Wednesday, November 13, 2013

Ujian-Mu (Part 1)



"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)"

Lebaran tahun ini, aku menerima khabar gembira lagi. Seperti yang terjadi 2 tahun lepas. Hari terakhir umat Islam berpuasa, aku menerima berita itu dengan hati yang lapang dan gembira. Bertambah pulak dengan birasku yang turut sama menerima berita tu sebulan lebih awal dariku. Alhamdulillah..
Berita apakah itu?? 

"Amsyar bakal menjadi abang 9 bulan akan datang."

Picture - snap dalam cahaya lampu tidur.. Sesudah sahur.

Syukur aku kehadrat Illahi dengan rezeki itu. En suami pulak seperti tak percaya. Hehehe.. "Sendiri buat pun tak percaye ke??".. kihkihkih...

Lepas je raya, terus ke Pearl Maternity Hospital untuk check up seperti biasa. Dr sahkan kewujudan angel itu dalam rahimku yang ketika itu berusia 5 minggu. Masih terlalu awal.. Alhamdulillah jugak, tak ada alahan. Sama seperti mengandungkan amsyar 2 tahun lepas.

Tapi, semua itu seketika cuma. 

7th September 2013:
Today is the 8 weeks check up. As we went thru ultra sound scan, Dr informed that the 'kantung' was not in a good shape plus no heartbeat. So, Dr said, 'looks like tak menjadi. So, kena cuci". Terkesima sekejap lepas dengar apa yang Dr cakap tu. As today is Saturday, Dr suggest do the D n C on next Monday. Me and my husband can't easily say YES as its too early to conclude everything. So, Dr bagi masa balik fikir. Maka, aku terus search any info yang ada dalam internet. Terjumpa la fb Hospital Bersalin. Ada jugak orang yang senasib denganku rupanya. Most of them tak suggest untuk terus cuci. Ada yang cakap wait until  11-12 weeks at least. So, we decided to wait or go for another check up at different clinic. 

8-13 September 2013:
Nothing weird happen. But, I do vomit a lot after eating. Rasa loya, tak lalu makan.. Kalau makan pun, sure muntah balik. Sebelum tu, pegi bantai makan gulai nangka dengan daging. So, suspect that it was due to 'angin' akibat makan nangka tu. Ada jugak terfikir kot-kot berlainan jantina. That's why ada alahan macam tu. Hurmmm... Tekaan tu semuanya salah..

14 September 2013:
Balik kampung en suami. Mak mertua bawa g check up kat klinik pakar sakit puan, Dr. Ganga. Mak selalu check up dengan dia. Experienced Dr. Dia buat ultra sound macam biasa. Rasa berdebar-debar sementara nak tunggu Dr komen. 1 lagi tamparan hebat buat aku n en suami. Dr said that it looks like a snow storm sign. Suspected it was a molar pregnancy. MUST do DnC as soon as possible. It tend to bleed a lot if biarkan. Part yang paling menakutkan adalah it tend to be cancer if not treated properly. Salah 1 tanda-tandanya adalah alahan yang teruk. Yeaahhh... Saya alami semua itu.

Kalau perhatikan betul-betul, kantung tu dah tak bulat and ada tompok hitam sebelah kiri (snow storm)
So, belajar menerima hakikat. MUST do DnC ASAP. So, balik Penang terus call Dr kat Pearl book for DnC. Plan to book on Friday ( 20 September 2013). Terus terang cakap, bab hilang baby tu tak bermain sangat pun dalam fikiran ni. Yang merisaukan adalah proses DnC tu sendiri.



p/s: Mati itu PASTI.. Hidup itu IN SHA ALLAH.

No comments: