Showing posts with label happy. Show all posts
Showing posts with label happy. Show all posts

Monday, September 2, 2013

Trip to USS (Final)

15 April 2013:

Last day we all kat Johor. Setelah penat 2 hari berulang alik ke Sentosa Island, hari ni kami decide nak jelajah Johor ja. Macam banyak masa je kan guna istilah jelajah.. hehe.

Next destination ☞ JPO (Johor Premium Outlet)

Oke, sedikit info tentang JPO. JPO ni lebih kurang tempat barang-barang branded yang dijual dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran. Lagi info boleh klik LINK ni..

Check out sedikit awal dari Tune Hotel. Dengan beg yang banyak tu, call teksi and teksi amik depan Tune sampai la kat depan JPO. Tak ingat pulak tambang dia berapa. Perjalanan lebih kurang 22km ni ambik masa lebih kirang 30 minit untuk sampai. Mujur boleh simpan harta karun kami tu kat main counter. Kalau tak, jenuh jugak nak membawa ke sana ke mari..

Tadaaaaaaaaaaaaaaa... We were here ☟☟☟☟

Dari jauh

We were here!!!

Aksi si comel

Cari baju sapa tu sayang???


Tak faham kenapa gambar ni terbalik.
Hasilnya:
1. Sehelai seluar n 2 helai kemeja en suami
2. Sehelai baju saya
3. Sehelai baju amsyar


Tempat ni sesuai untuk penggemar barangan berjenama. Not for us. Kami ni tak la branded-person sangat. Asal elok, ok la.. At least kalau orang sebut JPO tu, kami dah pernah sampai.. hehehhe..

Call teksi yang kami naik untuk ke sini sebab kalau guna teksi JPO ni dia charge mahal. So, bertolak terus ke airport untuk terbang balik ke Penang.. Moga ada rezeki lagi untuk kembali ke sini.

p/s::duit dah abis, dah boleh balik.. yipppiieeeeeeeeeeeee..

Tuesday, August 27, 2013

Trip to USS (Part 3)


Bertemu kembali...

Jom cerita pengalaman kami melihat pink dolphin... Setelah penat melawat mercu tanda S'pore, The Merlion kami bergerak ke Underwater World Singapore. Ticket price dia $25.90. Convert duit M'sia, RM66.50. Sekali sekala.. dah alang-alang sampai. Amsyar punya free of charge since he is below 3 yrs old. Tak ada senior citizen punya price. huhuhu.. Jom, biarkan sekali lagi gambar yang berbicara::

Underwater World S'pore.

Dolphin show
Memang puas hati dan berbaloi-baloi.

Lepas je melawat UWW, suma dah penat. Maklum la baru sampai je terus berjalan ke sana sini. Plan asal malam tu nak tengok Crane Dance.. Tapi, memandangkan semua dah penat, kami mengambil keputusan untuk pulang ke Tune Hotel. Rehatkan badan untuk next day kat USS.

Ehsan en google. Hajat yang tak kesampaian

Day 2 (14 April 2013)::

Bangun pagi dengan penuh semangat. Bertolak ke USS dengan Odyssey jam 7.30am. Tengok amsyar tak puas tidor. Sian dia..

Dah siap pun sibuk nak tido lagi
Bas ni terus sampai ke USS.Kali ni tak kena tinggal bas lagi dah. Dalam bas lagi agent tu dah suruh isi siap-siap form putih tu. Hohohoho.. Tiket ke USS ni dah dibeli awal dengan Pn Rosmanizah Abdul Rahman. Ni info yang diberi:

Harga Ticket USS
RM155 Dewasa (13-59yr) x 4 = RM620
Jika mahu
Tambahan Express Pass RM65 Non Peak (Jump que dan Special lane) x 4 = RM260


**Transport ke USS (Shuttle Bas) RM30 Return 
tunggu di Tune Hotel, Danga Bay. Bas gerak 7.30pagi balik 7.30mlm


- eticket kita forward eticket 2 hari sebelum ke USS
- Eticket perlu print dan tunjuk kaunter masuk USS
- Payment seminggu sebelum ke USS

Ni la e-ticket yang dimaksudkan::

e-ticket

 Untuk kedua kalinya bergambar depan globe sementara menunggu masuk ke USS:

Again!!! In front of the globe

Entrance and inside


Far-far away castle

Madagascar

Icon USS

Dia yang terpilih..

Hollywood Dreams

Ok.. Tak mampu nak coret banyak-banyak.. Biar gambar je la yang menceritakan segala-galanya..Surau disediakan kat dalam. Jadi tak perlu risau. Nak solat dengan tak je. Makanan pun ada. We all makan kat Arabian restaurant. Lepas je puas berjimba dalam USS, time untuk bershopping ole-ole pulak untuk sedara. Jom kita ke Chinatown::

Queue for taxi to Chinatown
Forgot ready how much the fees. Sorry....

