Showing posts with label ujian. Show all posts
Showing posts with label ujian. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

Ujian-Mu (Part 2)



Setelah mendapat perkhabaran yang kurang menggembirakan tu, terus call hospital on Tuesday (17 Sept 2013) untuk book DnC. Decided to book on Friday (20 Sept 2013). The reasons are:

1. Only 1 day leave on that particular weeks - save cuti.
2. Think of my husband as he also needs to apply for a leave. In case need to go for follow-up check up on the next day, it fall on Saturday (we are on holiday) - save cuti.
3. Guru mengatakan bahawa kita akan kembali pada pencipta pada hari kita dilahirkan. I was born on Thursday. So, to be safe, do it on Friday. Oh, jahilnya aku.. Jauhnya aku dengan-Mu ya Allah.. - the most ashamed part.

Bekerja seperti biasa on Tuesday. Tapi, terasa sakit pinggang sangat sebelah petang tu. Terasa seperti nak period pun ada. Lewat petang tu, pegi check ada sikit blood spot. Ingatkan biasa je. Pagi esoknya (Wednesday, 18/9) check, darah tu ada lagi. Tapi, banyak skit dari semalam. So, decided not going to work. En suami dah selamat pegi kerja. Terus call dia, n he rushed back home. We went to Pearl Maternity Hospital.

At Pearl Maternity Hosp:
Sebelum jumpa Dr, normally nurse akan ambil berat badan n blood pressure. Berat aku turun 2kg. Mungkin sebab alahan seminggu tu. My blood pressure ni sangat merunsingkan aku.. 86/39. Too low. Tak pernah serendah tu.
Before Dr scan, dia ada bagitau dia akan bagi ubat untuk biar gugur sendiri. Without doing any DnC procedure. Just rest at home, waiting for the blood to come out. Owhh.. ngeri plak rasa. Tapi, lepas dia scan terus muka dia lain. Muka agak terkejut bila tengok snow storm sign tu. As my last check up, tak nampak macam tu. Dalam erti kata lain, kantung tu belum pecah la.. So, bila dah nampak macam tu, terus dia booked DnC tomorrow (THURSDAY, 19/9) at Pantai Hospital. Kos rawatan is around RM1,500-RM1,800. If normal DnC, RM749 if I'm not mistaken. Dr ada bagi choice la. In case tak mampu, dia akan buat surat refer GH. Alhamdulillah, Allah tu Maha Pengasih. Kebetulan masa tu en suami memang dah spare duit untuk aku bersalin once I'm pregnant. Jadi, ada la sumber kewangan tu. Thanks hubby. So, confirmed buat dekat Pantai esok.

***********************
RencanaNya lagi hebat. Allah...
Malam tu aku nangis semahu-mahunya. Bukan nangis mengenangkan apa yang bakal aku lalui. Tapi mengenangkan malunya aku pada Dia. Aku seolah-olah lupa pada perancangan Dia yang Maha Agung lagi Maha Mengetahui. Terasa jauhnya aku dengan-Nya.. (Kalau tak faham, refer balik point no. 3 kat atas tu.)

♬ Kehendak-kehendak-Nya ke atasku pasti berlaku
   Sama ada aku setuju mahupun tidak setuju♪
♬Menggembirakan mahupun yang mendukacitakan.


♬ Seluruh hidupku di dalam genggaman-Nya
Ia boleh buat apa sahaja kepadaku
Kuasa-Nya ke atasku sepenuhnya♬
♪Tidak ada langsung campur tanganku ke atas diriku sendiri
Itulah Tuhan Pencipta seluruh alam dan yang menjadikan aku♫

Bila tengok Amsyar, aku nangis lagi. Owh, I hate that feeling. Marah diri sendiri. Sila pergi jauh-jauh. Kenapa aku masih cintakan dunia ni?? Itu yang bermain-main dalam fikiran aku ketika itu. syuhh.. syuhh.. pergi jauh-jauh Syaitan.. 

Thursday (19/9/2013):
Berpuasa dari jam 12 tgh malam semalam. Jam 6.30am dah bergerak ke Pantai as the procedure will start at 8.30am. Enjoy few pics:

Menghilangkan gusar.. Blood pressure 110/66.

Berdebar-debar. Tiada daya upaya melainkan Dia semata-mata
Punya takut sampai terlupa minta maaf dengan en suami. Bila dah ada kat dalam baru teringat. Huhuhu..

Ya Allah, moga dipanjangkan usia aku... Boleh cium tangan en suami lagi.. hohohoho..

Dalam OT room:

Pakar bius datang and explain yang dia akan bius aku penuh. Sempat lagi dok argue dengan Dr tu..

Aku:: Kenapa perlu bius penuh?? Kenapa tak bius separuh ja??

Dr :: Awak nak bius separuh ka?? Tak ada masalah.

Aku:: Eh, tak la.. Cuma nak tahu.

Dr:: Macam ni, procedure yang akan awak lalui ni sekejap je. Around 30 minutes. Kalau saya bius separuh, nanti awak kena rest at least 3-4hrs. Sebab kaki awak tak kuat. Kalau bius penuh, awak akan rasa pening sekejap ja.. Lepas tu dah boleh bangun n balik. 

Aku:: Baiklah Dr. Mana yang terbaik.

Tepat jam 8.30am, aku ditolak ke operation theater. Dibaringkan atas katil mengadap lampu2 kat atas tu. Sempat nampak Dr Rosita.. Dr yang bakal buat DnC. Lepas tu pakar bius dah bagi sedut ubat bius. 5x sedut, aku dah tak ingat apa-apa. Pengsan.

Sedar-sedar dengar suara budak meraung nak kena tolak ke bilik operation. Aku dok kat depan OT room tu la. Punya la pening, terasa seperti belum sampai turn aku.. Hohohooho. Tekak terasa perit. Terasa nak batuk. Nurse bawakan plastic bag kuning tu. Ada keluar darah skit. Rupanya Dr masukkan wayar kat dalam tekak ni. Bantuan pernafasan kot. Kemudian nurse datang bukak semua plat-plat yang digunakan untuk check tekanan darah, jantung etc. Then, aku ditolak keluar. Dah nampak muka en suami yang setia menunggu. Owh, dah selesai rupanya. Alhamdulillah..

Dr bagitau en suami, tak banyak sangat pendarahan.. Alhamdulillah sekali lagi. Tengah berehat kat ward, nurse bawa 1 balang berisi ketulan darah yang dibuang tadi. Hospital akan bawa ke makmal untuk analyze which type of molar. Berdoa supaya bukan choriocarcinoma. Nak tahu lebih lanjut pasal molar ni, boleh refer link-link kat bawah ni:

http://www.webmd.com/baby/tc/molar-pregnancy-topic-overview
http://en.wikipedia.org/wiki/Molar_pregnancy
http://my-cmp-story.blogspot.com/2008/12/whats-up-with-httpmy-cmp.html - blog yang banyak saya refer.

Janin yang tak menjadi

It is mine..

Sian en suami.. Letih bermain dengan emosi. Thank you so much

Berehat di rumah. Esok kena amik darah untuk monitor hormone, beta-hcg. Owh, lupa bercerita tentang hormon molar pregnancy ni. Once u had been diagnosed with molar pregnancy, the beta-hcg will go high compared to normal pregnancy. My reading before DnC is 892 412. So, for normal pregnancy, the hormone reading is as per below:

pregnancy
after last menstrual period
Days after conceptionApproximate hCG levels
for single baby pregnancy (mIU/ml)
Week 370 to 5
Week 414 (next period due)5 to 430
Week 521180 to 7400
Week 6281,100 to 56,500
Weeks 7 to 835 to 427,600 to 230,000
Weeks 9 to 1249 to 7025,300 to 290,000
Weeks 13 to 1677 to 10014,000 to 243,000
Weeks 17 to 244,000 to 165,000
Weeks 25 to birth of baby3,200 to 90,000
4 to 6 weeks after birthLess than 5


So, my hormone reading before DnC is obviously out of spec. Nantikan bacaan hormon sesudah DnC. Esok ke Pearl lagi untuk buat beta-hcg test.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?(2)
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”.( Surah al-‘Ankabut : 3)

p/s:: terasa pening-pening lalat. gambar selepas DnC tak boleh tunjuk.. serabai..

Wednesday, November 13, 2013

Ujian-Mu (Part 1)



"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)"

Lebaran tahun ini, aku menerima khabar gembira lagi. Seperti yang terjadi 2 tahun lepas. Hari terakhir umat Islam berpuasa, aku menerima berita itu dengan hati yang lapang dan gembira. Bertambah pulak dengan birasku yang turut sama menerima berita tu sebulan lebih awal dariku. Alhamdulillah..
Berita apakah itu?? 

"Amsyar bakal menjadi abang 9 bulan akan datang."

Picture - snap dalam cahaya lampu tidur.. Sesudah sahur.

Syukur aku kehadrat Illahi dengan rezeki itu. En suami pulak seperti tak percaya. Hehehe.. "Sendiri buat pun tak percaye ke??".. kihkihkih...

Lepas je raya, terus ke Pearl Maternity Hospital untuk check up seperti biasa. Dr sahkan kewujudan angel itu dalam rahimku yang ketika itu berusia 5 minggu. Masih terlalu awal.. Alhamdulillah jugak, tak ada alahan. Sama seperti mengandungkan amsyar 2 tahun lepas.

Tapi, semua itu seketika cuma. 

7th September 2013:
Today is the 8 weeks check up. As we went thru ultra sound scan, Dr informed that the 'kantung' was not in a good shape plus no heartbeat. So, Dr said, 'looks like tak menjadi. So, kena cuci". Terkesima sekejap lepas dengar apa yang Dr cakap tu. As today is Saturday, Dr suggest do the D n C on next Monday. Me and my husband can't easily say YES as its too early to conclude everything. So, Dr bagi masa balik fikir. Maka, aku terus search any info yang ada dalam internet. Terjumpa la fb Hospital Bersalin. Ada jugak orang yang senasib denganku rupanya. Most of them tak suggest untuk terus cuci. Ada yang cakap wait until  11-12 weeks at least. So, we decided to wait or go for another check up at different clinic. 

8-13 September 2013:
Nothing weird happen. But, I do vomit a lot after eating. Rasa loya, tak lalu makan.. Kalau makan pun, sure muntah balik. Sebelum tu, pegi bantai makan gulai nangka dengan daging. So, suspect that it was due to 'angin' akibat makan nangka tu. Ada jugak terfikir kot-kot berlainan jantina. That's why ada alahan macam tu. Hurmmm... Tekaan tu semuanya salah..

14 September 2013:
Balik kampung en suami. Mak mertua bawa g check up kat klinik pakar sakit puan, Dr. Ganga. Mak selalu check up dengan dia. Experienced Dr. Dia buat ultra sound macam biasa. Rasa berdebar-debar sementara nak tunggu Dr komen. 1 lagi tamparan hebat buat aku n en suami. Dr said that it looks like a snow storm sign. Suspected it was a molar pregnancy. MUST do DnC as soon as possible. It tend to bleed a lot if biarkan. Part yang paling menakutkan adalah it tend to be cancer if not treated properly. Salah 1 tanda-tandanya adalah alahan yang teruk. Yeaahhh... Saya alami semua itu.

Kalau perhatikan betul-betul, kantung tu dah tak bulat and ada tompok hitam sebelah kiri (snow storm)
So, belajar menerima hakikat. MUST do DnC ASAP. So, balik Penang terus call Dr kat Pearl book for DnC. Plan to book on Friday ( 20 September 2013). Terus terang cakap, bab hilang baby tu tak bermain sangat pun dalam fikiran ni. Yang merisaukan adalah proses DnC tu sendiri.



p/s: Mati itu PASTI.. Hidup itu IN SHA ALLAH.

Monday, April 23, 2012

Ujian hidup

U.J.I.A.N
sedari kecil sampai la dewasa ni, perkataan ni macam da sinonim dengan dengan kehidupan kita.
Masa kecik pun ada ujian.. Ujian apa?? Ujian pertengahan tahun, Ujian akhir tahun. Ujian la jugak kan??
Tapi, ujian hidup ni lain.. dugaan @ ujian ni datang tak kira masa, tempat dan ketika.. suka ke tidak, kena hadapi.. macam-macam ujian yang dilalui orang diluar sana.. ada yang di uji dengan kesakitan, di uji dengan kewangan, di uji dengan pergolakan rumah tangga.. macam-macam ujian sebenarnya.. 
harus di ingat, Allah tak akan uji seseorang hamba itu andai ujian itu tak mampu ditanggungnya..

maka, gunakanlah kebijaksaan yang diberi serta keimanan untuk menghadapi ujian-ujian ni..
antara tip-tips menghadapi ujian Allah (kredit to akuislam)::

  • Yakinlah bahawa ujian itu adalah ekspresi rasa cinta Allah kepada hambaNya. Dugaan itulah yang akan mematangkan kita dalam mengaharungi keidupan.
  • Yakinlah bahawa semakin besar dan banyak dugaan yang Allah beri, makin besar pula pahala dan sayang Allah kepada kita.. dengan syarat, selesaikanlah dugaan itu dengan cara yang baik.
  • Yakinlah bahawa ujian itu adalah penghapus dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ni.
  • Sentiasa berfikiran positif bahawa setiap ujian itu akan mendatangkan kebaikan kepada kita.
  • hadapi ujian dengan usaha, doa dan tawakkal..

kadangkala, ujian yang Allah beri ni boleh mendekatkan kita denganNya.. 
boleh mendatangkan satu ilmu yang tak mungkin di ajar dimana-mana.
mohon Allah sentiasa beri kesedaran ja pada kita..
kalau dah diuji pun, kita masih tak sedar, tak guna jugak

lebih rela diuji dengan kemiskinan dari diuji dengan kemewahan
risau lupa diri.

wallahu'alam

mutiara kata:

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(HR. Tirmizi)

(Na'uzubillah, jauhkanlah diriku dari perkara ini..)


p/s::: sedang diuji.. 



Wednesday, October 5, 2011

~*R.I.N.D.U*~

kerinduan untuk berblog semakin membuak-buak.. 
kekangan masa sejak sudah ber'anak' ni memang menjadi faktor utama... 
hehhee..

macam-macam peristiwa berlaku..
satu persatu ujian datang
menguji kekuatan hambaMu ini

Firstly cerita bab buah hati Ummi dan Abi la..
Amsyar batuk berkahak..
admitted TO Hope Children Hospital
seminggu gak la
berkampung la ummi n abi kat sana
balik umah dalam 2 minggu kena balik
hmmmm..
kali ni kena tahan pulak 5 hari..
kalau stay tu, 2 hari pun dah baik rasanya
disebabkan ummi n abi dah cuti banyak masa first time dia admit,
maka, kami plan nak berulang alik la..
lepas ummi balik keja, ummi bawa dia 
last-last Dr merayu suruh stay
hahhaa..
ALHAMDULILLAH, dah baik sepenuhnya sekarang nih..

nak cerita sikit pasal Prudential..
amsyar masuk children hospital ni semuanya ditanggung oleh insurans dia
ofkos la kos rawatan semua ditanggung 
elaun harian pun boleh cover gaji ummi n abi yang cuti jaga dia
tapi, semua tu bergantung pada pakej yang kita amik la
alhamdulillah, ada rezeki untuk amik insurans dia awal-awal
bukanla bermakna nak suruh anak sakit..
tapi, sebagai langkah persediaan
sakit semua tu urusan Dia
lagipun bukan la semata-mata untuk sakit
dia cover sekali dengan saving untuk future 
memandangkan kos rawatan sekarang yang makin tinggi..
rasa berbaloi jugak la labur bulan-bulan
at least anak dapat rawatan yang terbaik

apapun, minta diberikan kesihatan yang terbaik la..
ameen


muka budak kecik ni time kurang sihat::

~*ni ada demam sikit.. suhu 37 degree ++*~

~*first time kena sedut*~
saya budak baik.. tak nanges pun

~*tangan saya memang tak pandai nak duduk diam..harap maklum*~



p/s:: terima kasih diatas segala nikmatMu ya Allah.. aku redho dengan ujianMu ini..

Saturday, August 6, 2011

Suka Duka Julai...

Berlalu sudah Julai yang penuh suka duka yang tak mungkin akan luput dalam kotak fikiran
(aduhhhh...maqi mana pulok jiwang karat nih???)
entah betul entah tidak ayat yang penuh dengan elemen-elemen bahasa melayu
apa ko bondo nya eh ko merepek..
ok..STOP it

Let's go story mory apa yang telah aku lalui sepanjang Julai 2011 ni..
yang membuatkan aku lebih yakin akan ketentuanNya.

bermula pada 28 Jun, en suami mengadakan majlis makan-makan dirumah 
jemputan adalah colleague nya sendiri
makan di taman larangan N-Park sambil ber'BBQ'

jam 4.30 pagi (29 Jun, Rabu)
menerima panggilan dari ibu mertua
"ayah masuk ward, sesak nafas"
tergamam seketika
terus berkemas balik kampung

1 July
Keadaan ayah semakin stabil.. alhamdulillah..

2 July, Jumaat, 3.00 pagi
ayah kena serangan jantung
Dr berjaya bagi cpr..
ayah kembali ok tapi dalam keadaan yang boleh dikatakan koma
disebabkan jantung tak dapat supply oxygen dalam jangka masa yang agak lama,
Dr anggarkan ayah akan terus dalam keadaan macam tu lebih lama..
kehidupan kembali seperti sediakala
en suami dah mula kerja
tapi, still ulang-alik dari penang secara bergilir dengan abangnya..

4 Julai
tarikh aku lapor diri di SK Binjul Dalam
menjawat jawatan
"Guru Ganti"
hahahahha
okla tu.. rezeki jangan ditolak
walaupun hampir-hampir aku lepaskan peluang tu disebabkan keadaan ayah

7 Julai
Amsyar genap 2 bulan
ke klinik untuk injection
berat naik 1kg..
so, now 5kg

14 Julai, 9.00mlm
ayah ditolak ke wad biasa memandangkan keadaannya yang mungkin nampak lebih stabil
ayah dah tak banyak bergantung pada alat-alat
berita ni menggembirakan dan melapangkan dada semua orang

15 Julai
pada tanggal ni, aku dan suami sepatutnya berada di Singapore
atas urusan bercuti
tiket flight dah booking setahun yang lalu
tapi,
perancanganNya tiada sapa yang tahu
nasib baik kami membatalkan niat ke sana
tepat jam 1.40 ptg,
en suami message,
"ayah loghat dah"
dalam bahasa kedah, loghat tu means dah nampak teruk @ lebih kurang nazak la
aku terus call MIL
"ayah takda dah Siti"

bagaikan bermimpi,
ya,
aku kehilangan ayah buat kali kedua
pertama kalinya ketika aku berusia 3 tahun setengah..
masih belum mengerti apa-apa
terima takdir ketentuanNya dengan redho...


al-Fatihah buat kedua-dua arwah ayah...
dalam kenangan,




p/s:::ujian dariNya...