Wednesday, January 18, 2012

My e-Flip Photo Book

sambungan entry kegembiraan mendapat album Pixajoy
hasil self-editing
boleh view online
please click HERE

Happy Viewing..


p/s:::puas hati la.. sendiri yang edit kan?? orang lain tak puas hati.. sila edit album anda sendiri..

Monday, January 16, 2012

Suami Isteri Saling Melengkapi


Salam Isnin buat semua..
Hari ni terbaca satu artikel yang diambil dari belog ::: nasibujang
sangat menyentuh hati..
menceritakan perihal suami isteri yang patut rasanya dikongsi
ilmu yang berguna untuk diri sendiri


Syurga dibawah telapak kaki suami...


Suami Isteri

         Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh meriah. Semua kawan- kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam songket putihnya. Pengantin lelaki pula tidak kurang segaknya. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya…
 
Abang, ayang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

“Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia…”.

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.

Ayang akan mulai dulu ya”, kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar dua muka surat. Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa air mata suaminya mulai mengalir…

Maaf, apakah ayang harus berhenti?” tanyanya. “Oh tidak, teruskan…” jawab suaminya. Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, “sekarang giliran abang pula membacakan senaraimu”.

Dengan suara perlahan suaminya berkata, “abang tidak mencatat sesuatu pun di atas kertasku. Abang berfikir bahawa ayang sudah sempurna, dan abang tidak ingin mengubah akan dirimu. Ayang adalah dirimu sendiri. Ayang cantik dan baik di sisiku. Tiada satu pun daripada peribadimu yang kudapati kurang…

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya bahawa suaminya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis.



KONGSIKAN BERSAMA:

Suami isteri ibarat pakaian kepada yang lain, saling melengkapi dan menutup kelemahan di antara satu sama lain, mencari kekuatan di dalam diri masing-masing dan menyalakannya ke arah positif. Segala kekurangan dan kelemahan pasangan merupakan kekuatan bersama apabila diambil secara positif dan membina.

“Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita… 
INSYA ALLAH.”"






p/s:::aku mendambakan redhomu wahai suamiku...

Friday, January 13, 2012

Pixajoy

Yeaayyyy.. dah dapat album Pixajoy yang ditunggu-tunggu.. Apa tu??
Can't remember when.. 
yang pasti dekat PISA
ada family expo
terbeli voucher self-design photo book kat booth Pixajoy ni
actual price is RM135
during the expo, the promotion price is RM75
so, grab la.. tunggu lagi

what we should do is..
design our photo book by make a full used of the template provided by pixajoy.
further enquiry, please help yourself  by log on to Pixajoy website (click here)

so, enjoy ours:::
(abaikan background gambar-gambar tu ye...=))

cover album.. simple

internal..huhuhu

gambar budak tecik


gambar nikah

Kuang Yee photoshoot

that's all...
sangat berpuas hati..


p/s:::ada promotion lg tak?? boleh tempah lg ni..

Thursday, January 12, 2012

Kagum

Usai membaca pengalaman berharga Wardina dalam mengharungi detik cemas ketika perompak
masuk ke dalam rumahnya..
sangat kagum dengan semangat kejiranan yang ditunjukkan 
serta keyakinan beliau bahawa Allah itu sentiasa bersama mereka
ya..
Allah itu berserta kamu dalam setiap perbuatan
andai didalami makna ayat tu betul-betul
takut rasanya nak buat perkara yang tak elok
tapi, kita MANUSIA
yang selalu leka dan lalai
selalulah ucapkan kalimah

استغفرالله 

"Aku mohon ampunan kepada Allah yang maha Agung"

dan kalimah tauhid

Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah

Berbalik kepada cerita Wardina, sangat terharu dengan kekentalan Ikhwan (suami Wardina) dalam menjaga 'hak'nya.. Jom baca petikan dibawah:

Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya.  

Susahnya mendapat suami yang begitu.. 
yang ada pada zaman sekarang, suami lagi bangga memperlihatkan 'hak'nya dimata umum
(peringatan untuk diri sendiri jugak ni)
Suami sebagai tonggak kepada sesebuah keluarga
Tapi, berapa ramai suami yang betul-betul memainkan peranan tu
dengan keadaan zaman sekarang yang isteri keluar bekerja
tak terjaga rasanya
Na'uzubillah
melainkan isteri itu ada kesedaran sendiri untuk menjaga 'hak' suaminya
benarlah ::::
  Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda;
Janganlah kalian menikahi perempuan itu kerana kecantikannya, mungkin kecantikannya itu akan membawa kerosakan bagi mereka sendiri. Janganlah pula kalian menikahi mereka kerana mengharap harta mereka, mungkin hartanya itu akan menyebabkan mereka sombong. Akan tetapi, nikahilah mereka dengan dasar agamanya. Sesungguhnya hamba sahaya yang hitam lebih baik, asalkan ia beragama.” [HR Ibnu Majah]

Sekian entry untuk kali ini..

p/s::: mood menulis terhenti.. hehehe..

Wednesday, January 11, 2012

Baiti Jannati


Rumahku Syurgaku
ungkapan yang menjadi igauan pada setiap keluarga

Apakah faktor utama membentuk Jannati itu??
adakah yang dibawah ni???

perlu la ada.. kalau tak, camna nak ada  word BAITI?

harta kekayaan

Baiti Jannati bukanlah terletak pada besarnya rumah yang didiami
bukan jugak terletak pada harta kemewahan
TAPI
tidak dinafikan
semua itu diperlukan untuk menjadikan baiti itu jannati
tetapi, cukuplah sekadar sederhana


pada pendapat saya yang serba kurang ilmu ini
apa yang penting dalam membentuk BAITI JANNATI adalah
kasih sayang antara ahli keluarga yang dipimpin dengan keimanan yang tidak berbelah bagi
yang utama mendapat rahmatNya
insyaAllah dapatla Jannati yang dihajatkan

so, tak kisahla rumah ko kecik ke besar
the way you handle your family is important
(guys.. mainkan peranan anda)
andai rumah besar sekalipun,
anak-anak tidak terpimpin..
rumah tangga berselerak..
takda maknanya..
Tapi,
kalau semua tu boleh dilaksanakan
ALHAMDULILLAH la
bonus bagi anda

so, tak payah risau kalau orang asyik kata
'keciknya rumah ko'
jawabla,
"hanya itu yang termampu"

orang yang keep on complaint tu bukannya nak stay ngan kita pun..
datangnya pun mungkin sekali setahun
hehehe




p/s:: tak sabar nak dapat kunci rumah.. huhuhu.. ruma ana kecik saja.. cukup untuk family kecil kami..


Bubur and puri

Resepi amsyar hari ni:::

Bubur nasi
Ikan bilis (rendam sekejap untuk buang rasa masin tu)
Bayam
Buah epal (boleh jugak ganti dengan kentang)
Kismis (suku je)

Masak nasi together with ikan bilis.. then masukkan epal, kurma.. dah dekat nak siap baru masukkan bayam..
lenyek @ kisar.. suap untuk amsyar.. =)

Jom share resepi lain..
kredit to Majalah Rasa

Puri Bayi Ceria
Bahan-bahan:
1 biji aprikot |diambil isinya
1 biji epal merah |dikupas kulit dan dipotong dadu
3 biji kurma
100ml susu segar

Cara memasak:
1. Rebus epal merah, aprikot dan kurma hingga masak. Angkat dan tos kan
2. Kemudian kisarkan bersama susu segar
3. Sedia untuk dihidangkan

Bubur oat avokado blueberi
Bahan-bahan:
20gm bijirin (oat)
100ml susu segar
1/2 biji avokado
1/2 sudu makan blueberi

Cara memasak:
1. Didihkan oat sehingga masak.
2. Masukkan avokado dan bluberi. Kacau seketika.
3. Kisar hingga hancur dan sedia untuk dihidangkan


Bubur aneka sayuran
Bahan-bahan:
Bubur nasi secukupnya
10gm brokoli
10gm kubis bunga
10gm lobak merah
1 biji tomato
Air rebusan daging

Cara memasak:
1. Rebus kubis bunga, lobak merah dan brokoli hingga masak
2. Masukkan ke dalam bubur nasi bersama air rebusan daging. Didih dengan api perlahan.
3. Masukkan tomato dan lenyek-lenyekkan. Kisar semuanya hingga hancur.
4. Sedia untuk disuapkan pada bayi anda.


ok untuk hari ini. dah boleh buat jadual makan untuk bayi anda.. macam jadual makan kat asrama tu.. hikhikhik.. takda la asyik makan benda yang sama ja.. kalau kita pun jemu.. betul tak??


p/s:: teringin nak buat pasta untuk amsyar.. geram tengok baby punya pasta.. comel bangattt..

