daddy, baby nak kencing la.. bawa la baby p kencing"

Friday, May 7, 2010

rasa

tetiba rasa...rasa...rasa... ntahla ek.. nak kata rasa apa eh?? 
banyak sangat gabungan rasa tu..
rasa tu ada bila

bila baca blog nurul haizum.. 
dah jadi mummy dah dia.. selamat melahirkan little autumn dia.. 
actually, tak kenal pun sapa dia.. 
tapi, sangat suka ikut perkembangan blog dia.. 
................hmmmmmm.................

brapa banyak dia daaaaaaaa..
hahahaha



p/s:::turn aku??? hanya Dia yang tahu.. pray for that..

Thursday, April 22, 2010

sekuntum mawar merah...

sebuah puisi.. untuk gadis pilihannn....... ooooo.. di bulan Februari...
hehe.. ntah apa2 la.. salam takda, apa takda.. terus nyanyi eh.. memang btui la kaki karok.. hhe...

MAWAR MERAH

sj je nak letak mawar merah ni..
(tak de koje.. haha.. malas nak writing)

From him to her::
Lokasi::: airport Subang


~*who is she?*~

kali ke-3 dapat hadiah macam ni..
but for the 1st two times, bagi bersebab..

1st time:: masa Konvo
2nd time:: masa besday.. refer link INI.

tak leh selalu bagi sangat.. nanti dah kurang bermakna..


p/s:::otak swingg.. la la la la la...

Monday, April 5, 2010

~~**Weekend Bersama**~~

Tetiba terpanggil untuk berkongsi cerita aktiviti aku weekend aritu.. 
masih tak ada mood lagi nak cerita pasal Bali.. hehe.. 
sangat bahagia rupanya menjadi seorang isteri ni..
*~hopefully bahagia ini berkekalan~*
**amenn**
 tambah2 lagi bersuamikan seorang lelaki bernama Mohd Affizan.. 
((bangga la tu laki saya ni...kalau dia baca la…))

Weekend lepas (3 & 4 April),
kami menghabiskan masa berdua di rumah sewa si suami.. kat Gedung Hills.. nama tempat tak bleh blah.. macam port2 orang kaya je kan?? Heh.. hakikatnya rumah bujang je pun.. keadaan agak kurang selesa di mana aku terpaksa bertudung kalau nak keluar dari bilik.. maklumla ada lelaki lain dalam rumah tu.. tapi, xda la sepanjang masa.. so, kami agak bebas la dalam rumah tu.. konon2 macam rumah sendiri..
special thanks to en bob yang memahami.. 
aku sampai di Penang lebih kurang pukul 11.40 malam (2/4). 
agak lewat dari biasa.. nasib baik tak plan nak tengok wayang macam sebelum2 ni..
klau tak, dah terlambat dah..
so, malam tu terus balik rumah and rehat..
esok pagi nak buat sarapan untuk si suami.
(eceeehhh.. macam pandai masak je puan ct rohani ni..)

so, oleh kerana aku 'off' m'gu ni, maka lepas kejut si suami untuk solat, aku sambung tido smpai kol 8.. 
bertuah kan sapa2 yang dapat isteri macam aku ni..
hehe..
tima kasih jugak pada si suami yang memahami...
maklumla isteri letih.. penat travel dari Shah Alam nun..
ok..
masuk dapur..
..jeng jeng jeng..
aku TAK BOLEH start masak melihatkan keadaan dapur yang sangat 'indah' tu..
so, aku mencuci serba sikit..
menu pagi tak la heavy pun..
jemput2 je.. atau bahasa kedahnya di panggil cekodok..
(eh, betul ke?? bukan ke cedokok tu untuk pisang je.. hmmm..apa2 la..)
(menu pertama sejak bergelar isteri ni.)

tengah bersihkan dapur sambil nyanyi-nyanyi,
 tetiba terdengar suara orang menyanyi di luar sambil buka pintu rumah..
hmmm.. aku kenal suara tu.. suara en bob.. 
bukan bob messrraaaaa AF tu ye.. ni bob lain..

en bob naik atas.
then aku terdengar 1 suara bergema dari atas.

AYANGGGGGGG!!!!!!!!

ekekekkeek..
macam ada butterfly dalam perut ni..
 penat aku ketawa mengenangkan en suami..
en suami macam tarzan cari isteri tak jumpa.
tu la.. lain kali bangun lambat lg..
lepas solat subuh tak elok tido balik..
terus turun bawah cari aku kat dapur..

ayat comel en suami di pagi hari sambil peluk si isteri dari belakang,

"ayg kat sini ka?? abg cari ayg tak jumpa tadi..ingatkan dah hilang isteri abg ni"

(bukan ke comel?? tp, bagi aku je kot comel.. hha)
muka leh tahan  ganazznya.. dalam hati ada taman rupanya.
jangan marah ye sayang..

dah.. start masak.. then breakfast sesama..

lepas tu, dengan tak mandi, pasangan merpati yang suka joli ni kuar g pasar..
si suami mendambakan nasi ayam dari air tangan si isteri.
so, selesai membeli-belah,
balik umah terus masak untuk lunch
(lepas lunch nak sign S n P umah kat Batu Kawan)

alhamdulillah, nasi ayam tu menepati citarasa si suami.
thanks atas pujian tu..
(bahagia seketika..)
tak ada apa yang lebih membahagiakan si isteri melainkan apa yang dilakukannya membahagiakan si suami
(ayat apa ni???? bedal je la..)



::next entry soon::
sign and purchase
*~our clover~*