Thursday, March 25, 2010

Alhamdulillah...(part 2)

Usai sudah majlis merisik yang berlangsung secara sederhana... 
busy pulak dengan majlis tunang 14 februari... 
ermm.. disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, majlis kenduri sebelah perempuan terpaksa ditunda dari 13 mac ke 27 februari.. kan dah semakin dekat tu??? 
aduhhhhhhh...tp, dalam hatii...
(ada taman bunga.._kakakkaka_)
dah ubah tarikh kenduri sebelah pompuan, cadangnya nak adakan majlis akad nikah 26 februari la..
tapi, mungkin Allah tu nak mempercepatkan lagi jodoh kami,
pihak lelaki pulak tak setuju..
maka, setelah dibincang2kan, kedua-dua pihak setuju nak adakan majlis akad nikah selesai saja majlis tunang
hmmmm.. LAGI CEPAT????
bermakna, semakin cepat la aku jadi isteri orang.
camna dengan aktiviti ku bersama bebudak rumah 207??
aktiviti apekah itu???
biarlah RAHSIA..
huhuhuhuh

tanggal 14 Februari, aku selamat menjadi tunangan orang selama 60 minit.. 
tepat kol 1230, dengan SEKALI lafaz aku dah selamat menjadi isteri 
kepada Mohd Affizan Matt Saad.
insan yang aku sayang.
suka duka kami bersama mungkin tak tercerita di dalam blog ni..
.i just keep it as our memory.
saat dia dipukul dengan india mabuk di tepi highway 
(hmmm.. touching plak eh..tp, tadi mcm tak nak cerita.. tp, cerita jugak..hehe)
time tu aku ada ja.. tapi, aku lari menselamatkan diri..
(tak guna punya awek kan???)
tapi, tindakan berani aku cross highway 6 lane akhirnya menyelamatkan insan yang aku sayang tu.
camna?? india tu lari la bila dia tengok aku macam nak dapatkan pertolongan orang.
~*alhamdulillah*~
tu secebis la kenangan yang paling aku tak lupa.. 
yang lain tu banyak je lagi..

dah la cerita skit2..
jom layan gambar..



















Tuesday, March 9, 2010

Alhamdulillah...(part 1)

haluuuuuuuuuuuu... dah bersawang dah agaknya blog aku nih.. hehe... 
ermm..lately busy menghabiskan hari2 terakhir aku sebagai gadis BUJANG... hehe... 
lepas tu busy busy plak dengan hari bahagia aku sebagai seorang isteri.. 
ermmmm..start dengan majlis pertunangan cum akad nikah yang berlangsung pada 14 Februari lepas.. ermm...ada plak yg cakap sengaja nak dapatkan tarikh valentine tu... sumpah aku tak terfikir pun pasal valentine yang sememangnya diharamkan tu.. yang terfikir dalam kepala otak aku ni adalah cuti raya cina...senang sedara nak balik... kronologinya bermula pada hari raya haji kedua, 28/11/2009 dimana en driver bersama rombongannya datang merisik... bukan setakat merisik.. terus bincang tarikh kenduri... hehe.. terkejut bila tarikh yg ditetapkan adalah seperti berikut::::

tunang - 14/2/2010
kenduri (perempuan) - 13/3/2010
kenduri (lelaki) - 14/3/2010

bagi aku sangat mendadak... menggeletar tangan kat dapur tengah potong kek..... tapi, dalam hati berbunga riang sebenarnya.. hahahaha.. (bunga-bunga cinta...mekar dipersada..-ubah sket lirik lagu cik misha kita ni..)

~* cincin risik*~

bermula dari situ, maka pihak aku bergempur buat persediaan.. abg zan sebagai AJK persediaan tempat (majlis berlangsung di rumah abg kedua aku) sibuk dengan aktiviti mengecat rumah.. maklumla.. rumah tu dah lama siap.. tapi, tak bercat kat luar.. dalam ja yang bercat.. alasan dia, orang nak duduk kat dalam.. so, siapkan bahagian dalam dhla.. bijak betul la abg aku yang agak bakhil ni.. hahaha..
aku pulak sibuk cari pakej untuk baju bagai...
bila jumpa yang memuaskan hati, terus grab je.. 
baju nikah pun tak sempat prepare.. sumanya sewa ja..
macam nikah koboi lak.. 

ok, ni baru part merisik..
nantikan part II untuk majlis bertunang..
(kurang mood lagi untuk menulis)