Thursday, May 26, 2011

Kalau dah anak ayah....

lately Boy dah pandai ajar ummi and abi itu ini.
cara-cara melayan dia dengan betul
dah pandai anak ummi ni ye..

susu botol kadang-kadang tu boleh accept kalau sejuk
kadang-kadang Boy akan grrrrrrrrrrrrrrrr..
hehehe.. tak mo la tu maknanya

tidur malam..
alahai la anak..
ni la kot pengorbanan yang ummi and abi terpaksa tempuhi demi membesarkan kamu wahai anak..

bermula 2 3 malam yang lepas 
Boy sangat susah nak tido balik kalau dia dah bangun minum susu
tengok langsir, tengok keadaan sekeliling
nak belajar sembang dah kot anak ummi ni
pastu agak lama sikit, mula la nak merengek
nak tido balik tu nak kena ummi dodoikan
ayun-ayun sikit

dah pejam mata rapat, ummi pun letak atas katil
*****
boleh dengar macam-macam bunyi Boy buat
untung nasib ummi, Boy pejam mata balik
kalau tak, terbuntang biji mata tu..
nak kejut abi, kesian esok abi nak kena keluar keja awal
maklumla berulang dari kampung
tapi, kalau tak tahan dah tu, kejut jugak..
hehehehe

untuk ringankan beban ummi dok ayun Boy secara manual guna tulang empat kerat ni,
abi beli bouncer untuk Boy

reka bentuk exactly macam ni,, colour n brand mungkin lain

MALANGNYA
untuk first nite try,
Boy tak mau pun duduk dalam ni time tido malam
mungkin rasa tak secure kot eh.
sudahnya,
Boy buat hal lagi macam sebelum ni
sampai kan ummi tido sambil duduk
Boy tak mo tido atas tilam

misi bertukar tangan dengan abi
jam 3 pagi macam tu

**********
ummi sedar-sedar dah pukul 5.30 pagi
rasa lama betul tido
cari Boy sebelah ummi,
TAK ADA
pusing sebelah abi,



~*love you both*~
terpaksa sensored kan badan abi dia
maruahmu, maruahku jua... eceeeehhh

memang la anak abi... sedap je abi dok peluk dia.. 
nyenyak pulak tu dia tido macam tu
dengan tak beralas apa pun tempat tido dia tu..
hmmmmm

presenting Boy dengan toy barunya..

orang cakap tak elok ajar anak tido berenjut ni
tapi, untuk memudahkan my mum jaga dia nanti
tak pa la kot
insyaAllah..


sedikit info baru tentang Boy:::
berat semasa lahir:: 2.85kg
berat setelah berusia 10 hari ::: 3.41kg

membesar dengan sihat ye anak ummi..


p/s:::: arini genap 20 hari.. nurse cakap nak datang timbang lagi.. tak datang-datang pun.. hmmmmmm

1 comment:

KAK said...

SEBIJIK CAM ABI LA...AMSYAR, KAN?