Monday, July 5, 2010

it is so hard to make the right decision.. this is what I feel now.. 

however,
i've been trained to be independent
and
i will not make something that might burden him..

..let me be the loser..


p/s::: no win-win situation

two news...

Jumaat lepas, seorang pekerja telah berjumpa dengan bos nya.. ofkos la kat bilik bos.. then, mensampaikan cheque gaji one of his RA. then, berlaku la perbualan seperti di bawah::

Bos ::: ni untuk bulan brapa ye??
Pekerja ::: June

Bos ::: oo..oke.. haaaa.. saya lupa nak inform.. saya rasa ni last gaji yang awak dapat la.. sebab grant saya dah tamat..
Pekerja ::: (agak terkedu) oo.. ermm.. tak pa lah.. lagipun contract saya memang abis Julai pun.. lepas tu saya dah nak balik Penang.. (walaupun terkedu, still boleh jawab panjang-panjang)..

Bos ::: haaa?? kenapa awak nak balik Penang??
Pekerja ::: (terkedu lagi untuk kali kedua) ha?? saya nak balik stay dengan husband saya la..

Bos ::: mana boleh.. awak still ada NSF kan?? awak di bayar untuk jadi student.. so, stay la kat sini sampai abis master awak..
Pekerja :::owhh.. macam tu ke Dr?? Rumah sewa saya, saya dah stop sampai end of this month..

bos seperti dengar tak dengar je.. ermm..

Bos ::: saya tak kisah you nak datang lewat ke ke apa ke.. janji you ada kat lab tu.. sabar la.. orang lain pun kawin jugak.. ada yang sambung kat oversea la.. lagi kesian.. you bukannya jauh pun.. boleh je jumpa kan time weekend.. berkorban sikit..
Pekerja ::: ermmm.... (takda kekuatan untuk menjawab..)

Bos ::: saya tak nak benda yang dah penah dan sedang berlaku ni , jadi lagi.. saya tak kisah kalau awak nak cuti ke ari jumaat tu.. then, nak datang balik lambat sehari ke..  
Pekerja ::: erm... saya kena bincang balik la dengan husband saya..


rasa nak nangis pun ada time tu..
dua-dua pun tanggungjawab dia.. disana suami, disini kerja... lagi berat tanggungjawab dengan suami.. sian.. masalahnya, dia dah nak submit thesis.
kenapa perlu dia stay lagi kat sini.. kerja apa yang dia nak kena buat ni?? sangat tak faham...

without gaji, nak sewa rumah lagi, nak makan lagi.. bayar keta lagi..

positive thinking ::: oke la tu.. you have to think out of box regarding the payment.. please... then only u'll find the answer.. ADA HIKMAHNYA..

 TAPI,
 bulan puasa nanti.. 
alangkah sedihnya... 
uuuwaaaaaaaaaa......


p/s:: kalau perlu, pekerja itu akan buat black n white untuk memastikan kehadiran dia ke lab jika diberi kebenaran untuk berada  bersama suami..

Kalau.....

A::: Kalau bukan abg, siapa??
B::: Tak tau

he keep on asking,

A::: Kalau bukan abg, siapa?
B::: Abang la..

A::: Siapa??
B::: Mohd Affizan (memang nama sebenar.. hahaha)

A::: siapa???
B::: (diam)


i'm a bit tacing ngan soalan tu...


sepertinya A tak puas hai dengan jawapan B.. lantak kamu le...... yang pasti

"JANGAN tanya lagi boleh tak, B takda jawapan untuk soalan A tu..."

p/s::: motif entry diwujudkan?? tak tau.. haha.

Sunday, July 4, 2010

cerita weekend lagi...

yaaaaaaa.. cerita weekend kembali lagi.. 
gembiranya hati si isteri menyambut kedatangan en suami.. 
bas belum sampai lagi, dia dah sampai kat stesen bas tu.. huhu.. 
...semangat... 
kol 4.30 pagi tu..

aktiviti berjalan seperti biasa,
...sarapan kat restoran Gembira..
(isteri malas dan TAK pandai masak.. nasib le kamu wahai suami..)
bergolek-golek kat rumah
(sila jangan salah tafsir ye.. that's mean DO NOTHING, oke)
just stay at home.
layanzzzz cerita Dhoom 2.
sedar-sedar dah jam 4 petang..
bergegas ke Majlis Wahida n Syahriman
gamble je sebab bila tengok kat kad, majlis tu sampai pukul 4 je.. 
hahahaha
 oke,
 layan gambar pengantin yang tergesa-gesa nak ke outdoor photo shoot





layanz en suami n najib tengok bola kat Pelita..first half je sanggup tunggu..pastu terus balik umah..
sakit jantung nengok bola kat pelita
tinggal en suami ngan najib je.

