Friday, April 22, 2011

Dugaan

8 April 2011... ke KK (Klinik Kesihatan) untuk buat second MGTT..
alaaaa... minum air gula la untuk kedua kalinya.. masih ingat entry ini??
so, tak yah nak explain panjang-panjang kenapa kena minum air gula untuk kedua kalinya..

a week lepas minum air gula tu (12 April...tak sampai seminggu pun la) , ke KK check up seperti biasa..
mendapat berita yang tak best..
kandungan gula dalam darah tinggi..

before minum air gula, 4.1
lepas minum, 8.3
agak terkejut sekejap..
apa lagi, agak kecohla KK tu dengan masalah aku..
masalah pindah umahnya, masalah HBnya
ni bertambah masalah gula pulak..
hmmmmmmm
nurse suruh refer doktor
bila masuk je jumpa doktor,
doktor terus buat surat untuk jumpa pakar kat General Hospital Penang
aduuuuuhhhhh.. ni yang tak best ni
pastu, sehari sebelum next check up kena datang KK untuk buat BSP (Blood Sugar Profile)

*****************
so, 18 April aritu ke KK la untuk buat ujian BSP ni
sebelum datang pagi tu, kena puasa macam biasa la
kul 8pg amik darah
then sarapan macam biasa,
2 jam lepas tu, datang balik untuk check sugar dalam darah tu
benda yang sama apply untuk lunch n tea
boleh rasa tak penatnya kena berulang ke KK tu..
dah la 9 bulan lebih.. kena drive sendiri lak tu..
(semoga baby ni nanti tabah macam ummi dia... amenn)

Resultnya:
4.1 
(sebelum makan apa-apa)
4.9 
(lepas sarapan.. makan bihun soto)
6.4 
(lepas lunch, makan nasi + cucur udang)
4.4 
(lepas tea.. makan biskut jagung cicah air je)

nurse yang amik bacaan last tu cakap, "oke je gula awak"
alhamdulillah la..
tak faham pun apa maksud bacaan tu
yang tahu, normal paras gula mesti la below 7
hasil carian kat pakcik google, terjumpa benda ni::


Doc,baru2 ini saya ada buat ujian BSP.hasilnya 4.2,7.7,9.2,4.2..apa maksudnya tuh doc??kandungan gula saya ok ka?

Ujian Blood Sugar Profile (BSP) dilakukan semasa mengandung untuk menentukan sama ada ibu hamil mengidap diabetes (gestational diabetes) atau pun tak. Nilai normal 4.2 mmol/L (nilai pertama), dan data akhir pun nilai kena jatuh kpd nilai pertama tadi. Kalau ia tak boleh jatuh ke tahap nilai pertama tadi, maka kita boleh syak puan ada gangguan dari aspek penggunaan glukosa (iaitu detik permulaan yang mendorong kpd terjadinya diabetes kemudian).



oke, baru faham.. maksudnya paras gula aku normal la..
tapi, since doktor dah buat surat untuk refer ke pakar, kena follow gak la..
26 April niappointmnet dengan pakar
hopefully tak da la masalah berbangkit lagi



p/s::baby, keluar la sebelum 26hb... tak yah la ummi ke GH tu.. huhu..

No comments: