Anakanda Muhammad Affiy Amsyar..
Rasa macam baru semalam ummi lahirkan kamu..
- ye ke ummi?? Ummi rasa baru deliver sebab ummi baru je lahirkan adik untuk amsyar kan?? Ummi dah dijemput ke majlis Graduasi dah... Cepat benar masa berlalu.. Walaupun masih dalam pantang (almost sebulan), ummi gagahkan diri jugak join majlis konvo anak syurga ummi ni. Ummi eksaited sebenarnya.. Ciwi pun ya jugak.. ekekekeke...
Amsyar ada buat persembahan, nyanyi lagu 'Tanya Sama Pokok'.
'Amca jadi ikan, ummi.'
Rehearsal sehari je. Sebab Amsyar ponteng sekolah 2 hari sebelum tu - balik kampung bawa baby jumpa mama...
Lepas je persembahan, ada penyampaian anugerah khas. Tengok dalam aturcara majlis tu, ada few anugerah. Antaranya:
- Anugerah Pelajar Paling Rajin -
macam tak rajin je anak ummi ni.. sekolah pun selalu ponteng
- Anugerah Pelajar Paling Sopan -
sopan ke??
- Anugerah Pelajar Suka Tolong Guru -
Ummi tak pasti plak..
- Anugerah Pelajar Paling Berdisiplin -
owhhh.. yang ni jauh api dari panggang. P sekolah lambat sokmo
- Anugerah Pelajar Peningkatan Prestasi Luar Biasa -
ada harapan ke? Amsyar baru 4 tahun. Kena fight dengan kawan-kawan yang berumur 5 dan 6 tahun.
Instinct ummi rasa macam anak ummi ni dapat jugak anugerah khas ni.. rasa macam dapat anugerah paling last tu. - ummi memang perasan.. Blueekkkk...
Tapi, instinct ibu tak pernah menipu, chewahh.. Abis je persembahan, pengerusi majlis terus announce nama dia untuk Anugerah Pelajar Peningkatan Prestasi Luar Biasa. Tahniah anak ummi!!!
|
Terima hadiah |
|
Persembahan - Tanya Sama Pokok |
|
Hensem tak saya? |
|
Anak abi |
|
Anugerah pelajar Peningkatan Prestasi Luar Biasa.. alhamdulillah |