Friday, December 20, 2013

Ujian-Mu (Part 3)

Assalamualaikum...

Bersambung dengan episod seterusnya. On the next day after DnC,  pergi ke Pearl sekali lagi utk buat blood test. My hormone reading post DnC was 129,196. Tremendously reduce from 800k++.. Alhamdulillah. Dr gave me 2 weeks MC. 2 3 hari lepas buat DnC tu jalan tak berapa betul. Rasa terhuyung-hayang ja.. Blood kurang sangat-sangat kot. Jantung pun laju semacam je. A week after DnC, the hormone reading turn to 4208. A week after that, hormon tu turun lagi.. Now 1313. A good sign.

I'm back to work!!! Yeayyyy... 

Bekerja seperti biasa. Kawan sibuk bertanya itu ini.. Alhamdulillah, boleh la share pengalaman dengan yang lain. Rata-ratanya tak pernah dengar pun apa itu hamil anggur. Yang tahu pulak responnya mcm ni, 'ishh.. bahaya tu'. Ye, memang bahaya kalau tak dirawat betul-betul.

Dan mimpi ngeri tu benar-benar aku alami.

Seminggu selepas mula bekerja, aku ke hospital seperti biasa untuk beta-hCG test. But, my hormone reading going up from 1313 to 3381. Dr suruh datang minggu berikutnya. Minggu berikutnya, bacaan masih naik.. From 3381, increased to 4507. Hahhhh.. Dr dah buat surat suruh refer GH for chemotherapy. Ada jugak tanya Dr, dah jadi kanser ke?? Dr kata, it's not a cancer. Just a treatment to kill the cell from keep on growing. Ok, now I feel better.

24th Oct 2013:
Ke GH serah diri untuk chemotherapy. Nurse kat situ cakap, tak boleh nk bagi jumpa hari ni sebab Dr tak ada. Esok pun tak ada lagi. So, kena tunggu diorang call la. Siap bertukar no phone segala, kami pun balik rumah. Dah sampai rumah, Dia ingatkan tentang rawatan alternatif. Why not cuba rawatan kampung. Makanya, terus balik kampung and search for expertise. Jumpa sorang pakcik ni, dia kata dia tak pandai nak ubatkan. Dia cadangkan sorang lagi pakcik.

29th Oct 2013:
Bermulanya perjalanan menjejaki pakcik yang dimaksudkan di Teloi, Kuala Ketil. Kawasan felda. Jalan nak ke rumah tok long (gelaran untuknya) agak mencabar. Nak berubat punya pasal, letak tepi benda tu semua. Sedikit latar belakang tok long, berusia 97tahun, penglihatan masih elok, ingatan pun baik (kalau tak baik camna nak rawat orang kan??). Aku kagum dengan kelebihan yang Allah beri pada dia. Cara perubatan menggunakan sirih pinang, bedak sejuk dan air. Dan aku tak makan sirih pinang. Sekian.. hahaha.. belum abis lagi.. Lagi cerita tok long ni, selama hidup dia, dia tak makan ayam, daging, seafood. Hanya ikan semata-mata. itu pun ada jugak ikan yang dia tak makan rasanya. Dan dia ada bagitau, makanan adalah punca kepada penyakit-penyakit yang ada sekarang. Ya, aku agak setuju dengan statement dia. Dan aku sendiri kena berpantang. Banyak sangat benda yang kena pantang sampaikan aku hanya makan ikan seludu/mayong, plotan dan tenggiri selama dalam rawatan dengan tok long tu.. Layanzzz piccas::

Perjalanan....


30th Oct 2013:
GH call. Set appointment on 4th Nov. Makanya aku dah tak keruan. Terfikir-fikir jugak latest beta-hCG aku. Sibuk call pathlab untul buat beta-hCG sebelum admitted. Hasilnya seperti yang tercatat kat link ini. Reading naik lagi, 7096. Jadi, dengan rela hati untuk serah diri on 4th Nov nanti. Aku ingin sihat!!!

On 1st Nov, dah start bleeding. Masa kat office plak tu. Mujur dah petang. Pelik sikit bleeding kali ini. Biar saya sahaja yang tau.. hehhee. Tak sesuai nak kongsi.

4th Nov 2013:
Sekali lagi ke GH. Dr suruh admit on the spot. Serius benar bunyinya. Ya la, procedure hospital kan.. Kena Xray, check darah segala. Itu pun ambik masa jugak. Since tomorrow (5th Nov) is a public holiday, lagi la Dr suruh cepat-cepat setelkan apa yang patut hari ni. So, masuk wad jam 2 petang. Layan pics:

Wawasan 2020


Wajah pasrah...

Admission
Masa dalam wad, bermula la episod terkenangkan anak bujang. Banyak la masa nak berfikir itu ini. Maklumla, sensorang. Dok tengok 2 3 orang makcik ni semua dah botak. Allah, aku redho dengan apa yang telah Engkau aturkan untukku. Tenangkan hati dengan zikir-zikir dibawah:

Selawat Tafrijiah

Zikir asma'ul husna

Zikir asma'ul husna
2 3 orang doktor pelatih datang temuramah itu ini.. Antara soklan yang ditanya,

Dr : Puan ada keturunan Indonesia ke?
Aku : Tak pasti la pulak. Yang saya tau, mak saya ada gen Thailand. Kenapa ya??
Dr : Molar pregnancy ni adalah penyakit keturunan sebelah sana (Indon).
Aku : Ohh.. Macam tu pulak..

Sebelah petang tu, tengok 4 orang makcik-makcik yang duduk berdepan dengan katil aku ni jalani kemoterapi. Sekali tengok macam drip air je. Cuma kesannya tu memang tak sama dengan air la. Jam 4.30 petang, mula terasa bosan.. Sibuk tanya Dr, ada rawatan tak untuk esok since esok tu holiday. Dr cakap tak ada. So, terfikir nak minta keluar bermalam kat rumah la. Dr bagi keluar on 5th Nov morning and need to come back on 6th Nov morning. Alhamdulillah.. Dapatla mengubat rindu pada buah hati pengarang jantung tu. 

5th Nov 2013:
Pukul 5.30 pagi Dr dah datang amik darah untuk buat beta-hCG before boleh balik rumah. Last check before chemotherapy.

Jam 8.30 am dah boleh balik.. Sampai rumah lebih kurang jam 11. Cuba berlagak tenang dan kuat bila sampai rumah. Tapi, tetap kalah bila terpandangkan buah hati tu.. 

Amsyar : ummi p mana??
Ummi : Jawab dengan airmata.. Sedih kot. 

6th Nov 2013:
Admitted again. Dr nak buat blood transfusion sebab HB tak cukup untuk proses chemo. HB aku cuma 9.4. At least 10 baru ok untuk chemo. Ya Allah, moga ada keajaiban berlaku. 

Dr cakap petang nanti akan start chemo. Around 2pm. Just waiting for beta-hCG result.
Jam 1.45pm, cuba memaksa diri untuk makan. Tak selera sebenarnya. Tapi, paksa diri jugak. Baru 1 suapan, datang sorang Dr ni bagitau:

Dr : Puan, kita tak jadi teruskan chemo untuk puan. 
Aku: Kenapa?
Dr : Result beta-hCG puan dah turun. Dah jadi 507.
Aku : Alhamdulillah.. terima dengan airmata lagi. Maha Pengasihnya Dia. Speechless.
Dr : Jadi, puan boleh discharge la petang ni. 

Kelam kabut call en suami. Mintak ambik. Tapi, sebelum balik, Dr tetap teruskan jugak blood transfusion tu. Lepas tu baru boleh balik. Pic below::


on-going blood transfusion 
Since my vein is too small, lambat la darah tu nak masuk. Start around 4.30pm, ended almost 7.30pm. Lepas tu boleh balik.. Alhamdulillah....... Dapat la merasa kehangatan pelukan anak ummi time nak tido malam. Next week kena datang buat beta-hCG macam biasa.  I've been on KIV status for chemo. If beta-hCg result naik je, kena buat chemo jugak la. So, summary beta-hCG as of today (20/11/2013):

Date
hCG reading
18 September 2013
892 366
19 September 2013
129 196
27 September 2013
4208
04 October 2013     
1313
11 October 2013     
3381
18 October 2013     
4507
01 November 2013 
7096
06 November 2013 
507
11 November 2013 
109
18 November 2013 
33.5
25 November 2013
10
03 December 2013
9.6
09 December 2013
7.2
16 December 2013
4.4

p/s:: I'm speechless.. Sambung next entry..

Saturday, November 23, 2013

Rumah kami syurga kami..




Dah lama nak hapdet pasal rumah ni.. Tapi, masa memang tak mengizinkan. Semenjak mempunyai banyak tanggungjawab ni, makin terabai pulak belog ni. Kesian..

Last entry pasal rumah ditulis pada January, 18.. Refer link ini. Waaaaaaaaa... Lamanya.. Antara 4 quotation tu, tak ada 1 pun yang menjadi pilihan.. hehe.. penat je survey kan?? At last, upah indon gak buat. Tapi, ada ja masalah dengan tukang ni pun.. Malas lah nak cerita yang xbest tu.. jom kita go thru kronologi rumah No. 10, Bandar Cassia ni.

Ketika mula beli (2010)::


Clover

Under construction


Ketika mula masuk (2012)::

Keadaan rumah sentiasa bersepah setiap kali balik keja. Macam dah tak ada idea macam mana nak mengemas. Dengan si kecik tu.. Macam habit wajib dia pulak sepahkan rumah. Memang menguji kesabaran. Pics di bawah ni rumah asal. Tak ada renovation langsung:

Abaikan rumah yang tersangat la 'cantik'
 Kini (2013)::

Setelah setahun duduk di rumah baru, baru la ada perancangan untuk renovate rumah. Alhamdulillah, ada la sikit duit untuk reno. Plus pertolongan mummy. TQ so much.. Dah start bayar balik da..

Under renovation

Affected - Kitchen, room and toilet

Nak jugak tukar tiles toilet bawah..

Setakat ni dulu... Tunggu ye after reno punya pics.. Next entry.. ☺


p/s:: Sekarang ni dalam fasa inter reno by my wonderful interior designer, En. Affizan

Wednesday, November 20, 2013

#Wordless Wednesday#




Emas sulung kami

Hasil kedua sebenarnya. Hasil pertama tersalah teknik. Terlambat harvest. Buah dah terlalu tua. Makanya, tak cantik. Yang kat atas tu boleh la dikategorikan hasil sulung. Hasil sulung yang cantik... Moga terus berjaya ya kedua-dua kekandaku.


p/s: Bila nak tunjuk the real gold hasil 'emas' ni??? InsyaAllah, teruskan berdoa moga Dia bukak pintu rezeki.

Tuesday, November 19, 2013

♬ Happy birthday♩ to me ♫

It's November

Alhamdulillah... Allah masih pinjamkan nikmat Hayyat untuk terus menjadi isteri kepada suami tersayang, anak kepada kedua ibubapa, ummi kepada amsyar dan adik/kakak kepada adik beradik yang lain.. Tak ada apa yang istimewa untuk birthday tahun ni. Masih dalam rawatan untuk molar pregnancy ni. Ada pantang larang dalam pemakanan. Ikan je boleh makan.. Tu pun ikan tertentu ja.. Colleagues cakap, 'beli je la fish cake'. huhuhuhu...

1 November 2013:
Hari ni jugak aku pegi ambil result beta-hcg test. Risau pulak lama tak check. Last check two weeks ago which is 4507. So, nak tau jugak la reading selepas 3 hari mencuba rawatan alternatif. Mintak kat bos untuk keluar petang semalam, hari ni ambil result. Berita yang kurang menggembirakan di hari lahir ni. Reading naik, now 7096. Dah, tak mau bercerita tentang hal itu.

Birthday tahun ni jugak tak mengharapkan apa-apa. Hanya sepotong doa agar Allah sembuhkan diri ini dan mohon Dia beri kekuatan untuk terus tenang menerima apa jua yang telah diaturkan. Tapi, ada jugak hadiah dari en suami.. En suami bagi hadiah ni secara paksa tau.. hahaha. Request dari isteri ni.. Tapi, dia letak syarat pulak. Kena beli siap-siap hadiah untuk dia. Huhhhhhhh.. Lagi mahal lak tu hadiah dia.. Sungguh tidak adil.

Hadiah kita, belated.. Hadiah dia, advance.. Fuhhhhh...

Jom tengok apa hadiahnya:::

Yeayyy.. Tak perlu teruk-teruk nak mengemop.


