Saturday, September 6, 2014

Tuhan, jaga dia untukku


Tuhan, Jaga Dia Untuk Ku
Sejak menonton cerita Rindu Awak 200% ni, hati ni macam tertarik ja dengan original sound track dia..Tuhan, Jaga Dia Untuk Ku sung by Siti Nurhaliza. Macam ada chemistry pulak..  
If i'm not mistaken lagu ni adalah ilham Dato' Siti ketika Dato' K terlibat dengan kemalangan motor di New Zealand.. Dan pada masa yang sama, Dato' Siti masih berada di Indonesia untuk satu konsert. 

Hurmmmm, I can recall what is the chemistry now. We have the same experience. Mine was somewhere in 2007. But, the different is we had it locally and he is not yet my husband. 

Just #throwback:

I got an interview for Pegawai latihan Vokasional at IKM KL.. I was with my mum travelling to KL for that purpose. Ok.. Pagi tu pegi interview macam biasa. Memang susah untuk petit girl like me. It was a hands-on interview actually. They just gave me schematic, 3 phase motor, wire, tools.. So, you have to do all connections stuff until the 3 phase motor operate. Scary kot. Dah la tinggi power panel tu.. Seperti yang disangka, memang saya balik tangan kosong. Tak ada rezeki. Most of the candidates memang tak dapat buat. 

Sebelah petangnya, dapat phone call dari abang en suami, saying that en suami met with an accident on the way back from work. And his bro told me that, 'mungkin kaki patah kot'. Terkesima kejap. Nak balik, tiket dah ambil keesokan harinya.. Bersabar je la yang mampu. 

Sayangnya saya ni cuma Siti Rohani ja.. Tak da la nak cipta lagu bagai. Hohohoho.. So, bila dengar lagu Dato' Siti ni terperasaan la jugak that we had the same feeling. Just let Allah take care of him.

Bila balik, usung beg besar terus ke Hospital Lam Wah Ee, Penang.. Sewa teksi ok.. Dengan my mum.. Mujur mak sporting and luckily he was meant to me. Syukur.. 

Tu je nak crita.. Hahahhaa.. 


p/s: Soklan pertama bila dia nampak saya, 'Nak lagi ke dengan saya. Kaki dah patah'..



Friday, August 29, 2014

Bisnes lagi...

Hola...hola..holaaa...

I'm back after 8 months.. Oh my.. kenapa tak tunggu ja 'Gud bye 2014, welkem 2015'?.. Sarcastic sangat kot..

Banyak sangat benda yang nak dicerita.. Tak tahu mana satu nak cerita.. Jom kita summarize dulu..

  • Sekarang saya berada di bumi United state ketika entry ini ditulis. Alhamdulillah.. Dapat tengok tempat orang for two weeks.
  • Saya baru balik bercuti dari Sabah sehari sebelum bertolak ke US.. Macam datin gitu turun naik flight. we had a wonderful vacation.
  • Kesihatan saya bertambah baik.. Alhamdulillah... Now, pegi check up every 6 months. Tapi, masih tak dapat green light untuk getting pregnant again.. 
  • Husband saya sangat busy dengan bisnes dia.. Maklumlah, menanggung 1 lagi bebanan (new used car.. hehehe). itu lebih baik dari menanggung benda lain.. Wehuuuuuuuuuuuu..
  • Amsyar dah semakin bijak.. dare to ask for a baby from his ummi and abi.. Next year pegi sekolah ye, nak.. 
  • Saya dah move to new company secara tak langsung.. It is an acquisition actually. Alhamdulillah, 5 minutes drive from home. Currently I have to travel around 1 hour (to and fro).
  • Menyambut anniversary yang ke-4 di Bandung.
Ok. That's all for now.. InsyaAllah, andai di beri kesempatan saya akan pecahkan point-point di atas kepada single entry.. 

It's going to turn to magical tree (autumn)

Lovely scenery.. might have one in M'sia, maybe

p/s:: tak faham kaitan tajuk dengan entry.. abaikan..

Saturday, July 12, 2014

I'm turning 3

Yes, Ummi... I'm turning 3 today..  - 7th May 2014.
Alhamdulillah..


Memandangkan hari lahir anak bakal tiba dan hajat untuk buat house warming tak ditunaikan lagi, maka kami mengambil keputusan untuk adakan majlis kenduri secara 2 in 1. 
Sambutan hari lahir anak dan kenduri kesyukuran sempena masuk rumah baru, aku sihat kembali, and etc. Banyak sangat kalau nak disenaraikan satu persatu. Memandangkan keadaan kewangan agak mengizinkan, tanggal 10 May 2014 berlangsung lah kenduri yang penuh gemilang di rumah no 10, Bandar Cassia.

First time kami suami isteri mengadakan kenduri yang agak besar di kediaman kecil kami memang memberi seribu pengalaman. Banyak benda perlu diperbaiki. Dengan last minute preparation (2 weeks before kenduri), semuanya agak kelam kabut. Ditambah pulak dengan hujan selebat-lebatnya pada malam bacaan Yassin (sebelum kenduri) dan hari kenduri sangat mengecewakan. 
Tapi, siapa kita untuk menidakkan rencana Dia, bukan?
Tak ada siapa tahu rahmat disebalik hujan lebat tu..
Jadi usah kesal lebih-lebih kalau itu diluar bidang kuasa awak ye.. lain la lauk tak cukup ke..
memang patut rasa kesal secukupnya.

Antara menu yang disediakan:
(recommended.. sedap caterer ni masak.. mahal sikit la)

Nasi beriani dan nasi putih
Ayam masak merah 
Kurma kambing - akikah amsyar
Sup daging
Air asam
Acar
Buah
Air

last but not least

KAMBING GOLEK

taraaaaaaaaaaaaaaaa

Baru bukak dari plastik

Misi memasukkan besi untuk digolek

Jom biarkan gambar yang berkata-kata.. itu lebih baik dari membaca karangan yang ntah apa-apa ni.. sebenarnya tak ingat dah apa yang nak diceritakan.. maklumla #throwback..

Periuk berisi lauk di halaman asmara rumah

Khemah tersedia

Sofa terpaksa letak kat luar.. rumah sempit.. huhu

Birthday boi
Peace no war sebelum potong kek

Hancur la kek tu..

TQ Abi, belikan amca Ultraman ni.. Sekarang kepala dah hilang

Kekesalan kedua adalah bila dengar orang asyik sebut, 'sedap betul kurma kambing tu' dan aku tak sempat jamah pun kurma kambing tu.. Tetamu siap tambah-tambah. Ya la, kenduri tu untuk tetamu kan?? Memang fitrah la kalau dah jadi tuan rumah ni.. Nak makan dengan sempurna sila pegi kenduri rumah orang lain.. wehuuuuuuuuuu.. Apa-apa pun niat untuk buat kenduri tu memang tercapai la.. Alhamdulillah.. Suma lauk abis kecuali masak merah ayam.. Maybe orang dah muak agaknya. Common menu.. 

Terima kasih jugak pada adik beradik dan ipar duai yang sponsor makanan dan tenaga.. Alhamdulillah, tertunai sudaaaaaaaaa... Lega...


p/s: first time amsyar celebrate birthday secara besar-besaran..


Wednesday, January 1, 2014

Gud bye 2013.. Welkem 2014..

Betapa cepatnya masa berlalu... Terasa baru semalam belajar menulis 2013. Hari ni dah kena belajar menulis 2014. 2013 bagiku tahun yang penuh dengan ujianNya...

#throwback

Kerjaya:
- converted to permanent staff on March dengan kenaikan gaji 15%. Ujian kesenangan. Say Alhamdulillah.
- rezeki en suami jugak murah. Dinaikkan pangkat menjadi Safety Officer dengan 2x kenaikan gaji which is     totally almost 30%. Ujian kesenanganSay Alhamdulillah.
- En suami bergiat aktif dalam bidang photography. Ujian kesenanganSay Alhamdulillah.*
- En suami dan rakan mula menjinakkan diri dalam bidang bisnes (Pon Pon Kids) yang bertapak di Giant         Bayan Baru pada penghujung 2013. Ujian kesenanganSay Alhamdulillah.*

* Ujian untukku jugak. En suami perlu korbankan masa dengan family demi mengejar cita-cita tu.

Kesihatan & Life:
- Anak saudara (Akmal) 10 hari terlantar di ICU. Berperang dengan perasaan.
- Aku disahkan mengandung di penghujung Ramadhan tetapi hanya dipinjamkan nikmat tu selama 2 bulan.       Ended up molar pregnancy. Hampir menjalani rawatan kemoterapi. Sekarang pun belum pulih sepenuhnya.
- Berjaya renovate rumah walaupun terpaksa mengadap macam-macam kerenah manusia.


Disebalik setiap ujian baik suka mahupun duka, ada hikmah yang tersembunyi. Maka, tetap kena ucapkan alhamdulillah. Pengalaman tu tak semua orang dapat rasa. Nikmat bermain dengan perasaan. Nikmat kesenangan. Nikmat bertemu dengan ketenangan saat diuji. Semuanya mematangkan lagi diri ini, insyaAllah. Bukan semua orang dapat rasa. Kat sekolah pun cikgu buat ujian untuk tentukan tahap kepandaian seseorang. Macam tu jugak la kehidupan. Macam mana nak tau kamu beriman? Dengan ujian-ujian ini lah.



Hari ini hari pertama in a year of 2014. Semoga 2014 menjanjikan yang lebih baik untuk kami sekeluarga. Moga terus diberi ketenangan dalam menempuh setiap ujianNya dan sentiasa dibawah payung rahmatNya.



Last but not least, Happy New Year 2014.



p/s: Berazam untuk tido awal.. hehehe