Thursday, May 10, 2012

Bulan ini bulan interview

Alhamdulillah, Mei 2012 adalah bulan interview untuk ku.. Tetap bersyukur walaupun masih belum ada khabar yang dinanti-nanti.. Sekurang-kurangnya ada la harapan tu.. Masa ja belum tau bila.. Sesunggguhnya hanya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ku.. Jom kongsi pengalaman interbiu..

My first interview - Pembantu Makmal Gred C4-1.. 23/1/2012
Surat jawapan baru sampai tadi.. Keputusannya dukacita.. Menang dah agak masa interview lagi.. Post tu untuk SPM punya.. Aku pulak betul bendul pegi bgtau ada degree.. Abis la.. Siap kena marah...

2nd interview - CPI Penang
Interview untuk post QA Engineer.. Awal-awal lagi dah sentap.. Bgtau tgh tunggu konvo untuk master.. 
Dah dia suruh apply lecturer.. Failed lagi..

3rd interview -NCS Solution (agensi ni)
Yang ni ada ujian bertulis.. Memang aku xready langsung.. Siap suruh lukis schematic motherboard.. Masa study pun tak penah lukis.. Hmmm.. Boleh agak la kan result dia.. Mission failed..


4th interview - IDT Technology (17/4/2012)
Ni interview untuk post Test/Product Engineer. IDT is a semiconductor based company.. Dah memang out jugak kalau nak ikutkan tu.. aku ni pure electrical engineering.. electronic tu belajar la jugak.. Since aku meet diorang punya requirement (tau solid state device, tau programming skit-skit, ada belajar digital system..), nampak macam ada harapan la.. Tapi, hingga ke saat ini aku tertunggu-tunggu panggilan itu.. yang kedengaran Wonderpets je dok nyanyi petang-petang tu..♫ telefon..♪telefon berbunyi..♬ huhuhu..
But, I gained a lot of new things during this interview session.. antara soalan-soalan yang ditanya::
"How flexible you are since you got one child??"
"Being a test engineer is not as a easy as you think".
"Going back at night is considered as a normal working hour for test engineer.. of course it does not happen everyday". 
Interviewer tu seolah-olah cuba provoke aku dengan cabaran yang bakal ditempuh.. 
macam nak suruh aku jawab, 
"eh, ye ke.. saya tak nak la kalau keja macam tu.."
dah siap interbiu dengan bos.. nak tunggu HR, HR lak busy dengan audit.. 
bila aku tanya chances, dia kata, "my boss and I will work out to hire you.."
hmmm... tak ada pun until now.. padahal kilang tu dengan kilang my hubby cuma 1.4km je.. 
God knows the best.. 

5th interview - Smart Storage System (8/5/2012)
Actually my hubby yang tolong foward kan resume aku pada kawan dia yang keja kat sini.. SSS is a manufacturer for USB, HDD, yang guna dalam komputer tu la.. company yang besar.. and aku dipanggil untuk interview for management trainee (FA/Test engineer).. Interview session yang paling sempoi bagi aku setakat ni. siap ber "gimme 5" dengan interviewers. ada 5 orang interviewers yang interview aku.. jenuh jawab soklan.. ada sorang interviewers tu siap print soalan-soalan yang bakal ditanya.. berpeluh la jugak.. soalan yang sama ditanya, "How flexible you are since you got one child??".. penat rasa nak jawab soalan camtu.. of course la I dah ready and plan everything sebelum I find out any vacancy.. ecehh.. yoyo oo je.. Management trainee ni lebih kurang macam diorang punya contribution la to help society.. dia hire fresh grad and trained to be expert engineer dan dibayar gaji bulanan seperti engineer yang dah establish.. ok la.. at least tak da la kita ternganga-nganga bila nak start keja.. everything will be train.. 
soalan-soalan pelik ketika interview::
"Siti, there is no right or wrong answer.. U just imagine.. U saw a ship sailed in the sea. What is the first word comes to your mind about the type of the ship?".. it is a cargo, combat, cruise??
"Second question, again..just imagine.. U are at the waterfall. In the range of 1 to 10, can you rate the speed of the water at the waterfall.." Your answer will show what type of person you are..
hmmmm.. macam-macam style interview kan.. ada lagi satu soalan:
"Imagine you are on top of the hill with certain angle. There is one wheel and you have to push the wheel down the hill. Which part of the wheel will experience the highest velocity??" jawab jangan tak jawab..
macam main teka-teki pun ada..
resultnya lagi 2 minggu.. 

ok.. esok interview lagi. Kat kilang en suami.. FasTrack programme..  hopefully ada sinar harapan.. 


p/s::: apa pulak soalan yang bakal ditanya esok ni.. mimpi siap-siap la satgi..

No comments: