Friday, April 29, 2011

8 days to go

TODAY, April, 29
genap la 39 weeks
8 days to go

"baby, suka eh dok dalam perut ummi???"

keluar la cepat-cepat..
hehe
boleh tak macam tu??

semua kerja Dia kan??
hanya mampu menadah tangan dan berdoa
moga Dia perkenankan doa tu dan permudahkan segala-galanya

suma orang pun asik tanya, tak rasa apa-apa lagi ka??
susah nak jawab soklan tu..
rasa macam mana yang dimaksudkan??
huhuhuhu



p/s:::tido malam masih nyenyak.. hehe


Thursday, April 28, 2011

Mencari ketenangan part II

sambungan kepada entry yang lepas..

biar gambar je la yang berkata-kata yekkk::

setelah algae cloudiness bertindak

ikan paling mahal.. ikan helikopter...muahahhaa

ada tambahan ahli dalam akuarium
presenting:::
ikan lily

cantik kan??



Mencari ketenangan

en suami
cuba mencari ketenangan sementara menunggu kelahiran dengan cara membela ikan..
tenang kah???

bila tak ada masalah, tenang la.
kalau ikan yang dibela asik mati ja...
camna nak ada ketenangan tu??
hehe
susah hati la pulak kan??



ada 2 benda kena set up.
1 kolam and 1 akuarium
kolam ni hadiah dari member-member baik en suami masa wedding kami aritu
ni baru berpeluang guna..

wanna see???

tak pandai sangat nak deco


nampak tak 2 ekor anak ikan koi??

kualiti gambar agak kureng..
maklumla guna henpon ja

okeh.. bab kolam ni tak da banyak masalah
bersih kolam elok-elok
masuk air, then anti-klorin, terus letak ikan koi
pastu masukkan teratai layu ditasik madu tu
settle

when it comes to set up akuarium,
hmmmmmmmmm
susah jugak for the first time ni
men'shopping' barang-barang ikan ni di KW Aquatic Supplies SDN BHD
agak murah berbelanja di sini plus barang-barang pun banyak 
so boleh buat pilihan la
banyak produk yang dia keluarkan sendiri

bahan yang diperlukan::

1. ofkos la akuarium
cerita bab akuarium ni, mungkin nak jadi rezeki kami la kot.. akuarium yang en suami berkenan ni merupakan model baru yang baru sampai kat kedai. Harga kat kotak tu RM130.. mmg tersangat la murah sebab before this penah survey kat 1 kedai lagi.. price dia RM200++ untuk saiz yang sama.. sekali time nak bayar, tokey tu cakap harga dalam list dia RM180.. ermm... customer always rite kan?? so, tokey tu pun mengaku la kesalahan tu dipihak dia.. maka, dapatla jugak harga RM130 without bertegang urat pun.. memang bagus la tokey kedai tu.. pasni boleh p lagi.. hehe.. promote lak..

akuarium - picture googled
2. Anti-clorine

RM1/bottle
3. Makanan ikan

makanan ikan guppy
makanan ikan koi

4. Algae cloudiness remover
benda alah ni untuk clear kan air dalam akuarium dan menghalang pertumbuhan alga..

RM3/bottle
5. Drift wood
Kayu sebagai hiasan dalam akuarium.. Kena rendam dulu untuk buang apa-apa yang tak patut tu.. then baru boleh masukkan dalam akuarium

yang kami beli, RM5/pc
6. Air Pump
haruslah ada air pump ni untuk setiap akuarium.. oke.. tak reti describe dah... hahaha

yang dibeli model E-JET 168, RM9.50 dikurangkan kepada RM8
7. Batu/stone
diletakkan di dasar akuarium.. kasi cantik skit la.. 
kena basuh batu-batu tu sampai air dia betul-betul bersih
baru boleh masukkan dalam akuarium
seksanya nak basuh batu-batu ni
batu saja, 10kg ~ Rm15


yang dibeli, kiri sekali
8. Tumbuhan akuatik
haruslah ada tumbuhan akuatik dalam akuarium.. baru la nampak sempurna akuarium tu.. 
sebagai hiasan je pun..

contoh je.. yang kami beli tu RM1.50/pc

dah siap-siap suma, haruslah ada penghuni akuarium tu..
ikan yang dibeli::

ikan bandaran jenis albino


assorted ikan guppy

ikan koi.. untuk kolam

Tiger barp

jom tengok hasilnya:::

first attempt.. without background, without algae cloudiness remover


ni pun 1st attempt gak
second attempt..with background tapi, algae cloudiness tu belum bertindak secara 100% lagi

another second attempt

suka lagi hiasan yang first attemp.. yang second ni dah tak cantik dah.. 
pokok-pokok tu pun tak nak berdiri elok-elok dah. asik ubah je.. 

next entry akan dimasukkan gambar selepas algae cloudiness tu bertindak ye..


p/s:::en suami, pasu bunga saya bila nak siap nih??? wall rack lagi.. tinggal sikit je lagi tuh.. hehe

Wednesday, April 27, 2011

38 weeks

38 weeks oredi..
 tapi, time blog ditulis dah 38 weeks 5 days..

"baby, bila nak keluar ni???"

orang lain sibuk bertanya kat mukabuku
huhhh
tak larat den nak jawab..
orang lain tak sabar nak tengok..
apatah lagi bakal ibu dan ayah nya
semoga semuanya selamat
berserah padaNya 100%
La Haula Wala Quwwata Illa Billah

si ayah dah ada cara nak menghilangkan debaran bergelar ayah tu..
dia dah develop hobi baru..
nanti cerita di lain entry ya..

sekarang jom bercerita tentang last check up kat Pearl Maternity Hosp

jom tengok gambar dulu::

*~yang hitam tu jantung baby*~

~*measurement kepala baby*~

berat baby dah 2.8kg
mungkin kecik la compare dengan orang lain punya baby
but, Dr cakap kalau dah lebih 2.5kg tu kira ok la..
tak da masalah apa sangat..
cuma menunggu tika dan saatnya ja..



p/s:::hopefully baby keluar awal dari tarikh yang dijangka kan.. amennn..


Monday, April 25, 2011

Mr. D.I.Y


presenting my Mr. D.I.Y
soul mate of mine

Hensem kah dia??? (**jawab dalam hati**)

sejak berdikari dok umah sendiri ni..
ecehhh.. bukan bermakna dulu dok umah orang.. 
cuma dulu berdiri sebelah kaki je.. sebelah lagi kaki osmate en suami
(sharing lah maknanya tuhhh.. haishhhh)
sekarang kami bebas bagaikan burung yang berterbangan di udara
kenapa??
dari rumah yang berpijak dibumi nyata (terrace) kami telah berpindah ke rumah yang letaknya di atas kayangan
LEVEL 16
hahaha..
kemajuan versi kami lah tu.. 

dan semangat jitu berada dirumah sendiri yang ditunjukkan en suami sangat mengkagumkan
haha
kenapa?? mengapa???

jom kita cerita satu persatu

***********
bermula dengan langsir rumah
bab kain aku lah yang mendecide



cantik dak???

itu langsir ruang tamu.. ok lagi la tu
kain pun agak mahal la jugak
rod pun beli yang ready made..
when it comes to langsir dalam bilik,
budget dah semakin kurang
maklumlah rod untuk sangkut langsir tu lebih kurang RM60/pc
kalau rumah ada 40 tingkap.. ko darab la sendiri..
hehe
maka dengan tekanan budget yang semakin berkurang
(ye laa... nak sambut baby lagi nnt. kena cut la budget mana yang tak brapa penting)
en suami menggunakan kreativiti yang ada

jom tengok::

persiapan rod untuk langsir bilik dan dapur

~*pemegang rod*~

~*paip PVC yang dicat mengikut warna yang anda suka*~

~*proses men'spray'*~
maka hasilnya setelah dipasang::


ni just nak show off hujung dia tu.. cuba teka asalnya benda apa tu??

~*gambar ni tak nampak pulak tombol kat hujung tu*~
tapi, boleh la kan.. nampak sikit-sikit
kain langsir lak tak cantik.
nyesal pilih warna nih..
kononnya nak samakan tema dengan langsir depan
malangnya KURANG CANTIK!!!!

kepada yang berminat denagn rod tu boleh isi borang tempahan diakhir entry
haha
ada ke yang nak??
baik bli yang ready made tu kan??
tak yah susah-susah nak buat, cantik pulak tu
tapi, ada bezanya dengan hasil titik peluh dan kreativiti sendiri ni..
KEPUASAN tu yang memberi sejuta cinta marshanda kebahagiaan
walaupun tak se gah seperti yang ready made
tapi, budget tu boleh cut serendah-rendahnya..

ok... dah siap 1 projek
pasu bunga pulak tak ada..
minggu lepas (16 April) balik rumah mertua
terus ajak mertua shopping kat Padang Besar, Perlis
ingatkan en suami nak la beli pasu bunga yang cantik-cantik tu
harga dia dalam RM50 gak la
ala, pasunya biasa je
lebih kurang macam kat bawah ni::

~*picture googled*~
plain, warna hitam.. sebijik la
tapi, tak la melengkung macam tu.. dia straight cut je..
cadangkan kat en suami beli pasu tu
en suami cakap, 'buat sendiri ja'
hmmmmmmm.. 
apa nak di kato laie dah
aku ni ongkosnya ngakkk ada

maka, terjadinya projek pistol kedua dan ketiga:
pasu bunga
dan
wall rack


kita cerita di lain entry ya..
sebabnya end produk belum siap
hehe..


p/s:: kreativiti mengukur baju dibadan sendiri

Friday, April 22, 2011

Dugaan

8 April 2011... ke KK (Klinik Kesihatan) untuk buat second MGTT..
alaaaa... minum air gula la untuk kedua kalinya.. masih ingat entry ini??
so, tak yah nak explain panjang-panjang kenapa kena minum air gula untuk kedua kalinya..

a week lepas minum air gula tu (12 April...tak sampai seminggu pun la) , ke KK check up seperti biasa..
mendapat berita yang tak best..
kandungan gula dalam darah tinggi..

before minum air gula, 4.1
lepas minum, 8.3
agak terkejut sekejap..
apa lagi, agak kecohla KK tu dengan masalah aku..
masalah pindah umahnya, masalah HBnya
ni bertambah masalah gula pulak..
hmmmmmmm
nurse suruh refer doktor
bila masuk je jumpa doktor,
doktor terus buat surat untuk jumpa pakar kat General Hospital Penang
aduuuuuhhhhh.. ni yang tak best ni
pastu, sehari sebelum next check up kena datang KK untuk buat BSP (Blood Sugar Profile)

*****************
so, 18 April aritu ke KK la untuk buat ujian BSP ni
sebelum datang pagi tu, kena puasa macam biasa la
kul 8pg amik darah
then sarapan macam biasa,
2 jam lepas tu, datang balik untuk check sugar dalam darah tu
benda yang sama apply untuk lunch n tea
boleh rasa tak penatnya kena berulang ke KK tu..
dah la 9 bulan lebih.. kena drive sendiri lak tu..
(semoga baby ni nanti tabah macam ummi dia... amenn)

Resultnya:
4.1 
(sebelum makan apa-apa)
4.9 
(lepas sarapan.. makan bihun soto)
6.4 
(lepas lunch, makan nasi + cucur udang)
4.4 
(lepas tea.. makan biskut jagung cicah air je)

nurse yang amik bacaan last tu cakap, "oke je gula awak"
alhamdulillah la..
tak faham pun apa maksud bacaan tu
yang tahu, normal paras gula mesti la below 7
hasil carian kat pakcik google, terjumpa benda ni::


Doc,baru2 ini saya ada buat ujian BSP.hasilnya 4.2,7.7,9.2,4.2..apa maksudnya tuh doc??kandungan gula saya ok ka?

Ujian Blood Sugar Profile (BSP) dilakukan semasa mengandung untuk menentukan sama ada ibu hamil mengidap diabetes (gestational diabetes) atau pun tak. Nilai normal 4.2 mmol/L (nilai pertama), dan data akhir pun nilai kena jatuh kpd nilai pertama tadi. Kalau ia tak boleh jatuh ke tahap nilai pertama tadi, maka kita boleh syak puan ada gangguan dari aspek penggunaan glukosa (iaitu detik permulaan yang mendorong kpd terjadinya diabetes kemudian).



oke, baru faham.. maksudnya paras gula aku normal la..
tapi, since doktor dah buat surat untuk refer ke pakar, kena follow gak la..
26 April niappointmnet dengan pakar
hopefully tak da la masalah berbangkit lagi



p/s::baby, keluar la sebelum 26hb... tak yah la ummi ke GH tu.. huhu..

9 month's check up

seperti biasa, genap 36 weeks aritu, ke Pearl untuk check up baby.. 
start from 36 weeks ni, every week pun kena check up kat KK.
dekat pearl ni pun Dr dah suruh datang every 2 weeks..

tak ada apa2 masalah masa check up..
berat baby around 2.5kg.
Dr cakap okla.. nanti bila dah keluar dia akan membesar lg
maybe sebab terkena angin luar n baby quite 'keras'
alhamdulillah..

jom tengok gambar baby
ntah gambar apa ntah daddy dia snap..
xsempat katanya.. 
Dr cepat sangat..


~*Muka dan sebahagian badan baby*~

~*Ukur lilit badan baby*~

~*Panjang tulang paha baby*~

Friday, April 15, 2011

Amalan untuk ibu mengandung

wanna share with all of you:::


Amalan semasa mengandung, doa disaat ingin melahirkan dan amalan mendidik anak 


Amalkan membaca surah An-Nahl ayat 78 

وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئاً وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 
" Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur". 

Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/melahirkan anak, insya-Allah. 

Doa nabi yunus ~ LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN” (Surah Anbiya’) 

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya." 

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)". 

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin 

Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. 

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. 

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS. 

AMALAN KETIKA MENGANDUNG 

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian. 

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak. 

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik 

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai 

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh 

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT) 

5. Surah Al-Fatihah 

6. Surah Yaasin 

7. Surah Ayatul Kursi 

8. Surah Al-Araaf ayat 189 

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik 

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat 

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat 

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT 

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak 

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik 

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga. 


Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah. 

SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung) 
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat. 

SURAH YUNUS (Yunus) 
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. 

SURAH YUSUF (Yusuf) 
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya. 

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. 

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. 

SURAH IBRAHIM (Ibrahim) 
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah. 

SURAH MARYAM (Maryam) 
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. 

SURAH AS-SAJDAH (Sujud) 
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani. 

WALLAHUA'LAM 


p/s::: yakin kepada Allah...