Monday, May 30, 2011

Gelagat

I'm FREE ummi and abi.

sedapnya tido


This is why I used to be in between ummi and abi every nite.
hahahhaa..
i can move everywhere i like
boleh buat macam-macam gaya tido yang saya suka
yang saya TAK SUKA..
tido atas tilam comel yang ummi penat-penat tempah tu.
i feel like i'm alone..
dapat cium ketiak ummi and abi tu yang nikmat..
(pandai-pandai je ummi ni buat cerita ye)

since abi's favorite football team, Barcelona won last two nite,
ummi makes me dress like i'm a football player
i'm going to be Messi Jr. one day
hehehe

adakah impian ini akan tercapai???

p/s:::best dapat 'pisahkan' ummi and abi malam-malam..


Thursday, May 26, 2011

Kalau dah anak ayah....

lately Boy dah pandai ajar ummi and abi itu ini.
cara-cara melayan dia dengan betul
dah pandai anak ummi ni ye..

susu botol kadang-kadang tu boleh accept kalau sejuk
kadang-kadang Boy akan grrrrrrrrrrrrrrrr..
hehehe.. tak mo la tu maknanya

tidur malam..
alahai la anak..
ni la kot pengorbanan yang ummi and abi terpaksa tempuhi demi membesarkan kamu wahai anak..

bermula 2 3 malam yang lepas 
Boy sangat susah nak tido balik kalau dia dah bangun minum susu
tengok langsir, tengok keadaan sekeliling
nak belajar sembang dah kot anak ummi ni
pastu agak lama sikit, mula la nak merengek
nak tido balik tu nak kena ummi dodoikan
ayun-ayun sikit

dah pejam mata rapat, ummi pun letak atas katil
*****
boleh dengar macam-macam bunyi Boy buat
untung nasib ummi, Boy pejam mata balik
kalau tak, terbuntang biji mata tu..
nak kejut abi, kesian esok abi nak kena keluar keja awal
maklumla berulang dari kampung
tapi, kalau tak tahan dah tu, kejut jugak..
hehehehe

untuk ringankan beban ummi dok ayun Boy secara manual guna tulang empat kerat ni,
abi beli bouncer untuk Boy

reka bentuk exactly macam ni,, colour n brand mungkin lain

MALANGNYA
untuk first nite try,
Boy tak mau pun duduk dalam ni time tido malam
mungkin rasa tak secure kot eh.
sudahnya,
Boy buat hal lagi macam sebelum ni
sampai kan ummi tido sambil duduk
Boy tak mo tido atas tilam

misi bertukar tangan dengan abi
jam 3 pagi macam tu

**********
ummi sedar-sedar dah pukul 5.30 pagi
rasa lama betul tido
cari Boy sebelah ummi,
TAK ADA
pusing sebelah abi,



~*love you both*~
terpaksa sensored kan badan abi dia
maruahmu, maruahku jua... eceeeehhh

memang la anak abi... sedap je abi dok peluk dia.. 
nyenyak pulak tu dia tido macam tu
dengan tak beralas apa pun tempat tido dia tu..
hmmmmm

presenting Boy dengan toy barunya..

orang cakap tak elok ajar anak tido berenjut ni
tapi, untuk memudahkan my mum jaga dia nanti
tak pa la kot
insyaAllah..


sedikit info baru tentang Boy:::
berat semasa lahir:: 2.85kg
berat setelah berusia 10 hari ::: 3.41kg

membesar dengan sihat ye anak ummi..


p/s:::: arini genap 20 hari.. nurse cakap nak datang timbang lagi.. tak datang-datang pun.. hmmmmmm

Wednesday, May 25, 2011

2 beranak suda botak...

tanggal 14 Mei 2011, genap sudah usia Boy (panggilan abi pada baby) 8 hari.. 
hari tu jugak genap hari ketiga (last day) ummi mengurut..

dah plan..
andai kata pusat Boy jatuh, nak terus minta bidan yang ngurut ummi cukurkan rambut boy
alhamdulillah, Dia permudahkan segala-galanya
13 Mei (malam) pusat Boy dah jatuh
so, terus cukur rambut boy

 abi pun sama-sama jadi geng Boy..
Geng BOTAK
halussssss... bak kata Harith Iskandar dalam iklan tu

hari ni jugak Boy dah dapat nama..
belum officially register la..
setelah beberapa hari mendecide nama,
akhirnya, mak tok (MIL) yang pilih nama tu

MUHAMMAD AFFIY AMSYAR

Muhammad - yang terpuji
Affiy - pemaaf
Amsyar - yang cergas


jom layan gambar Boy ketika tengah cukur rambut..


starting...

ambil masa hampir sejam nak buang rambut dia

diam seribu bahasa

with my beloved abi

p/s:: ummi dah tak da geng lani..

Friday, May 20, 2011

Terima kasih CINTA

selesai operate jam 11 macam tu.. sampai kat ward lebih kurang 11++ pm.. 
kebas satu badan plus menggigil kesejukan..
tidurku malam tu bertemankan kebas + sejuk tu la..
terasa tenang setelah berjaya memberikan zuriat pertama buat en suami, cucu lelaki sulung untuk family in law and sorang lagi cucu lelaki untuk my mum..

esoknya jam 5.30 pagi camtu, nurse datang lap-lap badan suma
dah suruh aku bergerak secara perlahan-lahan
OMG
rasa cam tak berani je lagi nak buat macam tu
tapi, kalau nak dok keras je atas katil, nanti lagi susah nak bergerak..
hmmmm... akur oke..

jam 9 pagi macam tu dah nampak kelibat en suami
delivery breakfast untuk isteri terchenta
moi je pun... 
bila bukan time melawat, tak dapat la nak stay lama-lama.

jam 12 tgh hari, en suami muncul lagi

tetiba dengar orang press bell
muncul seorang wanita cina dengan sebakul bunga di tangan
menuju ke arah ku
eceeehhhhhh,, macam ayat novel plak
suspen nih..
dalam kepala ni dok budget colleagues en suami je
menggagau tangan cari henpon nak call en suami
(en suami buat-buat g tengok baby time nih)

u siti rohani ke??

ya, saya

this is for you

then, amoi tu berlalu pergi..
(hahaha.. ayat tak bleh blah)

nurse ada time tu, 
terus aku minta tolong dia bagi kan kad yang ada kat bunga tu

surprisee!!!!!!!!!!!


taraaaaaaaaaa!!!!
(poyo's gitu... hehehe)

Dear Ummi, wish u happy mother's day & hope get well soon.... from: baby & abi


sebakul bunga buat ku

how sweet, meraikan hari ibu tepat pada masanya..
nothing much to say

really appreciate everything u have done, my love..

TERIMA KASIH, CINTA..

 Terasa sakit melahirkan zuriat buatmu terbang jauh-jauh..


p/s::: semoga ikatan ini utuh selama-lamanya.. aminnn...

Berakhirnya sebuah penantian- part 2

keputusan untuk operate padaku merupakan satu keputusan yang TEPAT
kenapa macam tu??

walaupun terasa sedikit RALAT sebab tak dapat deliver baby secara normal,
aku pasrah dengan ketentuanNya
mungkin ada hikmahnya yang kita sendiri tak tau

ok.. back to persoalan di atas..
sebabnya aku cakap camtu,
bila baby keluar je dari perut,
pernafasan dia lemah
means kalau aku berkeras untuk wait until pintu terbukak 9cm (tak pasti pun bila dia nak bukak 9cm ni)
tak tau la apa yang bakal terjadi pada buah hati pengarang jantung aku n hubby ni
Dr terpaksa bagi oksigen pada baby sampai pernafasan dia ok
tak lama pun la.. kejap je..
aku kat OT terketar-ketar kesejukan
hehe..
gila sejuk la.. badan menggigil tahap tak boleh nak control..
bila everything dah stabil, baru la aku ditolak ke wad 101 A

sepanjang di hospital, baby stay kat dia punya nursery.
so, ummi boleh rehat sepenuhnya
waktu-waktu tertentu nurse akan bawa baby jumpa ummi..
waktu melawat, baby suma kena masuk nursery
sian orang yang datang nak tengok baby
alasan pihak hospital
takut terkena jangkitan
hmmmmm.. apa-apa je la

stay kat PMH selama 4D3N
kira pakej untuk mommies yang operate..
klau deliver secara normal, stay 3D2N je

okeh.. tamat sudah entry 'Berakhirnya Sebuah Penantian'
tak da part 3 dah.. 
huhuhuhu..

sebagai penutup, anda bakal disajikan dengan beberapa keping gambar my baby:::

tapak kaki sebesar 2 jari

masa kat ward.. memikirkan sesuatu

kat rumah.. tak ingat berapa hari usianya

ni pun kat umah.. nak tido..


p/s::: bila terpandangnya wajah baby, wujudnya satu perasaan yang sukar digambarkan.. hanya airmata yang mengalir... subhanallah.. indahnya ciptaanMu...



Sunday, May 15, 2011

Berakhirnya sebuah penantian- part 1

Tepat jam 10.51 malam pada tanggal 7 Mei 2011 berlokasikan (betul ke ni?? hehe) bilik bedah Pearl Maternity Hospital Sungai Ara lahirnya seorang putera seberat 2.85kg..

ALHAMDULILLAH... syukur padamu ya Allah
Penantian selama 9 bulan ++ kini berakhir sudah

jom singkap kembali kronologi peritiwa lahirnya putera kesayangan Siti Rohani & Mohd Affizan

6 Mei 2011
Jumaat
 2.45 am
ummi bangun seperti biasa ke toilet..
terperasankan something warna coklat melekat pada pantiliner
tapi, terlalu sedikit
so, berwuduk dan terus tunaikan solat taubat 2 rakaat..
sambung tido macam biasa.. 
hati dah rasa kurang enak ye..
adakah ini tanda-tandanya??
tapi, tak ada pulak rasa sakit

 6.45 am
bangun untuk solat subuh seperti biasa
cecair coklat tu semakin banyak
inform pada en suami
tapi, still suruh dia g keja je dulu aritu
maklumla dah last day bekerja untuk week tu 
rugi pulak kalau cuti
so, en suami ke tempat kerja seperti biasa walaupun ada sedikit rasa kurang senang
sempat call my sis tanyakan benda tu
my sis cakap dah turun tanda darah la tu
tapi, awal lagi.. anak sulung selalunya lambat sikit
dah tak sakit, ok la kan.. 

en suami kat tempat kerja dah tak senang duduk
my mum in law pun suruh ke hospital check bukaan
takut apa-apa masalah tak sempat ke hospital
so, dalam pukul 10 am camtu en suami sampai di rumah
bersiap terus ke PMH (Pearl Maternity Hospital)
Dr check, masih tak da apa-apa bukaan
so, dia suggest balik rumah dulu
esok (my EDD) kalau tak sakit jugak, tetap kena datang
kena induce la maksudnya
sebab dah turun darah arini..

 4 pm
menunggu my sis n her family datang umah
sempat lagi tu bawa anak-anak buah mandi kolam petang tu
malam tu pun masih sempat layan Maharaja Lawak

 9 pm
rasa sakit dah datang sikit-sikit
rasa nak duduk tertonggeng je..
tapi, masih boleh tahan
sempat ajak en suami makan Nasi Tomato flat kat Batu Lancang
lepas je berakhirnya Maharaja Lawak jam 12 am tu,
rasa sakit tu makin kerap
nak jugak makan nasi tomato

7 Mei 2011 (Sabtu)
12.30 am
sampai kat kedai nasi tomato
orang dah beratur panjang gila
aku tunggu kat meja makan
kononnya nak makan kat situ la
sekali, sakit tu makin kerap
berpeluh-peluh tahan sakit sementara nak tunggu turn en suami
last-last tapau je nasi tu
sampai kat umah, terus makan

2.45 am
amik keputusan untuk ke PMH
maklumla, duduk rumah atas kayangan ni
buatnya tak boleh jalan, sapa la nak ngangkatnye.. 
en suami dah surrender
sebelum pregnant boleh la
hehe

terus admit pagi tu
nurse check, masih belum bukak
tapi, dah sikit lembut berbanding semalam
tido kat wad la malam tu


wad 101 A

7 am
Nurse datang untuk induce ubat pertama berbentuk kapsul
masih boleh tahan sakit
macam senggugut je yang datang beberapa minit skali
kol 11 am camtu, nurse datang check bukaan
dah bukak 3cm
terus pecahkan ketuban..
lepas pecahkan ketuban pun, sakitnya masih tak bersungguh
lebih kurang sebelum pecah ketuban je
orang kat sebelah baru masuk dalam keadaan menangis
memang la psycho

7 pm
doktor cadangkan induce kali kedua
kali ni ubat tu berbentuk cecair yang di drip kat tangan
masa masuk je ubat ni, Allah saja yang tahu
sakitnya tak da nak selang-selang dah
berterusan ja

9.30 pm
press bell yang ada kat katil tu
panggil nurse sebab dah rasa macam nak push
tahu ke rasa nak push tu??
maksud aku rasa nak terberak yang amat-amat sangat
nurse n doktor datang check,
bukaan baru 4cm
kepala anak dah terkeluar sikit ikut bukaan yang 4cm tu
sebabnya mungkin aku dah cuba push
so, kalau dibiarkan, kepala anak boleh lebam
doktor pun dah risau sikit sebabnya aku punya progress lambat
apa lagi,

"doktor, saya nak c-zer"
awak pasti ke?? tapi, memang tu jalan yang terbaik sebabnya ketuban awak ni dah nak warna kuning.. takut baby berak kat dalam
ya.. 
nanti saya bincang dengan your husband dulu

10.30 pm
aku disorong masuk ke bilik pembedahan
tepat jam 10.51 pm, lahirlah insan yang ku kandung selama ini
penyambung generasi aku dan suami





p/s:::syukur padaMu ya Allah.. semuanya selamat

Thursday, May 5, 2011

For the rest of my life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart

Tuesday, May 3, 2011

keep on waiting

...we keep on waiting...
our super junior ♥♥♥, cepat la keluar...
sian abi, dok kat tempat keja pun dah tak senang
ummi kat umah dok men facebook lagi.. hehee

4 days to go
baby nak pilih tarikh best eh??
5/5



p/s:::berserah pada yang Maha Mengetahui