Berlalu sudah Julai yang penuh suka duka yang tak mungkin akan luput dalam kotak fikiran
(aduhhhh...maqi mana pulok jiwang karat nih???)
entah betul entah tidak ayat yang penuh dengan elemen-elemen bahasa melayu
apa ko bondo nya eh ko merepek..
ok..STOP it
Let's go story mory apa yang telah aku lalui sepanjang Julai 2011 ni..
yang membuatkan aku lebih yakin akan ketentuanNya.
bermula pada 28 Jun, en suami mengadakan majlis makan-makan dirumah
jemputan adalah colleague nya sendiri
makan di taman larangan N-Park sambil ber'BBQ'
jam 4.30 pagi (29 Jun, Rabu)
menerima panggilan dari ibu mertua
"ayah masuk ward, sesak nafas"
tergamam seketika
terus berkemas balik kampung
1 July,
Keadaan ayah semakin stabil.. alhamdulillah..
2 July, Jumaat, 3.00 pagi
ayah kena serangan jantung
Dr berjaya bagi cpr..
ayah kembali ok tapi dalam keadaan yang boleh dikatakan koma
disebabkan jantung tak dapat supply oxygen dalam jangka masa yang agak lama,
Dr anggarkan ayah akan terus dalam keadaan macam tu lebih lama..
kehidupan kembali seperti sediakala
en suami dah mula kerja
tapi, still ulang-alik dari penang secara bergilir dengan abangnya..
4 Julai
tarikh aku lapor diri di SK Binjul Dalam
menjawat jawatan
"Guru Ganti"
"Guru Ganti"
hahahahha
okla tu.. rezeki jangan ditolak
walaupun hampir-hampir aku lepaskan peluang tu disebabkan keadaan ayah
7 Julai
Amsyar genap 2 bulan
ke klinik untuk injection
berat naik 1kg..
so, now 5kg
14 Julai, 9.00mlm
ayah ditolak ke wad biasa memandangkan keadaannya yang mungkin nampak lebih stabil
ayah dah tak banyak bergantung pada alat-alat
berita ni menggembirakan dan melapangkan dada semua orang
15 Julai
pada tanggal ni, aku dan suami sepatutnya berada di Singapore
atas urusan bercuti
tiket flight dah booking setahun yang lalu
tapi,
perancanganNya tiada sapa yang tahu
nasib baik kami membatalkan niat ke sana
tepat jam 1.40 ptg,
en suami message,
"ayah loghat dah"
dalam bahasa kedah, loghat tu means dah nampak teruk @ lebih kurang nazak la
aku terus call MIL
"ayah takda dah Siti"
bagaikan bermimpi,
ya,
aku kehilangan ayah buat kali kedua
pertama kalinya ketika aku berusia 3 tahun setengah..
masih belum mengerti apa-apa
"ayah takda dah Siti"
bagaikan bermimpi,
ya,
aku kehilangan ayah buat kali kedua
pertama kalinya ketika aku berusia 3 tahun setengah..
masih belum mengerti apa-apa
terima takdir ketentuanNya dengan redho...
al-Fatihah buat kedua-dua arwah ayah...
dalam kenangan,
al-Fatihah buat kedua-dua arwah ayah...
dalam kenangan,
No comments:
Post a Comment