Friday, December 20, 2013

Ujian-Mu (Part 3)

Assalamualaikum...

Bersambung dengan episod seterusnya. On the next day after DnC,  pergi ke Pearl sekali lagi utk buat blood test. My hormone reading post DnC was 129,196. Tremendously reduce from 800k++.. Alhamdulillah. Dr gave me 2 weeks MC. 2 3 hari lepas buat DnC tu jalan tak berapa betul. Rasa terhuyung-hayang ja.. Blood kurang sangat-sangat kot. Jantung pun laju semacam je. A week after DnC, the hormone reading turn to 4208. A week after that, hormon tu turun lagi.. Now 1313. A good sign.

I'm back to work!!! Yeayyyy... 

Bekerja seperti biasa. Kawan sibuk bertanya itu ini.. Alhamdulillah, boleh la share pengalaman dengan yang lain. Rata-ratanya tak pernah dengar pun apa itu hamil anggur. Yang tahu pulak responnya mcm ni, 'ishh.. bahaya tu'. Ye, memang bahaya kalau tak dirawat betul-betul.

Dan mimpi ngeri tu benar-benar aku alami.

Seminggu selepas mula bekerja, aku ke hospital seperti biasa untuk beta-hCG test. But, my hormone reading going up from 1313 to 3381. Dr suruh datang minggu berikutnya. Minggu berikutnya, bacaan masih naik.. From 3381, increased to 4507. Hahhhh.. Dr dah buat surat suruh refer GH for chemotherapy. Ada jugak tanya Dr, dah jadi kanser ke?? Dr kata, it's not a cancer. Just a treatment to kill the cell from keep on growing. Ok, now I feel better.

24th Oct 2013:
Ke GH serah diri untuk chemotherapy. Nurse kat situ cakap, tak boleh nk bagi jumpa hari ni sebab Dr tak ada. Esok pun tak ada lagi. So, kena tunggu diorang call la. Siap bertukar no phone segala, kami pun balik rumah. Dah sampai rumah, Dia ingatkan tentang rawatan alternatif. Why not cuba rawatan kampung. Makanya, terus balik kampung and search for expertise. Jumpa sorang pakcik ni, dia kata dia tak pandai nak ubatkan. Dia cadangkan sorang lagi pakcik.

29th Oct 2013:
Bermulanya perjalanan menjejaki pakcik yang dimaksudkan di Teloi, Kuala Ketil. Kawasan felda. Jalan nak ke rumah tok long (gelaran untuknya) agak mencabar. Nak berubat punya pasal, letak tepi benda tu semua. Sedikit latar belakang tok long, berusia 97tahun, penglihatan masih elok, ingatan pun baik (kalau tak baik camna nak rawat orang kan??). Aku kagum dengan kelebihan yang Allah beri pada dia. Cara perubatan menggunakan sirih pinang, bedak sejuk dan air. Dan aku tak makan sirih pinang. Sekian.. hahaha.. belum abis lagi.. Lagi cerita tok long ni, selama hidup dia, dia tak makan ayam, daging, seafood. Hanya ikan semata-mata. itu pun ada jugak ikan yang dia tak makan rasanya. Dan dia ada bagitau, makanan adalah punca kepada penyakit-penyakit yang ada sekarang. Ya, aku agak setuju dengan statement dia. Dan aku sendiri kena berpantang. Banyak sangat benda yang kena pantang sampaikan aku hanya makan ikan seludu/mayong, plotan dan tenggiri selama dalam rawatan dengan tok long tu.. Layanzzz piccas::

Perjalanan....


30th Oct 2013:
GH call. Set appointment on 4th Nov. Makanya aku dah tak keruan. Terfikir-fikir jugak latest beta-hCG aku. Sibuk call pathlab untul buat beta-hCG sebelum admitted. Hasilnya seperti yang tercatat kat link ini. Reading naik lagi, 7096. Jadi, dengan rela hati untuk serah diri on 4th Nov nanti. Aku ingin sihat!!!

On 1st Nov, dah start bleeding. Masa kat office plak tu. Mujur dah petang. Pelik sikit bleeding kali ini. Biar saya sahaja yang tau.. hehhee. Tak sesuai nak kongsi.

4th Nov 2013:
Sekali lagi ke GH. Dr suruh admit on the spot. Serius benar bunyinya. Ya la, procedure hospital kan.. Kena Xray, check darah segala. Itu pun ambik masa jugak. Since tomorrow (5th Nov) is a public holiday, lagi la Dr suruh cepat-cepat setelkan apa yang patut hari ni. So, masuk wad jam 2 petang. Layan pics:

Wawasan 2020


Wajah pasrah...

Admission
Masa dalam wad, bermula la episod terkenangkan anak bujang. Banyak la masa nak berfikir itu ini. Maklumla, sensorang. Dok tengok 2 3 orang makcik ni semua dah botak. Allah, aku redho dengan apa yang telah Engkau aturkan untukku. Tenangkan hati dengan zikir-zikir dibawah:

Selawat Tafrijiah

Zikir asma'ul husna

Zikir asma'ul husna
2 3 orang doktor pelatih datang temuramah itu ini.. Antara soklan yang ditanya,

Dr : Puan ada keturunan Indonesia ke?
Aku : Tak pasti la pulak. Yang saya tau, mak saya ada gen Thailand. Kenapa ya??
Dr : Molar pregnancy ni adalah penyakit keturunan sebelah sana (Indon).
Aku : Ohh.. Macam tu pulak..

Sebelah petang tu, tengok 4 orang makcik-makcik yang duduk berdepan dengan katil aku ni jalani kemoterapi. Sekali tengok macam drip air je. Cuma kesannya tu memang tak sama dengan air la. Jam 4.30 petang, mula terasa bosan.. Sibuk tanya Dr, ada rawatan tak untuk esok since esok tu holiday. Dr cakap tak ada. So, terfikir nak minta keluar bermalam kat rumah la. Dr bagi keluar on 5th Nov morning and need to come back on 6th Nov morning. Alhamdulillah.. Dapatla mengubat rindu pada buah hati pengarang jantung tu. 

5th Nov 2013:
Pukul 5.30 pagi Dr dah datang amik darah untuk buat beta-hCG before boleh balik rumah. Last check before chemotherapy.

Jam 8.30 am dah boleh balik.. Sampai rumah lebih kurang jam 11. Cuba berlagak tenang dan kuat bila sampai rumah. Tapi, tetap kalah bila terpandangkan buah hati tu.. 

Amsyar : ummi p mana??
Ummi : Jawab dengan airmata.. Sedih kot. 

6th Nov 2013:
Admitted again. Dr nak buat blood transfusion sebab HB tak cukup untuk proses chemo. HB aku cuma 9.4. At least 10 baru ok untuk chemo. Ya Allah, moga ada keajaiban berlaku. 

Dr cakap petang nanti akan start chemo. Around 2pm. Just waiting for beta-hCG result.
Jam 1.45pm, cuba memaksa diri untuk makan. Tak selera sebenarnya. Tapi, paksa diri jugak. Baru 1 suapan, datang sorang Dr ni bagitau:

Dr : Puan, kita tak jadi teruskan chemo untuk puan. 
Aku: Kenapa?
Dr : Result beta-hCG puan dah turun. Dah jadi 507.
Aku : Alhamdulillah.. terima dengan airmata lagi. Maha Pengasihnya Dia. Speechless.
Dr : Jadi, puan boleh discharge la petang ni. 

Kelam kabut call en suami. Mintak ambik. Tapi, sebelum balik, Dr tetap teruskan jugak blood transfusion tu. Lepas tu baru boleh balik. Pic below::


on-going blood transfusion 
Since my vein is too small, lambat la darah tu nak masuk. Start around 4.30pm, ended almost 7.30pm. Lepas tu boleh balik.. Alhamdulillah....... Dapat la merasa kehangatan pelukan anak ummi time nak tido malam. Next week kena datang buat beta-hCG macam biasa.  I've been on KIV status for chemo. If beta-hCg result naik je, kena buat chemo jugak la. So, summary beta-hCG as of today (20/11/2013):

Date
hCG reading
18 September 2013
892 366
19 September 2013
129 196
27 September 2013
4208
04 October 2013     
1313
11 October 2013     
3381
18 October 2013     
4507
01 November 2013 
7096
06 November 2013 
507
11 November 2013 
109
18 November 2013 
33.5
25 November 2013
10
03 December 2013
9.6
09 December 2013
7.2
16 December 2013
4.4

p/s:: I'm speechless.. Sambung next entry..