sedar tak sedar, dah sampai penghujung bulan mei dah kan???
apa jadi ntah ngan target aku nak siapkan thesis end of this month..
macam tak tercapai je..
sedar tak sedar jugak, entry aku untuk bulan mei ni asyik cerita pasal sakit je..
sampi bos pun dah tanya soklan camni kat aku::
"awak ni kenapa ye?? kenapa kerap sangat sakit?? masalah awk tekanan darah rendah je kan??"
(bertubi-tubi soklan aku dapat)
dengan hati yang sedikit sedih plus rasa bengang dapat soklan camtu, aku jawab:
"sakit saya kali ni tak da kaitan dengan darah rendah"
sapa yang NAK sakit??? tanya skit..
INGAT,
SAKIT DAN MUSIBAH ITU ADALAH PENGHAPUS DOSA
DARIPADA Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda: “Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:
“Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Muslim)
Huraiannya, segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa seseorang mukmin adalah kaffarah (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.
InsyaAllah, moga aku juga berada di kalangan ni.
bermulanya episod sakit kali ni bila ari rabu (12/5/2010) aku rasa cam tak sedap badan.
rasa nak demam.. tekak pun macam sakit sangat.. ada benjolan lagi.
macam bengkak gitu..
sebelum lebih parah, aku decide ke klinik time lunch.
Dr kata mmg demam agak kuat.. 39 degree.
dapat MC untuk that day.
kira aku half day la.
balik rumah terus makan ubat and tido
berpeluh-peluh badan bila bangun tido tu..
alhamdulillah, dah rasa lega skit.
tapi, situasi tu tak lama..
malam tu demam balik.
means panas balik badan aku ni..
esoknya cuti lagi.
dipendekkan cerita, keadaan sama berlaku pada hari khamis.
ari khamis malam, kol en suami suh turun s.alam
maklumla,, aku sensorang kat umah sewa.
en suami terpaksa cuti ari jumaat
dia terus amik tiket ke sini lepas aku kol.
ari sabtu, g check lg kat klinik yang sama
doc suspek H1N1.
penyakit paling digeruni sekarang
dia nak refer aku ke hospital lepas suhu badan aku sama ja dengan ari rabu tu
langkah selamat,
en suami decide nak bawa kau balik kampung.
apa2 hal senang..
so, ari ahad terus sms boss minta cuti seminggu
balik check pulak kat klinik kat Sg. Petani.
alhamdulillah, dia kata bukan H1N1
ni sbb tonsil aku ni ditahap kronik.
selama seminggu aku cuti, selama tu jugak la en suami berulang alik kerja.
kol 6 pagi dah kuar dari umah..
kol 8 malam baru sampai umah balik
pengorbanan seorang suami.
thanks, sayang
alhamdulillah, suma tu beransur-ansur baik
until now..
tapi, still rasa lemah badan and lesu
p/s:::ramai jugak yang kata sindrom orang mengandung.. hehe.. belum rezeki lagi..