Tuesday, September 14, 2010

7 Months... 7 Weeks

AMAZING!!!!!
Hari ni genap usia perkahwinan kami 7 bulan
Genap jugak usia kandungan ni 7 minggu..
Alhamdulillah, berdoa agar saya dan kandungan sentiasa berada di dalam rahmat dan lindunganNya..
ameen..

"our baby is 12mm CRL and always moving.
(that's y kot mana-mana bakal mummy akan rasa loya je time ni)
Elbows, fingers starts and foot plates appear"
(Dipetik dari counter kat bawah tu, Nur Cinta)

7 weeks ni dah start vomit skit-skit
alhamdulillah, still berselera makan
cuma nak kena ada buah pelam masam je selalu..
(masam je nak ye.. manis-manis tak layan lagi buat masa ni)
peneman di kala loya..
haha
normal la kan untuk pregnancy woman.
alhamdulillah la kalau sapa-sapa yang tak pernah merasa nikmat loya dan muntah ni
napa aku cakap NIKMAT??
memang nikmat la.
(selected people je yang boleh rasa)
hanya ibu yang mengandung je diberi rasa macam tu.
tapi, ada jugak ayah yang rasa.. 
hehe..
terpulang la kan..
mana yang menjadi pilihan DIA.

genap 7 minggu ni jugak, aku nak ucap berbanyak-banyak terima kasih pada en suami 
yang tak putus-putus melayan karenah isteri ni.
nak makan itu ini
part paling susah nak layan
misi mencari pelam putik yang masam
kat kampung semuanya pelam yang manis..
kalau putik pun, rasa dia lemak-lemak je..


Pengorbanan insan bakal bergelar AYAH

arini masa en suami balik keja,
 dia singgah pasar malam cari pelam
malangnya, tak ada

on the way nak sampai umah tu,
banyak benor le umah yang ada buah pelam bergayut-gayut ni
♫demi cinta yang suci..♫ ku rela korbankan kepentingan diri♪

nak tau apa en suami buat??
dengan menebalkan kulit muka 14 inci,
dia turun keta and berjalan ke 1 umah yang ada pelam ni
tanpa segan silu::

"makcik, saya nak minta beli pelam sikit"

dialog seterusnya anda sambungla sendiri..
dapatla 4 biji FOC

a special thanks to my beloved hubby,
En. Mohd Affizan Matt Saad



p/s:::menerima khabar dapat mempelam 4 biji dengan linangan air mata..

Sunday, September 5, 2010

Dalam keterpaksaan

en suami tak keja!!!
haaaaaaa
i got something to do 
since he is absent..
absent ok..
suppose to be kena keja arini
ganti raya..
tapi, 
tu la suami saya..
dah dapat tido tu, tak hengat nak bangun dah

so, jam 10 saya ajak en suami ke suatu tempat rahsia..
tempat apa tu?/
dah namanya RAHSIA
mana boleh reveal..
haha

jam 10.40,
arrived at SOMEWHERE

takutnya nak masuk
macam poyo pun ye jugak
baru nak sahkan saya pregnant,
dah ke tempat cenggini
 belasah je

masuk jumpa doktor,
(bersalam-salaman...berkenal-kenalan)
terjadi la perbualan seperti di bawah:

doktor::: ermm.. dah lewat ye period ni..
pesakit yang tak sakit:: ya, doktor.. (polite gitu)

doktor::: ok, kalau ikutkan tarikh, due nya 8 mei 2011. dan sekarang kandungan berusia 5 minggu 4 hari
pesakit yang tak sakit (monolog)::: owhh.. macam ni eh?? belum check lg aku pregnant ke tidak.. dah bg tarikh2 penting eh??

jap.. jap..
tepatkan dengan yang aku check guna Digital Pregnancy Test??

doktor::: ok, baring kat sana.. nak scan..

pesakit yang tak sakit tu pun menurut je arahan.. berdebar-debar pun ada..
NAHHHHH!!!
ada masalah bertidurbangkit pulak..
since puasa, tak minum banyak air, tak nampak la pulak..
doktor bagi 2 pilihan yang aku terpaksa buat yang mana kedua-duanya membatalkan puasa aku..
MUSNAH, PUNAH, HANCUR
harapan untuk puasa penuh tahun ni..
tapi, tak apa

pilihan yang diberi:
1. minum air then 2 jam nanti masuk balik and scan semula
2. doktor masukkan camera kat !@#$%^&;

setelah pilihan dibuat dengan mengambil kira en suami yang mungkin akan masuk kerja half day,
nampak la gambar seperti di bawah:


didalam petak empat segi itu adalah objek yang difokuskan
namanya KANTUNG (tempat baby membesar)

alhamdulillah, kedudukan 'nur' ini adalah di dalam rahim
ni la tujuan scan.
just nak tau kedudukan baby di dalam @ di luar rahim

then, sebelum balik dapat beberapa sample susu:

~*yang mana satu idaman kalbu*~

setelah mencuba, penulis rate kan ikut kesedapannya
(citarasa lidah penulis la.. tak kan lidah orang lain pulak kan??) :

1. Mamil mama
2. Friso mum gold
3. Enfa Mama A+

persoalannya??
nak minum ke??
mahal kot
chocolade sudeyyy


p/s::: untuk permulaan ni, sentiasa mendoakan agar dipanjangkan usia kandungan dan dberikan kesihatan yang terbaik.. 

Friday, September 3, 2010

Permulaan hari

Salam Jumaat, semua..

permulaan hari yang agak baik...
bangun je tdo, ada message dari kakak ipar:

"morning, pa kabar umi pg ni? moga2 hari yang dilalui dengan senyuman je. nnt bby tu mukanya manis. 
ok tak hari ni? kak dan abang tumpang bahagia atas kebahagiaan kalian.."

thank you so much.. insyaAllah, setiap hari pun akan tersenyum..
amenn..

semalam dah order pillow speaker..
sangatla gigih, bukan???

bukan apa, bendanya tak ada di sini
so, kena order dari luar.. nak tunggu shipping lagi..
orderla awal-awal..
hehe
apa tu pillow speaker??


lu pikir la sendiri apa tujuan saya beli benda alah ni. 
kalau beli sendiri tak sampai pun RM59 tu
tapi, susah la pulak
nak kena ada paypal account, etcetra.
order melalui orang je
kan senang
sampai masa, benda tu ready untuk diguna...
hehe
eksaited kan???
hmmmm
sapa aje yang tak eksaited


p/s:::mood::hepi..

Pengesahan..

2nd September 2010
Tested using Dip n Tell
around 12.30 pm
(lepas balik dari tukar duit raya.. hehe)

Result::


masih kurang yakin

lepas berbuka,
keluar beli 1 lagi tester dengan en suami..
bangun sahur nanti baru test.
sebabnya 
urine yang pertama selepas bangun tidur tinggi HCG nya..
so, result akan lebih accurate..
(aku baru tau, oke)

sangat kagum dengan tester yang baru dibeli ni..
it is Digital Pregnancy Test
with Conception Indicator
what it is???
it tells you when you conceived
and
how your doctor will date your pregnancy
(based on 28 day cycle)


3rd September 2010
around 4.20am

the new result:


alhamdulillah, it is 3+
it means that I already conceived 3 weeks ago
which is exactly true with my own calculation
 and normally 
according to the doctor,
they will date my pregnancy as 5+ weeks


Bismillahhir rahmaanir rahiim

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Ya Allah semoga Engkau lindungi bayi ini selama ada dalam kandungan ibunya

Dan semoga Engkau memberikan kepada bayi dan ibunya kesihatan. 

Ya Allah semoga Engkau ciptakan bayi ini dalam kandungan ibunya dengan rupa yang bagus.

Dan semoga Engkau tanamkan hatinya bayi ini iman kepadaMu ya Allah dan kepada Rasul Mu
Ya Allah semoga Engkau mengeluarkan bayi ini dari dalam kandungan ibunya pada waktu yang telah ditetapkan dalam keadaan yang sihat dan selamat.

Ya Allah semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama.

Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi pekertinya, fasih lisannya.

Dan luaskan rezekinya

Dan jadikanlah bagi manusia yang sempurna selamat di dunia dan akhirat.


Dengan berkahnya Nabi besar Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.


Aaamin, aamin aamin yaa robbal aalamin
Kabulkanlah doa kami, kabulkanlah doa kami, kabulkanlah doa kami ya Allah Tuhan sekalian alam.



p/s::: masih belum ada pakar yang mengesahkan.. ;)

Thursday, September 2, 2010

Rezeki Ramadhan

"abang, walau apa pun yang terjadi, ayang nak puasa penuh jugak tahun ni"
terdiam si suami.. dia bukanlah siapa2 untuk mengiakan apa yang diperkatakan si isteri..
hanya hambaNya yang tiada daya upaya


TAPI,
maha pengasih dan penyayangnya Allah itu,
insyaAllah, dengan berbaki 7 hari lagi puasa (semasa entry ini di tulis)
akan dimakbulkan permintaan si isteri
ameenn..

 perlakuan pelik ku seminggu dua ni rupanya bererti..
Alhamdulillah ya Allah

walaupun saat ini belum ada kepastian yang sah dari yang pakar,
aku tetap panjatkan rasa syukur padaMu..



p/s::  menangis kesyukuran mengenangkan rezekiNya yang satu ini

Thursday, August 26, 2010

Ramadhan

Salam semua...

dah bersawang agaknya blog ni ye.. dah lama penulis tak jenguk.. maklumla sejak dinobatkan sebagai SURIRUMAH sepenuh masa ni, penulis agak busy skit. ceeewaaaaaahhhhhhh.. banyak benor leerr keja kamu yekk.. keja buat taik mata je rasanya yang banyak tuh.. haha.. what eva la kan.. janji KERJA.. hehe.. tak da la.. sebenarnya tak ada mood nak mentulis ni.. 

sepanjang Ramadhan ni, ni la keja penulis seharian dok umah::

4.45 am (in case nasi belum masak)  ::::  sediakan sahur untuk suami..
6.00 am                        :::: sambung tidor setelah solat subuh..( sila jangan tiru aksi ini.. tak bagus ye)
7.00 am                        :::: bangun kejap, suami g keja
7.15 am                        :::: tido balik.... muaaahahhahahaha.. isteri mithali la kata kan..
xxx   am                        :::: bangun tido.. fikir apa nak di masak untuk berbuka.. then, terus ke pasar kalau ada barang perlu di beli.. tak pun hantar dobi..

huhhhhhh.. gile ahh. hantar baju kat dobi tuh.. gila kaya laki kau..jap..jap..jap.. nanti dulu.. sebab tak mampu nak beli mesin basuh la kami hantar dobi.. haha.. ALASAN  je tuh.. tak..tak...sebenarnya, sebulan je saya kat penang ni..lepas ni balik shah alam.. so, setelah diadakan mesyuarat meja bulat (meja empat segi pon tak apa.. tak menjadi masalah besar) kami putuskan untuk hantar baju kat dobi.. tak pun hujung minggu balik basuh umah mak.. hehe..

~* bukan dekat sini je.. sekadar hiasan je*~

12.00 pm                      :::: ngadap laptop and buat apa yang patut (write, writing, written, wrote) sambil layan astro.. (bahagia sungguh kan menjadi surirumah ni.. hmmm).. tak kena part letih lagi kan?? bawak bersabar..

3.30 pm                        ::: start masuk dapur.. suka masak awal.. nanti en suami pulang dari kerja, boleh layan dia je... tak da nak sibuk-sibuk kat dapur lagi...

part masuk dapur ni, memang letih la skit.. kena buat itu, ini, basuh itu, ini, kupas itu ini, tumis itu ini, kacau itu, ini.. nampak kan kepayahan dan kesukaran di situ.. huhhhhhhh.. terasa kepenatan tu walaupun sekarang penulis tengah menaip.. sangat tak masuk akal kan?? tak kisah la. keluar pun tak apa..

5.15 pm                       :::: siap cantik-cantik sambil menunggu en suami pulang.. ♫ suami ku pulang dari kerja,♪ suami ku beli kan jus epal..♪  haaaaaaaaaaaaaa..sebut pasal jus epal ni, aku ada habit plak semenjak bulan puasa ni.. asal berbuka je, nk request jus epal..

~*juga sekadar hiasan*~

7.00 pm                        :::: get ready untuk berbuka.... dan bersambung lagi la tugas ku sebagai surirumah.. basuh itu ini, kemas dapur, etcetraaa... SEE.. tak berhenti kan kerja surirumah ni.. even though orang yang dah keja dah balik keja, surirumah tetap ada kerja perlu dibuat..  biasala kan.. nama pun isteri solehah... apa pun, saya enjoyed buat ni semua... tambahan pulak, bila tengok en suami makan.. alhamdulillah... rasa letih masak tu terus hilang..

so far, ada la kot dalam 3 atau 4 kali berbuka kat luar.. yang selebihnya tu, aku berjaya sajikan air tanganku untuk en suami berbuka.. alhamdulillah.. tima kasih my beloved mummy yang mengajar aku masak sejak aku 5 bulan.. owhh.. nampak sangat ada unsur tipu di situ ye.. hahahaha.. tak da la.. sebenarnya seni memasak ni datang secara lahiriah.. aku memang suka memasak and mencuba resepi-resepi baru.. plus, mummy la yang banyak ajar.. sedap ke tak, belakang kira la ye.. puasa ni, maklum la kan..

dah.. panjang pulak entry kali ni.. tapi, still tak dapat qada' tempoh aku tak jenguk blog ni kan.. hehe

menu petang ni, NASI AYAM JANGGUT (en suami yang bagi nama exclusive ni).. mungkin dia makan sampai menjilat janggutnya yang sejemput tu kot.. hahahaha.. sekadar jenaka di petang 16 Ramadhan ni.. gambar tak dapat disertakan ye.. entry ni ditulis jam 5 petang.. so, ayam belum digoreng..


wassalam.........

p/s::: baju raya, kasut raya suma dah ready.. tinggal tudung je belum ada..

Tuesday, August 3, 2010

Hasilnya...

hasil photoshoot dengan Kuang Yee......
















T.A.M.A.T