Saturday, July 12, 2014

I'm turning 3

Yes, Ummi... I'm turning 3 today..  - 7th May 2014.
Alhamdulillah..


Memandangkan hari lahir anak bakal tiba dan hajat untuk buat house warming tak ditunaikan lagi, maka kami mengambil keputusan untuk adakan majlis kenduri secara 2 in 1. 
Sambutan hari lahir anak dan kenduri kesyukuran sempena masuk rumah baru, aku sihat kembali, and etc. Banyak sangat kalau nak disenaraikan satu persatu. Memandangkan keadaan kewangan agak mengizinkan, tanggal 10 May 2014 berlangsung lah kenduri yang penuh gemilang di rumah no 10, Bandar Cassia.

First time kami suami isteri mengadakan kenduri yang agak besar di kediaman kecil kami memang memberi seribu pengalaman. Banyak benda perlu diperbaiki. Dengan last minute preparation (2 weeks before kenduri), semuanya agak kelam kabut. Ditambah pulak dengan hujan selebat-lebatnya pada malam bacaan Yassin (sebelum kenduri) dan hari kenduri sangat mengecewakan. 
Tapi, siapa kita untuk menidakkan rencana Dia, bukan?
Tak ada siapa tahu rahmat disebalik hujan lebat tu..
Jadi usah kesal lebih-lebih kalau itu diluar bidang kuasa awak ye.. lain la lauk tak cukup ke..
memang patut rasa kesal secukupnya.

Antara menu yang disediakan:
(recommended.. sedap caterer ni masak.. mahal sikit la)

Nasi beriani dan nasi putih
Ayam masak merah 
Kurma kambing - akikah amsyar
Sup daging
Air asam
Acar
Buah
Air

last but not least

KAMBING GOLEK

taraaaaaaaaaaaaaaaa

Baru bukak dari plastik

Misi memasukkan besi untuk digolek

Jom biarkan gambar yang berkata-kata.. itu lebih baik dari membaca karangan yang ntah apa-apa ni.. sebenarnya tak ingat dah apa yang nak diceritakan.. maklumla #throwback..

Periuk berisi lauk di halaman asmara rumah

Khemah tersedia

Sofa terpaksa letak kat luar.. rumah sempit.. huhu

Birthday boi
Peace no war sebelum potong kek

Hancur la kek tu..

TQ Abi, belikan amca Ultraman ni.. Sekarang kepala dah hilang

Kekesalan kedua adalah bila dengar orang asyik sebut, 'sedap betul kurma kambing tu' dan aku tak sempat jamah pun kurma kambing tu.. Tetamu siap tambah-tambah. Ya la, kenduri tu untuk tetamu kan?? Memang fitrah la kalau dah jadi tuan rumah ni.. Nak makan dengan sempurna sila pegi kenduri rumah orang lain.. wehuuuuuuuuuu.. Apa-apa pun niat untuk buat kenduri tu memang tercapai la.. Alhamdulillah.. Suma lauk abis kecuali masak merah ayam.. Maybe orang dah muak agaknya. Common menu.. 

Terima kasih jugak pada adik beradik dan ipar duai yang sponsor makanan dan tenaga.. Alhamdulillah, tertunai sudaaaaaaaaa... Lega...


p/s: first time amsyar celebrate birthday secara besar-besaran..