Chinatown

Hasil malam tu.. Sikit je.


Ngadap yang ni la pulak setelah penat berjalan.. hehe

p/s:: One more entry.. JPO....

Wednesday, August 14, 2013

Trip to USS (Part 2)




....Sentosa Island Map...

Seperti yang dijanjikan.. Jom sama-sama throwback camna we all sampai ke sini.. Ada banyak cara ke Singapore sebenarnya.. Tujuan utama stay kat Tune (selain dari murah) sebab ada shuttle bus (Odyssey) yang direct ke USS. So, tak payah bersusah payah fikir cara ke sana. Tapi tu la.. Realiti tak sama seperti yang dirancang.. But, its ok.. At least kita dapat la merasa nikmat gamble kat tempat orang. huhuhu..


Day 1 (13 April 2013):
Bertolak dari Tune Hotel JB ke Terminal Bus (imigresen Malaysia) dengan teksi. Minta info dari pekerja Tune tu. Dia bagi no telefon teksi and teksi datang amik depan hotel. Tambang ke stesen bas tu RM13. Tak tau la murah ke mahal. Dah sampai Imigresen Malaysia terus amik bas ke Sentosa Island. Tambang untuk 4 dewasa RM20 (RM5/person one way). Enjoy our pics there::


Dah naik bas menuju ke imigresen S'pore. Bermula la episod di tempat orang. Kononnya buat research sebelum ke sana. rupanya research tak abis.. Ada jugak tertinggal. Sampai je kat imigresen S'pore suma orang berlari-lari beratur. Barang-barang semua kena turunkan sebab berkemungkinan besar kita tak dapat naik bas yang kita naik sebelum ni. huhhhhhhhhhh.. agak penat rasanya.. Sampai je kat atas, dengan confident nya kami terus beratur. Sampai turn, pegawai tu minta white form. Owhhhhh.... kami tak isi form tu sebenarnya. patut la tengok ada orang dok sibuk isi masa dalam bas lagi.. Adehhhh.. terpaksa la beratur semula. Memang confirm la kena tinggal bas. Dah siap beratur semua, tunggu bas nak ke Sentosa Island. Ada lagi episod duka. porch bag en suami tetiba hilang. Kelam kabut cari. En suami terasa dia tertinggal dalam bas yang kami nak sebelum ni. Hurmmmmm... mujur adik ipar ada snap gambar depan bas yang kami naik. So, tau la no plat semua..Puas la orang imigresen S'pore tu contact, minta kami ambil masa sampai ke USS nanti.. Tapi, tak ada rezeki en suami la. Diorang tak jumpa pun dalam bas yang dimaksudkan. Hilang la buku Tabung Haji and henfon comel en suami..

White form..
Tiba di Sentosa Island around 11 am. Maka bermula la lawatan kami.. Tempat pertama yang dituju mesti la USS globe yang besar tu.. Acara wajib bergambar kat situ bila dah sampai Singapore.

Pic 1: Cinta hati saya tidur..
Pic 2: Dia dah beraksi dengan abi..


Next, menuju ke Merlion park. Ada 3 cara untuk berjalan-jalan dalam Sentosa Island ni. Either by bus, beach tram or Sentosa Express. Semuanya free of charge. Daripada Waterfront station, kami ke Imbiah Station dengan Sentosa Express. So, lets pics tell you the story::

Jom lunch dulu.. Layan Maggi n nasi beriani segera.. Sodapppp.. :)

Bergambar dengan icon S'pore
Adik ipar n en suami sempat layan GoGreen Eco Adventure.

Pen off.. Do wait on the next entry.

p/s:: Part 3 will share the experience with pink dolphin.

Thursday, August 1, 2013

Trip to USS (Part1)

Mari kita bercerita tentang sejarah..
Yaaa.. sejarah yang telah berlalu. Namun masih segar dalam ingatan ini.. 

Sejarah Amsyar pertama kali terbang di udara.. hehe..Trip ke USS, Singapore yang akhirnya tertunai pada April 2013. Alhamdulillah, masih belum setahun pun.. Kalau dah setahun pun, baru setahun jagung.  wakakaka..

Moh kita cerita.. Alkisahnya kami ni teringin bebenor ler nak ke USS tu. Sebelum ni pun pernah dapat tiket Airasia yang berharga RM1. Tapi, yang Maha Agung lagi hebat rencanaNya. Ayah mertua terchenta mengadap Illahi pada tanggal kami sepatutnya berlepas ke sana. Maka burnt la tiket tu. Kalau p pun hati tak senang. Burnt la yg terbaik.. 

Orang cakap kalau dah rezeki tu tak ke mana kan?? Nak dijadikan cerita, adik ipar yang bongsu cemerlang dalam peperiksaan SPM dan menjadi pelajar terbaik aliran. Maka untuk award dia, bercampur niat dihati yang ingin berjalan ni, kami rancang 1 trip ke USS. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki ketika itu, maka kami berlima (Abi, Ummi, Amsyar, Mak n adik) ke sana pada 13 April 2013. 

Persediaan sebelum ke sana:::

::Passport::
Passport Ummi and Abi kena renew la. Last travel was on our honeymoon vacay which was in March 2010. Lama sangat dah. Hari tu pun just buat untuk 2 tahun.

Passport Amsyar n abi

::Buggy Stroller Amsyar::
Oleh kerana terasa seperti tidaklah berbaloi untuk bawa SCR dia tu, maka abi bercadang untuk beli umbrella type buggy stroller.. Senang untuk dibawa nanti.. Akhirnya, rezeki kami di Toys r Us. RM149 is I'm not mistaken. So, mudah dibawa.. Macam payung gitu bila dah lipat..

Pict googled. But, it is exactly the same as his.
Empunya diri

Jom cerita pengalaman ditempat orang.  

13 April 2013::


Bertolak dari Penang dengan Air Asia menuju ke Johor jam 7.15 am. Oh, kami memilih untuk menetap di Johor setelah beberapa kajian dibuat (sumber dari blogger-blogger lain). Maklumlah percutian yang agak budget.. Layan beberapa pics di dalam flight. Amsyar tersangatlah excited bila tengok kapal terbang.

Excited..
Takut sikit masa nak take off.. Terus tido..
                                     
Tiba di  airport Senai jam 8.25am, kami terus ke Tune Hotel dengan teksi. It costs you around RM44 from the airport. Berbaloi-baloi. Dalam teksi tu encik suami sempat tanya in case nak ke Singapore with taxi. Agak mahal jugak la. Mau telan 3 angka gak. So, rasanya better naik shuttle ja. Kami sampai di Tune Hotel agak awal. It's too early to check-in. So, just simpan luggage kat Tune. If I'm not mistaken RM2/luggage. Ok la tu kan daripada nak buang masa tunggu sampai boleh check in. Plan asal nak naik shuttle from Tune direct to USS. Sekali dia kata dah penuh. Kena book awal. So, terpaksa la gamble untuk first day ni. Book siap-siap untuk day 2 punya trip ke USS. Enjoy our pics::

At Tune Hotel. Main lego.. Simbolik kepada Legoland

p/s:: Do wait for the next entry ya.. 

Wednesday, November 30, 2011

Ceritera November

Sekian lama tak menjenguk blog... adehhh.. asyik sama je intro blognye.. tak best la..
hai guys... (ada ke orang baca blog aku nih??)

nak meng'update' cerita-cerita yang berlaku sepanjang November..

1 November... dah cerita kot.. refer entry lepas..

menunaikan janji untuk show apa hadiah besday untuk this year...
memandangkan emas mempunyai value yang sangat tinggi pada masa akan datang.. maka encik suami hadiahkan saya gelang emas ini:::::

kecik je... alhamdulillah..


21 November ... VIVA (a defence in presenting academic thesis)
mendapat tahu akan di Viva voce dua minggu sebelum 21 November.. sangatla kelam kabut membuat preparation.. dengan my Lenovo buat hal.. tak boleh nak ON.. sudahnya pinjam HP mini hubby.. beli je casing untuk hard disk.. berbalik kepada cerita pada pagi 21 Nov tu... sangatla gerun melihat signboard ini:::

biasa la tu kan??

bila tengok je signboard kat bawah ni.. lagi GERRRRRRUNNN...


saya seorang sahaja calon untuk hari tu

alhamdulillah.. Dia permudahkan semuanya walaupun hampir 1jam 45 minit didalam bilik tu.. 
"Congratulation, Siti.. you have been awarded a master.. with minor correction.." 
walaupun correction tu byk gak nk kena buat.. semuany SILLY mistake.. 
antaranya::
1. salah ejaan..
2. figure number out
hmmm.. apa boleh buat.. tak sabor-sabor nak ngantor..

terima kasih yang tidak terhingga ditujukan buat insan dibawah ini:::
1. My supervisor
2. My wonderful hubby
2. My parents including in law.. (sayangnya dua-dua ayah tak sempat bersama-sama meraikannya)
3. My siblings (Kak Sal, Abg Lan, Abg Zan)
4. My friends
5. those yang mendoakan saya


3. 27 November.....Percutian ke Sunway Lagoon

yeaaaaaayyyy
meraikan abisnya master walaupun correction thesis belum siap
en suami bawa saya dan anak bersama-sama bonda dan adinda iparku
ke Sunway Lagoon Theme Park..
enjoy anakanda saya yang tersayang bermandi manda..
bagaikan itik jumpa air..
huhuhu..

layanzz video nih:::






to be continue..

p/s:::banyak gambar nak dimasukkan nih...


Wednesday, January 5, 2011

2010 in memory...

seelum terus membaca, ada pesanan dari penaja,


AWAS, ENTRY ADALAH TERLEBIH PANJANG dan TERDAPAT BANYAK GAMBAR yang mungkin membuatkan anda muntah hijau...
hahahaha

Dah masuk 5 Jan 2011 semasa entry ni ditulis.. sekejap je masa berlalu...
start menulis pada 31 Disember.. abis menulis adalah pada 5 Jan..
maklumla nak cerita benda yang berlaku sepanjang tahun 2010.
macam mana pun, 2010 meningggalkan 1001 kenangan pahit dan manis yang tak mungkin dilupakan..
eceeeeehhh.. ya ka tak lupa.. ntah-ntah kalau tanya makan apa pada 31 Dis 2010 pun tak leh nak jawab.. hahaha... hmmmmmm.. maksud penulis disini adalah event-event besar yang terjadi la... bab makan tu, tanya yang 3 Jan 2011 pun dah tak ingat apa benda.. betul tak??

meh kita singkap satu per satu.. 

dulu kalau orang tanya, 'bila nak kawin??'
jawabku, 'insyaAllah, tunggu Kedah Maju 2010'
(actually tu hanyalah sekadar jawapan.. belum ada perancangan serius pun)
tapi kan orang cakap kalau sebut patplohpat kali akan jadi betul..
alhamdulillah, antara peristiwa besar berlaku pada tahun 2010 bagi diriku adalah:
PERKAHWINAN

ermm.. macam tak best lak kalau tak ikut turutan kan??
bermula ia padaaaaaaaaa

14 Februari 2010:
status ku berubah 2 kali dalam masa setengah jam
dari TUNANGAN orang jadi ISTERIAN orang..
agak tidak percaya..
tapi memang WAJIB percaya..
hehehe

jom tengok gambar skettttt:::

Majlis tunang dan akad nikah





Walimatul Urus (27 Feb & 13 Mac)


abis saja kenduri sebelah lelaki pada 13 Mac 2010, 
kami berangkat ke Bali untuk tujuan ehemmm..ehemmm..
haha

jom layanzzz beberapa keping pics:



tahun 2010 ni juga boleh la dikatakan tahun melancong untuk saya dan en suami..
banyak benor berjalannya..
yang pahitnya 2010 ni adalah terpaksa berjauhan dengan suami setelah berkahwin
namun, disebalik kepahitan tu terselit jugak kemanisannya..
ye laaaaa.. setiap kali jumpa adalah honeymoon
vavavavvavavav..
  
jom layanzzzzz gambar lagi..

Colmar Tropicale (17 April 2010)


Swiss Garden Villa (12 June 2010)
Lumut, Perak


A Famosa, Melaka (19 Jun 2010)



Genting Highland (10 Julai 2010)



Salak Denai (30 Julai 2010)

ni adalah percutian family ye.. family sebelah en suami.. 
bercuti di pusat perangin berhampiran Titi Hayun, Yan, Kedah..
malangnya, tak dapat menikmati air terjun time ni sebabnya aku 'bercuti selama 7 hari'
gambar tak dapat dicari pulak..


Cameron Highland (7 Ogos 2010)



sebelum terus bercerita mengenai tour kami yang hampir berlaku setiap bulan (tak sangka plak eh)
bulan September stop sat sebab terkejut dengan berita yang paling menggembirakan..
aku disahkah pregnant 5 weeks
boleh refer entry ini.
kegembiraan kedua selepas bergelar isteri
..::ALHAMDULILLAH::..

ok, sambung percutian::

Swiss Inn Kuantan (1 Oktober 2010)
Hadiah kawin dari my sis n bro in law
thank you very much
we really enjoyed there
tapi, ni dah masuk fasa babymoon..
hehehhe


disebabkan pregnant, maka en suami mengisytiharkan November sebagai cuti khas membesarkan baby..
hahahhaha
tak lawak pun.. so, jangan gelak..
sambung pulak dengan Disember punya percutian..

Kelantan, Terengganu & Melaka (9 Disember 2010)



memori terakhir sebelum berlabuhnya tirai 2010 adalah percutian secara beramai-ramai ke Salak Denai pada 27 Disember 2010
kali ni bersama family saya pulak ye..
lebih kurang 30++ orang yang ikut serta..
besttttttttt...
tujuan utama percutian ini diadakan adalah sebagai award kepada mereka yang bertungkus-lumus menjayakan perkahwinan ku bersama en suami
alhamdulillah, semuanya lancar

gambarnya nanti akan dimasukkan dalam next entry ye..
harap maklum..
penulis belum dapat lagi gambo nye..



p/s::: banyak berjalan luas pemandangan... tak gitu???