Thursday, November 19, 2015

Raya 2014

Bertemu lagi dengan Syawal 1435H. Alhamdulillah..
Baju raya tak siap tahun ni.. sekian.. sob..sob..sob..

Puasa tahun ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya..

Bezanya, Ramadhan kali ni berpuasa penuh dirumah sendiri dan lebih banyak perah air tangan sendiri dari memakan hasil air tangan penjual-penjual kat bazar Ramadhan. Rasa tak berkenan pulak dengan bazar tahun ni.. Maafkan saya.. Mungkin berazam untuk lebih bersederhana. Tercapai la jugak walaupun tak sepenuhnya. Setiap hari berbuka makan kurma n air je dulu. Lepas solat baru dapat makan nasi.. Itu pun lauk simple-simple je.. Kadang-kadang je en suami singgah bazar beli kuih.. Kalau cerita bab baju raya pulak, sama je dengan cerita puasa. Apa kaitan pulak baju raya dengan puasa? Ya la, nak cerita bab berserderhana tu la.. Baju raya pun tak beli. Baju Amsyar dengan abi di beli masa en suami nak join dinner stemcell. So, beli T-shirt je sorang sehelai. Ummi pulak tempah baju yang kainnya dibeli dari Bandung. Hantar 5 pasang, 1 je siap. Ok la.. Pakai je yang mana ada..

Jom tengok gambar:

3 family
Ada pasangan yang perasan bujang.. huhuhu
Raya dengan Stemcell??
Tabik spring kat photog


Freestyle

Tak tau la gaya apakah ini..

En suami dengan kereta barunya


Graduasi 2015

Anakanda Muhammad Affiy Amsyar..

Rasa macam baru semalam ummi lahirkan kamu.. - ye ke ummi?? Ummi rasa baru deliver sebab ummi baru je lahirkan adik untuk amsyar kan?? Ummi dah dijemput ke majlis Graduasi dah... Cepat benar masa berlalu.. Walaupun masih dalam pantang (almost sebulan), ummi gagahkan diri jugak join majlis konvo anak syurga ummi ni. Ummi eksaited sebenarnya.. Ciwi pun ya jugak.. ekekekeke...

Amsyar ada buat persembahan, nyanyi lagu 'Tanya Sama Pokok'.

'Amca jadi ikan, ummi.'

Rehearsal sehari je. Sebab Amsyar ponteng sekolah 2 hari sebelum tu - balik kampung bawa baby jumpa mama...

Lepas je persembahan, ada penyampaian anugerah khas. Tengok dalam aturcara majlis tu, ada few anugerah. Antaranya:

- Anugerah Pelajar Paling Rajin - macam tak rajin je anak ummi ni.. sekolah pun selalu ponteng
- Anugerah Pelajar Paling Sopan - sopan ke??
- Anugerah Pelajar Suka Tolong Guru - Ummi tak pasti plak..
- Anugerah Pelajar Paling Berdisiplin - owhhh.. yang ni jauh api dari panggang. P sekolah lambat sokmo
- Anugerah Pelajar Peningkatan Prestasi Luar Biasa - ada harapan ke? Amsyar baru 4 tahun. Kena fight dengan kawan-kawan yang berumur 5 dan 6 tahun.

Instinct ummi rasa macam anak ummi ni dapat jugak anugerah khas ni.. rasa macam dapat anugerah paling last tu. - ummi memang perasan.. Blueekkkk...

Tapi, instinct ibu tak pernah menipu, chewahh.. Abis je persembahan, pengerusi majlis terus announce nama dia untuk Anugerah Pelajar Peningkatan Prestasi Luar Biasa. Tahniah anak ummi!!!

Terima hadiah

Persembahan - Tanya Sama Pokok

Hensem tak saya?

Anak abi

Anugerah pelajar Peningkatan Prestasi Luar Biasa.. alhamdulillah

 

Saturday, September 6, 2014

Tuhan, jaga dia untukku


Tuhan, Jaga Dia Untuk Ku
Sejak menonton cerita Rindu Awak 200% ni, hati ni macam tertarik ja dengan original sound track dia..Tuhan, Jaga Dia Untuk Ku sung by Siti Nurhaliza. Macam ada chemistry pulak..  
If i'm not mistaken lagu ni adalah ilham Dato' Siti ketika Dato' K terlibat dengan kemalangan motor di New Zealand.. Dan pada masa yang sama, Dato' Siti masih berada di Indonesia untuk satu konsert. 

Hurmmmm, I can recall what is the chemistry now. We have the same experience. Mine was somewhere in 2007. But, the different is we had it locally and he is not yet my husband. 

Just #throwback:

I got an interview for Pegawai latihan Vokasional at IKM KL.. I was with my mum travelling to KL for that purpose. Ok.. Pagi tu pegi interview macam biasa. Memang susah untuk petit girl like me. It was a hands-on interview actually. They just gave me schematic, 3 phase motor, wire, tools.. So, you have to do all connections stuff until the 3 phase motor operate. Scary kot. Dah la tinggi power panel tu.. Seperti yang disangka, memang saya balik tangan kosong. Tak ada rezeki. Most of the candidates memang tak dapat buat. 

Sebelah petangnya, dapat phone call dari abang en suami, saying that en suami met with an accident on the way back from work. And his bro told me that, 'mungkin kaki patah kot'. Terkesima kejap. Nak balik, tiket dah ambil keesokan harinya.. Bersabar je la yang mampu. 

Sayangnya saya ni cuma Siti Rohani ja.. Tak da la nak cipta lagu bagai. Hohohoho.. So, bila dengar lagu Dato' Siti ni terperasaan la jugak that we had the same feeling. Just let Allah take care of him.

Bila balik, usung beg besar terus ke Hospital Lam Wah Ee, Penang.. Sewa teksi ok.. Dengan my mum.. Mujur mak sporting and luckily he was meant to me. Syukur.. 

Tu je nak crita.. Hahahhaa.. 


p/s: Soklan pertama bila dia nampak saya, 'Nak lagi ke dengan saya. Kaki dah patah'..



Friday, August 29, 2014

Bisnes lagi...

Hola...hola..holaaa...

I'm back after 8 months.. Oh my.. kenapa tak tunggu ja 'Gud bye 2014, welkem 2015'?.. Sarcastic sangat kot..

Banyak sangat benda yang nak dicerita.. Tak tahu mana satu nak cerita.. Jom kita summarize dulu..

  • Sekarang saya berada di bumi United state ketika entry ini ditulis. Alhamdulillah.. Dapat tengok tempat orang for two weeks.
  • Saya baru balik bercuti dari Sabah sehari sebelum bertolak ke US.. Macam datin gitu turun naik flight. we had a wonderful vacation.
  • Kesihatan saya bertambah baik.. Alhamdulillah... Now, pegi check up every 6 months. Tapi, masih tak dapat green light untuk getting pregnant again.. 
  • Husband saya sangat busy dengan bisnes dia.. Maklumlah, menanggung 1 lagi bebanan (new used car.. hehehe). itu lebih baik dari menanggung benda lain.. Wehuuuuuuuuuuuu..
  • Amsyar dah semakin bijak.. dare to ask for a baby from his ummi and abi.. Next year pegi sekolah ye, nak.. 
  • Saya dah move to new company secara tak langsung.. It is an acquisition actually. Alhamdulillah, 5 minutes drive from home. Currently I have to travel around 1 hour (to and fro).
  • Menyambut anniversary yang ke-4 di Bandung.
Ok. That's all for now.. InsyaAllah, andai di beri kesempatan saya akan pecahkan point-point di atas kepada single entry.. 

It's going to turn to magical tree (autumn)

Lovely scenery.. might have one in M'sia, maybe

p/s:: tak faham kaitan tajuk dengan entry.. abaikan..

Saturday, July 12, 2014

I'm turning 3

Yes, Ummi... I'm turning 3 today..  - 7th May 2014.
Alhamdulillah..


Memandangkan hari lahir anak bakal tiba dan hajat untuk buat house warming tak ditunaikan lagi, maka kami mengambil keputusan untuk adakan majlis kenduri secara 2 in 1. 
Sambutan hari lahir anak dan kenduri kesyukuran sempena masuk rumah baru, aku sihat kembali, and etc. Banyak sangat kalau nak disenaraikan satu persatu. Memandangkan keadaan kewangan agak mengizinkan, tanggal 10 May 2014 berlangsung lah kenduri yang penuh gemilang di rumah no 10, Bandar Cassia.

First time kami suami isteri mengadakan kenduri yang agak besar di kediaman kecil kami memang memberi seribu pengalaman. Banyak benda perlu diperbaiki. Dengan last minute preparation (2 weeks before kenduri), semuanya agak kelam kabut. Ditambah pulak dengan hujan selebat-lebatnya pada malam bacaan Yassin (sebelum kenduri) dan hari kenduri sangat mengecewakan. 
Tapi, siapa kita untuk menidakkan rencana Dia, bukan?
Tak ada siapa tahu rahmat disebalik hujan lebat tu..
Jadi usah kesal lebih-lebih kalau itu diluar bidang kuasa awak ye.. lain la lauk tak cukup ke..
memang patut rasa kesal secukupnya.

Antara menu yang disediakan:
(recommended.. sedap caterer ni masak.. mahal sikit la)

Nasi beriani dan nasi putih
Ayam masak merah 
Kurma kambing - akikah amsyar
Sup daging
Air asam
Acar
Buah
Air

last but not least

KAMBING GOLEK

taraaaaaaaaaaaaaaaa

Baru bukak dari plastik

Misi memasukkan besi untuk digolek

Jom biarkan gambar yang berkata-kata.. itu lebih baik dari membaca karangan yang ntah apa-apa ni.. sebenarnya tak ingat dah apa yang nak diceritakan.. maklumla #throwback..

Periuk berisi lauk di halaman asmara rumah

Khemah tersedia

Sofa terpaksa letak kat luar.. rumah sempit.. huhu

Birthday boi
Peace no war sebelum potong kek

Hancur la kek tu..

TQ Abi, belikan amca Ultraman ni.. Sekarang kepala dah hilang

Kekesalan kedua adalah bila dengar orang asyik sebut, 'sedap betul kurma kambing tu' dan aku tak sempat jamah pun kurma kambing tu.. Tetamu siap tambah-tambah. Ya la, kenduri tu untuk tetamu kan?? Memang fitrah la kalau dah jadi tuan rumah ni.. Nak makan dengan sempurna sila pegi kenduri rumah orang lain.. wehuuuuuuuuuu.. Apa-apa pun niat untuk buat kenduri tu memang tercapai la.. Alhamdulillah.. Suma lauk abis kecuali masak merah ayam.. Maybe orang dah muak agaknya. Common menu.. 

Terima kasih jugak pada adik beradik dan ipar duai yang sponsor makanan dan tenaga.. Alhamdulillah, tertunai sudaaaaaaaaa... Lega...


p/s: first time amsyar celebrate birthday secara besar-besaran..


Wednesday, January 1, 2014

Gud bye 2013.. Welkem 2014..

Betapa cepatnya masa berlalu... Terasa baru semalam belajar menulis 2013. Hari ni dah kena belajar menulis 2014. 2013 bagiku tahun yang penuh dengan ujianNya...

#throwback

Kerjaya:
- converted to permanent staff on March dengan kenaikan gaji 15%. Ujian kesenangan. Say Alhamdulillah.
- rezeki en suami jugak murah. Dinaikkan pangkat menjadi Safety Officer dengan 2x kenaikan gaji which is     totally almost 30%. Ujian kesenanganSay Alhamdulillah.
- En suami bergiat aktif dalam bidang photography. Ujian kesenanganSay Alhamdulillah.*
- En suami dan rakan mula menjinakkan diri dalam bidang bisnes (Pon Pon Kids) yang bertapak di Giant         Bayan Baru pada penghujung 2013. Ujian kesenanganSay Alhamdulillah.*

* Ujian untukku jugak. En suami perlu korbankan masa dengan family demi mengejar cita-cita tu.

Kesihatan & Life:
- Anak saudara (Akmal) 10 hari terlantar di ICU. Berperang dengan perasaan.
- Aku disahkan mengandung di penghujung Ramadhan tetapi hanya dipinjamkan nikmat tu selama 2 bulan.       Ended up molar pregnancy. Hampir menjalani rawatan kemoterapi. Sekarang pun belum pulih sepenuhnya.
- Berjaya renovate rumah walaupun terpaksa mengadap macam-macam kerenah manusia.


Disebalik setiap ujian baik suka mahupun duka, ada hikmah yang tersembunyi. Maka, tetap kena ucapkan alhamdulillah. Pengalaman tu tak semua orang dapat rasa. Nikmat bermain dengan perasaan. Nikmat kesenangan. Nikmat bertemu dengan ketenangan saat diuji. Semuanya mematangkan lagi diri ini, insyaAllah. Bukan semua orang dapat rasa. Kat sekolah pun cikgu buat ujian untuk tentukan tahap kepandaian seseorang. Macam tu jugak la kehidupan. Macam mana nak tau kamu beriman? Dengan ujian-ujian ini lah.



Hari ini hari pertama in a year of 2014. Semoga 2014 menjanjikan yang lebih baik untuk kami sekeluarga. Moga terus diberi ketenangan dalam menempuh setiap ujianNya dan sentiasa dibawah payung rahmatNya.



Last but not least, Happy New Year 2014.



p/s: Berazam untuk tido awal.. hehehe

Friday, December 20, 2013

Ujian-Mu (Part 3)

Assalamualaikum...

Bersambung dengan episod seterusnya. On the next day after DnC,  pergi ke Pearl sekali lagi utk buat blood test. My hormone reading post DnC was 129,196. Tremendously reduce from 800k++.. Alhamdulillah. Dr gave me 2 weeks MC. 2 3 hari lepas buat DnC tu jalan tak berapa betul. Rasa terhuyung-hayang ja.. Blood kurang sangat-sangat kot. Jantung pun laju semacam je. A week after DnC, the hormone reading turn to 4208. A week after that, hormon tu turun lagi.. Now 1313. A good sign.

I'm back to work!!! Yeayyyy... 

Bekerja seperti biasa. Kawan sibuk bertanya itu ini.. Alhamdulillah, boleh la share pengalaman dengan yang lain. Rata-ratanya tak pernah dengar pun apa itu hamil anggur. Yang tahu pulak responnya mcm ni, 'ishh.. bahaya tu'. Ye, memang bahaya kalau tak dirawat betul-betul.

Dan mimpi ngeri tu benar-benar aku alami.

Seminggu selepas mula bekerja, aku ke hospital seperti biasa untuk beta-hCG test. But, my hormone reading going up from 1313 to 3381. Dr suruh datang minggu berikutnya. Minggu berikutnya, bacaan masih naik.. From 3381, increased to 4507. Hahhhh.. Dr dah buat surat suruh refer GH for chemotherapy. Ada jugak tanya Dr, dah jadi kanser ke?? Dr kata, it's not a cancer. Just a treatment to kill the cell from keep on growing. Ok, now I feel better.

24th Oct 2013:
Ke GH serah diri untuk chemotherapy. Nurse kat situ cakap, tak boleh nk bagi jumpa hari ni sebab Dr tak ada. Esok pun tak ada lagi. So, kena tunggu diorang call la. Siap bertukar no phone segala, kami pun balik rumah. Dah sampai rumah, Dia ingatkan tentang rawatan alternatif. Why not cuba rawatan kampung. Makanya, terus balik kampung and search for expertise. Jumpa sorang pakcik ni, dia kata dia tak pandai nak ubatkan. Dia cadangkan sorang lagi pakcik.

29th Oct 2013:
Bermulanya perjalanan menjejaki pakcik yang dimaksudkan di Teloi, Kuala Ketil. Kawasan felda. Jalan nak ke rumah tok long (gelaran untuknya) agak mencabar. Nak berubat punya pasal, letak tepi benda tu semua. Sedikit latar belakang tok long, berusia 97tahun, penglihatan masih elok, ingatan pun baik (kalau tak baik camna nak rawat orang kan??). Aku kagum dengan kelebihan yang Allah beri pada dia. Cara perubatan menggunakan sirih pinang, bedak sejuk dan air. Dan aku tak makan sirih pinang. Sekian.. hahaha.. belum abis lagi.. Lagi cerita tok long ni, selama hidup dia, dia tak makan ayam, daging, seafood. Hanya ikan semata-mata. itu pun ada jugak ikan yang dia tak makan rasanya. Dan dia ada bagitau, makanan adalah punca kepada penyakit-penyakit yang ada sekarang. Ya, aku agak setuju dengan statement dia. Dan aku sendiri kena berpantang. Banyak sangat benda yang kena pantang sampaikan aku hanya makan ikan seludu/mayong, plotan dan tenggiri selama dalam rawatan dengan tok long tu.. Layanzzz piccas::

Perjalanan....


30th Oct 2013:
GH call. Set appointment on 4th Nov. Makanya aku dah tak keruan. Terfikir-fikir jugak latest beta-hCG aku. Sibuk call pathlab untul buat beta-hCG sebelum admitted. Hasilnya seperti yang tercatat kat link ini. Reading naik lagi, 7096. Jadi, dengan rela hati untuk serah diri on 4th Nov nanti. Aku ingin sihat!!!

On 1st Nov, dah start bleeding. Masa kat office plak tu. Mujur dah petang. Pelik sikit bleeding kali ini. Biar saya sahaja yang tau.. hehhee. Tak sesuai nak kongsi.

4th Nov 2013:
Sekali lagi ke GH. Dr suruh admit on the spot. Serius benar bunyinya. Ya la, procedure hospital kan.. Kena Xray, check darah segala. Itu pun ambik masa jugak. Since tomorrow (5th Nov) is a public holiday, lagi la Dr suruh cepat-cepat setelkan apa yang patut hari ni. So, masuk wad jam 2 petang. Layan pics:

Wawasan 2020


Wajah pasrah...

Admission
Masa dalam wad, bermula la episod terkenangkan anak bujang. Banyak la masa nak berfikir itu ini. Maklumla, sensorang. Dok tengok 2 3 orang makcik ni semua dah botak. Allah, aku redho dengan apa yang telah Engkau aturkan untukku. Tenangkan hati dengan zikir-zikir dibawah:

Selawat Tafrijiah

Zikir asma'ul husna

Zikir asma'ul husna
2 3 orang doktor pelatih datang temuramah itu ini.. Antara soklan yang ditanya,

Dr : Puan ada keturunan Indonesia ke?
Aku : Tak pasti la pulak. Yang saya tau, mak saya ada gen Thailand. Kenapa ya??
Dr : Molar pregnancy ni adalah penyakit keturunan sebelah sana (Indon).
Aku : Ohh.. Macam tu pulak..

Sebelah petang tu, tengok 4 orang makcik-makcik yang duduk berdepan dengan katil aku ni jalani kemoterapi. Sekali tengok macam drip air je. Cuma kesannya tu memang tak sama dengan air la. Jam 4.30 petang, mula terasa bosan.. Sibuk tanya Dr, ada rawatan tak untuk esok since esok tu holiday. Dr cakap tak ada. So, terfikir nak minta keluar bermalam kat rumah la. Dr bagi keluar on 5th Nov morning and need to come back on 6th Nov morning. Alhamdulillah.. Dapatla mengubat rindu pada buah hati pengarang jantung tu. 

5th Nov 2013:
Pukul 5.30 pagi Dr dah datang amik darah untuk buat beta-hCG before boleh balik rumah. Last check before chemotherapy.

Jam 8.30 am dah boleh balik.. Sampai rumah lebih kurang jam 11. Cuba berlagak tenang dan kuat bila sampai rumah. Tapi, tetap kalah bila terpandangkan buah hati tu.. 

Amsyar : ummi p mana??
Ummi : Jawab dengan airmata.. Sedih kot. 

6th Nov 2013:
Admitted again. Dr nak buat blood transfusion sebab HB tak cukup untuk proses chemo. HB aku cuma 9.4. At least 10 baru ok untuk chemo. Ya Allah, moga ada keajaiban berlaku. 

Dr cakap petang nanti akan start chemo. Around 2pm. Just waiting for beta-hCG result.
Jam 1.45pm, cuba memaksa diri untuk makan. Tak selera sebenarnya. Tapi, paksa diri jugak. Baru 1 suapan, datang sorang Dr ni bagitau:

Dr : Puan, kita tak jadi teruskan chemo untuk puan. 
Aku: Kenapa?
Dr : Result beta-hCG puan dah turun. Dah jadi 507.
Aku : Alhamdulillah.. terima dengan airmata lagi. Maha Pengasihnya Dia. Speechless.
Dr : Jadi, puan boleh discharge la petang ni. 

Kelam kabut call en suami. Mintak ambik. Tapi, sebelum balik, Dr tetap teruskan jugak blood transfusion tu. Lepas tu baru boleh balik. Pic below::


on-going blood transfusion 
Since my vein is too small, lambat la darah tu nak masuk. Start around 4.30pm, ended almost 7.30pm. Lepas tu boleh balik.. Alhamdulillah....... Dapat la merasa kehangatan pelukan anak ummi time nak tido malam. Next week kena datang buat beta-hCG macam biasa.  I've been on KIV status for chemo. If beta-hCg result naik je, kena buat chemo jugak la. So, summary beta-hCG as of today (20/11/2013):

Date
hCG reading
18 September 2013
892 366
19 September 2013
129 196
27 September 2013
4208
04 October 2013     
1313
11 October 2013     
3381
18 October 2013     
4507
01 November 2013 
7096
06 November 2013 
507
11 November 2013 
109
18 November 2013 
33.5
25 November 2013
10
03 December 2013
9.6
09 December 2013
7.2
16 December 2013
4.4

p/s:: I'm speechless.. Sambung next entry..