Day 2::::

tak da aktiviti best.. 
en suami asyik tido je
maklumla layan bola sampai pukul 4.30 pagi..
hmmmmm

sebelah petang
berjalan-jalan di Jakel Karpet yang baru bukak kat Shah Alam ni
sempat sambar 2 keping karpet
tak sampai sejam duit nafkah en suami bagi, 
da tinggal separuh.. haha
tu la namanya pompuan
kan??? kan???
but, from now onwards
kena CATU duit...
gaji dah takda..
huhuhu.

ni la carpetnya::




~ ni bukan carpet ye tuan-tuan.. tapi, tikar buluh~

warnanya tak sekata, terus pergi tukar
yang baru tak sempat nak amik gambar
huhu..


lepas beli karpet
layan Go-Kart kat Stadium Shah Alam

enjoy da pics::









end of the day
pray for en suami,
semoga selamat sampai kat Penang


p/s:::bahagiaa je...





Friday, July 2, 2010

mak.. ni ja yang anak mak ni mampu...

semalam I call u, u tak answer.. 
(kantoi by zee avi)

semalam call my beloved mummy..
biasa la berborak-borak..
sampai la ke bab rumah..
 ada la ngadu ngan mummy susah nak cari rumah sewa area penang ni yang murah2..

rumah yang bakal dibeli tu pun tak tau bila nk siap..
so, by hook or by crook, kena la sewa rumah dulu..
then, story kat mak pasal rumah flat/apartment

mak kata::
"mak dengar rumah flat/apartment ni mak dah lemah semangat.. mak tak suka la"
oohhh.. begitu mengguris hati si anak..
mak guris hati anak tak pa, oke..
JANGAN sesekali kamu mengguris hati mummy kamu
BERDOSA tu..

tapi, biasa la orang tua2 ni..
mana2 orang tua pun tak suka kan??

TAPI,
mak, ni ja yang anak mak ni mampu.
keja pun belum..
mana la ada rumah sewa atas tanah area penang tu yg murah
suma nya main ribu riban..
kalau ada pun susah sangat nak dapat..

then, with an extrapolation.. eh, salah.. with an extra explanation been made,
finally, mak akur dengan pendirian si anak..
bukan nak beli pun, nak sewa untuk sementara waktu ja.. 



p/s:::sehingga sekarang masih belum berjaya mencari rumah yang sepadan.. hehe.. anyone??


Semuanya kerana Durian...

wasaaapppppp..wassaaaapppppp... apa cerita ye?? 
pepagi lagi dah menulis entry baru di blog.. 
sangat tak productive.. 

ekceli, nak story morry tentang weekend yang lepas tu..
maklumla, menjadi weekend husben and wife ni, banyakla cerita weekend nya..
dah jumpa pun time weekend je..
(jangan tak tau, malam ni en suami bertolak ke sini.. awwww)
ada unsur gedik di situ..
sila abaikan mood penulis di kala ini..

weekend hari tu, si isteri dah plan awal-awal nak balik rumah mak mertua kesayangan
plan cantik punya dengan biras...
sekali en suami menggunakan kuasa vetonya,

"kita tak jadi balik kampung minggu ni.. ada aktiviti berkelah sambil makan durian"

(oh my... aku adalah 'penggemar' durian tegar..)
wahai suami, isteri kamu ni nak makan apa??? dahla dia tak makan durian..
kalau makan pun, durian separuh masak ja.. 
yang perlu di jolok ngan galah 
then, peram durian tu sampai masak..
adakah??
lu pikir la sendiri
hehe

maka demi menurut kata en suami, si isteri tidak membantah..
boleh dapat payung emas tak kalau tak membantah cakap suami ni??
hahaha..

okla.. tak mau buang masa lagi,
maka pagi sabtu tu si isteri bagaikan lipas kudung..
mana tak nya,

ok ye.. check list tugas si isteri::

1. sediakan breakfast - cekodok durian (pernah rasa?? sedapppp ooo..)
2. ke giant (bersama en suami la) beli bahan-bahan untuk BBQ and sepaigeti (anak buah aku eja mcm ni, oke)
3. singgah pasar pagi beli santan, pulut dll. 
4. balik rumah, tergedik-gedik sediakan spagetti and pulut

yang menjadi masalahnya sekarang,

1. dapur kat rumah sewa en suami tu satu ja.. kan dah buang masa kat situ. mana nak rebus spagetti lagi, nak buat kuah dia lagi, nak masak pulut lagi.. agak tertekan la di situ..
2. aku tak pernah masak pulut seumur hidup aku.. (hahaha..padan muka.. tu pun dah gedik nak kawin kan..)

tetamu dah sampai dah.. suma dah cantik-cantik..
aku sorang je muka macam jambatan tak siap..
mandi pun macam belum mandi..

lepas ready suma benda-benda tu, aku terus siapkan diri..
others, packing barang masuk dalam keta..
tau tak pukul berapa??
dah pukul 1..
perut masing dah nyanyi macam-macam lagu dah.

main menu asalnya adalah pulut durian
menu lain tu diadakan sebab aku adalah 'penggemar durian tegar'
hehe
tapi,
dah terbalik pulak.
durian tu dah jadi juadah sampingan pulak..
masing-masing tertumpu pada BBQ

owhhh.. lupa nak inform lokasi sebenar kejadian..
lokasi sebenar kejadian adalah di Miami beach, penang.

so, enjoy our pics..
~ready untuk bertolak~


~semua yang hadir~

~udang yang hangit~
(bob la ni.. nak garing.. pastu dah susah nak bukak dah kulit dia..)


~kambing...sedap hingga menjilat lutut~


~durian Balik Pulau~


~kakak tua tak suka joli~


~penyeri majlis, si kenit Hayfa Safiyya~


ok..
majlis ditangguhkan jam 6 petang

that's all for today
sambung buat keja


p/s::: merangka plan ke tempat lain pulak.. huhuhuhu..
p/s::: alhamdulillah, pulut ku menjadi walaupun 1st time masak.. tak sia-sia abang kawin ngan ayang.. hehe


Thursday, July 1, 2010

Yeayyyy.. I got it..

got apakah??? haha.. tak da apa2 pun.. saja je.. nak cakap saya dah pandai bawa keta manual.. hahaha. poyo gitu.. suma orang dah pandai la.. kamu je yang yang tak pandai.. peduli apa kan?? yang penting saya dah pandai sikit-sikit.. sikit-sikit je pun.. kecowwwwwwwwwwww aaaaaaaa... hehe..

okla kan.. at least dapatla gilir-gilir ngan en suami.. sian dia.. kadang-kadang tu sambil terlelap pun dia boleh bawa.. sangat terror en suami saya tu.. jangan sesekali atau dua kali pandang rendah pada dia.. 
walaupun dia takla tinggi mana pun kan.. hehe.. 

agak senang jugakla bawa keta manual ni..  
jap2.. tak abis ayat lagi eh.. 
agak senang jugakla bawa keta manual ni lepas kita dah pandai control steering keta tu.. hehe.. 
ayat apakah ini?? 
macam ni.. before this, pernah gak try bawa keta manual ni lepas beberapa tahun dapat lesen.. can u imagine.. dah lama tak pegang steering keta, terus nak bawa.. kena belajar control clutch and minyak lagi.. 
agak susah la untuk beginner macam saya ni.. actually benda tu senang je kalau kita keep on practice. tapi, saya mana la mampu nak beli keta time tu..

so, sekarang ni bila dah ada rezeki sikit 
(walaupun kadang-kadang ikat perut gak semata-mata nak pakai keta) 
saya terus la beli keta auto.. okla kan.. 
masalahnya keta en suami tu manual.. hmm.. agak susah bila time balik kampung.. 
keta saya ofkos la akan di tinggalkan kat s.alam kan.. 
ya lah.. sayang keta tinggal tinggalkan.. tak gitu?? 

tapi, aritu..(huhhhhhh.. tadi macam nak cerita dah..) en suami suruh saya try bawak.. lepas pergi menilik rumah yang bakal dibeli, tapi tak tau bila nak siap, kami terus ke stadium yang hanya sekangkang kera dari rumah yang bakal dibeli.. maka disitu aku cuba bawa walaupun leher ni terpaksa dipanjangkan ke depan.. maklumla.. aku kan tinggi.. takda bantal plak nak alas... 
and
guess what I feel??
........
......
....
...
.





I found that, i feel a bit comfortable when i know how to control the steering. plus i just need to know how to balance the clutch and 'minyak' (macam tak sesuai lak nak guna oil.. gila terror english aku.. haha)... so now, I managed to drive a manual car.. haha... 
provided..
hmmmmm
ada provided nya tau..

provided my husband sit next to me.. 
sebab nanti dia akan inform, 
'change gear, sayang..' 
haha


p/s::: dare to try..  sejuk sikit hati en suami.. boleh la dia bersenang lenang sikit pasni...