Telah masyhur di kalangan ulama’ Islam yang dahulu dan sekarang berfahaman bahawa kejadian janin yang pertama ialah; air mani (النطفة), segumpal darah (العلقة), kemudian seketul daging (و(المضغة. Semua proses kejadian ini ialah selama 120 hari, berdasarkan kepada apa yang difahami dari hadis menghimpun kejadian manusia (جمع الخلق) yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan lainnya dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:
Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].
ada pendapat mengatakan roh akan ditiupkan saat janin berusia 120 hari..
indahnya bila dapat merasa nikmat pergerakkan baby dalam perut..
walaupun tak pandai nak tendang menendang lagi,
sesekali tetap rasa geli bila rasa ada pergerakan dalam perut ni
mula-mula rasa tu agak terkejut..
terasa pelik
terlupa adanya Nur dalam rahim ni
sekarang dah agak biasa..
akan rasa pergerakkan dia time pillow speaker diletakkan kat perut
dan
time nak tido..
adooii..
kadang-kadang terkejut je dengan pergerakan dia..
TAPI,
untungla kan..
sapa jadi ayah tak leh rasa.
hahahaha
(nak jugak jeleskan kaum adam)
alhamdulillah, terima kasih ya Allah diatas anugerahmu yang sangat bernilai
semoga aku dan suami mampu mendidiknya menjadi insan yang berguna pada agama.
No comments:
Post a Comment