Tuesday, June 29, 2010

Memancing

update sikit dari entry sebelum ni.. oppsssssss.. salam semua..
entry kali ni nak bercerita tentang memancing.. memancing ni satu aktiviti untuk orang yang banyak masa la.. hehe.. tapi, once kita terjebak dengan dunia ni, insyaAllah you will be addicted.. haha.. betul tak kaki-kaki pancing suma??? but the thing is, how we control our interest tu. tu yang penting.. terpulang la pada individu tu kan.. selagi tak menjejaskan aktiviti lain @ hubungan kekeluargaan, ok la tu kan.. 

ermm.. ni nak bercerita pengalaman pertama (maybe) en suami memancing.. pagi tu kami ke pantai seawal jam 8 pagi.. tapi, kak n abg ipar aku dah ke sana lebih awal.. lepas subuh.. tapi, kol 9 pun lepas subuh gak kan?? hahha.. maksud aku lagi awal la dari pukul 8 tu.. huhhhhhh..

pertama kali baling, umpan abis.. kali kedua sangkut lak kat batu.. kali ketiga.. kali keempat.. the same things repeated.. until la si isteri mula berminat untuk join.. dengan kalimah BISMILLAH, tak sampai 5 minit pun, umpan mengena.. ikan gelama.. hehe.. seronok gila.. maka timbul sedikit rasa riak dan takbur dalam diri... iskk.. tak baik kan??? mula la nak hangatkan en suami yang masih belum dapat lagi ikan. haha..
then, untuk kali kedua dan seterusnya, tak da ikan nak makan umpan si isteri.. tu la kan.. mungkin sebab ada rasa riak tadi tu.. mula rasa fedup.. then, ajak anak buah mandi kat swimming pool.. hehe.. 

tak sampai pun 5 minit berjalan menuju ke  pool, en suami dapat ikan..sama gak.. ikan gelama.. tapi, malangnya si isteri tak dapat bersama-sama meraikan keseronokan si suami..sebab.. isterinya pekak.. puas si suami panggil.. hahhaa
then, si suami dapat lagi ikan.. ermm.. 2 ekor ja pun.. ok la tu.. yang penting si isteri kalah..


~ikan first-joran oren~

~ikan kedua-joran hijau~



p/s::::Ya Allah, hilangkan segala sifat mazmumah dalam diriku ini.. gantikanlah dengan sifat mahmudahMu.. ameennn..

No comments: