Friday, March 25, 2011

Pindah

since rumah yang dibeli belum siap
dan 
memandangkan sekarang ni share rumah dengan sorang member en suami,
maka untuk keselesaan aku and my mom
en suami decide untuk rent mana-mana rumah sementara nak tunggu rumah yang dibeli tu siap
so,
malam ni jumpa tuan rumah untuk sign agreement and amik kunci

akan berpindah ke sini::


N-park Resort Condo


Taman larangan


Swimming pool yang menjadi igauan en suami


Taman larangan 2


Main entrance


Kanak-kanak punya


en suami nak merasa duduk condo
maklumla pasni nak duduk rumah bawah
lagipun bila ada tarikan macam ni, best la sikit sedara nak mai umah
parking untuk visitor pun memang dah tersedia
insyaAllah, moga semuanya dipermudahkanNya



p/s::ari selasa move in.. so, mood:::tengah packing barang..

Gores dan menang

penah dengar word 'Electrofast'????
penah anda disapa dimana-mana shopping complex nak bagi 2 biji mug secara FOC??
kalau penah, kali ni ana nak bercerita tentang kisah ni

word electrofast ni membuatkan aku rasa nak marah, fobia, nak sumpah orang
eceeeeehhh... nak sumpah-sumpah pulak dia
sendiri hampir terkena..
huhuhuhu

actually, dah lama dah aku dengar cerita macam ni..
even ayah mertua abang pun dah hampir terkena
so, untuk langkah berjaga-jaga aku tak penah nak amik 2 biji mug yang selalu di offer kat Giant area rumah aku ni
sampai kena marah kalau tak amik
ntah hapa-hapa la deme ni bekerja..
main paksa-paksa orang pulak

nak dijadikan cerita, ari selasa aritu, aku otw balik kampung nak settle duit perabot
then, singgah la carrefour seberang jaya
ntah macam mana aku boleh terikut salesperson yg nak bagi mug free tu
mana tak nya.. 
2 orang skali approach aku
siap marah-marah lak tu
tak nak malu depan orang, ikut je la..
kononnya nak isi maklumat je untuk rekod company.
once tengah isi form maklumat tu, mula la dia promote sikit-sikit

okeh, sebelum tu, jom kita baca pengalaman orang lain yang kena sebiji macam aku:::

"aku kena lagi terok.... mula2 bagi aku voucher kata nya tukar dapat st cawan percuma...aku pun pg lah.aku kena kat jitra mall tahun lepas... bdk 2 soh plak aku isi nama konon nya utk report kat bos pasal nak bagi cawan. aku pun tulis la pastu dia kata nak bagi tgk dapur elektrik aku pun tgk gak la aku pun berminat gak pasal nampak canggih... tapi x ada niat ak beli pun..dia bg aku 2 voucher kata nya voucher pemotongan harga kalau berminat nak beli nanti... aku pun bukak lah suami aku bukak satu ....yang suami aku bukak dapat thank u yg aku bukak plak ada gambar microwave oven dgn water filter....tba2 bdk tu buat muka pelik kata nya dia x pnh nampak voucher macam 2.... pastu dia bg tau aku yg aku dapat 2 barang tu secara percuma syarat nya kena bli satu barang x kesah barang apa pun...aku dgn bodoh nya pun setuju. pastu dia crita pasal balance transfer pasal aku x ada kad kredit....konon nya kalau atm kad aku ada 3 ribu amaun tu di pindah kan sekejap ke dalam bank islam untuk di jadikan gerentor dapat kan kad pembayaran.... tempoh pemindahan cuma dalam tempoh 4 mgu...selepas dari tempoh tersebut duit tersebut akan di masukkan balik dalam akaun aku. aku pun setuju lah....aku ingt lagi nama promoter tu aida nama dia. mmg aku xkan pernah lupa nama dia. dari sebelum puasa sampai dkt nak raya aku pun tanya la knapa kad tu x sampai lagi....macam2 alasan dia bagi kat aku last2 dia kata kad aku kena reject....pastu duit aku burn macam tu ja dah la duit tu duit pampasan suami aku..... barang2 dia semuanya dari china x ada kelulusan sirim.....aku supah budak aida tu hidup dia xkan selamat dunia akhirat...perempuan penipu besar.... seumur hidup dia akan sial"

okeh.. aku pun kena sebiji macam ni..
tapi, kupon yang aku bukak tu ada induction cooker ngan water vacuum plus dengan voucher duit RM100
jalan cerita pun sebiji la macam orang kat atas ni kena..
konon-konon dia terkejut tengok kupon tu la..
tapi, hadiah induction cooker ngan vacuum tu boleh amik kalau aku guna voucher RM100 tu hari tu jugak
pandai kan???
memang 2 2 barang pun tak da la kat rumah
so, konon-kononnya aku berminat nak beli water filter
langkah selamat, tepon en suami
en suami cakap::

'baca la apa-apa then ikut kata hati'

aduhh..time-time camni la dia nak suruh aku pikir sendiri..
tapi, dia macam agak setuju la
so, bincang punya bincang (sambil-sambil tu ada la baca sikit-sikit.. mohon pertolongan Dia)
sambil baca tu, bermonolog dalam hati,

'andai benda ni ada something wrong somewhere, mohonla ada aral yang tak membolehkan aku beli'

dipendekkan cerita,
oke.. tengah isi borang dah ni nak buat EON credit card konon-kononnya untuk monthly payment pasni
dia minta akaun kita yang ada nilai barang yang kita nak beli tu
contohnya harga barang tu RM2899, so, kredit kad @ debit kad yang ada amount tu kena bagi pada dia
untuk dia swap then keluarkan 1 resit
bile dia terang pembayaran macam tu, aku dah rasa lain macam
kalau dah swap, memang sah-sahla duit dalam tu tertolak
tapi, dia kata tak.. nak jadikan sebagai guarantor ja pada EON bank
aku tipu la aku takda kredit kad
kebetulan ATM kad en suami ada pada aku
memang amount tu mencukupi..

yang nak dikatakan pertolongan Dia tu, 
nak dijadikan cerita, once dia cuba nak swap, mesin tu tulis:
'unsupported card'
3 kali jugak kot aku try..
siap masuk nombr pin segala la..
rupanya ATM kad HSBC en suami tu takda meps atau bankcard
 dah nampak aral kat situ
salesperson ni nak jugak aku beli..
dia suruh aku g HSBC then transfer duit tu masuk dalam mana-mana akaun aku
aduhhhhhh..

en suami kat ofis sibuk search internet cari maklumat tentang produk ni
kononnya nak tengok je brand ni elok ke tak
sebab salesperson tu cakap diorang ni under electrolux
sekali terjumpa la pengalaman-pengalaman orang lain ni..
maka en suami cakap tak payah amik..
aku pun blah macam tu je la.
selamat duit aku RM2899 untuk harga 1 water filter
alhamdulillah, syukur sangat
tengah-tengah sesak nak pakai duit ni
dengan nak pindah rumah baru..
huhhhhh

rasa macam nak pegi sekali lagi ja booth diorang ni
tarbiah skit
buat keja tu biar la betul-betul..
jangan la nak menipu..
mula-mula tu cakap bayar RM60 monthly selama 48 months
rupa-rupanya once resit sebagai guarantor tu keluar, dah dikira kita bayar full
tak baik betul la..
banyak lagi cara nak berniaga

ni gambar-gambar produk yang aku dapat.. bukan exactly macam ni la.. tapi, lebih kurang.. 
berbeza warna la kot:::

water vacuum

Bio-energy water filter

Roset Induction cooker

persoalan dalam kepala otak aku ni::
tak ada orang report pada persatuan pengguna ke??
 boleh ke biar syarikat ni menjalankan bisness menipu macam ni??
harga water filter RM2899 tu mungkin dah termasuk barang-barang free tu
tak kisah yang tu
cuma yang aku tak puas hati tu, the way dia tipu bab payment tu
bayangkan kalau orang tu tengah sesak nak pakai duit untuk beli ubat ke, hantar anak mengaji ke
tak ke naya..
pikir la sikit orang-orang yang join company ni sebagai salesperson



p/s:::sesungguhnya Dia sentiasa bersama kita..

Saturday, March 19, 2011

I'm 33 weeks......

sedar tak sedar dah 33 weeks dah aku membawa little caliph dalam rahim ku ni..

kalau ikutkan Lilypie kat bawah tu::

Our baby is 46cm, 2.4kg and gaining. Soon to be head down and making mum walk funny. 
Our baby is 33 weeks along. 50 days to go.

ari Sabtu lepas (12 Mac 2011), seperti biasa check up di Pearl Maternity Hospital.
Masa tu ngam-ngam la 32 weeks 1 day.
baby dah headed down.
tapi, mummy dia still jalan oke je
hehe..
perasan la.
mana boleh judge diri sendiri kan?? 
let others judge you.

berat badan naik 3.5kg
tekanan darah maintain ja
oke la, ukuran baby pun cun-cun dengan tempoh kandungan
berat baby around 1.7kg time tuh
sekarang ni maybe dalam 1.9kg macam tu kot
kalau ikut teori la yang mengatakan baby akan membesar 0.2kg per week as stated in previous entry

since aku ada check up dekat Klinik Kesihatan (KK) 2 minggu sekali,
maka dekat Pearl ni doktor cakap datang macam biasa la
sebulan sekali..
kopak gak poket kalau appointment 2 minggu sekali macam KK
huhuhuhu

wanna share baby's picture::
Kaki baby


Kepala baby


*****************
15 Mac 2011
Lawatan Klinik Kesihatan (KK)

minggu ni kena suntik untuk kali yang kedua.
degupan jantung baby around 143 degupan perminit
yang menggembirakan, HB dah naik sikit 0.5..
kalau tak, naiknya 0.1 camtu je.
tak pun turun 0.1
atau pun maintain ja
tapi, kali ni, alhamdulillah..
dah naik sikit.
tak perlu jumpa doktor arini
yeayyyy
boleh balik cepat


p/s:::mudah-mudahan selamat semuanya..


Tuesday, March 15, 2011

~***lepas gian***~

melepaskan gian di Red Box
muahahahaha..=)
baby says::good job mummy and daddy

::::let the pictures talk:::

Mendaftar

suasana

nak nyanyi lagu apa nih???

nafas cinta satu!!!!
semput la mummy nyanyi lagu ni..

Parent to be yg ROCK.. ;)

tadah muka kat jurumekap M.A.C

that's all.. puas la dapat lepas gian selama 3 jam... hahaha.. 
lepas ni tak kan nak usung anak pulak kan??
 baik g siap-siap.. hehe


p/s::: en suami cakap apa salahnya bawa anak pasni?? aku:::???? biar betik...

Monday, March 14, 2011

BPA free???

arini terbaca 1 keratan akhbar berkenaan pengharaman botol susu polikarbonat 'Bisphenol A'..
anda boleh check kat sini ye berita tu..

apa ke benda Bisphenol A tu??

BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.
macam mana nk kenalpasti botol susu yang ada bahan terlarang ni??
mesti ada salah satu kod identifikasi bahagian bawah botol susu baby tu seperti dibawah::


Botol susu bayi polikarbonat ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PCPla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’ Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’.

apa efek nya BPA ni pada manusia??

BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.

untuk info yang lebih lanjut, boleh refer pada link dibawah ni ye..

yang sedeynya, botol susu yang dah kami beli ada salah satu tanda diatas tu..
 nasib baik beli 2 je botol susu..
brand Anakku..

nampak gayanya, untuk keselamatan baby, kena la beli brand Avent ke, Tommee Tippee ke..
yang free BPA ni.. hehe
kopak la abi dia punya dompet..
yang dah beli tu boleh jugak la guna.. 
untuk letak air masak camtu je la..

tapi, orang dulu-dulu oke je tak da pun nak sibuk BPA free ke hapa ke..
hellooooooo..
orang dulu bagi fully breastfeed.. 
kalau yang dah terbagi guna botol yang tak free BPA ni, kesannya bukan hari ni..

u decide yourself
for the sake of your baby's health



p/s::: get ready je la RM100++  ke atas untuk botol susu sahaja.. hehe


Friday, March 11, 2011

Bila papa pakai yenki..

bila tak sakit, tapi nak jugak MC..
padahnya tanggung sendiri
kaitan tajuk dengan isi kandungan tak dapat dipastikan hubungkait..
hhuhuhu

************************
bermula satu cerita jam 7.18 pagi apabila kami suami isteri baru terjaga..
aku dah terlewat untuk ke pasar (auta belaka)
en suami terlewat untuk ke tempat kerja
kelam kabut dia mandi segala
aku terpaksa hantar dia ke tempat kerja
maklumla semalam aku yang jemput dia balik.. 
so, keta dia kat opis la..

masuk je dalam keta, jam kat dashboard menunjukkan jam 7.28 am..
en suami kena punch in jam 7.30 am
ofkos la tak sempat..
maka, aku (dengan tak mandi pagi, muka pun sememeh je) suntik dia dengan kata-kata ini::
"abang, jom breakfast la"
dengan tak semena-mena, en suami jawab:
"nak breakfast kat mana??"
yahhooooooooo...
dapat spend masa ngan en suami ini hari..
yabedabeduuuu..
bagus punya isteri eh..
on the way ke destinasi untuk bersarapan tu, en suami sempat la inform colleague dia.
kononnya nak half day
tapi, terasa seperti rugi berbuat demikian, maka ter'plan' la untuk MC
check balik rekod MC, baru je MC 7/2 aritu..
iskkk...tak jadi nih..
en suami decide nak amik MC kat klinik kesihatan je
so, tak da la tercatat dalam rekod MC klinik panel tu..

bermula la satu lagi episod
*****************
aku stay dalam keta je..
en suami turun sorang-sorang ke klinik kesihatan tempat aku selalu check up kandungan ni
lama jugak

"abang, lama lagi ke??"

"ada lagi 2 orang"

"kena suntik la.. doktor suruh suntik"
~*google*~

"iskkk.. biar betul, abang ni.."

"dah siap suntik.. kena tunggu lagi sejam.. then baru jumpa doktor balik"

tak dapat MC lagi tuh
nampak je muka en suami terus rasa nak tergelak guling-guling
dalam masa sejam tu, sempat je kami balik rumah dulu
aku mandi-mandi, basuh baju suma
then, ke klinik kasihatan semula
derita en suami yang nak kan MC tak berakhir di situ

gara-gara sakit pinggang main futsal konon-kononya.. padahal dah berkurun dia tak main.. 
sejak akhir-akhir ni dia banyak main badminton

seperti biasa, aku menanti dengan penuh sabar didalam kereta sambil mendendangkan surah Luqman buat si anak.. mujur ada application Quran dalam iphone en suami..
(hahha..promote nampak)

"lama lagi??"
(soklan stendet bila dah rasa sedikit bosan)

"dah jumpa Doktor.. ada cerita lawak lagi la.. nanti abang cerita.. layann jaaa"

huhhhhh.. tak sabar rasanya nak tau cerita lawak yang kedua ni
lepas amik ubat semua,
en suami menuju ke kereta dengan muka manis seperti gula
dapat la MC tu..

cerita en suami::

"tadi dah lepas suntik, doktor tanya, rasa macam mana?? then abang cakap la tak rasa kurang pun.. rasa lenguh tangan sebab kena suntik ada la..
then doktor tu macam terkejut.. u ni biar betul.. kena refer hospital ni kalau macam ni..
dah gabra dah abang ni.. then dia kata jom kita x-ray tengok..
pastu sempat lagi tu abang tnya, lama dak?? kena bayaq dak??
iskkk. mana kena bayar..
dahp x-ray, doktor kata tak da apa-apa pun.. urat la ni..
u tak kerja ka hari ni?? nanti I bagi MC..
balik makan ubat la.."


ya Allah,
sampai macam tu sekali
kalau baby pun boleh mengerti cerita ni, rasanya macam ni kot dia gelak::

~*picture Google*~
atau pun kucing pun boleh ketawa sebegini rupa kot::

~*google jugak*~

huhu..
apa-apa la kan.. janji dapat MC
bak kata en suami, 
..LAYAN JE LA..
dah dapat MC, mula la program tanpa henti kami
nanti kan update di next entry..


p/s:::bahana ke klinik kesihatan.. hehehe.. 

Tuesday, March 8, 2011

Bag oh Beg...

nak beli beg untuk baby pun jadi satu masalah sekarang... maklumla..
banyak sangat choice.. 
cantik-cantik lak tu.. 
hmmm... hari ni, aktiviti menggodek internet berjalan seperti biasa setelah 2 jam berjalan-jalan di Queensbay Mall seorang diri tanpa ada tujuan..
sekadar bawa anak jalan-jalan.. 
ecehhh.. anak kamu belum tahu apa-apa lagi... 
No..No..No... who says that?? 
my baby is genius enough kalau bab-bab jalan ni even though he's still in my tummy.. haha..
ayat power tak hengat... apa yang saya tulis ni benar-benar belaka.. 
buktinya (hanya saya la yang tahu.. kalau saya tipu pun anda tahu??), masuk je saya dalam kereta, perut saya senget-benget.. kejap kembung sebelah kiri, kejap sebelah kanan..
dia telah memulakan pergerakan supernya.. mungkin menandakan kegembiraannya bila his mummy nak bawa dia jalan-jalan arini.. semalam agak depress sikit.. tak ke mana-mana.. 
dengan daddy balik lambat.. huhhhhhhh...
arini kita balas dendam ye baby..
jalan-jalan ngan mummy, makan KFC..
cian daddy..

***********************
okay.. back to topic asal
pemilihan diaper bag..
tadi terbukak satu link mukabuku ini,
berkenan la pulak dengan diaper bag yang terjual kat sini..
haishhh.. susah betul jadi orang pompuan ni..
apapun, sangat berbangga menjadi wanita kerana today is 
International Woman Day..
yeaaayyyy...
ucapan ini ditujukan jugak untuk wanita-wanita TULEN diluar sana
 okay,
jom tengok sama-sama diaper bag yang dimaksudkan:::

mula-mula berkenan yang ni:

Carter's floral nappy bag
harga dia RM59
macam comel je.. harga pun bolah dikatakan mampu lagi la..
info tentang bag ni boleh la refer pada link ini ye...

pastu bila tengok yang dibawah ni berkenan pulak dengan yang dibawah ni::

4pcs diaper bag set - bag, bottle holder, pouch, mat

Harga dia dah mahal sikit dari yang atas.. RM89.90
tapi, agak berbaloi la sebab ada extra 3 barang tu kan??
info tentang bag ni, boleh refer sini


teruskan usaha membelek lagi apa yang terjual..
 berkenan pulak dengan benda alah ni..
adoyaiiii... 
apakah benda tu???



babygearz babycool

haaaa.. ni boleh dikatakan 2 in 1 la function dia..
tak yah beli diaper beg yang kat atas tu dah.. sebab yang ni dah include skali dengan beg

tapi, harga dia, masuk kategori kurang berkemampuan la
it costs about RM 229.00
details dia boleh refer kat link ini..

tapi, daddy dia prefer beg yang macam ni::

Backpack - PAPA series
dah siap tulis papa series..
hehe
bila bukak jadi macam ni la ye tuan-tuan/puan-puan/cik-cik

interior
menarik jugak.. memang daddy je la yang galas kalau beli beg macam ni..

************

kesudahannya, saya adalah ibu yang menang acara men'survey' barang-barang.. 
belinya TIDAK... 
jadila kan??
boleh jamu mata ni ha..
biar diri berangan-angan 
hehe..


p/s::: tadi dah terbeli sikit barang baby masa jenjalan kat Queensbay.. hehe.. daddy dah marah.. huhu..



Yang Menaip,

Saturday, March 5, 2011

~*Padang Kota*~

Padang Kota Lama, or simply called The Padang, is the parade ground and playing field created by the British colonials in the civic district of George Town. It is bordered by Fort Cornwallis on one side, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Jalan Padang Kota Lama and Light Street. 

ok.. that's it..
for more info, search yourself, okay...
 Usai saja program Raja Lawak jam 10.30, kami berlima berempat (siapa tu???):

en suami
saya
my mum
bob (bf en suami)
my baby you (ni kalau berlima ye)

kami bertolak ke Padang Kota untuk menikmati keindahan malam sambil merasa nikmatnya pasembur mahal yang seringkali digembar-gemburkan..
sambil itu juga, menikmati teknologi DSLR 60D.
hahaha.. teknologi pun boleh guna term menikmati eh??
Bahasa itu kan seni.. suka hati la kau nak guna term apa pun..
bak kata orang zaman sekarang, TREND..
iskkk... dah melalut nih..

actually tujuan utama adalah menemani en bob, NS (nite shoot)
hehe.. dia la pemilik 60D tu.. bukan la kami yang kais pagi makan pagi, tak kais tak makan ni
muahahahaha..

tak banyak la dapat shoot.. maklumla masing-masing baru nak belajar mengenal button-button yang ada kat kamera tu.. huhuhuhu.. tapi, dengan hadirnya seorang sifu, maka terhasil la gambar-gambar seperti di bawah:::

gambar yang cantik dah jadi kurang cantik sebab aku yang edit..
hehe.. edit pakai software biasa je... kalau dapat photoshop best la..


Menikmati kerang bakar

W.E

Me at 31 weeks of pregnancy
like this picture so much

Bakal ibu dan ayah, insyaAllah

Ntah apa-apa aku edit nih...

Kami sebagai model tak bertauliah

My pregnancy photo shoot yang sebenar akan diadakan pada waktu siang.. harap maklum..



p/s::merelakan diri menjadi model untuk mereka yang baru nak memahirkan diri menggunakan dslr nih.. JANJI FREE.. huhu


Yang Menaip,

Friday, March 4, 2011

Checklist Barang Baby

Just want to share MY checklist barang baby yang dah tersedia dalam beg.. 
ni pun google dari blog-blog lain..

Baby's stuff

My baby's Simple Diaper Bag Checklist

1. 2 Baju lengan panjang & 1 baju lengan pendek
2. 5 Helai barut
3. Baby wipes
4. Mandian baby
5. 6 keping pampers
6. Face towel
7. 3 helai kain lampin
8. Selimut/bedung
9. 2 set sarung kaki/tangan
10. Towel mandi
11. Minyak telon (tak ada dalam gambar.. ada dalam kereta.. hehe)
12. Topi

ada yang tak cukup tak??
ok la kot eh..

Barang mummy dia belum ready ye.. once dah ready akan diupload kemudian
Thanks...

p/s::: barang dady tak yah ready.. huhuhu



Yang Menaip,

31 weeks



I'm 31 weeks along..
64 days to go..
Wait aaa mummy and daddy

I continue to gain around 1/2 pound (=0.2kg) in a week until shortly before birth..


Beginikah saya??



Gender Predictor::

I've found an awesome gender predictor..
You may check through this
 just enter your birthday and your date of conception

I already tried mine
and it works..

It's a boy

maybe its just a coincidence..
just for fun..
T_____T
  


Thursday, March 3, 2011

Rambang...

 entry secara rambang ini bakal membawa anda ke dunia lain secara rambang..
haissssssshhhhhh.. apa yang di'repek'kan ni??

1. Mari bercerita pengalaman pemakanan penulis sepanjang pregnant ni..
     First trimester - sangatla suka benda yang masam-masam...
     Second trimester - menjadi pengunjung setia Kayu Nasi Kandar.. menjamah roti canai dan nasi goreng dikala bulan mengambang... haha.. di waktu malam la maksudnya tu..
     Third trimester (sehingga hari ni la) - sangat suka makan aiskrim.. sehinggakan en suami beli plastik aiskrim tu.. suh buat aiskrim sendiri kat umah.. huhhhhh..T_T

2. Sangat suka menggodek internet mencari barang-barang baby.. terasa ingin memiliki barang-barang seperti dibawah secara tidak sabar..huhuuu... apakah barang-barang itu???

Stroller Quinny - RM2,999

Medela electric double breast pump - RM1,616

Electric Sterilizer -RM279


Combined Steamer and Blender - RM359

Wahai puan Siti, sila tampar pipi anda secara laju-laju.. beradalah di alam yang nyata.. 
pakai baju saiz S, sila beli saiz S ya... 
muahahahhaha

3. Tidur kini agak kurang selesa.. sementara nak lelap je la. dah lelap tu, kira cerita lain.. kenapakah sukar melelapkan mata??? tak tahu mana posisi tidur yang selesa untuk baby n mummy.. kalau
mengiring - baby akan secara tiba-tiba bergerak secara aktif di bahagian bawah.. seolah-olah mummy dia terkepit dia.. oh my...
melentang - sepertinya ada perlawanan bola sepak sedang berlaku.. senget-benget perut mummy.. dan akan rasa sedikit tidak selesa berbanding mengiring..

apapun, tu menunjukkan dia sihat di dalam sana sehinggakan kadang-kadang sering mengejutkan mummynya dengan pergerakan super nya..

setelah bertanya pakcik google, posisi tidur yang dicadangkan adalah secara mengiring ke kiri mahupun ke kanan.. mungkin daddy boleh provide mummy dengan benda ni::::

Bantal khusus untuk ibu hamil

dushhhh...mimpi lagi kau ni... haha.. tak payah la nak berbantal-bantal cenggitu.. mak-mak zaman dolu-dolu tak ada pun kan benda-benda ni semua.. orang sekarang memang manjanya terlebih-lebih..
bukan manja la.. sekadar memanfaatkan teknologi secara maksimum.. 

sekian sahaja untuk aktiviti merambang hari ini


Kilang susu mula menghasilkan produk pertamanya genap minggu ke-28.. alhamdulillah..




p/s:: tak sabar... mudah-mudahan selamat dan mudah semuanya.. aminn..



Tuesday, March 1, 2011

7 months's visit


entry ditulis pada 15 Feb 2011
1 Mac baru post
harap maklum
so, sila set kan pemikiran anda kepada 2 minggu lepas
huhuhu


sibuk bercerita tentang anniversary, terlupa sebentar cerita tentang perkembangan baby dan mummy setelah kandungan kini mencecah 7 bulan..

Our baby is 1.2kg and getting crowded. Less gymnastics, more kicks and elbow jabs.
Our baby is 28 weeks and 6 days along. 79 days to go.

begitu cepat masa berlalu..

Lawatan Klinik Kesihatan (9/2/2011)
*****************************

berat badan increase about 4kg.
nasib baik tekanan darah still oke
kalau tak kena la berulang ke klinik untuk check tekanan darah disebabkan peningkatan berat badan secara mendadak
Hb turun 0.1
hmmmm.. doktor dah mula risau..
tapi, alhamdulillah, aku masih seperti biasa
masih mampu berkebun di hujung minggu
tak ada rasa pening-pening.
mungkin aku memang positif thalasemia
hopefully just thalasemia trait
result darah masih belum dapat
nurse cakap kadang-kadang anak dah berusia 2 bulan baru dapat result
just wait je la..
doktor scan baby untuk tengok perkembangan
alhamdulillah sekali lagi, baby membesar bagaikan juara..
belum bagi minum MILO lagi tu
hehe..


Lawatan Pearl Maternity (12/2/2011)
******************************

Berat badan naik 1.5kg
tekanan darah tak sempat pulak nak tengok
hmmmm... nak percaya mana satu ye??
aku sampai minta nak timbang lagi skali berat badan tu..
takut nurse tu salah baca
maunya tak risau
berbeza dengan klinik kesihatan hampir 3.5kg
kalau miss dalam 1 kg or 0.5 kg boleh accept lagi la
ntah penimbang sapa yang tak calibrate
you guess???
doktor bercerita tentang thalasemia
rupanya anak dia pun ada thalasemia
sebab suami dia pembawa
actually, mengikut apa yang diterangkan doktor,
pembawa thalasemia memang tak akan alami rasa-rasa pening or whatsoever
sebabnya sejak azali, normal HB dia adalah 10 or 11 macam tu
ia hanya dapat dikesan bila pregnant (untuk perempuan la)
Hb akan drop about 2..
maybe akan jadi 8 or 9
berbanding dengan normal people yang HB nya adalah normal, once they get pregnant and the HB drop,
they will have those pening-pening and all those anemia symptoms.
so, lepas mendengar penjelasan doktor
hati sedikit tenang

gambar scan baby tak dapat dikongsi oleh sebab daddynya record aritu..
huhuhu..


p/s:::beg baby dah siap..