Tuesday, November 30, 2010

Kritikal


♫ Bila kau jauh, ♪aku selalu rindu ♥
Bila kau ada ♫ hati kan berbunga ✿..♪

keadaan sekarang sangat kritikal
dimana sebelum tidur, WAJIB tatap gambar suami dalam henpon
tengah writing thesis, WAJIB selak album lama dalam lappy

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

terasa seperti gila bayang pun ya..
lebih indah dari saat mula bercinta

hati mengatakan engkaulah yang ter paling hensem di dunia ini
engkaulah yang ter paling comel
oh, my..
(en suami, jangan marah ye.. ini sesi luahan perasaan)
sangatla kedengaran begitu kritikal kan??

bila rindu anak dan rindu emak bergabung, ini la yang terhasil::


~senyum sokmo~

~senyum sorang-sorang~


senyum sorang-sorang bila terkenangkan en suami
(gatai sungguh la.. macam dia sorang ja ada hubby..huhu)



antara gambar-gambar comel (pada pandangan mata haku la) hubby::
(jangan marah aaaa)




ok.. dah boleh sambung habiskan sisa-sisa thesis ni

p/s::: gila bayang mode

Monday, November 29, 2010

Ghairahhh..

keghairahan nak attend kenduri my bestie, mengundang padah..
...eceeeehhhhhh...
bukanlah mengundang padah sebenarnya..
sendiri tak berhati-hati..

langkah masuk ke dewan disambut dengan kawan-kawan yang dah lama sampai
dan dah siap makan and tunggu nak bergambar dengan pengantin..
aku pun berniat untuk tumpang dua-dua kaki

dibawah ni adalah gambar yang di'curi' dari facebook photographer upahan pengantin ye..



 ~nice~

~pengantin of the day~

maka, dengan rasa penuh eksaited, penulis menerkam terus naik ke atas pelamin..
dah snap beberapa keping gambar, ghairah pulak nak menjamu selera..
huhhhhhhhh..
cerita ghairah je eh..
dengan penuh rasa tergesa-gesa

::::TIBA-TIBA::::
..♪ kelepek ♫...
tipu, takda bunyi pun sebenarnya..
(bunyi ni je la.. maklumla aku ni kan macam buah timun jepun je)
ada yang tak penah tengok timun jepun @ jepang ke??? 
pegi tanya pakcik google ye...


ok.. sambung balik..
aku jatuh terduduk, hoccayyy...
masa tu berdebar-debar gila..
terus message en suami.

mendapat arahan supaya ke klinik and check keadaan baby
even though tak da bleeding and takda rasa sakit kat perut,
memandangkan ia adalah arahan dari suami
maka, wajib PATUH selagi tak bertentangan dengan agama
tambah-tambah en suami kata,
"nanti claim kat abang"

laju je la
hahahha
dasar mata duitan
(bukannn..bukan.. aku kan penganggur terhormat sekarang nih)

::Result check up::

tangan baby merewang ke serata perut mummy dia..
air ketuban oke
kedudukan uri pun oke..
Dr check sekali lagi jantina..
TIDAK SYAK LAGI
 dengan kecanggihan 4D scan, nampak semuanya..

alhamdulillah, semuanya selamat

::perkembangan baby::
(selepas seminggu)

20 Nov 2010
AC - 99.3mm
BPD - 33.3mm
FL - 19.1mm
EFW - 136g

27 Nov 2010
AC - 119.6mm
BPD - 37.2mm
FL - 21.6mm
EFW - 181g

:::::info::::
ACabdominal circumference. (ukur lilit perut)

BPDbi-parietal diameter. This is the measurement of a line drawn from ear to ear, through the brain.

FL - fetal length. This is the length of the thigh bone from the knee joint to the hip joint.

EFW - estimated fetal weight.



p/s:::lepas aku terjatuh, ada orang lain pulak terjatuh.. maka aku tak salah.. (tak ngaku tuhh..)

Sunday, November 28, 2010

Indahnyaaa.......

Telah masyhur di kalangan ulama’ Islam yang dahulu dan  sekarang berfahaman bahawa kejadian janin yang pertama ialah; air mani (النطفة), segumpal darah (العلقة), kemudian seketul daging (و(المضغة. Semua proses kejadian ini ialah selama 120 hari, berdasarkan kepada apa yang difahami dari hadis menghimpun kejadian manusia (جمع الخلق) yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan lainnya dari ‘Abdullah bin Mas’ud  r.a katanya: 

Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah  dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].

ada pendapat mengatakan roh akan ditiupkan saat janin berusia 120 hari..

indahnya bila dapat merasa nikmat pergerakkan baby dalam perut..
walaupun tak pandai nak tendang menendang lagi,
sesekali tetap rasa geli bila rasa ada pergerakan dalam perut ni

mula-mula rasa tu agak terkejut..
terasa pelik
terlupa adanya Nur dalam rahim ni

sekarang dah agak biasa..
akan rasa pergerakkan dia time pillow speaker diletakkan kat perut 
dan
time nak tido..
adooii..
kadang-kadang terkejut je dengan pergerakan dia..
TAPI,
untungla kan..
sapa jadi ayah tak leh rasa.
hahahaha
(nak jugak jeleskan kaum adam)


alhamdulillah, terima kasih ya Allah diatas anugerahmu yang sangat bernilai
semoga aku dan suami mampu mendidiknya menjadi insan yang berguna pada agama.


p/s:::: tak sabar nak tunggu dia start menendang... best ke?? ada yang cakap rasa sengal.. betul ke?

Thursday, November 25, 2010

ntah hapa-hapa

yang dinamakan manusia itu..
huhhhhhhhhh susah nak describe
rambut sama hitam
hati lain-lain
(kaitan??? tak da kaitan)

suatu petang yang hening,
berlaku satu perbualan @ chatting di laman sesawang yang sememangnya popular sekarang nih, 
tak lain tak bukan, FACEBOOK
perbualan diantara 2 sahabat sekolah rendah
(tak la begitu close sangat)

kenal lagi??

mesti la kenal

buat apa sekarang?

tak buat apa-apa??

dah pregnant?

alhamdulillah, otw..

abang kerja apa?
(dah start oke soklan personal)

kerja kilang

tak kan kot.. tipu la

ya la..
(ko budget aku kawen ngan anak Dato' ke? huhh)

iskkk.. tipu la
(tak caya lagi tuh..)

ya la.. engineer

wauuuu.. ok la tu
(tak ubah skit pun ejaan dia ye)

ok..ada lagi la soklan-soklan cepu gangsa dari dia
dah rasa macam kena interview je tadi

so what??? husband aku kerja kilang.. husband ko tentera..
(kan dah nampak ayat tak cerdik aku di situ.. huhu)

kot ye pun dah lama tak contact, boleh tak tanya soklan-soklan standard orang umur 26??
(aku sendiri pun tak tau soklan stendet umur 26 tu camna.. haha)

************************
tu satu situasi.. ada situasi lain jugak::

bersembang dengan housemates baru kepada rakan baik secara face to face

nak tengok gambar kawin

aku pun baik hati tunjuk mana yang patut

honeymoon kat mana??

Bali

owh.. husband keja apa??

kerja kilang

abis tu, honeymoon ni sapa sponsor??
(mungkin pada dia kedengaran agak tidak logik memandangkan aku adalah penganggur terhormat)


sendiri
(jawab dalam keadaan tergamam)

banyak ke abis duit time kenduri hari tu??

ada la dalam 15k
(jujur je aku ni jawab)

la.. boleh kawin sangat la kalau macam tu.. kakak saya kawin abis 30k

so what??????
lantak ko la nak abis 100k pun
ada aku kisah?? tak guna duit aku pun kan??
dah itu je aku mampu.. tadi aku pegi Bali ko macam tak puas hati kan??
sangat tak faham dengan perangai manusia ni
apa yang dia dapat bila cakap macam tu kat orang??

"ummi, sabar ummi.. tak baik ummi marah-marah", kata baby 
(selingan)


  tak kisah la apa kerja sekalipun, yang penting dia bagi makan anak bini dia dengan duit yang halal
betul tak????
jangan ko asyik bangga laki ko kaya kalau dari hasil yang tak halal
lagi kesian kalo ko sendiri tak tau pekerjaan sebenar laki ko
huhhhhh


dah.. lega skit rasanya..
hehe.. blog jadi tempat meluahkan yang terbuku dihati

maaf la ye kalau bagi pembaca-pembaca sekalian benda tu agak remeh..
memang sesekali kedengaran agak remeh
yang penting nak luah jugak


p/s::: tak payah la nak jaga tepi kain kak joyah sampai macam tu skali..


Wednesday, November 24, 2010

berteka-teki

yeayyyyyyyy
(sob...sob...sob)
mood penulis agak bercelaru kala bulan mengambang ini.
kini penulis keseorangan (ayat hyperbola) di Kuala Lumpur setelah bercuti bersama suami dengan kak sal n family serta abg lan se family kat our common port, Damai Laut Resort and Spa
en suami dah balik Penang ahad petang.

pengalaman journey en suami kali ni agak menyedihkan even benda tu
merupakan pengalaman baru untuknya
hehe
dah bertahun duduk Penang, tak penah merasa naik feri sebagai pejalan kaki
and tak penah merasa naik Rapid Penang..
sian sungguh la.

hari ahad, 21 Nov 2010
bertolak dari Lumut around jam 4.30 petang
sampai rumah jam 10 malam..
jauhnya perjalanan..

::::alhamdulillah, selamat sampai::::

cerita penulis balik KL pun agak menyedihkan..
ni gara-gara Papago! abang lan la ni
ntah macam mana settingnya, dia bawa kami ikut jalan lama.. 
5 jam baru sampai KL
nasib baik penulis drive bersama baby di dalam perut..
ada 2 tenaga bergabung..
hahahaha..
ayat penyedap hati..
balik rumah pengsan sampai pagi.. 
letih tak hengat..
kira fair la kan perjalanan kami suami isteri ni.

****************************************
mari bercerita tentang check up bulan ke-4

ke hospital macam biasa..
melakukan rutin biasa,
berat naik balik 1kg setelah bulan lepas drop 1kg
sikitnya naik..
padahal kol 2 pagi leh kejut en suami g makan nasi goreng and roti canai kat kedai mamak

alhamdulillah, mendapat suami yang wonderful ni memang best
kejutla jam berapa pun, tak mungkin anda akan dapat pelempang
layannnn je dia tanpa banyak soal
hopefully berkekalan la ye en suami
ameennn

ok, back to cerita check up:

dah berapa bulan ye?

ermm.. bulan ni dah masuk 4 bulan

ok.. lepas ni g kencing ye.. nak buat urine test

masuk berjumpa dengan doktor,

ok, berat dah naik balik. kalau boleh bagi makan banyak sikit ye..
bagi berat naik lagi
nanti baby kecik.. around 2kg-2.2kg je.
at least bagi la baby tu 2.5kg ke atas

ok, Dr.

seperti biasa, scan my tiny tummy

Dr, dah boleh tau ke jantina baby??

haaa.. ni saya nak inform la ni.. nak tau ke tak?

nak.. nakk... 
(laju je en suami jawab)

ok.. its a **********
(haha.. saja je nak main rahsia-rahsia plak eh)

yang pasti instinct saya sangat kuat
malam sebelum check up tu saya mimpi..
dapat baby ******* seperti yang instinct saya kata tu
alih-alih lepas check up je, benar bagai yang dimimpi tu
hehehe.. mungkin kebetulan
baru 4 months,
mungkin tak brapa jelas lagi
tapi, Dr macam dah confirm je

alhamdulillah, baby oke, ibu sihat, ayah senang hati

dah penah buat blood test ke??

belum.

ok, pergi bilik sebelah ye untuk ambil darah

ingatkan just nak amik darah macam nak buat ujian HIV dulu je
rupa-rupanya penuh 1 syringe
dahla susah nak cari urat..
2 2 belah tangan kena cucuk
pejam mata masa nak tengok jarum tu masuk dalam urat tu
hahaha
time dah masuk tu boleh je la bukak mata
(first time pregnant la katakan...sian)

cuba buat 3D scan, tak dapat sebab kedudukan baby tak mengizinkan..
nasib baik doktor tak charge 
haha

enjoy da pics::
(pic kali ni kurang berkualiti)

~*baby di usia 16 weeks*~ 
dah nampak mata, hidung and ketara sekali tulang belakang dia


~* apa yang cuba ditunjukkan oleh anak panah tersebut??*~










p/s::: hint untuk hari ini---->>> "ayah/abi/abah/daddy, baby nak kencing la.. bawa la baby p kencing"

Friday, November 19, 2010

Mertua vs Menantu

wah...wah...wahh... tajuk entry sedikit vogue gitu.. 
ala-ala tajuk drama bersiri kat astero..

