Wednesday, January 5, 2011

2010 in memory...

seelum terus membaca, ada pesanan dari penaja,


AWAS, ENTRY ADALAH TERLEBIH PANJANG dan TERDAPAT BANYAK GAMBAR yang mungkin membuatkan anda muntah hijau...
hahahaha

Dah masuk 5 Jan 2011 semasa entry ni ditulis.. sekejap je masa berlalu...
start menulis pada 31 Disember.. abis menulis adalah pada 5 Jan..
maklumla nak cerita benda yang berlaku sepanjang tahun 2010.
macam mana pun, 2010 meningggalkan 1001 kenangan pahit dan manis yang tak mungkin dilupakan..
eceeeeehhh.. ya ka tak lupa.. ntah-ntah kalau tanya makan apa pada 31 Dis 2010 pun tak leh nak jawab.. hahaha... hmmmmmm.. maksud penulis disini adalah event-event besar yang terjadi la... bab makan tu, tanya yang 3 Jan 2011 pun dah tak ingat apa benda.. betul tak??

meh kita singkap satu per satu.. 

dulu kalau orang tanya, 'bila nak kawin??'
jawabku, 'insyaAllah, tunggu Kedah Maju 2010'
(actually tu hanyalah sekadar jawapan.. belum ada perancangan serius pun)
tapi kan orang cakap kalau sebut patplohpat kali akan jadi betul..
alhamdulillah, antara peristiwa besar berlaku pada tahun 2010 bagi diriku adalah:
PERKAHWINAN

ermm.. macam tak best lak kalau tak ikut turutan kan??
bermula ia padaaaaaaaaa

14 Februari 2010:
status ku berubah 2 kali dalam masa setengah jam
dari TUNANGAN orang jadi ISTERIAN orang..
agak tidak percaya..
tapi memang WAJIB percaya..
hehehe

jom tengok gambar skettttt:::

Majlis tunang dan akad nikah





Walimatul Urus (27 Feb & 13 Mac)


abis saja kenduri sebelah lelaki pada 13 Mac 2010, 
kami berangkat ke Bali untuk tujuan ehemmm..ehemmm..
haha

jom layanzzz beberapa keping pics:



tahun 2010 ni juga boleh la dikatakan tahun melancong untuk saya dan en suami..
banyak benor berjalannya..
yang pahitnya 2010 ni adalah terpaksa berjauhan dengan suami setelah berkahwin
namun, disebalik kepahitan tu terselit jugak kemanisannya..
ye laaaaa.. setiap kali jumpa adalah honeymoon
vavavavvavavav..
  
jom layanzzzzz gambar lagi..

Colmar Tropicale (17 April 2010)


Swiss Garden Villa (12 June 2010)
Lumut, Perak


A Famosa, Melaka (19 Jun 2010)



Genting Highland (10 Julai 2010)



Salak Denai (30 Julai 2010)

ni adalah percutian family ye.. family sebelah en suami.. 
bercuti di pusat perangin berhampiran Titi Hayun, Yan, Kedah..
malangnya, tak dapat menikmati air terjun time ni sebabnya aku 'bercuti selama 7 hari'
gambar tak dapat dicari pulak..


Cameron Highland (7 Ogos 2010)



sebelum terus bercerita mengenai tour kami yang hampir berlaku setiap bulan (tak sangka plak eh)
bulan September stop sat sebab terkejut dengan berita yang paling menggembirakan..
aku disahkah pregnant 5 weeks
boleh refer entry ini.
kegembiraan kedua selepas bergelar isteri
..::ALHAMDULILLAH::..

ok, sambung percutian::

Swiss Inn Kuantan (1 Oktober 2010)
Hadiah kawin dari my sis n bro in law
thank you very much
we really enjoyed there
tapi, ni dah masuk fasa babymoon..
hehehhe


disebabkan pregnant, maka en suami mengisytiharkan November sebagai cuti khas membesarkan baby..
hahahhaha
tak lawak pun.. so, jangan gelak..
sambung pulak dengan Disember punya percutian..

Kelantan, Terengganu & Melaka (9 Disember 2010)



memori terakhir sebelum berlabuhnya tirai 2010 adalah percutian secara beramai-ramai ke Salak Denai pada 27 Disember 2010
kali ni bersama family saya pulak ye..
lebih kurang 30++ orang yang ikut serta..
besttttttttt...
tujuan utama percutian ini diadakan adalah sebagai award kepada mereka yang bertungkus-lumus menjayakan perkahwinan ku bersama en suami
alhamdulillah, semuanya lancar

gambarnya nanti akan dimasukkan dalam next entry ye..
harap maklum..
penulis belum dapat lagi gambo nye..



p/s::: banyak berjalan luas pemandangan... tak gitu???

No comments: