Thursday, August 1, 2013

Trip to USS (Part1)

Mari kita bercerita tentang sejarah..
Yaaa.. sejarah yang telah berlalu. Namun masih segar dalam ingatan ini.. 

Sejarah Amsyar pertama kali terbang di udara.. hehe..Trip ke USS, Singapore yang akhirnya tertunai pada April 2013. Alhamdulillah, masih belum setahun pun.. Kalau dah setahun pun, baru setahun jagung.  wakakaka..

Moh kita cerita.. Alkisahnya kami ni teringin bebenor ler nak ke USS tu. Sebelum ni pun pernah dapat tiket Airasia yang berharga RM1. Tapi, yang Maha Agung lagi hebat rencanaNya. Ayah mertua terchenta mengadap Illahi pada tanggal kami sepatutnya berlepas ke sana. Maka burnt la tiket tu. Kalau p pun hati tak senang. Burnt la yg terbaik.. 

Orang cakap kalau dah rezeki tu tak ke mana kan?? Nak dijadikan cerita, adik ipar yang bongsu cemerlang dalam peperiksaan SPM dan menjadi pelajar terbaik aliran. Maka untuk award dia, bercampur niat dihati yang ingin berjalan ni, kami rancang 1 trip ke USS. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki ketika itu, maka kami berlima (Abi, Ummi, Amsyar, Mak n adik) ke sana pada 13 April 2013. 

Persediaan sebelum ke sana:::

::Passport::
Passport Ummi and Abi kena renew la. Last travel was on our honeymoon vacay which was in March 2010. Lama sangat dah. Hari tu pun just buat untuk 2 tahun.

Passport Amsyar n abi

::Buggy Stroller Amsyar::
Oleh kerana terasa seperti tidaklah berbaloi untuk bawa SCR dia tu, maka abi bercadang untuk beli umbrella type buggy stroller.. Senang untuk dibawa nanti.. Akhirnya, rezeki kami di Toys r Us. RM149 is I'm not mistaken. So, mudah dibawa.. Macam payung gitu bila dah lipat..

Pict googled. But, it is exactly the same as his.
Empunya diri

Jom cerita pengalaman ditempat orang.  

13 April 2013::


Bertolak dari Penang dengan Air Asia menuju ke Johor jam 7.15 am. Oh, kami memilih untuk menetap di Johor setelah beberapa kajian dibuat (sumber dari blogger-blogger lain). Maklumlah percutian yang agak budget.. Layan beberapa pics di dalam flight. Amsyar tersangatlah excited bila tengok kapal terbang.

Excited..
Takut sikit masa nak take off.. Terus tido..
                                     
Tiba di  airport Senai jam 8.25am, kami terus ke Tune Hotel dengan teksi. It costs you around RM44 from the airport. Berbaloi-baloi. Dalam teksi tu encik suami sempat tanya in case nak ke Singapore with taxi. Agak mahal jugak la. Mau telan 3 angka gak. So, rasanya better naik shuttle ja. Kami sampai di Tune Hotel agak awal. It's too early to check-in. So, just simpan luggage kat Tune. If I'm not mistaken RM2/luggage. Ok la tu kan daripada nak buang masa tunggu sampai boleh check in. Plan asal nak naik shuttle from Tune direct to USS. Sekali dia kata dah penuh. Kena book awal. So, terpaksa la gamble untuk first day ni. Book siap-siap untuk day 2 punya trip ke USS. Enjoy our pics::

At Tune Hotel. Main lego.. Simbolik kepada Legoland

p/s:: Do wait for the next entry ya.. 

1 comment:

lavonntaggert said...

The best casino sites and bonuses, list of all casino sites
Top casinos · Red Dog 경상남도 출장마사지 Casino – Best for Free Spins · Kiki Slots – The 계룡 출장마사지 Best Casino 이천 출장샵 Online for Desktop & Mobile · Microgaming – Best For Desktop · 군포 출장샵 Wild Casino 서산 출장마사지 – Best