Wednesday, July 29, 2009

Cantiknya seorang wanita itu....



Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana


p/s: aim saya->yang bwh skali..sbb once da dpt yg tu, automatik yg atas2 tu termasuk skali..

Tuesday, July 28, 2009

............:: start writing journal::...............

aku tak tau nak mula w/pun satu perkataan.. haha..
so, penyelesaiannya, tanam sayur kat facebook..
..adehhhh..



p/s : terkejut beruk td.. menggeletar 1 badan.. Bos tetiba datang time aku tengah petik sayur.. nak close page tu, computer 'hang'... rasa nak terbalikkan je LCD screen tu.. PADAN MUKA SENDIRI...


Tuesday, July 21, 2009

Finally, I got it....

huh.. syukur, alhamdulillah.........
otakku dipaksa bekerja keras untuk 2 jam...
around kol 3, my boss masuk lab..
aku ni konon2 berlagak relax..
dh dapat konon2nya graf yang sepatutnya aku dapat..
bila boss tengok,
"napa kurus sangat graf ni"
"errrrr.....tgk tuan la, Dr.." (huhu.. nak je jawab camni)
"cuba awak check balik." penatla saya..(ayat wajib, ok)
"baiklah, Dr."

cian otak aku.. dipaksa bekerja keras..
selang 5 minit, Dr datang lagi..
"dah dapat, Ct?"
adussssssss.. aku tertekan..
sabo boleh tak?.. huhhhhhh..

lepas aku godek2 program tu, aku dapat detect mana silap aku..
tu pun dengan bantuan Dr. hehe.. makasih, Dr.. maksud aku, Dr bg idea kemungkinan2 kesalahan aku.. huuhuh.

finally, graf aku dah jadi..
tp, tu untuk 1 bahagian je..
kena berusaha keras untuk siapkan semuanya..



p/s: balik umah, asyik tanam sayur.. bila keja nak siap ni??????




Monday, July 20, 2009

Sharing knowledge

i just want to share what i've read at sumone's note. untuk kesahihan tentang perkara ini, sila rujuk pada yang pakar.


Sabda Rasullah s. a. w. “Wahai Ali! Peliharalah
wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya
dari Jibril a.s”

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang
berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan
menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang
bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika
Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang
yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil
melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah
mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang
buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai
tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2
hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi
seorang yang suka meminta – minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap
saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah
mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan
pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya
membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng.
Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu
menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati
batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam
kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah
mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta
pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu
keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga
malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan
menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal
malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan
anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir,
sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat,



p/s: renung2kan.. wallahu'alam........


Tuesday, July 7, 2009

..::sesak::..::lemas::..::rimas::..

tu mungkin kata2 yang sesuai diungkapkan sekarang bila aku masuk kampus..
ramai sangat student..
huhhhhhhhhhhhhh..
perjalanan dari umah
yang hanya sepelaung ja
dengan uitm tu
memakan masa hampir
..setgh jam..

Monday, July 6, 2009

berjalan2 di hari minggu

weekend aritu en. driver turun KL ngan family dia.. ada kenduri kat gombak.. tp, en. driver sampai awal sket sbb dia follow mmber baik dia, si najib. means, dia sampai s.alam la..
aku la insan yang paling gumbira.. weeehuuuuuu.. maklumla dah lama xjumpa.. haha..
ari sabtu tu, aku ajak en driver temankan ke low yatt.. nak survey laptop.. cian en. driver, eventhough bertongkat, dia sanggup temankan cik adik dia ni.. tima kasih banyak2.. setelah pusing2 selama 4 jam kat low yatt tu, dapatla jugak beli sebijik laptop..
hehehe.. pelaburan masa depan..

~cantik tak?~

hehe.. tinggi gila taste aku ni..just joking la.. mana mampu nk beli vaio yang kat atas tu.. tu cuma mimpi di tengah hari time aku dok tdo kat surau ja.. hahaha..
tapi, cute kan? macam laptop mainan pun ada.. tp, seyes gila tengok laptop vaio ni..
aku beli yang besa2 je la..
ikut kemampuan...
.haha.

hmmm... lepas beli laptop tu, nak kena p setapak.. hantar en. driver kat umah tok su dia..
bermula le episod aku rasa cam xda hidung, n muka tebal 14 inci..
aku rasa sangat malu......
arghhhhhhhhhh.. xleh terima kenyataan..

mak plak asyik tanya,

"eii.. tak malu ka?"

sangat malu wahai bonda..
tp, apakan daya.. xmampu nk elak..

terpaksa bersemuka dengan sedara2 en. driver yang sangat ramai..
aduuhhhhhhhh...
nightmare untuk aku,ok?




p/s: rindu pada laptop baru.. nak balik.. haha.. poyo nak mampus..




Wednesday, July 1, 2009

1001 pengertian

Damasutra

Sufi

Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah

Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan

Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah di hina kau tak berubah





p/s: biarlah rahsia....