Thursday, January 12, 2012

Kagum

Usai membaca pengalaman berharga Wardina dalam mengharungi detik cemas ketika perompak
masuk ke dalam rumahnya..
sangat kagum dengan semangat kejiranan yang ditunjukkan 
serta keyakinan beliau bahawa Allah itu sentiasa bersama mereka
ya..
Allah itu berserta kamu dalam setiap perbuatan
andai didalami makna ayat tu betul-betul
takut rasanya nak buat perkara yang tak elok
tapi, kita MANUSIA
yang selalu leka dan lalai
selalulah ucapkan kalimah

استغفرالله 

"Aku mohon ampunan kepada Allah yang maha Agung"

dan kalimah tauhid

Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah

Berbalik kepada cerita Wardina, sangat terharu dengan kekentalan Ikhwan (suami Wardina) dalam menjaga 'hak'nya.. Jom baca petikan dibawah:

Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya.  

Susahnya mendapat suami yang begitu.. 
yang ada pada zaman sekarang, suami lagi bangga memperlihatkan 'hak'nya dimata umum
(peringatan untuk diri sendiri jugak ni)
Suami sebagai tonggak kepada sesebuah keluarga
Tapi, berapa ramai suami yang betul-betul memainkan peranan tu
dengan keadaan zaman sekarang yang isteri keluar bekerja
tak terjaga rasanya
Na'uzubillah
melainkan isteri itu ada kesedaran sendiri untuk menjaga 'hak' suaminya
benarlah ::::
  Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda;
Janganlah kalian menikahi perempuan itu kerana kecantikannya, mungkin kecantikannya itu akan membawa kerosakan bagi mereka sendiri. Janganlah pula kalian menikahi mereka kerana mengharap harta mereka, mungkin hartanya itu akan menyebabkan mereka sombong. Akan tetapi, nikahilah mereka dengan dasar agamanya. Sesungguhnya hamba sahaya yang hitam lebih baik, asalkan ia beragama.” [HR Ibnu Majah]

Sekian entry untuk kali ini..

p/s::: mood menulis terhenti.. hehehe..

No comments: