Monday, April 23, 2012

Ujian hidup

U.J.I.A.N
sedari kecil sampai la dewasa ni, perkataan ni macam da sinonim dengan dengan kehidupan kita.
Masa kecik pun ada ujian.. Ujian apa?? Ujian pertengahan tahun, Ujian akhir tahun. Ujian la jugak kan??
Tapi, ujian hidup ni lain.. dugaan @ ujian ni datang tak kira masa, tempat dan ketika.. suka ke tidak, kena hadapi.. macam-macam ujian yang dilalui orang diluar sana.. ada yang di uji dengan kesakitan, di uji dengan kewangan, di uji dengan pergolakan rumah tangga.. macam-macam ujian sebenarnya.. 
harus di ingat, Allah tak akan uji seseorang hamba itu andai ujian itu tak mampu ditanggungnya..

maka, gunakanlah kebijaksaan yang diberi serta keimanan untuk menghadapi ujian-ujian ni..
antara tip-tips menghadapi ujian Allah (kredit to akuislam)::

  • Yakinlah bahawa ujian itu adalah ekspresi rasa cinta Allah kepada hambaNya. Dugaan itulah yang akan mematangkan kita dalam mengaharungi keidupan.
  • Yakinlah bahawa semakin besar dan banyak dugaan yang Allah beri, makin besar pula pahala dan sayang Allah kepada kita.. dengan syarat, selesaikanlah dugaan itu dengan cara yang baik.
  • Yakinlah bahawa ujian itu adalah penghapus dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ni.
  • Sentiasa berfikiran positif bahawa setiap ujian itu akan mendatangkan kebaikan kepada kita.
  • hadapi ujian dengan usaha, doa dan tawakkal..

kadangkala, ujian yang Allah beri ni boleh mendekatkan kita denganNya.. 
boleh mendatangkan satu ilmu yang tak mungkin di ajar dimana-mana.
mohon Allah sentiasa beri kesedaran ja pada kita..
kalau dah diuji pun, kita masih tak sedar, tak guna jugak

lebih rela diuji dengan kemiskinan dari diuji dengan kemewahan
risau lupa diri.

wallahu'alam

mutiara kata:

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(HR. Tirmizi)

(Na'uzubillah, jauhkanlah diriku dari perkara ini..)


p/s::: sedang diuji.. 



Friday, April 13, 2012

Kerenah si kecik..

Amsyar dah menginjak usia 11 bulan..
ummi dah mula terasa kelasakan (betul ke imbuhan ni nih?) amsyar
dah nak kena jumpa tukang urut dah mintak betulkan urat-urat yang ntah masuk angin ke apa ni
recently, dia dah cekap merangkak
dah boleh la berjalan setapak dua..
dah sibuk paut mana-mana tempat untuk berdiri
memang mana-mana ibu pun akan terasa letih bila anak dah masuk fasa ni..
tidak terkecuali la ibu 'tecik' ni
adoii.. letih la nak melayan
walker dah tak layan sekarang ni..
kalau layan pun untuk sejekap cuma..
hehe...

sampai ke saat ini, amsyar dah pandai menulis.. menulis cara bayi 11 bulan la..
jangan la imagine dah pandai tulis karangan pulak..
nobody teach him to do so... (But, He is there to guide u.. don't forget)
alhamdulillah.. he managed to do it himself.

jom layan video dia menulis:::


satu benda lagi
bila tiba time nak makan..
Ya Allah..
jenuhla kawad satu rumah ikut dia..
tu pun tak habis pun nasi semangkuk tu..
separuh ja
selebihnya, makan bihun goreng, nasi ummi berlaukkan kari ayam
pendek kata, makanan orang dewasa..
hmmmfffffff...

dalam kereta pun klau tak diletak dalam car seat tu, 
ada-ada saja la kerja dia..
kacau abi drive, sibuk kuatkan radio..
gambar kat bawah ni tengah tunggu abi pegi mana ntah..

ni masa 9 bulan kalau tak salah..
kira gambar lama la nih.. =)




bila dikaji balik, memang patut la tugas menjaga anak ni diletakkan dibahu ibu
orang yang betul-betul sabar je boleh terima amanah ni
ni belum lagi amsyar boleh jalan
nak marah pun, memang itu fitrah bagi seorang bayi..
memang kena lalui semua fasa-fasa tu




....semoga membesar dengan SEMPURNA anak ummi...



p/s:::ummi n abi sayang kamu..