Saturday, December 25, 2010

Bila masa yang sesuai???

Salam...
Mari bercerita tentang masa untuk entry kali ni..
masa is time, time is masa..
whatevaaaaaaaa..

Now my kandungan is about 21 weeks.. around 5 months ++.. 
mula meronda ke tempat barangan bayi sejak kandungan 0... 
hahahaha... boleh tak macam tu??
mesti la boleh kan?? I ada anak buah apa.. cucu buah lagi..
tak kira beli untuk baby orang lain kan??

TAPI,
secara seriusnya, ada satu persoalan bermain di benak::
"Bilakah masa yang sesuai untuk membeli-belah barangan keperluan baby ku ni??"
(kasi bold dia sket)
macam segan je nak membeli sekarang..
maklumla, ada 2 goglongan orang je yang selalu kelihatan berlegar-legar di bahagian baby tu:
1. yang tengah tolak baby dalam stroller SCR5 (menjadi idaman en suami)
2. yang perutnya bagaikan menunggu saat dan detik untuk meletooopppp..

perut aku yang seolah-olah tak preggy ni macam malu je nak sua muka kat bahagian tu.. 
sekadar belek-belek oke lagi la..
tu pun dah rasa macam orang sebelah cakap, 
"tak pregnant pun nak beli baju baby ke???"

haishhhh.. konflik betul la..
nak tunjuk my tummy pun, en suami marah nanti..
tapi, memang tidaklah kelihatan seperti orang yang mengandung 5 bulan

hmmm... mendapat info checklist barangan yang perlu disediakan..
rasa nak pengsan pun ada..
meh kita pakat tengok::

* Untuk Ibu * ke hospital
1 Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
2 Kad Pengenalan
3 Telefon Bimbit
4 Baju/Blouses 5
5 Stokin 2
6 Kain Batik 3
7 Baju/Seluar Dalam 5
8 Skaf Kepala/Ki 2
9 Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
10 Majalah/Buku
11 Tuala Mandi
12 Maternity Pad/Pad Biasa 1 pek
13 Tuala Muka 1
14 Selipar 1
15 Kamera
16 Air/Minyak Selusuh
17 Minyak Angin
18 Air Zam Zam
19 Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
20 Termos Air Panas
21 Bag Plastik
22 Baju Sejuk (Sweater) 1
23 Sikat 1
24 Breast Pad 4
25 Nursing Bra 4


* Untuk Bayi *

1 Baby Diapers 6
2 Baju 3
3 Minyak Telon 1
4 Baby Wipes/Wet Tissue
5 Tuala Mandi 1
6 Stokin/Sarung Tangan Bayi 4
7 Peralatan Mandi
8 Selimut/Bedung 3
9 Barut 5
10 Topi 1



Berpantang (Untuk Ibu) 
1 Jamu/Set Lepas Bersalin
2 Stokin
3 Baju Sejuk
4 Tungku
5 Selimut
6 Selipar
7 Buku/Majalah
8 Kain Batik
9 Bengkung/Barut
10 Maternity Pad/Pad Biasa
11 Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
12 Kerusi Toilet (Perlu Kalau Tandas Cangkung di Rumah)
13 Minyak Angin/Urut
14 Makanan/Minuman (Air Masak, Susu, Buah-buahan Segar, Ribena, Prune, Biskut,Roti)



Baby Gear ?
1 Baju- Lengan Pendek 8
2 Baju- Lengan Panjang 6
3 Romper 2
4 Seluar- Pendek 8
5 Seluar- Panjang 6
6 Sarung Tangan 5
7 Sarung kaki 5
8 Baby Bip 2
9 Sapu Tangan 3
10 Barut 10
11 Topi



Diapering Bilangan 
1 Napkin 1 pek
2 Lampin Pakai Buang 2 pek
3 Diaper Wipes 2 pek
4 Safety Pin
5 Changing Mat
6 Nappy Liner
7 Berus Lampin
8 Baldi Untuk Napkin
9 Beg Untuk Diapers
10 Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi


Baby Care & Grooming 
1 Bedak Bayi
2 Losyen Bayi
3 Minyak Bayi (Baby Oil)
4 Tisu
5 Sikat
6 Putik Kapas (Cotton Bud)
7 Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8 Nasal Aspirator (untuk selsema)
9 Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak hospital)
10 Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
11 Termometer
12 Vicks
13 Minyak Telon
14 Syringe for Medicine
15 Cotton Balls



Nursering 
1 Selimut
2 Bedding set
3 Play Pen / Katil Bayi
4 Mainan untuk Play Pen / Katil
5 Kelambu
6 Bakul Baju Kotor
7 Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8 Bakul Baby (Simpan Baby Care)

Feeding 
1 Botol saiz S 2
2 Puting Botol Susu 2
3 Bottle Sterilizer
4 Berus Pembersih Botol
5 Penyepit Botol
6 Sterilising Tablet
7 Nipple Cream
8 Nursing Pad Washable 2
9 Nursing Pad Disposal 1 kotak
10 Breast Pump
11 Nursing Pillow
12 Nursing Bra
13 Termos

Travelling 
1 Beg Bayi
2 Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3 MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4 Infant Carrier

Bathing 
1 Tuala
2 Besen Mandi
3 Syampu
4 Sabun Mandi
5 Span
6 Gayung

Extra 
1 Penyangkut Baju Berklip
2 Permainan Bermuzik
3 Bumbo Seat
4 Baby Gym
5 Stroller / Jogger
6 Penyangkut Kecil (untuk sarungtangan + kaki)
7 Car seat
8 Album
9 Beg Bayi
10 Baby Sling
11 Nursing Cover
12 Nursing Clothes / Wear

 haaaaaaaa... kau.. tak juling biji mata kalau sekarang ni belum ada walaupun sekecik-kecik sarung tangan
hahahhaa..
tapi, tak da kata ko WAJIB ada every single things macam dalam list tu..
ni sebagai gambaran je untuk para ibu dan bapa
♫ibu..ibu.. ♫bapak.. ♪bapak..♪
(nyanyi pulak dia..)
walau bagaimanapun (betul ke jarak ejaan ni??)
ayah dia kata,
lexxxxxxx luuu..
ok...

tu ja untuk kali ini.. saja ja wujudkan entry ni..
nak save checklist barang keperluan tu sebenarnya..
nanti senang nak cari..
huhuhuhu..


p/s:::: mendapat khabar gembira di mana anak buah ku jugak dah disahkan mengandung 4 weeks.. alhamdulillah...

Wednesday, December 22, 2010

~*kompiusssss*~

hari Sabtu (18/12/2010)

************************
perlu ke Pearl untuk 5 month's check up

Jumaat petang bergegas balik ke Alor Setar..
attend kenduri khatan sepupu en suami.
then, ari Sabtu ke Perlis attend wedding colleague en suami..
jam 1.30 petang rushing balik ke Penang..
sampai lebih kurang pukul 4.40..
(jam teruk kat jambatan)
sedangkan appointment pukul 4.30..
dah tak da patient lain dah.

terus je la berjumpa doktor lepas wat urine test
tapi sebelum tu, macam biasa la,
timbang and uji tekanan darah

berat naik 2.5kg
tekanan darah pun naik dari sebelum ni
alhamdulillah..
cuma doktor pun cakap darah kurang
then dia bagi vitamin Iberet untuk tambah darah
tak da pulak sebut pasal thalassemia ke apa.

~*picture googled*~

next month check darah lagi
nak tengok keberkesanan Iberet ni
then,
aktiviti yang ditunggu-tunggu, scan perut..
huhuhuhu..
tak sabar nak tengok perkembangan little caliph kat dalam tu

Maha Kuasanya Allah tu,
tengah-tengah scan tu,
baby bawa masuk tangan dalam mulut seolah-olah tengah isap jari
sangat cute pada pandangan mata kami suami isteri
en suami asyik tersenyum ja..
kagum dengan ciptaanNya..
sebelum ni dapat tengok kat youtube ja..
detik bahagia saat bakal bergelar parent
orang lain pun alami benda yang sama kan??

check gambar di bawah ni::

~*nampak tak?? tengok life lagi clear la.. terlupa nak record.. huhu*~

membesar dengan sihat ye, sayang...
(untuk baby ye.. bukan untuk bakal ayahnya..)

*********************
Isnin (20/12/2010)

perlu ke Klinik Kesihatan
dapatkan angka giliran
terus ke kaunter timbang berat and check tekanan darah
berat naik sebanyak 3.5kg selama 2 minggu..
sangat kedengaran tidak logik..
sedangkan aku check kat Pearl aritu naik 2.5kg ja sepanjang sebulan
how come berat aku leh naik sebanyak 3.5kg in only two weeks time
pastu dah kena tulis dengan pen merah kat buku merah tu
means masalah la dengan berat badan naik terlalu banyak..
haishhhhhh
macam-macam la..
mana satu yang betul ni??
penimbang sapa yang tak calibrate ni??
tekanan darah ok.
tak berubah dari 2 minggu lepas

pastu kena marah pulak HGB rendah
siap takut-takutkan lagi..
nanti doktor nak refer lah apa lah..
padahal jumpa doktor, doktor tak da la cakap yang menambahkan kerisauan aku yang sememangnya risau ni
itu la bezanya nurse dengan doktor
bukan mengeji pekerjaan nurse ni
ada je nurse yang baik.. cakap pun polite je
macam yang sebelum ni aku jumpa..
even macam nak marah, tapi the way dia sampaikan info tu, berhemah
so, patient pun tak da la nak risau berlebihan and tak la frust dengan perkhidmatan klinik kesihatan ni
sebenarnya memang bagus treatment yang klinik kesihatan ni provide..
okey, cukup membebel sikit-sikit
disebabkan blood still tak oke, maka dapat 1 jenis vitamin lagi:

~*rupa macam kacang merah je kan???*~
(kualiti gambar kurang memuaskan)

nurse pesan suruh makan sekali vitamin Ferrous Fumerate yang diberi sebelum ni
tapi, bila masuk ja bilik doktor,
doktor cakap tak perlu makan Ferrous Fumerate..
just makan vitamin yang baru tu je..
haishhhhh
mana satu la betul ni???

kesudahannya, jumpa lagi 3 Jan 2011
dalam masa 2 minggu lagi.
nasib baik la penganggur terhormat
kalau tak, jenuh nak mintak cuti
silap hari bulan kena buang keja camtu ja
huhhhhhhh...


p/s::::poning den..

Monday, December 20, 2010

Seni nya dia...

Hari ahad lepas (semalam la)
kami suami isteri sibuk mengemas bilik..
pindah dari bilik terkecil ke bilik terbesar..
huhhhh..
penatnya usah di kata
yang bestnya bila nak buat something je, WAJIB dapatkan approval dari suami..
tak perlu la buat surat ye
♥♥♥ sayang jugak eh abang kat ayang ni ♥♥♥
(ohh...sila jangan muntah..)
memang la.. suami mana tak sayang isteri kan??
 tak kan la nak suruh bini yang tengah sarat bawa perut ni angkat almari plak kan??

bermula mengemas lepas lunch
then, around 6 pm camtu, masih ada yang belum sette
stop jap
memenuhi tuntutan abang en suami yang minta kami ke SuaRasa 
buat apa??
belek-belek pet-pet (pampers laaaaa..)
sudahnya takla semurah seperti yang digembar-gemburkan

kami yang hanya bertujuan belek-belek pampers tu meneruskan perjalanan ke TESCO..
membeli barang yang dirasakan wajar dibeli..
TETAPI
terbeli pelekat-pelekat dinding
(ntah hapa-hapa istilah aku guna nih)
wall sticker kot istilah dia..
apa-apa je la..
hahahaha

maka balik rumah, 
en suami menunjukkan skillnya.
::::BERSENINYA DIA:::

aku asyik koyakkan ja sticker tu..
hahaha
mengandungkan anak lelaki kot..
tangan jadi tak berseni..
owhh.. bukan bermaksud salahkan anak yang dikandung..
tapi, memang tak berseni pun sejak azali..

jom kita tengok siapa yang kena!!!!!!!!

~*penuh gaya*~

 ~*hasilnya..di sebelah katil*~

~*hasil kedua..in front of our cubicle*~


p/s::::aku relax atas tilam.. hahaha..thanks, en suami...

Red Book

Assalamualaikum......

sekian lama membiarkan laman sesawang ini bersawang.. bukan tak ada masa.. masa tu banyak.. tapi, a bit busy dengan thesis yang konon-kononnya sempat dihantar sebelum berakhirnya registration weeks for 5th semester. Unfortunately, 2 weeks spend masa kat Shah Alam tidak mendatangkan hasil.. hahaha... kesian..... ingatkan dah boleh submit... sekali kena buat plagiarism test pulakkkkk... aduhhhhh.. maka sampai sekarang masih belum settle.. dah selamat pun register untuk 5th semester.. alhamdulillah.... errkkkkkk.. 
guna duit sendiri untuk bayar yuran.. hmmmmm... 
rezeki UiTM la duit saving aku tuh.. apo nak buekkk...

sekarang entry tanpa cerita baby adalah tidak sah..
maka dengan itu, moh le kita bercerita pasal a little caliph in my tummy
 2 minggu lepas (6/12/2010) dah berjaya mengadakan buku merah
apa benda tu?? Buku rekod kesihatan ibu mengandung

~*ni haaa.. suma orang pun tau kan???*~

alhamdulillah, Dia permudahkan urusan untuk mengadakan buku itu dalam masa tak sampai sehari
amik darah, HIV test, check HGB (hemoglobin), urine test etc.
yang sedey tu aku kekurangan darah..
my HGB is under worst condition
ya Allah, kurniakan lah aku kesihatan yang terbaik..
doktor suspek aku thalassemia berdasarkan HGB tu
tapi, tak ada pulak symptom-symptom pening, rasa nak pitam, degupan jantung laju..
sejarah family jugak menguatkan lagi tekaan doktor tu
(semasa entry ditulis, keputusan ujian darah belum dapat lagi hoccay)
my sister merupakan pembawa Thalassemia minor..
alhamdulillah, tak memberi kesan pada anak..
hopefully aku pun macam tu.. ameennnn..

ok...
since masa first check up HGB dah rendah, aku diarahkan ke klinik pada hari Rabu (8/12/2010) untuk buat blood test untuk kesekian kalinya and glucose test untuk pertama kalinya..
kali ini mendapat arahan disuruh berpuasa start dari 7/12/2010 (10 pm) sampai pukul 8 am the next day
maka berpuasa la aku.. nasib baik la malam..
itu pun perut berkeroncong macam-macam lagu dah..
...esoknya, jam 8 pagi...
sesampainya di klinik kesihatan, amik darah.. jam di dinding menunjukkan pukul 8.15 
then, nurse cakap:

'lepas ni ambil air gula kat atas meja tu, minum ya. pukul 10 mai balik untuk amik darah sekali lagi"

(monolog nih)
haaaaa??? tak leh makan lagi?? dahla kurang darah.. tadi dah amik 4 tiub.. ni nak amik 1 tiub lagi
hmmmm.. demi kesihatanmu wahai baby, ku rempuh jua prosedur-prosedur perubatan sekarang nih 

then  minum se'mug' air gula.
ohhh.. Tuhan saja yang tahu susahnya nak menghabiskan se'mug' besar ar gula tu..
uuweeeeeeekkk
terasa sampai sekarang..

pastu dah rasa nak terkeluar balik..
terus bawa keta balik umah sementara nak tunggu lagi 2 jam
maka, terkeluar suma air gula yang diminum tadi.
hmmm.. okla glucose test aku nanti..
dah selamat keluar suma..
hahahaha

~*saiz mug yang sebelah kanan ye tuan-tuan dan puan-puan*~

mari kita tunggu keputusannya 2 minggu lagi which is today (kira flashback la ni)
tak perlu tunggu lagi 2 minggu, sekarang jugak boleh publish resultnya dalam next entry..

opppssssssss.. sebelum berakhirnya entry ni, nurse ada bagi beberapa common vitamin untuk ibu mengandung::


ok... that's all

see yaaaaaaa dalam next entry



p/s::::bermulanya bengkak tangan sebab amik darah.. asyik tak jumpa urat je..

Friday, December 3, 2010

hepe besday, hubby

hey, I'm Messi's fan..
a die hard fan
sampai kan kalau ada game tengah malam tu, sanggup tinggalkan isteri tido sorang-sorang semata-mata nak tengok game tu..
ala, isteri pun dah tak sedor dah mana laki pegi kalau dah dapat tido
muahahahahhaa
~*aiman tak kisah*~

so, sempena besday si suami yang ke 26 ni, i just bought him cupcakes..
ada 2 perisa:

1. cheese
2. choc moist

hopefully sedaaaaappppppp..
thanks to miza who decorates this cute n simple cupcakes as requested.



hopefully en suami saya suka...
mahal tau ni sebab ada edible image
haha
tetiba penganggur cakap mahal eh??
memang la..
bila dah namanya penganggur, rm10 pun dh rasa mahal
tp, ni bukan harganya rm10 ye..
But,
harga bukanla segala-galanya kan??
yang penting keikhlasan dan keseronokkan buat benda tu
(syok sorang-sorang ke apa saya ni??)


baby dah bergerak-gerak minta makanan.. jommmmm kita makan dulu...


p/s::: ambil en suami malam ni kat LCCT jam 12am.. Hopefully sampai dengan selamat..

hepi 8th couple anniversary

eh, ada eh ucapan sebegitu??
kan anda dah baca wish kat atas tu..
means, ada la..
ana la orang yang bertanggungjawab mengadakannya..
~ok, merepek suda~

Hepi Besday darling husband!!!!!!
I   L.O.V.E  U so much
and 
Happy 8th Anniversary
(dah boleh ganti dengan anniversary baru kot)

eh, baru kawin tak sampai setahun, dah celebrate 8th anniversary??
pelik tapi benar..
huhu..
actually, berbekalkan (BM hancus) tarikh ini pada tahun 2002
seorang jejaka tampan meluahkan hasrat untuk meminang memiliki puteri impian secara 
officially
kat mana??
dalam bas MARA dari Alor Setar ke Pendang
(en suami, masihkah kau ingat??)

Doa ku untukmu:


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada
terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus
bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala
perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di
Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan
segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di
DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya
Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah
dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku
harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang
melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan
keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena
Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
2
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin.. 

semoga ikatan ini diberkati olehNya dan dipanjangkan jodoh kita
semoga kemesraan ini berkekalan


p/s:::: wait for you tonite..