Friday, January 22, 2010

Perkahwinan..


terbaca entry ni kat 1 blog ni... credit to the author of nurazyyati.
since aku pun akan melangkah ke gerbang perkahwinan ni, menarik plak untuk di kongsi dengan sapa2 yg baca blog aku ni... 

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw?..
Tidaklah setaqwa Ibrahim Pun tidak setabah Ayyub
atau pun Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang Punya Cita cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban
bersama Suami menjadi pelindung kamu penghuninya Suami
adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya Seandainya suami
bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. Kerana memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara.
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.. amin...
Justeru itu wahai para suami dan isteri. Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah.
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha.
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman.
DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar.
Moral of the story, apppreciate what we have and always accept our partners weaknessess..tolerate each other, communicate effectively and never let our partner down as nobody is perfect....:-)


p/s:::semoga aku mampu menjadi isteri yang solehah untuk mohd affizan.. amiinnnnnn..


No comments: