Friday, February 13, 2009

Geng:Pengembaraan Bermula


Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya...

Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia.


Sangat best cita ni.. sila la ke pawagam.. dia punya lawak sgt natural..

xmcm lawak dlm sifu n tongga tu.. huhh, nyesal g tgk..
ni suma slh en. driver.. dia yg beria2 nk tgk cita tu..


"INGAT MASA DEPAN"
"betul betul betul"



p/s: tgk kat gsc one utama, damansara dgn dila n azhar. kena mrh dgn en. driver sbb blk lmbt.. skali skala je... hehhehe..


1 comment:

Papysnow said...

Thank you for watching GENG,
we are glad that you like it!!
You support is our success!!^^

Kan Ipin kan?
BETUL BETUL BETUL!