Monday, February 20, 2012

Di kala sepi..

amsyar dah lama diulit mimpi..
abi amsyar nun jauh di Kuala Lumpur..
memenuhi tuntutan kerja selama 3 hari..

hmmm..
hujung minggu lepas, TIADA istilah C.U.T.I bagi en suami
setiap hari, pergi bulan balik pun bulan... !@#$%^&*(
apa tu?? bukan la dia nak mencabar Neil Amstrong atau pun Dr Sheikh kita
maksudnya, keluar rumah ketika matahati belum pun terbit
balik pulak matahari dah terbenam
kesian amsyar
(eh, amsyar jugak yang kena ya)

baru seminggu TAKDA weekend dengan en suami
dah terasa LONELY
macam mana la orang yang sentiasa jauh dengan en suami
yang balik pun sekali atau dua kali je sebulan 
hmmmm.. (tak baik mengeluh)
macam mana nak apply kerja jauh-jauh ni
aduhhh

tapi, itu la yang harus ke tempuhi sampai penghujung Julai (betul ke tak, eh??) nanti..
en suami kena attend kursus Safety on weekend
from now onwards until July

tapi, kalau sama-sama bekerja rasanya ok ja.
nasib baik la still lagi stay dengan my mum n my sis..
tak la sunyi sangat

lepas ni en suami kena pegang 2 jawatan
Engineer cum safety officer
alhamdulillah
TAPI,
"banyak tanggungjawab tu, abang.."
"larat ke nak pikul tu??"
hehehe

nanti masa dengan family pulak camna?
cemburu pulak dengan kerjaya en suami ni
tu la kan
ada orang cakap, kita ni banyak abiskan masa dengan kerja je
quality time dengan family tu kurang
dengan Dia??
no komen

cuba memujuk hati dengan bermonolog:

Dia tak akan bagi suami aku busy macam ni dengan sia-sia
melainkan ada faedah dan pengajaran/iktibar yang boleh diambil kemudian hari

tak ada kesenangan yang mudah dicapai tanpa sebarang pengorbanan

even duit BR1M pun kena bersusah payah Q nak ambil
itu pun orang kita merungut
manusia..manusia..




p/s::: amsyar miss u darling hubby.. your sweetie also.... hikhikhik..


Tuesday, February 14, 2012

Semakin dewasa

countdown for our sweetttt  second anniversary
(boleh macam tu?)
let's start counting

10
9
8
7
6
5
4
3
2
1

Hepi Anniversary my beloved hubby,
Mohd Affizan

ya.
bukan meraikan Valentine 
tetapi, kebetulan lah tarikhnya jatuh pada hari yang HARAM disambut oleh umat Islam seluruhnya

Setiap hari adalah hari yang bermakna buat kita
cuma nya, hari ni special skitla compare dengan hari lain
huhuhuhu

tradisi bertukar-tukar hadiah masih diteruskan
tapi, tahun ni hadiah pun budget la... 
ikut keadaan poket seluar
hehhe
apapun,
nilai hadiah tu bukan di ukur dengan wang ringgit
tapi, keikhlasan
abg, awak ikhlas tak ni??.. tetiba je eh..
so, tema tahun ni,
SENDIRI PILEY

no more surprise la ini tahun
saya pilih, awak bayar..
tapi, untuk en suami
dia pilih, saya bayar separuh
wakakakaka...
oke la tu kan??

jom tengok::
guess sendiri la eh

boleh teka???
hadiah encik suami next entry ya..
tak sempat convert jugak gambar tu


untuk tahun ni, ucapan tetap sama seperti tahun-tahun lepas
semoga ikatan yang dibina utuh sampai syurga
aminn
thank you very much for being a superb soul mate to me
and a great father to our son

tak pandai nak create video sendiri..
so, amik kat youtube je
tapi, maksud yang ingin disampaikan adalah sama


Dearest hubby,
I'm going to speak the words that my hearts wants you to know
So, today is the perfect time to tell you how you mean to me
how I depend on you to love me for who I am
and
believe in me for what I hope to be




p/s:: alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bersama-sama meraikan tahun kedua perkahwinan kami..

Monday, February 13, 2012

Percutian caca merba

Bulan ini bulan C.I.N.T.A kami berdua.. Ya la, tanggal 14 Februari kami bakal meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke-2.. InsyaAllah, moga Dia beri peluang lagi untuk kami.. Aminn..
Sempena meraikan ulangtahun ini, saya dan encik suami yang sekarang ini ibarat melukut ditepi gantang (eceehhhh...apa kau merepek ni) telah merancang satu percutian budget sementelahan si isteri masih tegar menjawat jawatan full time housewife.. 
4 Februari lalu, saya dan family telah pergi ke Kurau Stone.
Pernah dengar???

Daripada nama tempat pun dah boleh teka apa aktiviti utama disana dan suasana tempat tinggal kat sana tu..
betul tak?? ada yang tak dapat teka?
ni klu dia..

Fishing - aktiviti memancing adalah aktiviti utama di sini.. selain boleh naik ATV
Highland - chalet-chalet di sini terletak diatas bukit. tidak lah tinggi sangat pun.. tapi, tinggi la.. 
(iskk.. apa punya explanation ni..)

tu la serba sedikitnya..
tapi, benar la kata pepatah
Malang TIDAK berbau
kenapa la dia tak berbau kan??
kalau berbau kan senang..

setibanya kami di sana,
kami disambut dengan satu banner 
(tak sempat snap gambar banner tu, hatta terlalu terkejut)
menyatakan kolam memncing ditutup sementara waktu untuk proses membaik pulih
oh, my darling I love U
tersangatlah upset.. boleh imagine tak perasaan aku dan yang lain cemana??
kalau tak boleh, tak yah paksa diri, oke..
tak dapat apa-apa pun.. wakakaka
nasib baik la belum bayar apa-apa walaupun deposit
so, we turned 360 to Kuala Gula..

nak dijadikan rezeki kami,
ada la hamba Allah yang cancel percutian mereka
maka, dapatlah kami bermalam di sana
 memancing melalui beranda chalet je..

A picture tells a thousand words..

so, let's enjoice da pics..

oppppsss.. next entry ya kita post gambor..
tak sempat nak convert from RAW to jpeg..
:::maaf:::

9 bulan sudaaaa

Tanggal 7/2/2012 aritu, genapla usia amsyar 9 bulan.. Masih belum pandai berjalan.. Mulut ja bising.. 
Dh pandai nak gaduh dengan orang bila ada yang cuba sorokkan 'botol busyuk' dia tu.. 
Botol busyuk tu adalah botol air masak dia, oke.. Alhamdulillah.. 
Allah beri dia kesihatan yang baik.. Sejak warded kali ke-2 bulan 9 thn lepas hingga ke hari ini, kesihatan dia berada pada tahap terbaik.. 
Terima kasih, Allah.. Juga masih menjadi bayi yang senang diuruskan.. 
selain obses dengan bilik air @ air, amsyar punya hobi baru..
Sekarang beliau sangat obses dengan benda bulat yang boleh dipusing-pusing a.k.a stereng.. 
Huhuhu...
Jom layanzz photo and video amsyar..

Abi potong rambut saya la.. abis la miang badan tu.. ummi ni tak alas.. huhu

jom bawa ketaaaa..


amsyar dan doraemon

lagi video::


kat jusco QBMall


p/s:::alhamdulillah..