Friday, March 25, 2011

Gores dan menang

penah dengar word 'Electrofast'????
penah anda disapa dimana-mana shopping complex nak bagi 2 biji mug secara FOC??
kalau penah, kali ni ana nak bercerita tentang kisah ni

word electrofast ni membuatkan aku rasa nak marah, fobia, nak sumpah orang
eceeeeehhh... nak sumpah-sumpah pulak dia
sendiri hampir terkena..
huhuhuhu

actually, dah lama dah aku dengar cerita macam ni..
even ayah mertua abang pun dah hampir terkena
so, untuk langkah berjaga-jaga aku tak penah nak amik 2 biji mug yang selalu di offer kat Giant area rumah aku ni
sampai kena marah kalau tak amik
ntah hapa-hapa la deme ni bekerja..
main paksa-paksa orang pulak

nak dijadikan cerita, ari selasa aritu, aku otw balik kampung nak settle duit perabot
then, singgah la carrefour seberang jaya
ntah macam mana aku boleh terikut salesperson yg nak bagi mug free tu
mana tak nya.. 
2 orang skali approach aku
siap marah-marah lak tu
tak nak malu depan orang, ikut je la..
kononnya nak isi maklumat je untuk rekod company.
once tengah isi form maklumat tu, mula la dia promote sikit-sikit

okeh, sebelum tu, jom kita baca pengalaman orang lain yang kena sebiji macam aku:::

"aku kena lagi terok.... mula2 bagi aku voucher kata nya tukar dapat st cawan percuma...aku pun pg lah.aku kena kat jitra mall tahun lepas... bdk 2 soh plak aku isi nama konon nya utk report kat bos pasal nak bagi cawan. aku pun tulis la pastu dia kata nak bagi tgk dapur elektrik aku pun tgk gak la aku pun berminat gak pasal nampak canggih... tapi x ada niat ak beli pun..dia bg aku 2 voucher kata nya voucher pemotongan harga kalau berminat nak beli nanti... aku pun bukak lah suami aku bukak satu ....yang suami aku bukak dapat thank u yg aku bukak plak ada gambar microwave oven dgn water filter....tba2 bdk tu buat muka pelik kata nya dia x pnh nampak voucher macam 2.... pastu dia bg tau aku yg aku dapat 2 barang tu secara percuma syarat nya kena bli satu barang x kesah barang apa pun...aku dgn bodoh nya pun setuju. pastu dia crita pasal balance transfer pasal aku x ada kad kredit....konon nya kalau atm kad aku ada 3 ribu amaun tu di pindah kan sekejap ke dalam bank islam untuk di jadikan gerentor dapat kan kad pembayaran.... tempoh pemindahan cuma dalam tempoh 4 mgu...selepas dari tempoh tersebut duit tersebut akan di masukkan balik dalam akaun aku. aku pun setuju lah....aku ingt lagi nama promoter tu aida nama dia. mmg aku xkan pernah lupa nama dia. dari sebelum puasa sampai dkt nak raya aku pun tanya la knapa kad tu x sampai lagi....macam2 alasan dia bagi kat aku last2 dia kata kad aku kena reject....pastu duit aku burn macam tu ja dah la duit tu duit pampasan suami aku..... barang2 dia semuanya dari china x ada kelulusan sirim.....aku supah budak aida tu hidup dia xkan selamat dunia akhirat...perempuan penipu besar.... seumur hidup dia akan sial"

okeh.. aku pun kena sebiji macam ni..
tapi, kupon yang aku bukak tu ada induction cooker ngan water vacuum plus dengan voucher duit RM100
jalan cerita pun sebiji la macam orang kat atas ni kena..
konon-konon dia terkejut tengok kupon tu la..
tapi, hadiah induction cooker ngan vacuum tu boleh amik kalau aku guna voucher RM100 tu hari tu jugak
pandai kan???
memang 2 2 barang pun tak da la kat rumah
so, konon-kononnya aku berminat nak beli water filter
langkah selamat, tepon en suami
en suami cakap::

'baca la apa-apa then ikut kata hati'

aduhh..time-time camni la dia nak suruh aku pikir sendiri..
tapi, dia macam agak setuju la
so, bincang punya bincang (sambil-sambil tu ada la baca sikit-sikit.. mohon pertolongan Dia)
sambil baca tu, bermonolog dalam hati,

'andai benda ni ada something wrong somewhere, mohonla ada aral yang tak membolehkan aku beli'

dipendekkan cerita,
oke.. tengah isi borang dah ni nak buat EON credit card konon-kononnya untuk monthly payment pasni
dia minta akaun kita yang ada nilai barang yang kita nak beli tu
contohnya harga barang tu RM2899, so, kredit kad @ debit kad yang ada amount tu kena bagi pada dia
untuk dia swap then keluarkan 1 resit
bile dia terang pembayaran macam tu, aku dah rasa lain macam
kalau dah swap, memang sah-sahla duit dalam tu tertolak
tapi, dia kata tak.. nak jadikan sebagai guarantor ja pada EON bank
aku tipu la aku takda kredit kad
kebetulan ATM kad en suami ada pada aku
memang amount tu mencukupi..

yang nak dikatakan pertolongan Dia tu, 
nak dijadikan cerita, once dia cuba nak swap, mesin tu tulis:
'unsupported card'
3 kali jugak kot aku try..
siap masuk nombr pin segala la..
rupanya ATM kad HSBC en suami tu takda meps atau bankcard
 dah nampak aral kat situ
salesperson ni nak jugak aku beli..
dia suruh aku g HSBC then transfer duit tu masuk dalam mana-mana akaun aku
aduhhhhhh..

en suami kat ofis sibuk search internet cari maklumat tentang produk ni
kononnya nak tengok je brand ni elok ke tak
sebab salesperson tu cakap diorang ni under electrolux
sekali terjumpa la pengalaman-pengalaman orang lain ni..
maka en suami cakap tak payah amik..
aku pun blah macam tu je la.
selamat duit aku RM2899 untuk harga 1 water filter
alhamdulillah, syukur sangat
tengah-tengah sesak nak pakai duit ni
dengan nak pindah rumah baru..
huhhhhh

rasa macam nak pegi sekali lagi ja booth diorang ni
tarbiah skit
buat keja tu biar la betul-betul..
jangan la nak menipu..
mula-mula tu cakap bayar RM60 monthly selama 48 months
rupa-rupanya once resit sebagai guarantor tu keluar, dah dikira kita bayar full
tak baik betul la..
banyak lagi cara nak berniaga

ni gambar-gambar produk yang aku dapat.. bukan exactly macam ni la.. tapi, lebih kurang.. 
berbeza warna la kot:::

water vacuum

Bio-energy water filter

Roset Induction cooker

persoalan dalam kepala otak aku ni::
tak ada orang report pada persatuan pengguna ke??
 boleh ke biar syarikat ni menjalankan bisness menipu macam ni??
harga water filter RM2899 tu mungkin dah termasuk barang-barang free tu
tak kisah yang tu
cuma yang aku tak puas hati tu, the way dia tipu bab payment tu
bayangkan kalau orang tu tengah sesak nak pakai duit untuk beli ubat ke, hantar anak mengaji ke
tak ke naya..
pikir la sikit orang-orang yang join company ni sebagai salesperson



p/s:::sesungguhnya Dia sentiasa bersama kita..

No comments: