Friday, July 2, 2010

Semuanya kerana Durian...

wasaaapppppp..wassaaaapppppp... apa cerita ye?? 
pepagi lagi dah menulis entry baru di blog.. 
sangat tak productive.. 

ekceli, nak story morry tentang weekend yang lepas tu..
maklumla, menjadi weekend husben and wife ni, banyakla cerita weekend nya..
dah jumpa pun time weekend je..
(jangan tak tau, malam ni en suami bertolak ke sini.. awwww)
ada unsur gedik di situ..
sila abaikan mood penulis di kala ini..

weekend hari tu, si isteri dah plan awal-awal nak balik rumah mak mertua kesayangan
plan cantik punya dengan biras...
sekali en suami menggunakan kuasa vetonya,

"kita tak jadi balik kampung minggu ni.. ada aktiviti berkelah sambil makan durian"

(oh my... aku adalah 'penggemar' durian tegar..)
wahai suami, isteri kamu ni nak makan apa??? dahla dia tak makan durian..
kalau makan pun, durian separuh masak ja.. 
yang perlu di jolok ngan galah 
then, peram durian tu sampai masak..
adakah??
lu pikir la sendiri
hehe

maka demi menurut kata en suami, si isteri tidak membantah..
boleh dapat payung emas tak kalau tak membantah cakap suami ni??
hahaha..

okla.. tak mau buang masa lagi,
maka pagi sabtu tu si isteri bagaikan lipas kudung..
mana tak nya,

ok ye.. check list tugas si isteri::

1. sediakan breakfast - cekodok durian (pernah rasa?? sedapppp ooo..)
2. ke giant (bersama en suami la) beli bahan-bahan untuk BBQ and sepaigeti (anak buah aku eja mcm ni, oke)
3. singgah pasar pagi beli santan, pulut dll. 
4. balik rumah, tergedik-gedik sediakan spagetti and pulut

yang menjadi masalahnya sekarang,

1. dapur kat rumah sewa en suami tu satu ja.. kan dah buang masa kat situ. mana nak rebus spagetti lagi, nak buat kuah dia lagi, nak masak pulut lagi.. agak tertekan la di situ..
2. aku tak pernah masak pulut seumur hidup aku.. (hahaha..padan muka.. tu pun dah gedik nak kawin kan..)

tetamu dah sampai dah.. suma dah cantik-cantik..
aku sorang je muka macam jambatan tak siap..
mandi pun macam belum mandi..

lepas ready suma benda-benda tu, aku terus siapkan diri..
others, packing barang masuk dalam keta..
tau tak pukul berapa??
dah pukul 1..
perut masing dah nyanyi macam-macam lagu dah.

main menu asalnya adalah pulut durian
menu lain tu diadakan sebab aku adalah 'penggemar durian tegar'
hehe
tapi,
dah terbalik pulak.
durian tu dah jadi juadah sampingan pulak..
masing-masing tertumpu pada BBQ

owhhh.. lupa nak inform lokasi sebenar kejadian..
lokasi sebenar kejadian adalah di Miami beach, penang.

so, enjoy our pics..
~ready untuk bertolak~


~semua yang hadir~

~udang yang hangit~
(bob la ni.. nak garing.. pastu dah susah nak bukak dah kulit dia..)


~kambing...sedap hingga menjilat lutut~


~durian Balik Pulau~


~kakak tua tak suka joli~


~penyeri majlis, si kenit Hayfa Safiyya~


ok..
majlis ditangguhkan jam 6 petang

that's all for today
sambung buat keja


p/s::: merangka plan ke tempat lain pulak.. huhuhuhu..
p/s::: alhamdulillah, pulut ku menjadi walaupun 1st time masak.. tak sia-sia abang kawin ngan ayang.. hehe


No comments: