Sunday, May 15, 2011

Berakhirnya sebuah penantian- part 1

Tepat jam 10.51 malam pada tanggal 7 Mei 2011 berlokasikan (betul ke ni?? hehe) bilik bedah Pearl Maternity Hospital Sungai Ara lahirnya seorang putera seberat 2.85kg..

ALHAMDULILLAH... syukur padamu ya Allah
Penantian selama 9 bulan ++ kini berakhir sudah

jom singkap kembali kronologi peritiwa lahirnya putera kesayangan Siti Rohani & Mohd Affizan

6 Mei 2011
Jumaat
 2.45 am
ummi bangun seperti biasa ke toilet..
terperasankan something warna coklat melekat pada pantiliner
tapi, terlalu sedikit
so, berwuduk dan terus tunaikan solat taubat 2 rakaat..
sambung tido macam biasa.. 
hati dah rasa kurang enak ye..
adakah ini tanda-tandanya??
tapi, tak ada pulak rasa sakit

 6.45 am
bangun untuk solat subuh seperti biasa
cecair coklat tu semakin banyak
inform pada en suami
tapi, still suruh dia g keja je dulu aritu
maklumla dah last day bekerja untuk week tu 
rugi pulak kalau cuti
so, en suami ke tempat kerja seperti biasa walaupun ada sedikit rasa kurang senang
sempat call my sis tanyakan benda tu
my sis cakap dah turun tanda darah la tu
tapi, awal lagi.. anak sulung selalunya lambat sikit
dah tak sakit, ok la kan.. 

en suami kat tempat kerja dah tak senang duduk
my mum in law pun suruh ke hospital check bukaan
takut apa-apa masalah tak sempat ke hospital
so, dalam pukul 10 am camtu en suami sampai di rumah
bersiap terus ke PMH (Pearl Maternity Hospital)
Dr check, masih tak da apa-apa bukaan
so, dia suggest balik rumah dulu
esok (my EDD) kalau tak sakit jugak, tetap kena datang
kena induce la maksudnya
sebab dah turun darah arini..

 4 pm
menunggu my sis n her family datang umah
sempat lagi tu bawa anak-anak buah mandi kolam petang tu
malam tu pun masih sempat layan Maharaja Lawak

 9 pm
rasa sakit dah datang sikit-sikit
rasa nak duduk tertonggeng je..
tapi, masih boleh tahan
sempat ajak en suami makan Nasi Tomato flat kat Batu Lancang
lepas je berakhirnya Maharaja Lawak jam 12 am tu,
rasa sakit tu makin kerap
nak jugak makan nasi tomato

7 Mei 2011 (Sabtu)
12.30 am
sampai kat kedai nasi tomato
orang dah beratur panjang gila
aku tunggu kat meja makan
kononnya nak makan kat situ la
sekali, sakit tu makin kerap
berpeluh-peluh tahan sakit sementara nak tunggu turn en suami
last-last tapau je nasi tu
sampai kat umah, terus makan

2.45 am
amik keputusan untuk ke PMH
maklumla, duduk rumah atas kayangan ni
buatnya tak boleh jalan, sapa la nak ngangkatnye.. 
en suami dah surrender
sebelum pregnant boleh la
hehe

terus admit pagi tu
nurse check, masih belum bukak
tapi, dah sikit lembut berbanding semalam
tido kat wad la malam tu


wad 101 A

7 am
Nurse datang untuk induce ubat pertama berbentuk kapsul
masih boleh tahan sakit
macam senggugut je yang datang beberapa minit skali
kol 11 am camtu, nurse datang check bukaan
dah bukak 3cm
terus pecahkan ketuban..
lepas pecahkan ketuban pun, sakitnya masih tak bersungguh
lebih kurang sebelum pecah ketuban je
orang kat sebelah baru masuk dalam keadaan menangis
memang la psycho

7 pm
doktor cadangkan induce kali kedua
kali ni ubat tu berbentuk cecair yang di drip kat tangan
masa masuk je ubat ni, Allah saja yang tahu
sakitnya tak da nak selang-selang dah
berterusan ja

9.30 pm
press bell yang ada kat katil tu
panggil nurse sebab dah rasa macam nak push
tahu ke rasa nak push tu??
maksud aku rasa nak terberak yang amat-amat sangat
nurse n doktor datang check,
bukaan baru 4cm
kepala anak dah terkeluar sikit ikut bukaan yang 4cm tu
sebabnya mungkin aku dah cuba push
so, kalau dibiarkan, kepala anak boleh lebam
doktor pun dah risau sikit sebabnya aku punya progress lambat
apa lagi,

"doktor, saya nak c-zer"
awak pasti ke?? tapi, memang tu jalan yang terbaik sebabnya ketuban awak ni dah nak warna kuning.. takut baby berak kat dalam
ya.. 
nanti saya bincang dengan your husband dulu

10.30 pm
aku disorong masuk ke bilik pembedahan
tepat jam 10.51 pm, lahirlah insan yang ku kandung selama ini
penyambung generasi aku dan suami





p/s:::syukur padaMu ya Allah.. semuanya selamat

4 comments:

zaf-neza said...

oh adik c-ser ke..tak pe la..asal bby sihat n selamat kan..

ctrohani said...

tula neza... ralat jugak xdpt bersalin normal anak sulung nih.. tp, nk buat cmna.. terima je la... asalkan 2 2 selamat..

K.A.K said...

baby saja nak pilih tarikh sama ngan tarikh anniversary mama dan baba. Nanti tahun depan kita celebrate skali kay????Sayang baby so much....

ctrohani said...

orait mama... next year celebrate sama-sama.. tinggi kek adalah mengikut mama celebrate anniversary yang ke brapa.. huhu...