Saturday, November 14, 2009

Hepi belated birthday, Muhammad Akif Danish

♫ Hepi besday to you
hepi besday to you♪
♪hepi besday to akif..
hepi besday to you.♫

masih ingat lagi si akif ni??
refer entry ni
13 Nov aritu genap la umur akif ni setahun..
malangnya, maksu dia ni lupa la plak besday dia..
tu pun ummi dia yang ingatkan
huhu
nasib bek la kecik lg..
tak pandai nak tuntut apa2 lg..
::apa pun acu doa semoga panjang umur::

ni gambar latest akif..


~~before setahun~~



~~ni genap 1 tahun~~

macam anak mat saleh pun ya..
(mata aku la.. mata org lain xtau la pulak)
kalau tengok mak n ayah dia
hmmmm..
jauh api dari panggang..
hahaha..
jangan marah ya ummi n ayah akif..


p/s:: entry ni duwujudkan seabb aku adalah orang penting yang bagi nama dia.. huhu..

Thursday, November 5, 2009

Seminar Scientific Writing


3rd November aritu, kami ke puncak alam.. attend seminar on scientific writing organized by faculty of pharmacy. speaker dia adalah seorang Prof.(of course la kan..) yang mempunyai pengalaman mengajar selama 43 tahun dan telah menghasilkan beberapa buah buku (tak sure la pulak brapa jumlahnya..) dan berpuluh-puluh journal. sebelum terlupa, dia adalah mastermind dalam bidang chemistry. i can't mention his name..
1st dia start bercakap, 1 dewan kuliah diam.. ooo.. respect gila seyhhh..
nak tau sebab apa????

sebab suma orang pun tengah concerntrate dengar apa yang dia nak sampaikan.. aku n dila dah siap tergelak.. rasa macam duduk kat india pun ya.. dia punya slang BI dia tu memang lain gila.
i can say that 80% is different from ours. tp, terpaksa la kan tadah telinga jugak for the sake of knowledge. hehe..
antara word yang berbeza adalah:

(the way he pronunce)
certain = sorton
lebeled = lebul
divide = dibaid
articles = artikelis
table = tebul
words = wars

and banyak lagi la..
can you imagine??? nasib baik sampai tengah hari ja.. huhu.....
hasil selama setengah hari tu adalah seperti di bawah::


~~bangunan baru..cantik kan??~~

~~bila dah boring.. amik gambar sendiri~~

~~ngan dila~~

~~ngan dila di bawah pokok yang xberapa nak besar lagi~~

~~aku, dila, husna n pn. hasni~~


pastu kami meronggeng sampai ke sungai buloh.. sebabnya puan hasni cakap kat Dr., seminar ni sampai petang.. hehe.. dah xlarat pusing, kami amik keputusan untuk balik shah alam and layan ABC kat giant ss13. puan hasni belanja..
::thanks, puan::
lepas tu, terus balik umah..
best gila dapat bersuka ria dengan bini bos yang sporting abes..




Monday, November 2, 2009

My birthday..


semalam genap umur aku 25 tahun.. dah tua rupanya... keja pun belum.. kawin lagi la belum... aku balik kampung gak walaupun baru ja minggu lepas balik sbb inaz bertunang.. kisah balik kampung ni pun lucu gak.. aku ni main belasah je balik ngan zawani n chop.. hmmm.. disebabkan keyakinan yang tinggi dengan mereka berdua, maka aku tekad untuk kemas beg kol 10 mlm (selepas cita Nur Kasih).. wat decision kol 8.45pm.. huhu.. nak bertolak balik kol 12....ok la tu kan? tumpang orang.. nak pikir apa banyak2 kan? mak bagi, en driver pun bagi green light.. bermula la perjalanan kami malam tu.. aku bantai tdo smpai ke juru.. kalau orang nak bawa lari aku tu memang boleh sesangat.. sampai juru, zawani minta aku drive sebab dia memang dah ngantuk sangat2.. aku pun terpaksa la kan.. xkan nak tolak.. xsampai hati plak... lgpun, tak kan nak biaq orang ngantuk drive?? nyawa aku skali tu.. maka dengan itu, aku pun cakap "OK".. aku pun kuar untuk ke seat driver.. i realize one thing, myvi zawani adalah myvi lama.. oh, God. seat dia tak leh adjust untuk tinggi and rendah. adoyaiiii.. nampak ke ni?? nasib baik la bawa bantai froggie aku tu.. hmmm.. sampai jugak la rumah aku.. dengan tak pakai spek mata... alhamdulillah, kol 6 sampai.. then, zawani n chop terus balik Alor Setar.

Aktiviti hari sabtu hanya bersembang ngan mak n tido. esok ada plan nak g kenduri atan and auni.

kol 11.45pm aku dah tdo.. letih la katakan.. message aku xbrenti la jugak berbunyi.. maklum la esoknya aku adalah besday girl.. hehe.. antara message yang diterima:

::::kak ani::::
kau yang ku sayang, dari dulu kini dan selama2nya... moga bahagia yang makin hampir akan membuka seribu pengertian tentang kasih sayangNya. selamat ulangtahun seusia lagi sebagai tanda semakindekat saat kembali ke sisiNya..

::::inaz::::
salam Dato' ct.. selamat hari lahir ke-25. semoga anda cepat naik pelamin bersama yang tersayang.

::::kaksu::::
happy birthday, semoga cpt naik pelamin..

kesimpulannya-->banyak message tahun ni berbicara tentang KAWIN.. aduhhhhhhhh... tak kisah la.. moga2 cepat la naik pelaminnya. berkat doa semua.. aminnn...

kol 12.15 en driver kol wish besday untuk aku.. then, bob and amer (housemate en. driver) nyanyi lagu hepi besday untuk aku.. masyeh2.. through the phone je la..

esoknya en driver nak mai amik.. g kenduri atan and auni..
kali ni dia buat kejutan gak.. ada somebody dok kat seat depan time aku nak nek keta tu..
somebody tu adalah:
|
|
|
|
V


~~cutie~~
:::any suggestion untuk nama dia?:::

~~kad~~

~~inside~~

terasa malu la jugak masa nak terima ni...maklum la .. umur dah banyak.. dapat teddy bear lagi.. masa zaman awal2 bercinta dulu tak dapat pun hadiah camni.. huhu.. kdg2 tu dapat ucapan ja.. jadi la. tanda ingatan jugak kan?? sekarang ni maybe dia lebih menghargai kot.. hehe.. kalau betul, alhamdulillah la.. PJJ (percintaan jarak jauh) macam aku ni, dapat jumpa pun dah kira ok.. dan memang aku tak expect pun ada something untuk aku..

~~::anyway, thanks, DEAR::~~
~~semoga impian kita untuk hidup bersama tercapai~~
~~AMINNN~~

sebelum ni pun dia ada gak beli teddy bear ni.. tapi, bukan birthday present la..
ni ha.. bapak besar...


tutup cerita pasai boyfren..
bukak cerita pasai kengkawan plak.. hehe...
sebelum tu, nak ucapkan tima kasih banyak2 untuk bebudak umah (dila, maisarah, wahida, adni, cikmi), husna, zahari, azhar n syariman.. sebab apa? sebab besday party tu la... siap tutup2 mata lagi.. aduh.. dah tua pun dilayan macam bebudak.. bila nak nampak tuanya??
hmmmm.. anyway, sangat best...
da kawin nanti tak dapat dah moment2 camni ni.. betul tak??

::enjoy the pictures taken::

~~siap main tutup mata lagi tuh~~

~~chocolate indulgence~~
~~HAPPY BIRTHDAY DATIN SITI~~
(nama manja aku - datin siti..hahaha)


~~skandal baru ke ni??~~


~~antara menunya~~


~~yang hadir~~


~~tengah amikkan kek.. chocolate indulgence tu.. from secret receipe~~


~~tudung tak cantik dah kesan kena tutup mata tadi~~


~~buang lilin~~

..thanks suma..


p/s:: dah ngantuk.. esok ada seminar.. jom tito...



Thursday, October 29, 2009

:::masih tak ada mood nak update blog ni:::
:(

Thursday, October 15, 2009

wachaaaaaaaaaaaaaa..


Salam semua........(sapa aja yg baca blog aku ni??? hahaha)

dah lama benor tak update blog ni.. maklumla, busy.. dengan conferencenya.. error bersepah kat paper tu.. cian Dr kena betulkan banyak error tu.. hmmmm.. blog ni pun dah lama tak d update..
sekarang ni agak tenang skitla.. master pun dah tinggal nak writing untuk journal and tambah la skit2 lagi kot.. tp, seperti biasa, s/visor still pushed suruh siapkan cepat2.. apa nak buat.. hurmmm... tension tetap ada.. huhu...

sepanjang blog ni tak d update, ada banyak la jugak aktiviti aku ni ha.. tapi, just masukkan yang ada gambar je la eh..

::Open house umah abg kat cheras::

bertungkus lumus masak walaupun xsehebat mana pun dalam bidang masakan ni.. lepas la untuk diri sendiri.. tp, ni nak masak untuk org.. hmmm.. belasah je la.. antara menunya:

~~~laksa kedah~~~

~~~rojak buah~~~

~~~blueberry cheesecake~~~

~~~nasi ayam~~~

~~~sate~~~



::Forum wacana ilmu-kehidupan berkualiti dan universiti penyelidikan::


~~sempena bulan kualiti~~

~~antara ahli panel~~

~~muka bangun tdo~~

~~terlebih pencahayaan~~


::majlis pertunangan inaz::

~~cincin risik dan cincin tunang~~

~~perbincangan~~

~~ngan inaz~~

~~hasil kreativiti siti nurbaayah~~


::konvokesyen linn::

~~muka pengapit yg xsiap..hehe~~

~~ni pun sama.. ~~



ni je la yang sempat di snap.. hehe.. malas nak menulis..

@@~~jumpa lagi di next entry~~@@

Monday, September 14, 2009

hikmah disebalik setiap kejadian


pagi2 buta dah kena bebel dengan bos.. camna nk jadi pekerja contoh ni???
ermm.. lepas raya saya akan berusaha untuk jadi pekerja contoh.
..::insyaAllah::..

walaupun teruk telinga ni menahan bebelan pagi tadi;
tapi, tengah hari tadi bersinar-sinar mata tengok skrin mesin ATM bank Muamalat.
huhu..
..::alhamdulillah::..
beruntung anak2 buah saya raya kali ni..
;)



p/s: ni pun dikira hikmah ke???? ermm...apa2 la..

Friday, August 21, 2009

- -~~SeLaMaT BeRpUaSa~~- -

esok umat islam seluruh dunia akan mula berpuasa.. aku jugak
(w/pun xpasti lagi ari apa aku akan stat puasa.. huhu)
Sempena nak berpuasa esok, td bos aku belanja suma RA dia makan kat pizza hut.
Rasa teramatlah segan makan bersama dengan bos aku..
kekok sangat.. maklumla, selalu kena marah je..
tetiba duduk semeja, makan bersama.
tapi aku sangat gembira dengar statement bos tadi...



(w/pun pg td ada chewing gum sapa ntah terlekat kat kain aku.. sungguh tak beradab orang tu.. dah la sekarang ni musim H1N1.. suka suki je buang chewing gum rata-rata.. iskkkk.. aku sangat marah ni..)


ermm.. sambung balik.. best gila dengar bos aku cakap:


"awak nak cuti raya brapa hari, dila?"
bos tanya dila je.. w/pun aku agak terasa, aku pendamkan saja..


"ermm.. tak tahu lagi"
dalam hati aku memberontak, dila tipu...
kami dah plan nak cuti raya ni dari bulan 5 lagi..
gila awal seyhh...


"saya xkisah awak nak cuti brapa lama pun.. cuti la..
lagipun awak pun mesti dah penat kerja kan?
cuti la seminggu ke.."

aku rasa nak melompat je dengar statement bos tu.. huhu.. plan aku menjadi la.. haha..


"mekasih, Dr."(mampu berkata-kata dalam hati je la)

tu je aku nak cerita.. tima kasih la sudi baca blog aku nih..


..SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA..
~semoga kedatangan Ramadhan kali ni lebih bererti untuk semua~



p/s: puasa pun belum stat, dh pikir cuti ye..



Wednesday, August 12, 2009

..::I can't concerntrate on doing my work rite now..::

.....it's juz becoz of a message dat i received at 1.21 pm.....
(tengah layan battles of angles)
.
.
.
.
.
.
.

.....i keep on dreaming and think about it....
..huhhhhhhhh..


p/s: i have to finish my work by tomorrow...

Wednesday, August 5, 2009

Hujannnnnnnnn

..::hujan yang turun bagaikan mutiara::..
(bait2 lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman)

..mata ku tak mengizinkan aku untuk terus bekerja..
...........ZZZzzzzzzzzZZZZZZzzzzzzzzzz........

oh God, banyak keja tak siap lagi ni..

1-writing journal (aku rasa macam aku ni budak2 tadika yang baru belajar menulis.. xtau hapa2..)

during research class last semester, lecturer ada mentioned, before start writing, make sure you have all the theory..
BUT,
aku?????
macam xtau apa2.. nk tulis apa pun xtau......
....uwaaaaaaaaa...


2. preparing my proposal utk defense..

ni pun banyak nak kena edit.. ari jumaat ni nak kena submit dah 5 copy.. ermmm..rasanya dah 80% siap kot.. aku curik2 je buat time tengah writing ni.. bila bos datang, kena marah sbb journal cam xda progress
.......huhhhhhhhh......


p/s: pening pikior..


Wednesday, July 29, 2009

Cantiknya seorang wanita itu....



Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana


p/s: aim saya->yang bwh skali..sbb once da dpt yg tu, automatik yg atas2 tu termasuk skali..

Tuesday, July 28, 2009

............:: start writing journal::...............

aku tak tau nak mula w/pun satu perkataan.. haha..
so, penyelesaiannya, tanam sayur kat facebook..
..adehhhh..



p/s : terkejut beruk td.. menggeletar 1 badan.. Bos tetiba datang time aku tengah petik sayur.. nak close page tu, computer 'hang'... rasa nak terbalikkan je LCD screen tu.. PADAN MUKA SENDIRI...


Tuesday, July 21, 2009

Finally, I got it....

huh.. syukur, alhamdulillah.........
otakku dipaksa bekerja keras untuk 2 jam...
around kol 3, my boss masuk lab..
aku ni konon2 berlagak relax..
dh dapat konon2nya graf yang sepatutnya aku dapat..
bila boss tengok,
"napa kurus sangat graf ni"
"errrrr.....tgk tuan la, Dr.." (huhu.. nak je jawab camni)
"cuba awak check balik." penatla saya..(ayat wajib, ok)
"baiklah, Dr."

cian otak aku.. dipaksa bekerja keras..
selang 5 minit, Dr datang lagi..
"dah dapat, Ct?"
adussssssss.. aku tertekan..
sabo boleh tak?.. huhhhhhh..

lepas aku godek2 program tu, aku dapat detect mana silap aku..
tu pun dengan bantuan Dr. hehe.. makasih, Dr.. maksud aku, Dr bg idea kemungkinan2 kesalahan aku.. huuhuh.

finally, graf aku dah jadi..
tp, tu untuk 1 bahagian je..
kena berusaha keras untuk siapkan semuanya..



p/s: balik umah, asyik tanam sayur.. bila keja nak siap ni??????




Monday, July 20, 2009

Sharing knowledge

i just want to share what i've read at sumone's note. untuk kesahihan tentang perkara ini, sila rujuk pada yang pakar.


Sabda Rasullah s. a. w. “Wahai Ali! Peliharalah
wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya
dari Jibril a.s”

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang
berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan
menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang
bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika
Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang
yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil
melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah
mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang
buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai
tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2
hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi
seorang yang suka meminta – minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap
saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah
mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan
pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya
membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng.
Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu
menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati
batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam
kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah
mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta
pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu
keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga
malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan
menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal
malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan
anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir,
sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat,



p/s: renung2kan.. wallahu'alam........


Tuesday, July 7, 2009

..::sesak::..::lemas::..::rimas::..

tu mungkin kata2 yang sesuai diungkapkan sekarang bila aku masuk kampus..
ramai sangat student..
huhhhhhhhhhhhhh..
perjalanan dari umah
yang hanya sepelaung ja
dengan uitm tu
memakan masa hampir
..setgh jam..

Monday, July 6, 2009

berjalan2 di hari minggu

weekend aritu en. driver turun KL ngan family dia.. ada kenduri kat gombak.. tp, en. driver sampai awal sket sbb dia follow mmber baik dia, si najib. means, dia sampai s.alam la..
aku la insan yang paling gumbira.. weeehuuuuuu.. maklumla dah lama xjumpa.. haha..
ari sabtu tu, aku ajak en driver temankan ke low yatt.. nak survey laptop.. cian en. driver, eventhough bertongkat, dia sanggup temankan cik adik dia ni.. tima kasih banyak2.. setelah pusing2 selama 4 jam kat low yatt tu, dapatla jugak beli sebijik laptop..
hehehe.. pelaburan masa depan..

~cantik tak?~

hehe.. tinggi gila taste aku ni..just joking la.. mana mampu nk beli vaio yang kat atas tu.. tu cuma mimpi di tengah hari time aku dok tdo kat surau ja.. hahaha..
tapi, cute kan? macam laptop mainan pun ada.. tp, seyes gila tengok laptop vaio ni..
aku beli yang besa2 je la..
ikut kemampuan...
.haha.

hmmm... lepas beli laptop tu, nak kena p setapak.. hantar en. driver kat umah tok su dia..
bermula le episod aku rasa cam xda hidung, n muka tebal 14 inci..
aku rasa sangat malu......
arghhhhhhhhhh.. xleh terima kenyataan..

mak plak asyik tanya,

"eii.. tak malu ka?"

sangat malu wahai bonda..
tp, apakan daya.. xmampu nk elak..

terpaksa bersemuka dengan sedara2 en. driver yang sangat ramai..
aduuhhhhhhhh...
nightmare untuk aku,ok?




p/s: rindu pada laptop baru.. nak balik.. haha.. poyo nak mampus..




Wednesday, July 1, 2009

1001 pengertian

Damasutra

Sufi

Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah

Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan

Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah di hina kau tak berubah





p/s: biarlah rahsia....


Sunday, June 28, 2009

Memalukan..

malam ni merupakan malam kedua aku berjaya buang masa aku dengan menonton rancangan Mentor 3. first time aku tengok sebelum ni, of course la episod 1st.. xbrapa best.. so, xnah ikut la pastu.. tp, malam ni, time xda idea nk wat matlab ni, aku tengok la jugak... tapi, aku memang sangat xpuas hati dengan juri awam.. memalukan UiTM btui la.. sbbnya juri awam tu adalah student UiTM.. maybe yang amik music la kot..ada ke dia bagi full mark kat protege ajai, si chaq tu.. bila tengok persembahan dia, aku rasa macam aku tengah tengok realiti program menari tu.. apa ke nama program tu.. so you think u can dance kot.. ntah la.. dia pandai menari je.. vokal hancus.. camana la juri awam boleh bg full mark.. iskkkkk... memang xpuas hati btul la.. dah sah2 juri professional kritik vokal dia..

finally, nasib bek la protege mas idayu boleh beat dia gak.. means, dalam 4 4 orang tu, markah akhir paling tinggi adalah Black.. protege mas idayu.. hmmm.......
kalau dia dapat tinggi gak, mmg aku xpuas hati sesangat..


entry kali ni nak cerita benda tu ja.. hehee..

p/s :bersedia untuk kena marah ngan boss esok sbb keja xsiap..

Wednesday, June 10, 2009

Balik kampung........

haaaaaaaaa... ni nak cerita balik kampung aritu..
aku ni nmpak je konon2 cam baik..
tapi, aritu aku balik kampung dengan kawan baik en. driver..
..::Mr. Najib::..
ye la.. xda orang pompuan lain dah nak join aku balik..
walaupun en. driver n mak aku xbrapa nak lepas awek n anak dia ni balik berdua...
apa kan daya.. NO CHOICE.. hehe..
aku pun memberanikan diri..
sebabnya, Najib tu pun selalu ja datang umah aku ngan en. driver..
so, atas tiket family kenal tu, aku beranikan diri jugak la..
kami bertolak kol 12 tgh mlm.. ari khamis tu.. smpai Alor Setar kol 5pg.
lepas hantar najib, aku g tdo kat umah mmbe lama aku, kak ya..
then, dalam kol 11 camtu br aku g umah en. driver..
lepas makan tengah hari, aku bawa en. driver g bank.. 
settlekan hutang2 dia..
then, lepak kat stadium.. masa kat stadium tu, 
sempat snap gambar en. driver.
dia terpaksa cover misai yang tak shave berkurun lamanya.. 
hahaha.. 
jangan mara aaa... nanti kena jual..

~en. driver cover misai.. hehehe~

pastu ari ahad tu sebelum balik ke shah alam, aku ada attend kenduri sepupu aku..
anak pak lang (pompuan). anak bongsu ni..
enjoy da picture..

~kak aishah n yazid~
"semoga berkekalan ke akhir hayat"

kol 5 petang aku gerak balik shah alam.. amik najib n mat zawan kat juru.. jalan jem gila2.. sampai umah dh dekat2 kol 1 pg.. letihh...
esoknya tu nk keja plak..
hmmmmmmmmm..
tapi, berbaloi sebab dapat jumpa suma orang.. hehe..
termasuk en. driver.
..::imisu::..


Tuesday, June 9, 2009

3rd International Power Engineering n Optimization Conference 2009

alhamdulillah.. dh lepas 1 conference.
Tuhan saja yg tau perasaan bila smpai turn nak present tu..
tambah plak tgk researcer dr Pakistan tu dpn skali..
dhla suka bertanya.. eiiii.........
seperti yang ku duga.. mmg dia tanya soklan kat aku...
dan aku ni punya la bangang xfhm soklan pa yang dia tnya..
smpai kali kedua dia ulang br aku fhm.. hehe..
dia punya slang tu agak ssh nk fhm..
maklumla aku ni br 1st time attend event2 cmni.. hehe.. tu pun nasib bek Dr nk bawa..

ermm.. dia tanya.. (translate BM la no)

"u punya projek ni bagus.. xda wat colaboration dengan TNB ke?"

maka dengan rasa confidentnya aku jawab,

"my supervisor ALREADY discuss with TNB"

then, he asked,

"ALREADY or PLAN?"

terkompius aku sekejap.. aku rasa macam Dr penah bgtau pasal TNB ni..

"errrrr.. I think PLAN.. "
(aduhhhh.. td dh jawab ALREADY discuss..)

pastu satu bilik tu gelakkan aku.. including my supervisor..
malunyaaaaaaaaa.......

pastu Dr Ismail (my co-supervisor) tlg jawab bg pihak aku.. ye la.. aku mana tau bab2 colaboration ni..

tu je la soklan yang ditanya..
lepas tu ja, aku bolah makan dengan berselera time lunch
sesi petang tu turn Dila n Stendley plak..

enjoy some pictures taken b4 we all balik..

~me n dila.. dpn lif~

~dalam toilet pun jadi keja..hehehe~

~dila n stendley~

~dila, model beg PEOCO 2009.. haha~


ermm.. tu la serba sedikit tentang PEOCO aku.. hehe..
pastu kami bertiga minta cuti kat Dr ari Jumaat tu..
Stendley nk bw family dia jalan2..
Dila nak amik mak kat spital..
aku? nk blk kampung.. kenduri sepupu..
hehe..



p/s:next entry crita bab blk kg plak ye.. tunggu......... hehe..


Sunday, May 31, 2009

tagged by zahari

1. Kekasih saya adalah: nun jauh di alor setar...imisuimisu..

2. Saya sedang mendengar: 
ctnurhaliza-bicara manis menghiris kalbu

3. Mungkin saya patut: siapkan slide untuk peoco ni.. nnt Dr marah plak..

4. Saya baru sudah: basuh baju

5. Beza rakan, sahabat dan kawan: sama je.. bezanya ejaan.. hahaha.

6. Saya Tidak Faham:
 bootstrap method tu.. tp, dh nk kena implement.. mati la..

7. Saya perlu mencari: duit nk p shopping.. huhu..

8. Ayat terakhir yg dikatakan kepada saya:
 cutila la isnin n selasa tu.. leh jumpa saya.. hehe..

9. Makna hidup?:
 sentiasa di dalam rahmatNya..

10. Cinta itu?: indah dan kadangkala menyakitkan...

11. Saya paling suka: shopping..

12. Saya akan cuba: siapkan master ni dlm masa yang ditetapkan.. 

13. Mengapa rakyat malaysia suke menggunakan LAH di akhir ayat mereka: 
xtau la...

14. Telefon bimbit sy: sony ericsson W700i

15. Katil saya: toto je.. ataupun org panggil gak narita

16.Soalan yg bagi sy tidak perlu ditanya: killer soklan dari Dr: mcm mana nk solve bnda ni?

17. Teknologi adalah: membantu meringankan beban manusia.. tp, kadang2 wat org jadi malas n effect health gak..

18.Bagaimana saya masak makanan yg saya pandai masak?: saya xpandai masak..huhu..

19. Semalam:
bersama2 abg n mak makan sate samuri kat kajang.

20. Hari ini: membuta kat umah..

21. Malam ini saya akan: try siapkan slide ni..

22. Esok pula saya akan:
 saya kerja la.. ngadap pc ari2.

23. Saya betul2 inginkan: bersama org2 tersayang.. xyah keja.. bestkan?

24 Badminton atau futsal: badminton

25 Karaoke: maisarah suggested after conference.. 

26 Makanan jepun adalah: xkena dgn selera saya.

27 Bilik yg terang atau gelap.: suram... huhu.. beshh..

28 Ayat terakhir yg nk anda ckp kt seseorg: assalamualaikum (br lepas gayut dgn en. driver)

29 Kereta: kereta nasional je.. MyVi.tu ja yang mampu.. hutang keliling pinggang ni..

30 Saya nk tag: dila, husna, mel