Tuesday, January 10, 2012

Makanan awal si manja ku...


syukur pada-Mu ya Allah
masih memberi nikmat hayat kepada ku serta insan-insan yang ku sayang
hari ni genap la 8 bulan 3 hari usia buah hati pengarang jantung ummi dan abi ni
makin nakal anak ummi ni
malam-malam tido lambat
bangunnya awal
nasib baik ummi 'tanam anggur' lagi
kalau tak, tido kat tempat keja la jawabnya

at this age, solid food was introduced to amsyar
bukannya di usia ni ja, masa 6 bulan dah makan.. xoxoxoxo
ummi tak sabar-sabar nak tambahkan keja umah
-suap anak makan-

masa umur 6 bulan dulu, amsyar mamam biskut farley
tak terlalu heavy untuk perut baby macam dia

Biskut Farley.. ummi beli perisa oren

dah masuk 7 bulan, ummi mula perkenalkan amsyar dengan nestum..
abi decide nak bagi nestum ni kat anak dia:::

Beras plus apple and cranberry..

bukan setakat anak je mamam.. ummi pun mamam skali.. 
sedapppppppp!!!!!
hahahhaa...
ada sekali tu tukar dengan oat instead of beras..
 plus dengan buah prune
tapi, my boy macam tak suka

one fine day (eceeehh..macam nak karang cerita pulak),
i read out an article in internet which stated that baby cereal does not suitable for infant.
this is due to the fact that it contains additional flavour..
at this early age, garam and gula pun tak sesuai lagi untuk baby
unless dia dah almost 1 year ++
  
jadi, pikir punya pikir..
tercetus lah idea nak masak bubur untuk my boy
i introduced my boy with fruits first.
then only i mixed it with veggie

let's check it out my simple recipe::

:::first recipe:::

sedikit beras
epal hijau 
epal merah

kurma / kismis


air

cara-cara memasak::
masukkan beras di dalam air.. masak sampai agak-agak dah kurang separuh air tadi tu..
masukkan epal hijau dan merah
kurma / kismis tu letak last skali

epal hijau dan merah untuk bagi natural flavour
so, no need to put salt or sugar
bila tambah lagi dengan kurma/kismis,
lagi ssssoooodaaapppp

::second recipe::

sedikit beras
carrot
broccoli
epal hijau dan merah
kurma (selalu letak separuh ja sekali masak)

cara menyediakannya::
sama macam first resepi
cuma.. masak beras tu sekali dengan carrot n broccoli
becoz it takes a longer time to 'empuk'
then baru masukkan epal n kurma

bolehla rotate dengan pisang kalau suka
ayam n daging cuma disediakan sekali seminggu
pandai-pandai mixed sendiri je
alhamdulillah, my boy tak memilih setakat ni
manis kurma tu dah cover rasa yang lain

makanan tu terpaksa la semuanya di masak sebabnya saya pakai cara traditional untuk hancurkan makanan tu
cara apa???
lenyek atas penapis
huhuhu..
tak ada blend-blend

boleh jugak refer entry ni untuk resepi lain::
resepi bayi

next entry kita belajar buat puri pulak ye..

see you soon


p/s::: Ya Allah, berikanlah keberkatan kepada apa yang Engkau beri rezeki kepada kami, dan jauhkanlah kami dari seksa api neraka.”


Thursday, January 5, 2012

it's all about shaggy

SHAGGY... you make me crazy

berangan-angan memiliki shaggy yang betul-betul lembut..
huhuhu..

layanzzzz foto dibawah:::

cantik kalau letak diruang tamu cenggini...


amsyar nak ummi deko bilik amsyar camni ka??
tapi, ni untuk gegirl la...

lagi cantik kalau base dia warna merah..
corak kat atas tu warna hitammm..
uummmpphhh.. marvellous..