Mesin rumput 


Excited abis.  Pukul 11 malam ni.
Disebabkan tema adalah rumah baru, maka hadiah jugak harus bersifat adil untuk 2 2 pihak. Sekian...


p/s:: Nantikan emas sulung kami..

Thursday, November 14, 2013

Ujian-Mu (Part 2)



Setelah mendapat perkhabaran yang kurang menggembirakan tu, terus call hospital on Tuesday (17 Sept 2013) untuk book DnC. Decided to book on Friday (20 Sept 2013). The reasons are:

1. Only 1 day leave on that particular weeks - save cuti.
2. Think of my husband as he also needs to apply for a leave. In case need to go for follow-up check up on the next day, it fall on Saturday (we are on holiday) - save cuti.
3. Guru mengatakan bahawa kita akan kembali pada pencipta pada hari kita dilahirkan. I was born on Thursday. So, to be safe, do it on Friday. Oh, jahilnya aku.. Jauhnya aku dengan-Mu ya Allah.. - the most ashamed part.

Bekerja seperti biasa on Tuesday. Tapi, terasa sakit pinggang sangat sebelah petang tu. Terasa seperti nak period pun ada. Lewat petang tu, pegi check ada sikit blood spot. Ingatkan biasa je. Pagi esoknya (Wednesday, 18/9) check, darah tu ada lagi. Tapi, banyak skit dari semalam. So, decided not going to work. En suami dah selamat pegi kerja. Terus call dia, n he rushed back home. We went to Pearl Maternity Hospital.

At Pearl Maternity Hosp:
Sebelum jumpa Dr, normally nurse akan ambil berat badan n blood pressure. Berat aku turun 2kg. Mungkin sebab alahan seminggu tu. My blood pressure ni sangat merunsingkan aku.. 86/39. Too low. Tak pernah serendah tu.
Before Dr scan, dia ada bagitau dia akan bagi ubat untuk biar gugur sendiri. Without doing any DnC procedure. Just rest at home, waiting for the blood to come out. Owhh.. ngeri plak rasa. Tapi, lepas dia scan terus muka dia lain. Muka agak terkejut bila tengok snow storm sign tu. As my last check up, tak nampak macam tu. Dalam erti kata lain, kantung tu belum pecah la.. So, bila dah nampak macam tu, terus dia booked DnC tomorrow (THURSDAY, 19/9) at Pantai Hospital. Kos rawatan is around RM1,500-RM1,800. If normal DnC, RM749 if I'm not mistaken. Dr ada bagi choice la. In case tak mampu, dia akan buat surat refer GH. Alhamdulillah, Allah tu Maha Pengasih. Kebetulan masa tu en suami memang dah spare duit untuk aku bersalin once I'm pregnant. Jadi, ada la sumber kewangan tu. Thanks hubby. So, confirmed buat dekat Pantai esok.

***********************
RencanaNya lagi hebat. Allah...
Malam tu aku nangis semahu-mahunya. Bukan nangis mengenangkan apa yang bakal aku lalui. Tapi mengenangkan malunya aku pada Dia. Aku seolah-olah lupa pada perancangan Dia yang Maha Agung lagi Maha Mengetahui. Terasa jauhnya aku dengan-Nya.. (Kalau tak faham, refer balik point no. 3 kat atas tu.)

♬ Kehendak-kehendak-Nya ke atasku pasti berlaku
   Sama ada aku setuju mahupun tidak setuju♪
♬Menggembirakan mahupun yang mendukacitakan.


♬ Seluruh hidupku di dalam genggaman-Nya
Ia boleh buat apa sahaja kepadaku
Kuasa-Nya ke atasku sepenuhnya♬
♪Tidak ada langsung campur tanganku ke atas diriku sendiri
Itulah Tuhan Pencipta seluruh alam dan yang menjadikan aku♫

Bila tengok Amsyar, aku nangis lagi. Owh, I hate that feeling. Marah diri sendiri. Sila pergi jauh-jauh. Kenapa aku masih cintakan dunia ni?? Itu yang bermain-main dalam fikiran aku ketika itu. syuhh.. syuhh.. pergi jauh-jauh Syaitan.. 

Thursday (19/9/2013):
Berpuasa dari jam 12 tgh malam semalam. Jam 6.30am dah bergerak ke Pantai as the procedure will start at 8.30am. Enjoy few pics:

Menghilangkan gusar.. Blood pressure 110/66.

Berdebar-debar. Tiada daya upaya melainkan Dia semata-mata
Punya takut sampai terlupa minta maaf dengan en suami. Bila dah ada kat dalam baru teringat. Huhuhu..

Ya Allah, moga dipanjangkan usia aku... Boleh cium tangan en suami lagi.. hohohoho..

Dalam OT room:

Pakar bius datang and explain yang dia akan bius aku penuh. Sempat lagi dok argue dengan Dr tu..

Aku:: Kenapa perlu bius penuh?? Kenapa tak bius separuh ja??

Dr :: Awak nak bius separuh ka?? Tak ada masalah.

Aku:: Eh, tak la.. Cuma nak tahu.

Dr:: Macam ni, procedure yang akan awak lalui ni sekejap je. Around 30 minutes. Kalau saya bius separuh, nanti awak kena rest at least 3-4hrs. Sebab kaki awak tak kuat. Kalau bius penuh, awak akan rasa pening sekejap ja.. Lepas tu dah boleh bangun n balik. 

Aku:: Baiklah Dr. Mana yang terbaik.

Tepat jam 8.30am, aku ditolak ke operation theater. Dibaringkan atas katil mengadap lampu2 kat atas tu. Sempat nampak Dr Rosita.. Dr yang bakal buat DnC. Lepas tu pakar bius dah bagi sedut ubat bius. 5x sedut, aku dah tak ingat apa-apa. Pengsan.

Sedar-sedar dengar suara budak meraung nak kena tolak ke bilik operation. Aku dok kat depan OT room tu la. Punya la pening, terasa seperti belum sampai turn aku.. Hohohooho. Tekak terasa perit. Terasa nak batuk. Nurse bawakan plastic bag kuning tu. Ada keluar darah skit. Rupanya Dr masukkan wayar kat dalam tekak ni. Bantuan pernafasan kot. Kemudian nurse datang bukak semua plat-plat yang digunakan untuk check tekanan darah, jantung etc. Then, aku ditolak keluar. Dah nampak muka en suami yang setia menunggu. Owh, dah selesai rupanya. Alhamdulillah..

Dr bagitau en suami, tak banyak sangat pendarahan.. Alhamdulillah sekali lagi. Tengah berehat kat ward, nurse bawa 1 balang berisi ketulan darah yang dibuang tadi. Hospital akan bawa ke makmal untuk analyze which type of molar. Berdoa supaya bukan choriocarcinoma. Nak tahu lebih lanjut pasal molar ni, boleh refer link-link kat bawah ni:

http://www.webmd.com/baby/tc/molar-pregnancy-topic-overview
http://en.wikipedia.org/wiki/Molar_pregnancy
http://my-cmp-story.blogspot.com/2008/12/whats-up-with-httpmy-cmp.html - blog yang banyak saya refer.

Janin yang tak menjadi

It is mine..

Sian en suami.. Letih bermain dengan emosi. Thank you so much

Berehat di rumah. Esok kena amik darah untuk monitor hormone, beta-hcg. Owh, lupa bercerita tentang hormon molar pregnancy ni. Once u had been diagnosed with molar pregnancy, the beta-hcg will go high compared to normal pregnancy. My reading before DnC is 892 412. So, for normal pregnancy, the hormone reading is as per below:

pregnancy
after last menstrual period
Days after conceptionApproximate hCG levels
for single baby pregnancy (mIU/ml)
Week 370 to 5
Week 414 (next period due)5 to 430
Week 521180 to 7400
Week 6281,100 to 56,500
Weeks 7 to 835 to 427,600 to 230,000
Weeks 9 to 1249 to 7025,300 to 290,000
Weeks 13 to 1677 to 10014,000 to 243,000
Weeks 17 to 244,000 to 165,000
Weeks 25 to birth of baby3,200 to 90,000
4 to 6 weeks after birthLess than 5


So, my hormone reading before DnC is obviously out of spec. Nantikan bacaan hormon sesudah DnC. Esok ke Pearl lagi untuk buat beta-hcg test.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?(2)
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”.( Surah al-‘Ankabut : 3)

p/s:: terasa pening-pening lalat. gambar selepas DnC tak boleh tunjuk.. serabai..

Wednesday, November 13, 2013

Ujian-Mu (Part 1)



"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)"

Lebaran tahun ini, aku menerima khabar gembira lagi. Seperti yang terjadi 2 tahun lepas. Hari terakhir umat Islam berpuasa, aku menerima berita itu dengan hati yang lapang dan gembira. Bertambah pulak dengan birasku yang turut sama menerima berita tu sebulan lebih awal dariku. Alhamdulillah..
Berita apakah itu?? 

"Amsyar bakal menjadi abang 9 bulan akan datang."

Picture - snap dalam cahaya lampu tidur.. Sesudah sahur.

Syukur aku kehadrat Illahi dengan rezeki itu. En suami pulak seperti tak percaya. Hehehe.. "Sendiri buat pun tak percaye ke??".. kihkihkih...

Lepas je raya, terus ke Pearl Maternity Hospital untuk check up seperti biasa. Dr sahkan kewujudan angel itu dalam rahimku yang ketika itu berusia 5 minggu. Masih terlalu awal.. Alhamdulillah jugak, tak ada alahan. Sama seperti mengandungkan amsyar 2 tahun lepas.

Tapi, semua itu seketika cuma. 

7th September 2013:
Today is the 8 weeks check up. As we went thru ultra sound scan, Dr informed that the 'kantung' was not in a good shape plus no heartbeat. So, Dr said, 'looks like tak menjadi. So, kena cuci". Terkesima sekejap lepas dengar apa yang Dr cakap tu. As today is Saturday, Dr suggest do the D n C on next Monday. Me and my husband can't easily say YES as its too early to conclude everything. So, Dr bagi masa balik fikir. Maka, aku terus search any info yang ada dalam internet. Terjumpa la fb Hospital Bersalin. Ada jugak orang yang senasib denganku rupanya. Most of them tak suggest untuk terus cuci. Ada yang cakap wait until  11-12 weeks at least. So, we decided to wait or go for another check up at different clinic. 

8-13 September 2013:
Nothing weird happen. But, I do vomit a lot after eating. Rasa loya, tak lalu makan.. Kalau makan pun, sure muntah balik. Sebelum tu, pegi bantai makan gulai nangka dengan daging. So, suspect that it was due to 'angin' akibat makan nangka tu. Ada jugak terfikir kot-kot berlainan jantina. That's why ada alahan macam tu. Hurmmm... Tekaan tu semuanya salah..

14 September 2013:
Balik kampung en suami. Mak mertua bawa g check up kat klinik pakar sakit puan, Dr. Ganga. Mak selalu check up dengan dia. Experienced Dr. Dia buat ultra sound macam biasa. Rasa berdebar-debar sementara nak tunggu Dr komen. 1 lagi tamparan hebat buat aku n en suami. Dr said that it looks like a snow storm sign. Suspected it was a molar pregnancy. MUST do DnC as soon as possible. It tend to bleed a lot if biarkan. Part yang paling menakutkan adalah it tend to be cancer if not treated properly. Salah 1 tanda-tandanya adalah alahan yang teruk. Yeaahhh... Saya alami semua itu.

Kalau perhatikan betul-betul, kantung tu dah tak bulat and ada tompok hitam sebelah kiri (snow storm)
So, belajar menerima hakikat. MUST do DnC ASAP. So, balik Penang terus call Dr kat Pearl book for DnC. Plan to book on Friday ( 20 September 2013). Terus terang cakap, bab hilang baby tu tak bermain sangat pun dalam fikiran ni. Yang merisaukan adalah proses DnC tu sendiri.



p/s: Mati itu PASTI.. Hidup itu IN SHA ALLAH.

Monday, September 2, 2013

Trip to USS (Final)

15 April 2013:

Last day we all kat Johor. Setelah penat 2 hari berulang alik ke Sentosa Island, hari ni kami decide nak jelajah Johor ja. Macam banyak masa je kan guna istilah jelajah.. hehe.

Next destination ☞ JPO (Johor Premium Outlet)

Oke, sedikit info tentang JPO. JPO ni lebih kurang tempat barang-barang branded yang dijual dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran. Lagi info boleh klik LINK ni..

Check out sedikit awal dari Tune Hotel. Dengan beg yang banyak tu, call teksi and teksi amik depan Tune sampai la kat depan JPO. Tak ingat pulak tambang dia berapa. Perjalanan lebih kurang 22km ni ambik masa lebih kirang 30 minit untuk sampai. Mujur boleh simpan harta karun kami tu kat main counter. Kalau tak, jenuh jugak nak membawa ke sana ke mari..

Tadaaaaaaaaaaaaaaa... We were here ☟☟☟☟

Dari jauh

We were here!!!

Aksi si comel

Cari baju sapa tu sayang???


Tak faham kenapa gambar ni terbalik.
Hasilnya:
1. Sehelai seluar n 2 helai kemeja en suami
2. Sehelai baju saya
3. Sehelai baju amsyar


Tempat ni sesuai untuk penggemar barangan berjenama. Not for us. Kami ni tak la branded-person sangat. Asal elok, ok la.. At least kalau orang sebut JPO tu, kami dah pernah sampai.. hehehhe..

Call teksi yang kami naik untuk ke sini sebab kalau guna teksi JPO ni dia charge mahal. So, bertolak terus ke airport untuk terbang balik ke Penang.. Moga ada rezeki lagi untuk kembali ke sini.

p/s::duit dah abis, dah boleh balik.. yipppiieeeeeeeeeeeee..

Tuesday, August 27, 2013

Trip to USS (Part 3)


Bertemu kembali...

Jom cerita pengalaman kami melihat pink dolphin... Setelah penat melawat mercu tanda S'pore, The Merlion kami bergerak ke Underwater World Singapore. Ticket price dia $25.90. Convert duit M'sia, RM66.50. Sekali sekala.. dah alang-alang sampai. Amsyar punya free of charge since he is below 3 yrs old. Tak ada senior citizen punya price. huhuhu.. Jom, biarkan sekali lagi gambar yang berbicara::

Underwater World S'pore.

Dolphin show
Memang puas hati dan berbaloi-baloi.

Lepas je melawat UWW, suma dah penat. Maklum la baru sampai je terus berjalan ke sana sini. Plan asal malam tu nak tengok Crane Dance.. Tapi, memandangkan semua dah penat, kami mengambil keputusan untuk pulang ke Tune Hotel. Rehatkan badan untuk next day kat USS.

Ehsan en google. Hajat yang tak kesampaian

Day 2 (14 April 2013)::

Bangun pagi dengan penuh semangat. Bertolak ke USS dengan Odyssey jam 7.30am. Tengok amsyar tak puas tidor. Sian dia..

Dah siap pun sibuk nak tido lagi
Bas ni terus sampai ke USS.Kali ni tak kena tinggal bas lagi dah. Dalam bas lagi agent tu dah suruh isi siap-siap form putih tu. Hohohoho.. Tiket ke USS ni dah dibeli awal dengan Pn Rosmanizah Abdul Rahman. Ni info yang diberi:

Harga Ticket USS
RM155 Dewasa (13-59yr) x 4 = RM620
Jika mahu
Tambahan Express Pass RM65 Non Peak (Jump que dan Special lane) x 4 = RM260


**Transport ke USS (Shuttle Bas) RM30 Return 
tunggu di Tune Hotel, Danga Bay. Bas gerak 7.30pagi balik 7.30mlm


- eticket kita forward eticket 2 hari sebelum ke USS
- Eticket perlu print dan tunjuk kaunter masuk USS
- Payment seminggu sebelum ke USS

Ni la e-ticket yang dimaksudkan::

e-ticket

 Untuk kedua kalinya bergambar depan globe sementara menunggu masuk ke USS:

Again!!! In front of the globe

Entrance and inside


Far-far away castle

Madagascar

Icon USS

Dia yang terpilih..

Hollywood Dreams

Ok.. Tak mampu nak coret banyak-banyak.. Biar gambar je la yang menceritakan segala-galanya..Surau disediakan kat dalam. Jadi tak perlu risau. Nak solat dengan tak je. Makanan pun ada. We all makan kat Arabian restaurant. Lepas je puas berjimba dalam USS, time untuk bershopping ole-ole pulak untuk sedara. Jom kita ke Chinatown::

Queue for taxi to Chinatown
Forgot ready how much the fees. Sorry....

Chinatown

Hasil malam tu.. Sikit je.


Ngadap yang ni la pulak setelah penat berjalan.. hehe

p/s:: One more entry.. JPO....