Monday, April 23, 2012

Ujian hidup

U.J.I.A.N
sedari kecil sampai la dewasa ni, perkataan ni macam da sinonim dengan dengan kehidupan kita.
Masa kecik pun ada ujian.. Ujian apa?? Ujian pertengahan tahun, Ujian akhir tahun. Ujian la jugak kan??
Tapi, ujian hidup ni lain.. dugaan @ ujian ni datang tak kira masa, tempat dan ketika.. suka ke tidak, kena hadapi.. macam-macam ujian yang dilalui orang diluar sana.. ada yang di uji dengan kesakitan, di uji dengan kewangan, di uji dengan pergolakan rumah tangga.. macam-macam ujian sebenarnya.. 
harus di ingat, Allah tak akan uji seseorang hamba itu andai ujian itu tak mampu ditanggungnya..

maka, gunakanlah kebijaksaan yang diberi serta keimanan untuk menghadapi ujian-ujian ni..
antara tip-tips menghadapi ujian Allah (kredit to akuislam)::

  • Yakinlah bahawa ujian itu adalah ekspresi rasa cinta Allah kepada hambaNya. Dugaan itulah yang akan mematangkan kita dalam mengaharungi keidupan.
  • Yakinlah bahawa semakin besar dan banyak dugaan yang Allah beri, makin besar pula pahala dan sayang Allah kepada kita.. dengan syarat, selesaikanlah dugaan itu dengan cara yang baik.
  • Yakinlah bahawa ujian itu adalah penghapus dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ni.
  • Sentiasa berfikiran positif bahawa setiap ujian itu akan mendatangkan kebaikan kepada kita.
  • hadapi ujian dengan usaha, doa dan tawakkal..

kadangkala, ujian yang Allah beri ni boleh mendekatkan kita denganNya.. 
boleh mendatangkan satu ilmu yang tak mungkin di ajar dimana-mana.
mohon Allah sentiasa beri kesedaran ja pada kita..
kalau dah diuji pun, kita masih tak sedar, tak guna jugak

lebih rela diuji dengan kemiskinan dari diuji dengan kemewahan
risau lupa diri.

wallahu'alam

mutiara kata:

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(HR. Tirmizi)

(Na'uzubillah, jauhkanlah diriku dari perkara ini..)


p/s::: sedang diuji.. 



2 comments:

Anonymous said...

be strong dear. we go thru all this together..

ctrohani said...

insyaAllah.. hopefully He grant us His blessing in whatever we do..