Tuesday, February 2, 2010

...balik kampung tanam jagung...


♫ perjalanan jauh tak kurasa.. ♪ kerna hatiku melonjak sama ♪♪

pastu balik shah alam, dah pancit mcm tayar keta kena paku.. hhmmmm...pening, loya... sampaikan nurse kat pusat kesihatan tu nak wat pregnancy test kat aku ni ha.. pregnant apanya kalau tengah jadi rakyat jepun ni.. huhu..

last weekend aku balik kampung hantar kad kawin yang baru siap.. sebut pasal kad ni, macam2 masalah dengan kad ni.. dari mula nak tempah sampai la dah amik.. nasib baik murah n salah kami yang tempah lewat.. hahah.. kalau takkkk........hmmmm.. tak tau pun nak wat apa.. huhu..

perjalanan balik kampung kali ni mengundang kemarahan abang2 dan bakal abangku.. sebabnya, aku hanya perlukan 3 jam 45 minit untuk sampai dengan selamat di Kedah....alhamdulillah... masing2 cakap aku bawak 140-150km/jam... hellooo... keta comel aku tu 1.3 je.. kalau bawak 130 tu dah rasa nak tercabut sterengnya.. mana la berani nak bawa laju2.. aku cuma amalkan doa pendekkan jarak bumi je..(hahaha..ada ke doa cenggitu??)
tak tau la kalau aku yang tak tau doa tu...huhu.. rahsianya, aku tak brenti langsung n maintain je bawa 110-120 km/jam.. that's why boleh wat 3 jam 45 minit tu.. abang ke-2 ku siap cakap, len kali wat la 2 jam 30 minit.. huhu.. apa2 je la.. 

aktiviti ku:::
sabtu - 30/1/2010
3.00 am - tiba di kedah... kol 4 cmtu terus tido..
8.00 am - bangun dari tido.. sempat tido 4 jam je.. 
9.50 am - bertolak ke changlun n kodiang.. hantar munet n zura.. pastu jumpa pijah... jemput kenduri sekali.. pijah masih tak percaya aku nak kawin.. dia budget aku nak tunang je.. nak wat camna pijah.. kita hanya merancang.. Dia yang tentukan.. alhamdulillah, jodoh aku dah sampai...
1.00-1.40pm - bertolak dan tiba di rumah bakal mertua.. makan tengah hari dan berborak pasal majlis kami la..
4.00 pm - bergerak ke pendang.. jemput kenduri ex-jiran aku dulu.. ada la 3 buah umah.. tapi, disebabkan lama takjumpa, jangan perasan la nak balik terus lepas bagi kad tu.. hmmm... 

dipendekkan cerita, kol 8.30 pm br sampai umah.. tu pun mata dah xlarat nak buka.. 
zzZZZzzzZZZZzzzzz.

ahad - 31/1/2010
9.00 am - bertolak ke umah kak long kat sungai petani.. penuhi hajat dia suh aku singgah semalam.. tapi, disebabkan dah penat sangat, xdapat la singgah.. so, datangla pagi ni..
11.15 am - bawa mak ke pejabat pos.. ramai pulak orang.. aduhhh.. kali ni aku sangat alert pasai time ni.. ye la.. aku memang mengejar masa.. banyak lagi programnya ni.
12.30 pm - da selamat sampai umah abang.. hantar mak n makan tengah hari.. en driver tersayang dah terus g kedai kak ita. nak tengok baju aku yang terpaksa ditempah khas oleh kerana tak ada saiz aku.. sedey kan??? ermm...tapi, ada bestnya... kira baju tu aku yang rasmi la.. hahaha
1.30 pm - ke kedai kak ita.. try baju.. en driver macam kurang berminat je.. kena longgarkan sikit.. ketat sangat..hmmmmmmm
3.00 pm - g tengok umah kat bandar cassia, penang.. konon2nya en driver nak beli la umah ni untuk kami... tak besar pun.. sesuai la untuk pasangan katik macam kami ni.. n sesuai jugak untuk bakal2 isteri yang pemalas kemas umah macam aku ni..huhu.. kat bawah ni ada di'attach'kan gambar umah tu:::::::::::::



~* model rumah *~

~* ni ruang tamu + dry kitchen yang comel gitu*~

~* site visit.. 75% siap*~

~* ni lah maknanya rumah'tangga'.. huhu *~

cukupla tu untuk arini.. Dr suh wat literature review.. lain yang aku buat.. 
::haha::


p/s::: lagi 2 minggu bakal bergelar Puan Siti.. doakan semuanya lancar dan diberkatiNya..