haaaaaaa..
kali ni nak cerita tentang Mertua (my sweeettttt mum) vs Menantu (my wonderful hubby)
cerita ni berlaku minggu lepas..
-harap maklum-
alkisah bermula ketika my sweeetttt mum teman anakanda tersayang di rumah sewa menantunya
ada yang tak faham??
tak faham sudeyyy...
huhuhu..
sangatla kejam 

hari Khamis, usai solat Maghrib, suma turun makan..
mum, me, hubby, my niece and the only one hubby's housemate, Mr. Bob
selesai je makan, Mr. Bob menyuarakan hasrat untuk menonton wayang Megamind 3D yang ketika itu sedang hangat taik ayam ditayangkan dipawagam berhampiran.
(cisss.. ayat ala-ala promote gitu.. macam Dr. Rozmey yang enak dibuai mimpi dengan filem 40 juta rupiah tu)


sebelum ni, ketika penulis masih berseronok dengan title pengantin baru jarak jauh
boleh dikatakan setiap kali jumpa mesti kami ke panggung wayang..
padahal masa couple 8 tahun tak pulak selalu ke panggung wayang tu
cinta lepas kawin la katakan..
**blueeeekkkkkkk**
dan setiap kali itulah kami sering dimarahi my sweeetttt mum
ya la.. bukannya elok pun kan masuk panggung wayang tu..
mana-mana ibu pun akan marah rasanya.
kecuali ibu ayam..
haishhh..
ada je ibu zaman sekarang yang sepoting
tak kisahla kan.. aku bercerita tentang ibu yang mengandung dan melahirkan aku.. ok??
since intention kita baik
dengan suami pulak tu..
okla kot kan???

hosmate en suami tu mungkin nak ajak en suami sorang je
tapi en suami tak mungkin nak tinggalkan kami kat rumah
so, dia nak la ajak semua..
tapi, ofkos la segan bila nak deal dengan orang tua macam my mum tu..
(umur je tua, oke.. haha)
so, en suami memainkan peranan..

"mak, nak p dak tengok wayang"

"ishhh... cerita apa?? malam-malam Jumaat ni"
(see??? ayat tu pun dah cukup mematikan nafsu orang yang ajak.. haha)

"ala, tadi dah baca Yassin.. ok la tu"
(boleh guess tak milik siapakah ayat ini???)

"jom la mak.. sekali sekala.. depa kata best cerita ni.."

"ala, cerita kartun ja.."

"jom la makcik"

mak dah serba salah... en suami meneruskan misi untuk book tiket..
malangnya dah tak boleh nak book
dah kurang 45 minit sebelum waktu tayangan..
hahahhaa.. 
apa lagi, 
masing-masing bersiap ala kadar ja..
nak jugak tengok malam tu

dalam hati aku terdetik:::
iskkk..ok ke mak aku tu nanti.. dengan sound yang kuat. sakit jantung ke apa nanti mampos aku dengan kak n abang-abang..
TAWAKKAL je la

sebelum wayang bermula,
~*u rock, mummy*~
diusia 61 tahun, masih comey..
hehehe


bila wayang berakhir,

reaksi my mum::


aku::

hahaha.. alhamdulillah, mummy ok je..
aku plak pening pakai spek 3D tu..
apa la..
sampai umah pun muntah lagi..
huhuhuhuuu


"kalau tengok cerita ni kat screen besaq macam semalam best la kan??"



p/s::: bangga eh bawak mak tengok wayang.. bawak g umrah okla nak bangga pun..


Thursday, November 4, 2010

tak dengaq kata

salam semua..
tajuk entry kali ni kelihatan agak marah ye.. hehe..
memang penulis agak marah..
tapi, siapa kita untuk melawan ketentuanNya kan??

arini nak bercerita tentang baby jugak..
cucu sulung family mertua atau lebih tepat lagi buah hati sulung pengarang jantung mummy baiti n daddy fendi..
alkisah bermula apabila biras penulis di sahkan mengandung 9 bulan lepas.. 
dan dijangka bersalin pada 29 Oktober..

mak ngah (penulis) dah pesan pada baby, lahir sama tarikh lahir ngan makngah tau..
1 November..
alih-alih dia kluar jam 2.15 pagi (2 November)
hmmmmmm.. lari 2 jam ja... 
sama jugak dengan anak kedua abang penulis yang sulung...
dah pesan jugak suruh keluar 1 November..
alih-alih dia keluar 31 Oktober..
haisshhhhhhh... 
sabar je la wahai acu/ mak ngah..

apa-apa pun, tetap boleh celebrate sama-sama even berbeza sehari pun kan??
janji everything selamat..
(ayat pasrah ni, tahu??)



enjoy da pics:

cucu sulong ayah wan Matt Saad n mak tok Salasiah





Qurratu Amni Umaira
(anak abang yang ke-2)





p/s::: set anak sendiri la bagi lahir 1 November nampaknya.. anak orang semua tak mau ikut... sob...sob...sob..

Monday, November 1, 2010

hepi besday to me!!!!!!!!!!!!

****************entry di tulis pada 31 October************
(simpan dalam draft dulu.. hehe)

yeayyyyyyy...
hepi sweet 26th besday to me..
(wish untuk diri sendiri... siannn)
masih sweet kah???
selagi lidah anda boleh menikmati rasa manisnya gula selagi itu la sweet.. tak gitu??
**winkkk**
ok... selain ucapan besday,
happy 2nd anniversary CoLoUrFuL oF LiFe..
tercetusnya idea untuk berblogging adalah bermula dari besday penulis yang ke-24 2 tahun lepas..
(sila lihat entry yang dimaksudkan di sini)
saat hati gembira tak terkira mendapat besday gift dari insan tersayang...
bak kata pepatah melayu,
bagaikan kera mendapat bunga..
owhhh.. kera kah aku???
bukann... bukan... aku dilahirkan sebagai khalifah di muka bumi ni.
(ecehhhh...macam geli je)

ok.. untuk besday kali ni, aku tak mengharapkan apa-apa dari en suami..
memadai la kalau mendapat yang ini:

~*emas yang menjadi kegilaan wanita*~
(boleh buat aset ni)

~*lamborghini murcielago*~
(pandai ke nak bawa???)

~*percutian bersama en suami di pulau-pulau yang indah*~
(nak honeymoon lagi??? huhhh)

*****sila tampar pipi kuat-kuat*****

berpijaklah di bumi yang nyata wahai puan siti..
hahahahaha
acah je tu.. suma yang kat atas tu takla teringin sangat pun kecuali yang terakhir..
huhuhu.
tak sia-sia ada 2 tahi lalat kat kaki.
orang kata suka berjalan
memang betul la..

***************entry ditulis pada 1 November***********

alhamdulillah, hari ni genap usia ku 26 tahun..
bersyukur atas segala-galanya yang dipinjamkan dariNya selama 26 tahun ni
mak ayah yang tak jemu mencurahkan kasih sayang
(walaupun sempat merasa kasih sayang ayah selama 3 tahun setengah je)
adik beradik dan ipar duai yang tak jemu-jemu mendoakan yang terbaik buat adinda yang sorang ni
a wonderful husband yang sentiasa memahami diri ini dan melayan kerenah isteri yang mcam-macam ada ni.. ala-ala astro gitu.. hik hik hik..
sedara mara, anak sedara dan yang seangkatan dengannya yang TERBAIK dari ladang.
opppssss.. tak kisah la dari mana-mana pun kan..

alhamdulillah syukur nikmat
:::::terima kasih semua::::

semalam en suami jemput isteri tercinta di rumah kakak ipar.. 
lantas di ajaknya si isteri ke Nam Sin
kedai apa tu??
jual spare part keta, kedai besi buruk??
baca sampai abis..
hehe..

hasil lepas ke kedai tu:::


harga emas 916 hari ini::: RM151/gram
tersangatla mahal..
pegi kedai kat kampung dapatla diskaun RM143/gram


sekarang tak yah tampar pipi laju-laju
anda memang berada di alam yang nyata
alhamdulillah..


untuk insan bergelar suami,
adinda tak mengharapkan emas, perak dan segala yang ada
(kalau dah bagi terima dengan tangan yang terbuka dan senyuman yang melebar hingga ke telinga. hehe)
cukupla dengan doa dan kasih sayang agar bahtera yang dibina utuh selama-lamanya..
dengan bakal hadirnya insan ketiga (yang menyerikan lagi rumahtangga..)
itu la hadiah yang paling bermakna..
bagi makan cukup ja..
maklumla la ni asyik nak makan ja..
hehe
last but not least,
love u so much 
(bukan sebab bagi emas ni baru nak sayang.. setiap masa pun sayang)
 terima kasih jugak buat insan-insan lain yang mendoakan kesejahteraan diri ini..
love you all too
tak lebih dan tak kurang
(lebih kat suami skit ja.. sebab syurga di bawah telapak kaki dia la ni.. hehe)



p/s::: bulan depan nak bagi apa plak kat my hubby ni??? hmmmmmm...